TANGAN
Tangan yang menggegar dunia juga mungkin tangan yang bakal memudaratkan orang yang anda sayangi.
Ya, anda boleh menipu PDRM.
Guna macam-macam cara dan alasan untuk balik kampung. Dah lama tak jumpa; raya pulak tu. Rindu ibubapa ayam itik di kampung lah kan.
Ya, anda boleh menipu KKM.
Mohon duduk dirumah tapi tak mengikut arahan; terutamanya yang positif covid dan kontak rapat. Yang bergelang pink pun boleh tutup-tutup. Keluar ke sana ke mari dengan jayanya.
Tapi saya pasti anda tidak boleh menipu diri sendiri.
Sebelum anda mendapat gejala COVID19, anda sudah berhari-hari menjadi PEMBAWA. Bawa COVID19 ke sana sini. Anda tidak sedar. Ianya bak membawa senjata dan terus menembak bertubi-tubi didalam senyap. Dan merayap-rayaplah covid tersebut. Bila hinggap ke orang yang anda sayang, orang tua yang berpenyakit kronik - HABIS. Jangan pula buat-buat hairan ya apa yang bakal berlaku.
Ramai yang bermegah-megah mereka sihat walaupun mengalami jangkitan COVID19. Memang lah anda sihat, TAPI COVID19 yang anda “pass” kepada orang lain - nasib mereka belum tentu lagi.
Mahukah anda menjadi punca kemudaratan mereka? Lagi-lagi orang yang anda sayangi?
Di dalam wad covid nanti, mereka ini keseorangan. Jika mereka tua, mereka berisiko tenat dan maut dengan kadar tinggi.
Kami pun tidak mampu mengusap mereka; sebab tangan kami juga berbungkus. Kami hanya buat apa yang terdaya sahaja.
Pilihan ditangan anda.
Lindungi orang-orang tua dan berpenyakit kronik.
Jauhi mereka.
Kredit : Rafidah Abdullah
Pakar oncall yang berhadapan dengan pesakit COVID19 tenat yang meningkat.
No comments:
Post a Comment