Friday, 30 October 2020

RESEPI KEK TANPA TELUR

Jumaat. 
30.10.2020. 
13 Rabiul Awal 1442H.

PKPB alias CMCO
Fasa ke 2.0
Walaupun diri terkurung
Yang bekerja pak menteri arah
Work from home
Tapi selera tetap mengetuk jiwa
Nafsu tak jemu menggeletek rasa
Nak makan itu dan ini
Ke sana ke mari gendang perut menari
Aduhai kaki
Jom la masuk dapur
Cari la apa yang ada 
Kita buat apa yang jadi... 

Kita buat kek tanpa telur...sebab memang tak ada stock telur kat dapur. 
Kita pakai minyak je, nak cepat. Sebabnya butter dalam peti ais keras kejung. Nak buat yang express je. Kalau jadi, alhamdulillah...tak jadi, pun alhamdulillah.. 

Bahan-bahan :
*1 3/4 cawan tepung gandum
*1 sudu teh baking powder
*1/2 sudu teh soda bikarbonat
*1/2 sudu teh garam
1 cawan susu segar
1/2 cawan minyak
1 sudu besar cuka/epal cider
1 sudu teh vanilla essence 
Serbuk koko ikut citarasa 

Ayak bahan bertanda *


Susu dicampur cuka. Ketepikan dulu. 

Ni jer koko yang ada. Koko free, dapat masa mokcik bercuti kat hospital hujung bulan lepas.. Tapi koko 3in1 ni manis sikit

Minyak plus susu plus vanilla plus gula... 
Masuk blender je... Super express. 

Once gula dah hancur, masukkan campuran tepung yg dah siap diayak tadi sikit sikit dalam blender. 
Masuk sikit, blender sekejap. 
Masuk lagi sikit, blender. Buat sampai habis. 
Jangan blender lama... 

Lepas tu bahagi 2 ikut suka. 
1 bahagian kosong. 
1 bahagian campur koko. 


Ini rupa hasil ketas tangan mokcik warga perak


Up
Close
Personal

#norizahnoorcooks

SCONE CASHEW NUT N KISMIS

29.10.2020.
12 Rabiul Awal 1442H. 
Khamis. 
Public Holiday CMCO 2.0

Pagi tadi dah breakfast nasi lemak sambal sotong kt Restaurant Diva Setiawangsa.
Bukan takat nasi lemak semata. 
Plus ubi kayu rebus.
Cicah kelapa. 
Sambal ikan bilis. 

Dah petang tiba-tiba big boss suruh buat scone.
Scone???
Like really... SCONE?
Ke mokcik salah dengar ni... 
Tanya to reconfirm...is it scone? 
A aah.... 

Ala la la... 
Mokcik pun dah lupa camane rasa scone. 
First time makan kat Cameron Highland
It was years back. 
Itulah sekali kot. 

Tapi demi nak mewajarkan title isteri mithali.. 
Mokcik gagahi jua menyescone. 
Dengan kekangan tiadanya stok telur di dapur. 
Kita hentam saja la labu... 

Meh kita tengok resepi dan cara2nya...
Bahan-bahan :








Up
Close
Personal. 

#norizahnoorcooks

Thursday, 29 October 2020

MAULIDUL RASUL 1442H

29.10.2020
Khamis.
12 Rabiul Awal 1442H. 
Maulud Nabi. 

Pagi maulud nabi
Jendela ku singkap
Luas
Dunia terbentang
Bebas
Terima kasih Allah atas rezeki ini
Tak terucap
Terima kasih Allah atas kurnia ini
Tak terungkap



Pictures by NorizahNoor 

Saturday, 24 October 2020

COVID-19 REMINDER

Ada satu rasa bila baca statement DG Dr Hisham ni.
Senak dan sesak.

Dan ada yang tersurat dan tersirat dalam hatinya.
Itu pasti.

TIP HAFAZ AL-QUR'AN

Beberapa tip untuk bertalaqqi Al-Quran & menghafaz Al-Quran:

1. Niat nak datang tu mest betul. Bila niat betul, kita letih macam mana pun, kita masih dapat meneruskan usaha kita. Mengaji dan menghafaz menjadi sesuatu yang amat seronok. 

2. Saiz mushaf Al-Quran adalah amat penting. Bawa Al Quran yang tulisannya besar-besar dan mudah dibaca. Ini tak, baca pun merangkak lagi tapi bawa Al Quran tulisannya sebesar semut. Macam mana nak pandai kalau ayat pun tak nampak?

