Pada suatu hari,
bangun saja dari tidur, terus saya mulakan hari seperti biasa. Sedang asyik membelek Facebook, entah macamana terperasan seorang hamba Allah ni UNFRIEND saya di Facebook.
Sedangkan baru saja bulan lepas beli barang dari dia. Katanya dia baru diberhentikan kerja. Maka kita pun kesian la dia.
Tak rapat, tapi takpelah. Beli saja barang dia jual. Harap dapatlah membantu dia walaupun kecil tak seberapa.
Mulalah saya fikir tak henti.
Kenapa dia buat begitu?
Apa silap saya?
Kenapa dia tiba-tiba buat begitu?
Ok tak faham.
Tapi pasti dia ada alasan tersendiri. Maka saya hormati saja apa pun perasaan dia. Itu hak dia. Bebas untuk berkawan dengan siapa saja. Bebas untuk tidak melihat apa saja saya menulis.
Saya yakin ada khilaf saya. Maafkan saya sepanjang saya menulis ni jika mengguris hati sesiapa. Sebolehnya saya tidak mahu menyakitkan siapa siapa. Sebab esok nanti Tuhan pasti tanya.
Cuma saya nak kongsi dengan kalian semua.
Saya ada terbaca satu kisah yang ditulis oleh Ahmad Zarwan Ahmad. Saya tak jumpa penulis asal. Semuanya sudah di copy paste saja.
Kisah ni menarik untuk kalian semua baca.Saat kalian rasa kenapa ada yang menyayangi kita, dan kenapa ada saja dikeliling kita orang membenci, tidak menghargi kita.
.
.
.
Sungguh Luar Biasa...
Seorang anak muda sedang membersihkan aquarium tuannya, ia memandang ikan arowana agak kebiruan dengan taksub.
Tanpa disedari tuannya sudah berada di belakangnya.
"Kamu tahu berapa harga ikan itu?". Tanya sang tuannya.
"Tidak tahu". Jawab si anak muda.
"Cuba kamu tawarkan kepada jiran tetangga sebelah!". Perintah tuannya.
Ia mengambil gambar ikan itu dan menawarkan ke jiran tetangga. Kemudian kembali menghadap Tuannya.
"Ditawarkan berapa harga?" tanya Tuannya.
"RM15 Tuan".
Jawab si Anak Muda dengan mantap.
"Cuba kau tawarkan ke kedai ikan perhiasan." Perintah tuannya lagi.
"Baiklah Tuan". Jawab si anak muda.
Kemudian ia terus ke kedai ikan perhiasan di bandar.
"Berapa ia tawar ikan itu?". Tanya tuannya.
"RM250 Tuan".
Jawab si anak muda dengan gembira, ia fikir tuannya akan menjual ikan itu.
"Sekarang cuba kau tawarkan ke Pak Cik Ghani Rahman,
Bawa ini sebagai bukti bahawa ikan ini pernah menyertai pertandingan". Perintah tuannya lagi.
"Baik Tuan". Jawab si anak muda.
Kemudian ia pergi menemui Pak Cik Ghani yang dikatakan tuannya.
Setelah selesai, ia pulang terus berjumpa tuannya.
"Berapa ia menawarkan harga ikan itu ?"
"RM 15 Ribu Tuan".
Ia terkejut sendiri menyaksikan harga satu ikan yang boleh berbeza-beza..
"Nak, aku sedang mengajarkan kepadamu bahawa kamu hanya akan dihargai dengan benar dan betul ketika kamu berada di lingkungan yang tepat".
"Kita semua adalah orang biasa dalam pandangan orang-orang yang tidak mengenal kita".
"Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita".
"Kita istimewa dalam penglihatan orang-orang yang mencintai kita".
"Kita adalah peribadi yang buruk bagi orang yang penuh kedengkian terhadap kita".
"Kita adalah orang jahat di dalam tatapan orang-orang yang irihati akan kita".
Pada akhirnya, setiap orang akan memiliki pandangannya masing masing terhadap kita,
Maka tak usahlah bersusah payah supaya kelihatan baik dimata orang.
Tapi berusahalah terus melakukan kebaikan dan menjalankan apapun dengan keihklasan.
.
.
.
Sungguh.
Penat sebenarnya berfikir kenapa mereka begitu dan begini. Terus saja jalan kedepan perbaiki diri. Buat sesuatu kerana Allah pasti tak rugi.
Kita tak selalunya boleh memilih apa yang berlaku disekeliling kita.
Kenapa sipolan begitu. Kenapa dia tidak suka kita. Kenapa orang benci kita. Ya, sebab semua manusia ada pandangan yang berbeza.
But you can always choose how you feel about it. You can choose your thoughts carefully. Pilih apa saja yang buat kita rasa tenang dan buang saja jauh jauh apa yang kita tak mampu ubah.
Ok itu jelah nak tulis.
Sumber: CnP socmed.
Truely... Blocked and unfriended ni happened to me. Personal experience tho...
Seriously.. Its funny. Sebab bila berjumpa berdepan, boleh je dia berpeluk cium macam dia tak buat apa2..
Fake tak???
Jawapannya dah ada.. 😍
No comments:
Post a Comment