29.05.2021.
17 Syawal 1442H.
Raya ke 17 sudah...
DAY 18 MCO3.0 /PKP3.0 SINCE 12.05.2021.
Hari ini merupakan satu detik hitam apabila negara mencatatkan kes kematian harian COVID-19 yang tertinggi sejak pandemik ini bermula.
Dengan pertambahan 98 kes kematian pada hari ini, ia membawa jumlah keseluruhan kes kematian COVID-19 ke angka 2650. Daripada jumlah ini, 471 kematian berlaku pada tahun 2020, manakala 2179 kematian dicatatkan dalam tempoh lima bulan pertama 2021. Dalam tempoh 1-29 Mei 2021 sahaja, sebanyak 1144 kematian disebabkan COVID-19 telah direkodkan. Ini merupakan jumlah kes kematian bulanan yang paling tinggi setakat ini.
Bilik simpanan mayat di hospital-hospital KKM kini mula penuh dan semakin sukar untuk menampung penambahan mendadak jumlah jenazah/mayat susulan peningkatan kematian akibat COVID-19.
Sehubungan itu, pihak perkhidmatan perubatan forensik telah menyediakan kontena khas khusus sama ada untuk jenazah/mayat pesakit COVID-19 atau bukan COVID-19 di lima buah hospital iaitu Hospital Selayang, Hospital Serdang, Hospital Sultanah Aminah JB, Hospital Queen Elizabeth I dan Hospital Sungai Buloh serta satu “fleximort” khusus untuk jenazah/mayat pesakit COVID-19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Setiap kontena khas ini boleh menampung maksimum 20 jenazah/mayat manakala bagi “fleximort” maksimum sebanyak 12 jenazah/mayat.
Dalam mengimbangi nyawa dan kehidupan (life and livelihood), adalah penting untuk semua pihak sentiasa meneliti semula keutamaan mereka mengikut keadaan semasa. Setiap pihak yang berkepentingan, pastinya mempunyai keutamaan masing-masing. Namun bagi KKM dan petugas kesihatan di seluruh negara, keutamaan kami adalah kesihatan awam dan menyelamatkan nyawa.
Apabila kes aktif COVID-19 melebihi kemampuan dan kapasiti kami untuk merawat, maka para doktor akan terpaksa membuat pilihan sukar untuk mengutamakan katil ICU bagi pesakit yang mempunyai potensi sembuh yang lebih tinggi berbanding pesakit yang potensi sembuhnya adalah lebih rendah (poor prognosis). Ini adalah implikasi yang tidak diingini oleh setiap petugas kesihatan, namun pilihan sukar ini akan terpaksa dilakukan apabila sistem kesihatan mencapai kapasiti maksima.
Bantulah kami agar sistem kesihatan negara tidak lumpuh sama sekali. Semua pihak dari peringkat tertinggi hinggalah ke rakyat jelata perlu membantu memutuskan rantaian jangkitan virus COVID-19. Buatlah keputusan dan pilihan terbaik demi rakyat dan negara.
Marilah kita kekal duduk di rumah. Jika anda mempunyai urusan penting di luar, pastikan anda mematuhi SOP agar diri dan ahli keluarga dilindungi. Kita jaga kita. Pastikan tiada pergerakan dan tiada perhimpunan.
#LockdownKendiri
#BantuSistemKesihatanNegara
Kredit: fb DG Noor Hisham Abdullah
Despite of all the above,
Ramai antara kita yang seakan buta..
Masih ramai
Buta mati atau buta hati
Masih terlalu pentingkan diri sendiri...
Kering kot tasik perasaan mereka
Tak balance kot dacing timbang rasa mereka
Atau tak de hati
Tak de perut
Yang ada hanya tembolok
Nan tamak
Dan untuk itu..
Pada aku
Orang-orang begini
Layak dibakulsampahkan...
#donemembebel
Pic by norizahnoor.
Lewat rembang senja nan merah.
Allah..
Aku rindu pada awan
Aku rindu pada langit
Aku rindu pada laut
Aku rindu pada gunung....
Dan sampai mati aku akan terus merindu
No comments:
Post a Comment