3. Bawa mushaf Al-Quran sendiri ke kelas. Sheikh yang mengajar kita siap bawa Al Quran, kitab tajwid, buku rujukan untuk tazkirah, buku nota. Kita boleh datang kelas dengan lenggang lenggok? Biar betul! Kadang-kadang pensil sebatang pun malas bawa. 

4. Semasa melalui proses pembelajaran, jangan tukar-tukar Al-Quran. Sekejap Quran besar, sekejap Quran kecil, sekejap yang bertafsir, sekejap yang tak bertafsir, sekejap yang berwarna, sekejap yang hitam putih. Guna satu mushaf Al Quran sahaja. Dan guna yang tulisannya besar-besar. Saranan saya, guna mushaf Madinah. Ini sangat penting untuk proses hafazan. Sebabnya, bila kita dah sebati dengan Al Quran tu, kita pejam mata pun boleh nampak helaian-helaiannya.

Credit: Ustaz Haji Faliq Fauzi




Friday, 23 October 2020

FOOD FOR THOUGHT

FOOD FOR THOUGHT: 

Saya pernah tengok pesakit yang anaknya ramai. Ada lelaki, ada perempuan. Tapi setiap kali nak datang rawatan di hospital, dia terpaksa minta dihantar oleh kawan dan jiran. 

Tapi, saya juga pernah tengok orang yang langsung tak ada anak. Tak berkahwin sampai lanjut usia. Tinggal sendiri. Tapi setiap kali datang, sentiasa ada anak saudara bergilir-gilir teman dia dari mula sampai habis sesi.

Sebab itu, saya faham... 

Saya pernah tengok sepasang warga emas datang berteman bibik. Anak-anak semua berjaya. Semua di oversea. Belikan satu kereta Alphard khas supaya kerusi roda mak dan ayah boleh muat di dalamnya. Tak sempat berpanas hujan, driver dah siap menunggu sehabis masa. Tapi mak ayah murung, taknak bekerjasama. Bibik kata dia selalu sebut, rindu nak anak-anak dia.

Tapi, saya juga pernah lihat ibu ayah dari anak yang biasa-biasa. Kerja pun bukan ada-ada. Selalu kena tolak kerusi roda mak ayah dari seberang jalan sampai berpeluh-peluh dahi. Tapi, sentiasa ada untuk teman mak ayah dari mula sampai tamat rawatan. Mak marah pun, dia diam je sengih tak cakap apa.

Sebab itu, saya faham.....

Saya pernah tengok ibu yang membebel pada anak yang patah pinggul akibat kemalangan. Ibu kata anak tu menyusahkan dia sebab nak kena ambil cuti. Susah nak ulang alik bawa ke hospital. Tak dengar cakap dia katanya. Sebab itulah jadi begitu.

Tapi, saya juga pernah lihat emak yang begitu gigih sekali mendukung anak kelainan upayanya dengan penuh senyum. Sedikit pun takda rungutan. Padahal kalau tengok, saiz anak dah sama besar pun dengan saiz badan emak.

Sebab itu, saya faham....

Saya pernah jumpa pesakit yang suka merungut. Hidupnya penuh dengan komplen. Macam tak ada benda yang baik. Walau dia nampak sihat dan aktif, tapi sentiasa komen tentang sakit dia ibu jari tangan dia yang seketul tu. Dia kata, stress dengan tangan tu.

Tapi, saya juga pernah jumpa seorang pegawai besar syarikat telekomunikasi yang diuji dengan lumpuh. Dari jadi orang besar, dia hilang semuanya sekelip mata. Tak pernah dia nak kata sedih. Dia kata itu rezeki. Yang dia doa, bukanlah supaya kaki dia sembuh semula. Dia cuma minta supaya boleh sujud semula dengan sempurna.

Sebab itu, saya faham...

Saya pernah jumpa seorang lelaki yang terpelajar. Kerja pun hebat. Gaya tak kalah. Tapi bila kehendak dia tak diikut, diamuk dan diharuknya semua orang macam orang lain ni takda perasaan. Adab dengan level otak dia macam tak syncronized. 

Tapi, saya juga pernah didatangi lelaki yang sekolah tak habis pun. Badan dia besar. Ada tatu di bahu. Kalau dia jentik sekali, saya boleh koma. Tapi, cakap dia penuh hormat. Sikit tak pernah marah ke apa. Sekejap-sekejap ucap terima kasih. Sikit-sikit cakap thank you. Sopan sungguh lah nak kata.

Sebab itu, saya faham...

