أَوْصَانِيْ خَلِيلِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ: صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَي الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ
Maksudnya: “Ke kasihku (Muhammad صلى الله عليه وسلم) mengingatkan akan daku supaya melakukan tiga perkara iaitu: berpuasa tiga hari pada setiap bulan, melaksanakan solat Dhuha sebanyak dua rakaat dan melakukan solat Witir sebelum tidur.” [Riwayat al-Bukhari (1880) dan Muslim (721)]
ZIKIR SELEPAS SOLAT DHUHA
Kebiasaanya kita hanya fokus kepada doa selepas solat dhuha. Namun di sana ada zikir yang di baca oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم setelah selesai solat dhuha. Ini (zikir) suatu sunnah mahjurah (diting’galkan) pada zaman kita ini. Ramai yang terke’jut kerana tak pernah dengar tentang amalan ini. Seu’mur hidup tak pernah dengar dan tak pernah buat amalan ni. Jadi sama-samalah kita amalkan supaya sunnah ini hidup kembali. InsyaAllah.
Zikir selepas solat dhuha adalah seperti mana yang disebut oleh hadis:
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا ، قَالَتْ : ” صَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الضُّحَى ، ثُمَّ قَالَ : اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ، وَتُبْ عَلَيَّ ، إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ ” ، حَتَّى قَالَهَا مِائَةَ مَرَّةٍ .
Daripada Aisyah رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا beliau berkata: “Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah mengerjakan solat dhuha, kemudian mengucapkan:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ، وَتُبْ عَلَيَّ ، إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم
Allahummaghfirli wa tub ‘alayya innaka antat tawwabur rahim
(Wahai Allah, am’punkanlah aku dan terimalah tau’batku, sesungguhnya Engkaulah maha penerima tau’bat dan Maha penyayang)
Baginda صلى الله عليه وسلم. mengucapkannya sehingga 100 kali”
[Hadis sahih riwayat Imam al-Bukhari dalam kitabnya al-Adab al-Muf’rad]
KELEBIHAN SOLAT DHUHA
Antara kelebihan solat Dhuha yang lain adalah dua rakaat solat Dhuha menyamai kita telah melaksanakan sedekah terhadap 360 sen’di di dalam badan kita. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim:
Daripada Abi Zar رضي الله عنه, bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:
يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ، فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ، وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ، وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ، وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ، وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ، وَنَهْيٌ عَنِ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ، وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنَ الضُّحَى
Maksudnya: “Pada pagi hari, setiap sendi salah seorang daripada kamu memerlukan kepada sedekah. Maka setiap tasbih (subhanallah) itu adalah sedekah, setiap tahmid (alhamdulillah) itu adalah sedekah, setiap takbir (allahuakbar) itu adalah sedekah, menyuruh berbuat perkara yang baik adalah sedekah, mela’rang daripada perkara yang mung-kar adalah sedekah. Dan semua itu cukup (bersedekah kepada semua sen’di itu) dengan dua rakaat yang telah didirikan oleh seseorang itu daripada solat Dhuha.” [Riwayat Muslim (720)]
Seperti diungkap oleh Prof. DR. Abūya As Sayyid Al Habib Muhammad bin ‘Alwi bin ‘Abbas bin ‘Abdul ‘Aziz Al-Maliki Al Hasani Al Makki Al Mukarromahi Al Musyarafahi Al Hijjazi Al Haramaini dalam bukunya Khashaish al-Ummah al-Muhamadiyah tentang keutamaannya, penulis membe’berkan keutamaan-keutamaan yang disediakan oleh Allah سبحانه و تعالى bagi ham-ba yang menunaikannya lengkap dengan sumber hadisnya.
PERTAMA
-orang yang solat Dhuha akan diampuni do’sa-do’sanya oleh Allah سبحانه و تعالى. “Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha niscaya akan diampuni do’sa-do’sanya walaupun sebanyak buiih di lautan.” (Hadis Riwayat Imam At Turmudzi)
KEDUA
-Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah سبحانه و تعالى. “Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.” (Hadis Riwayat Imam Al Hakim).
KETIGA
-Orang yang menunaikan solat Dhuha akan dicatat sebagai ahli ‘Ibadah dan tha‘at kepada Allah سبحانه و تعالى. “Barangsiapa yang solat Dhuha dua raka‘at, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang la’lai. Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat raka‘at, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ‘Ibadah. Barangsiapa yang mengerjakannya enam raka‘at, maka dia diselamatkan di hari itu. Barangsiapa mengerjakannya lapan raka‘at, maka Allah سبحانه و تعالى tulis dia sebagai orang yang tha‘at. Dan barangsiapa yang mengerjakannya dua belas rakaat, maka Allah سبحانه و تعالى akan membangun sebuah rumah di surga untuknya.” (Hadis Riwayat Imam At-Thabrani ).
KEEMPAT
-Orang yang istiqamah melaksanakan solat Dhuha kelak ia akan masuk syurga melalui pintu khushush, pintu Dhuha yang disediakan oleh Allah سبحانه و تعالى. “Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila kia’mat telah tiba maka akan ada suara yang berse’ru, ‘Di manakah orang-orang yang semasa hiddup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah سبحانه و تعالى.” (Hadis Riwayat Imam Ath-Thabrani).
KELIMA
-Allah سبحانه و تعالى menyukupkan rezekinya. “Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa le’mah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, nescaya Aku ( Allah سبحانه و تعالى) akan menyukupimu di akhir harimu.” (HR. Abu Ad Darda`).
KEENAM
-Orang yang mengerjakan solat Dhuha ia telah mengeluarkan sedekah. “Hendaklah masing-masing kamu besedekah untuk setiap ru-as tu’lang badanmu pada setiap pagi. Sebab tiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mence’gah yang mung-kar adalah sedekah. Dan sebagai gan’ti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua raka‘at solat Dhuha.” (Hadis Riwayat Imam Muslim )
والله أعلم بالصواب
No comments:
Post a Comment