Monday, 17 May 2021

TINGKAH LAKU ORANG FAKE

TINGKAH LAKU ORANG FAKE

Menurut Dr. Stephanie Azri, salah satu tingkah laku individu-individu yang fake mereka itu menunjuk-nunjuk: 

1. Personaliti

Dia tunjukkan dirinya sebagai orang yang baik, yang merendah diri, yang sopan-santun, yang ringan tulang, yang jujur, yang alim. Tetapi itu semua lakonan sahaja.

2. Imej

Sebenarnya mereka itu amat biasa-biasa, namun mereka tampil dengan menunjukkan dirinya dengan gaya macam seseorang yang mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan. 

Dia tunjuk dia pandai itu dan ini. Jika dia pandai memanjat bukit, dia bercerita macam dia pandai memanjat gunung.

3. Status

Dia bercerita dia kenal banyak orang penting, orang besar, orang terkenal. Apabila bercakap, dia sebut nama-nama orang besar itu. Dia suka ambil gambar dengan orang-orang besar itu dan kemudian tunjukkan gambar-gambar itu.

4. Kejayaan

Dia tunjukkan simbol-simbol kejayaan seperti dia menang pertandingan, surat-surat pelantikan, hadiah, anugerah, ataupun gelaran yang pernah diterimanya.

5. Kekayaan

Dari sudut kebendaan dia menunjuk-nunjuk harta bendanya, supaya dia dipandang orang berduit, orang kaya. Padahal dia hidup di luar kemampuannya. Dia membeli simbol-simbol duit itu dengan berhutang.

.
Tuan dan Puan yang mahu membaca post ekslusif Puan Ainon Mohd boleh muat turun APPS beliau 
di sini : https://ainonmohd.com/apps

No comments:

Post a Comment