Kisah hidup kita berbeza, jangan pernah persoal apa yang dia dapat hari ini kerana kita tak pernah tahu apa yg pernah dia lalui. Jika kita tak mampu mendoakan & membantu mereka, janganlah pula kita bersangka buruk & menghina mereka.

We eat from a different plate. Our journey is also different. Take the positive side.🌹🌹

Banyak-banyaklah bersyukur. 
If not, we never had enough.

Hidup adalah sesi pembelajaran.
Duduk.
Tengok.
Belajar.
Fahamkan.

Faham, kan?

Hidup senang, hati tenang, jiwa lapang💝💝

#kitajagakita
#MogaBermanfaat

Sumber: CnP socmed


Tuesday, 20 October 2020

CERITA TENTANG HUTANG

Selasa.
30.10.2020
03 Rabiul Awal 1442H. 

Senak perut bila baca.
Acapkali ini terjadi...realiti.
Yang berhutang naik tocang berbelit kata
Besar kepala sebesar kepala naga.
Dia yang menadah duit pada awal dulu
Kini berlagak jadi mangsa, kononnya
Play victim orang putih kata. 
Pusing keliling.
Siapa mangsa?
Mak kita, abang kita, kakak kita
Ke... Kita jadi mangsa? 
Siapa pemangsa? 
Tiada siapa yang akan mengaku walau dipaksa. 
Akulah yang tertipu katanya. 
Dialah yang menipu tuduhnya. 
Bosan! 
Sungguh sangat aku bosan
Dengan sandiwara dunia. 

#norizahnoorwrites 


Sunday, 18 October 2020

HIGHEST HIT 871

18.10.2020
01 Rabiul Awal 1442H.
Day 5 CMCM/PKPB 2.0

Highest hit today. 
871 
Moga terhenti di sini. 

Saturday, 17 October 2020

RESEPI BINGKA ROTI

Sabtu.
17.10.2020.
29 Safar 1442H. 
DAY4 CMC0/PKPB 2.0

Teringin lagi nak makan. 
Kali ni bingka roti. 
Ke... puding roti? 
Ikut la apa pun panggilannya. 
Janji ada rasa...
Kann.....

RESEPI BINGKA ROTI KISMIS GAJUS BIJAN

Bahan:
5 keping roti
2 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 kotak kecik santan KARA ( campur air untuk jadikan 3 cawan santan) 
3/4 gula
2 sudu besar margerin
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh garam
Kismis
Gajus
Bijan

Cara - cara:
1. Koyak roti dalam bekas acuan yang telah dilengser margerin. 

Roti Gardenia ada 4 keping je... 
Mokcik tambah roti bun seketul bagi cukup 5.

4 keping roti plus 1 ketui bun siap koyak dan carik... 

Ni rupa roti plus 2 cawan santan. Rendam sambil buat part lain. 

2. Campurkan balance 1 cawan santan, telur, gula, esen vanilla, margerin, tepung dan garam. Blender sekejap. 

3. Tuang atas roti yang kita rendam tadi. 

Adunan yang siap tabur kismis, gajus dan bijan. 

4. Bakar dalam oven. Ikut oven masing-masing. Disebabkan kurang rajin nak keluarkan oven, mokcik masuk dalam inverter microwave je...option cake. 

Bingka roti nan kembang setaman. 
Siap. 

Untuk kali ni, saje je mokcik lebihkan sukatan santan. Bagi lebut sikit. Layan tekak orang demam. 


Up. 
Close. 
Personal. 

#norizahnoorcooks


INI TITAH AGONG!

16.10.2020.
BERMUHASABAH AGAR NEGARA TIDAK LAGI DIHERET KE KANCAH POLITIK! 

Al Sultan Abdullah juga menasihatkan ahli-ahli parlimen supaya memahami serta menjiwai keluh kesah rakyat dan tidak mengabaikan kesejahteraan rakyat.

Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua rakyat khususnya ahli politik supaya bermuhasabah agar negara tidak sekali lagi diheret ke kancah politik tidak menentu.

Ini lebih-lebih lagi dalam suasana pandemik Covid-19 yang menyaksikan rakyat terus berdepan dengan pelbagai masalah dan masa depan yang sukar.

Menerusi satu kenyataan media, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Al Sultan Abdullah turut mengulangi titah nasihat Seri Paduka Baginda kepada ahli-ahli parlimen,semasa istiadat perasmian pembukaan penggal ketiga parlimen ke-14 pada bulan Mei lalu,untuk mempamerkan kematangan dalam berpolitik.

“Al Sultan Abdullah juga menasihatkan ahli-ahli parlimen supaya memahami serta menjiwai keluh kesah rakyat dan tidak mengabaikan kesejahteraan rakyat.

