Beberapa tip untuk bertalaqqi Al-Quran & menghafaz Al-Quran:
1. Niat nak datang tu mest betul. Bila niat betul, kita letih macam mana pun, kita masih dapat meneruskan usaha kita. Mengaji dan menghafaz menjadi sesuatu yang amat seronok.
2. Saiz mushaf Al-Quran adalah amat penting. Bawa Al Quran yang tulisannya besar-besar dan mudah dibaca. Ini tak, baca pun merangkak lagi tapi bawa Al Quran tulisannya sebesar semut. Macam mana nak pandai kalau ayat pun tak nampak?
3. Bawa mushaf Al-Quran sendiri ke kelas. Sheikh yang mengajar kita siap bawa Al Quran, kitab tajwid, buku rujukan untuk tazkirah, buku nota. Kita boleh datang kelas dengan lenggang lenggok? Biar betul! Kadang-kadang pensil sebatang pun malas bawa.
4. Semasa melalui proses pembelajaran, jangan tukar-tukar Al-Quran. Sekejap Quran besar, sekejap Quran kecil, sekejap yang bertafsir, sekejap yang tak bertafsir, sekejap yang berwarna, sekejap yang hitam putih. Guna satu mushaf Al Quran sahaja. Dan guna yang tulisannya besar-besar. Saranan saya, guna mushaf Madinah. Ini sangat penting untuk proses hafazan. Sebabnya, bila kita dah sebati dengan Al Quran tu, kita pejam mata pun boleh nampak helaian-helaiannya.
Credit: Ustaz Haji Faliq Fauzi
No comments:
Post a Comment