“Seri Paduka Baginda menegaskan ahli-ahli politik seharusnya tidak mengakhiri perbezaan pendapat dengan permusuhan tetapi sebaliknya menyelesaikan permasalahan melalui perundingan dan proses-proses perundangan yang termaktub di dalam perlembagaan persekutuan,” katanya.

Kenyataan Biro Politik Umno pada 13 Oktober yang menyatakan bahawa parti itu sedang mempertimbangkan untuk menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan mahukan syarat baru ditetapkan menyebabkan situasi menjadi semakin rumit.

Ini merupakan isyarat rasa tidak puas hati para pemimpin Umno dan beberapa pimpinannya kini secara terbuka mengkritik kepimpinan Muhyiddin.

Pada kenyataan medianya, Al Sultan Abdullah juga menyentuh mengenai penguatkuasaaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta kewujudan beberapa kluster baru.

Sehubungan itu, Seri Paduka baginda menitahkan agar semua masjid di seluruh negara mengadakan solat hajat dan doa selamat. Ini bagi memohon ihsan Allah SWT agar penularan wabak Covid-19 itu dapat dibanteras dengan berkesan dan segera.

“Seri Paduka Baginda menasihati seluruh rakyat untuk terus memainkan peranan masing-masing dan berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard dan tatacara amalan kebiasaan baharu dalam membantu pihak-pihak berkuasa memerangi penularan Covid-19 demi keselamatan diri dan kesejahteraan negara.

“Mengambil keberkatan sempena hari Jumaat yang mulia ini, Al-Sultan Abdullah turut menyeru seluruh rakyat untuk berdoa semoga negara yang kita cintai bersama ini dikurniakan keamanan dan ketenangan agar kemakmuran dan kesejahteraan negara serta rakyat entiasa terjamin,” katanya.


Thursday, 15 October 2020

DOA

Suami isteri kalau tiba-tiba tanpa sebab rasa benci di antara satu sama lain, hubungan menjadi dingin, ada sahaja yang tidak kena didalam rumahtangga. Berlarutan sehingga berhari-hari. Bacalah surah Al-Baqarah Ayat 102 berulang kali setiap kali selepas solat. Didalam perubatan islam ayat ni adalah sebagai ayat pembatal sihir iaitu sihir pemisah. Jika anda membaca ayat ni anda merasa sesuatu pada tubuh seperti pening, panas, bedebar2, loya atau muntah. Kemungkinan tubuh anda mempunyai gangguan makhluk halus (jin). Segera ke pusat rawatan islam untuk mendapatkan rawatan.

Kredit Norazri Medzlan

Wednesday, 14 October 2020

CMC0 2.0

Day 1 
CMCO
CONDITIONAL MOVEMENT CONTROL ORDER 
PKPB
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT
14.10.2020 to 28.10.2020
Jalan lengang
Kebingitan deruan kereta pelumba gila
Pecutan motor rang muda sakit jiwa
Seakan tiada
Aman serasa dunia
Untuk seketika

Picture by NorizahNoor
DUKE HIWAY
4.20pm


Tuesday, 13 October 2020

PKPB

Selasa
13.10.2020
22 Safar 1442H 
7.29pm

Esok 14.10.2020.
PKPB WPKL, WPP, SEL, SABAH. 
Tapi yang peliknya kenapa jalanraya dari petang tadi jem luar biasa? 
MRR2 jem. 
DUKE pun jem. 
Jem bawak ke malam... 
Ke orang KL lari balik kampung? 
Mcm start PKP 18.03.2020 aritu? 
Tak faham bahasakah? 
Atau buta angka? 
Atau ini memang budaya kita???? 








Sunday, 11 October 2020

BAHAGIA... JANGAN BERHENTI MENYULAM SETIA

11.10.2020
Ahad.

Sesekali kita berkumpul lagi
Hari ini kita bertiga
Walau selalu berempat
Satu waktu dulu pernah kita berlima

Seorang kita
Dipanggil pulang Sang Pencipta nan Esa
Tinggal kini
Kita yang empat

Kita yang masih ada
Yang masih utuh menghampar cerita
Yang masih utuh mengait sketsa
Empat yang masih utuh menyulam setia

Kita dulu yang pernah berlima
Ana
Ina
Fura
Nizah
Ija

Kita empat kini yang masih ada
Ina
Fura
Nizah
Ija

Ana... 
Usai sudah urusanmu di sini
Berehat mu kini sementara menanti dunia sana nan abadi
Terima kasih kerana pernah sama hadir
Melengkapi kepada kita dan kami... 
Al-fatihah buat sahabat tersayang
Moga Jannatul Firdausi
Tempat mu teman...

Dan jujur dari kami... 
Rindu itu masih terbungkam di hati. 

#norizahnoorwrites







 






AMALKAN DOA INI UNTUK SEMBUHKAN ANAK SAKIT TERUK

AMALKAN DOA INI UNTUK SEMBUHKAN ANAK SAKIT TERUK :
.
.
Anda pernah hadapi ujian anak disayangi sakit teruk?

Saya ada pengalaman tersebut. Sakit anak tidaklah teruk sangat tapi kita selaku ibu-bapa, risaunya lain macam. Kasihan tengok anak kecil menangis cakap 'sakit, sakit'... Ada waktu tu saya sampai berdoa, 'Ya Allah, saya tak sampai hati tengok anak saya yg sakit ni. Engkau pindahlah kesakitan tu padaku...'

Tok guru ada tegur, tak wajar berdoa begitu. Eloknya berdoa kesembuhan. Tapi begitulah kasih-sayang kita mak-abah kpd anak. Dan waktu tu kita rasa lemah sangat. Ada duit, medical card, hospital terbaik, doktor pakar & pamantauan rapi pun belum tentu kesembuhan terjamin.

Sebabnya, sehebat manapun kemampuan manusia, kita tidak mampu mengawal kuman. Cukuplah virus Covid menunjukkan keterbatasan kita. Ketika ini, kita perlukan sangat bantuan Tuhan.

Tok guru sampaikan pesan, selain berusaha, jangan lupa berdoa sebab kuman, virus dll ni hakikatnya makhluk Allah juga. Mereka belum tentu taatkan kita, tetapi mereka pasti taatkan Tuhan. Kita boleh berusaha mengubati, ambil antibiotik, ubat & sebagainya tetapi asasnya tetap sama : 

-- pergantungan kita terhadap Tuhan As-Syafi (Maha Penyembuh) wajib diperkuatkan.

Dia yang mencipta kuman. Pasti Dia juga berkuasa mutlak datangkan penyembuhan. Dalam rangka kita berusaha mengubati penyakit berlandaskan ‘sunnatullah’ (makan ubat, pergi hospital, jumpa doktor dll), jangan lupa untuk gandingkannya dengan ‘qudratullah’ : kuasa mutlak Allah Ta’ala.

Bahasa mudahnya, dalam usaha makan ubat, usaha juga berdoa. Kita kuatkan ikhtiar & dalam masa sama, keyakinan tetap dibulatkan kepada Allah Ta’ala. Keyakinan yang kita pelajari dari Nabi Ibrahim a.s :

Dan apabila aku sakit Dialah yang menyembuhkan aku. (Surah AS-Syu’ara, ayat 80)

Maka dlm posting ini, saya kongsikan doa yang saya amalkan. Doa ini saya anggap 'gred A' kerana ia datang dari Mahaguru terulung, Rasulullah s.a.w. Hadithnya sahih, riwayat muslim. Caranya ialah : 

1. Baca Al-Fatihah
2. Baca 3 Qul
3. Pegang bagian tubuh yang sakit lalu membaca : 

بِاسْمِ اللَّهِ       (3 kali)
أَعُوذُ بِعِزَّةِ اللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِن شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحاذِرُ   (7 kali)

Maksud : Dengan menyebut nama Allah, aku berlindung kepada Allah dan kuasa-Nya dari keburukan yang tertimpa padaku & yang aku khuatirkan. 

Cubalah amalkannya. InsyaAllah mujarabnya cepat. Cuma dalam teknik di atas, saya menambah bacaan Fatihah and 3 Qul. Surah Fatihah bagus sebagai pembuka kepada kesembuhan. 3 Qul pula bermanfaat sebagai ihktiar akidah kita untuk meletakkan anak dalam naungan & penjagaan Tuhan.

Dalam masa sama pesan ulama, perbanyakkan bersedekah. Saya ada mendengar  kisah, ada seseorang yg anaknya ditimpa penyakit kronik. Lalu dia bersedekah sejumlah xxx setiap hari dan ditakdirkan Allah, anaknya sembuh.

MasyaAllah. Benarlah pesan ulama, dengan bersedekah, banyak urusan hidup jadi mudah. Apabila kita berkongsi kasih-sayang dengan orang lain (via sedekah), Tuhan lebih mudah kongsikan rahmatNya kepada kita. 

What you give, you get back, 10X from Allah.

Saya nak kongsi peluang bersedekah ke tempat yg amat berkah. Kita sedekah/infaq Al-Quran kepada pelajar tahfiz. Pelajar2 ni setiap hari mengaji. 24 jam tu depa buat amal soleh je. Doa mereka saya yakin lebih makbul. 

Kita infaqkan Al-Quran untuk mereka guna mengaji setiap hari dan mohon anak-anak ni doakan kemudahan hidup kita dunia akhirat. InsyaAllah pahala mengaji depa ni akan kita perolehi berterusan tak putus-putus sapai hari kiamat.

Kami ada menguruskan program waqaf Al-Quran kepada pelajar tahfiz seluruh Malaysia menerusi program infaq Ahlullah. Hampir 800 Al-Quran telah kami serahkan kepada beberapa maahad tahfiz. Anda boleh ikuti perkembangan penyerahan Quran waqaf tersebut di Fb khasnya : Program Infaq Ahlullah.

Jemput sertai waqaf Al-Quran kepada anak-anak bertuah ni. Kita bantu mereka pandai mengaji & jadi ulama menerusi AlQuran yg diwaqafkan. Moga Tuhan mempermudahkan urusan kita bersama.

Anda boleh mewaqaf dengan melayari link ini ya : 

http://bit.ly/qurantahfiz
http://bit.ly/qurantahfiz

Moga semuanya ada berkah, amin.
.
.
Sumber : CnP Ust Asraff Ayobb


Saturday, 10 October 2020

10.10.2020

10.10.2020
Dunia perlukan cinta
Cinta aku
Pada dunia
Dunia perlukan 


10.10.2020

10.10
Tarikh keramat
Banyak yang tersurat
Bahkan tersirat
Masam manis
Pahit dan kelat
Sama terpahat
Ada yang sempat dikongsi 
Bersama sahabat
Tak kurang yang dipendam
Di lubuk hati tersemat
Berkarat


6 PERKARA UNTUK MENJADI WANITA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT.

6 PERKARA UNTUK MENJADI WANITA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT.

1. ALIMAH - Wanita yang berilmu dengan menjaga taklim secara istiqamah. Taklim adalah perintah Allah, ia juga merupakan roh kepada agama dan adalah salah satu pintu gerbang masuknya agama ke dalam rumah.

2. ZAHIDAH - Wanita yang hidupnya sederhana. Dengan hidup sederhana hisab akan mudah dan ringan. Maksud hidup sederhana adalah dari pakaian, makanan, perabotan rumah, penampilan.

3. ABIDAH - Wanita yang menjaga solat di awal waktu, zikir pagi dan petang. Semua kerja rumah selalu diiringi dengan zikir, istiqamah baca Al Quran, solat sunat, puasa wajib dan puasa sunat.

4. MURABIYYAH - Sebagai guru yang mendidik anak anak secara islam sesuai dengan yang telah dicontohkan oleh Rasulullah SAW. Anak merupakan amanah dari Allah jadi ibu kena ajar adabnya, badan, pakaian dan makanannya. Kenalkan agama kpd anak anak, latih supaya takut hanya pada Allah, tanamkan pada anak anak cinta pada Allah, RasulNya dan saudara, dan lain lain.

5. KHADDIMAH - Selalu berkhidmat untuk suami dan anak anak dalam setiap menunaikan keperluan mereka serta tamu yg dtg ke rumah dengan ikhlas semata mata kerana Allah.

6. DA'IYAH - Mengajak manusia untuk selalu taat kepada Allah SWT dan kepada Rasulullah SAW dengan tanam iman yakin kepada kampung akhirat.

Sumber :CnP socmed

Friday, 9 October 2020

ZIKIR UNTUK PENYAKIT



ZIKIR UTK PELBAGAI PENYAKIT

1. DARAH TINGGI
"Allahumma Ya Salaam Ya Fattah Ya Khoofidh
sembuhkan penyakit darah tinggi kami dan turunkan sukatan darah tinggi kami.
Ya Salaam Ya Mukmin
tenangkan jiwa kami agar tenang fikiran dan emosi kami dan sentiasa mengingatkan kami kpdMu agar jiwa kami mrasa tenang"

2. KENCING MANIS
"Allahumma Ya Salaam Ya Fattah Ya Khoofidh
sembuhkan kencing manis kami dan turunkan sukatan gula dlm darah kami. 
Ya Salaam
tenangkan jiwa kami agar tenang fikiran dan emosi kami dan sentiasa mengingatkan kami kpdMu agar jiwa kami mrasa tenang"

3. KOLESTROL
"Allahumma Ya Salaam Ya Fattah Ya Khoofidh*
sembuhkan penyakit kami dan turunkan sukatan kolestrol dlm darah kami.
Ya Salaam Ya Mukmin
tenangkan jiwa kami agar tenang fikiran dan emosi kami dan sentiasa  mengingatkan kami kpdMu agar jiwa kami merasa tenang"

4. GASTRIK
"Allahumma Ya Salaam Ya Fattah Ya Bathin
sembuhkan penyakit gastrik kami dan hilangkan toksid dlm tubuh kami.
Ya Salaam Ya Mukmin
tenangkan jiwa kami agar tenang fikiran dan emosi kami dan sentiasa mengingatkan kami kpdMu agar jiwa kami merasa tenang"

5. GOUT
"Allahumma Ya Saalam Ya Fattah Ya Muqsith
sembuhkan penyakit gout kami ini dan seimbangkan protein dan sihatkan sel2 darah dlm tubuh kami.
Ya Salaam
tenangkan jiwa kami agar tenang fikiran dan emosi kami dan sentiasa mengingatkan kami kpdMu agar jiwa kami merasa tenang"

6. PENYAKIT THYROID
"Allahumma Ya Salaam Ya Fattah
ssungguhnya penyembuhan itu adalah milikMu secara mutlak.
Kami hamba yg dhaif merintih kpdMu Ya Sami' Ya Mujib yg Maha Mdengar lagi Maha Mengabulkan agar Engkau sembuhkan sakit tyroid ini.
Kami yaqin Engkaulah mentakdirkan sakit ini Ya Qodir Ya Muktadir yg Maha Berkehendak lg Menentukan Takdir kerana Engkau ingin memasukkan kami ke syurgaMu. Kami redha atas setiap takdirMu.
Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin
kurniakan kami dan keluarganya hati yg kuat utk mengharungi ujianMu ini.
Ya Sobur
kurniakan kamk kesabaranMu. 
Allahumma Ya Salaam Ya Fattah
kami mohon penyembuhan bg penyakit tyroid ini. 
Ya Quddus Ya Jalil
bersihkan toksin2 yg ada dlm tubuhnya.
Ya Mumit
matikan kuman2 yg menjangkiti jasadnya.
Ya Mu'id Ya Salaam
kembalikan fungsi organ2 dlm tubuh kami yg telah rosak.
Sesungguhnya Engkaulah Ya Malik yg memiliki semua organ dan sistem tubuh kami.
Ya Waaliy Ya Wakil Ya Baari'
Engkau mampu menyembuhkan dan mengembalikan kesihatan kami kerana Engkau yg Maha Mengurus, Mentadbir dan Mengatur seluruh sistem tubuh kami. 
Dengan kekuasaan KUN FAYAKUN Mu, Engkau hanya berkata jadi maka jadilah, Engkau hanya berkata sembuh, maka sembuhlah..

7. STROK
"Allahumma Ya Rahman Ya Rahim
kasihani kami Ya Allah, sesungguhnya sakit ini dtg dariMu sebagai takdirMu Ya Qodir Ya Muktadir buat kami agar kami ingat kpdMu dan menyebut2 namaMu. Kami redha atas takdirMu ini.
Ya Salaam Ya Fattah
hanya Engkau yg dpt menyembuhkan sakit ini.
Ya Malik Ya Malikulmulk
anggota tubuh ini milikMu, Engkau pinjamkan kpd kami seketika anggota tubuh untuk kami beribadat kpdMu.
Ya Salaam Ya Mu'id
kembalikanlah kesihatan buat kami utk kami terus beribadah kpdMu.

8. SAKIT BELAKANG
"Ya Allah Ya Qodir Ya Muqtadir
kami redha atas ujianMu ini.
Kami insaf, sekiranya Engkau Ya Rahman Ya Rahim Ya Waduud kasih kpd hambaMu, Engkau akan tarik hambaMu dekat kpdMu Ya Roqib Ya Qoreeb dgn peristiwa sakit dan perbagai ujian"
"Allahumma Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin
kurniakan kami jiwa dan jasad yg perkasa, kuat dan teguh utk beribadah dan berbakti.
Ya Salaam
sejahterakan roh dan jasad kami utk kami terus beribadah dan berbakti"
Ya Waaliy Ya Wakil Ya Baari'
Engkaulah yg mengurus, mentadbir dan mengatur sistem uratsaraf dan tulang kami, letakkan tulang dan urat saraf kami kembali kpd tempat asalnya Ya Mu'id.
Ya Baathin
hilangkan persangkaan buruk dlm otak kami, padamkan perkataan sakit dlm otak kami kerana Engkau tidak pernah menyakiti kami tetapi Engkau sedang menyuci roh kami agar roh ini sentiasa suci utk mengadapMu"

9. BUANG ANGIN DLM BADAN
"Allahumma Ya Salaam Ya Fattah
bukakanlah jln bg angin keluar dari badan kami.
Sekiranya ia berpunca dari toksid, bersihkan toksid dlm tubuh kami Ya Quddus Ya Jalil.
Sekiranya ia disebabkan olh urat2 yg bersimpul, Ya Fattah Engkau bukakanlah simpulan itu.
Sekiranya ia berpunca dari kegagalan fungsi organ2 dlm tubuh kami Ya Salaam Engkau sembuhkanlah kerosakan organ2 itu.
Ya Mubdi' Ya Mu'id
kembalikan ia seperti asal"

10. PENYAKIT ANGIN PASANG
"Allahu Robbi Ya Rahman Ya Rahim Ya Sami'
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih dan Penyayang kpd kami hamba2Mu sejak kami dalam rahim ibu kami sehinggalah ke saat ini. Dengarilah doa dan rintihan kami ini.
Allahumma Ya Fattah Ya Salaam bukakanlah jalan penyembuhan bg penyakit angin pasang anak kami ....... seluas langitMu Ya Wasi'. 
Ya Khofidh turunkanlah bengkak pada telur ....... anak kami,
Ya Mu'id kembalikanlah ia kepada keadaan asal dan
kekalkanlah ia Ya Baaqi' sebagaimana ciptaanMu yg azali.
Sesungguhnya semua itu mudah bagiMu semudah Engkau berfirman KUN FAYAKUN"

10. UTK LAIN2 PENYAKIT
"Allahumma Ya Baari' Ya Hamid
basahilah lidah kami utk sentiasa Memuji2Mu Ya Hamid

Kredit utk: Amiruddin Ahmad Tajuddi

Sumber: socmed


Wednesday, 7 October 2020

KONGSI NUKILAN RASA DARI CIKGU EMMET

Hari ini 
Suara mu sebak menyampaikan 
Angka angka yang makin melangit. 
Hari ini 
Suara mu bagai menahan airmata
Bagi menyembunyikan betapa kesalnya
Dengan sikap lupa alpa 
Hari ini 
suara mu kelelahan
Membuktikan betapa perit dan letihnya 
dirimu dan barisan hadapan berjuang melandaikan garisan 

Ya Allah 
Peliharalah Tan Sri Dr Noorhisham 
Peliharalah para petugas perubatan
Peliharalah para pasukan keselamatan 
Peliharalah barisan hadapan. 
Berikan mereka kekuatan dan kesihatan 
Jadikan airmata tan sri sebagai minyak
Memarakkan semangat berjuang 
Melawan wabak ini. 
Amin ya Allah 

Puisi nukilan
Cikgu Emmet 
6/10/2020

😭 cikgu emmet

Saturday, 3 October 2020

COVID-19 MALAYSIA DAY LIST

STATUS COVID-19 MALAYSIA

1.  18 Mac 2020 :  *117 kes*
2.  19 Mac 2020 :  *110 kes*
3.  20 Mac 2020 :  *130 kes*
4.  21 Mac 2020 :  *153 kes*
5.  22 Mac 2020 :  *123 kes*
6.  23 Mac 2020 :  *212 kes*
7.  24 Mac 2020 :  *106 kes*
8.  25 Mac 2020 :  *172 kes*
9.  26 Mac 2020 :  *235 kes*
10.27 Mac 2020 :  *130 kes*
11.28 Mac 2020 :  *159 kes*
12.29 Mac 2020 :  *150 kes*
13.30 Mac 2020 :  *156 kes*
14.31 Mac 2020 :  *140 kes*
15.  1 April 2020 :  *142 kes*
16.  2 April 2020 :  *208 kes*
17.  3 April 2020 :  *217 kes*
18.  4 April 2020 :  *150 kes*
19.  5 April 2020 :  *179 kes*
20.  6 April 2020 :  *131 kes*
21.  7 April 2020 :  *170 kes*
22.  8 April 2020 :  *156 kes*
23.  9 April 2020 :  *109 kes*
24.10 April 2020 :  *118 kes*
25.11 April 2020 :  *184 kes*
26.12 April 2020 :  *153 kes*
27.13 April 2020 :  *134 kes*
28.14 April 2020 :  *170 kes*
29.15 April 2020 :  *85 kes*
30.16 April 2020 :  *110 kes*
31.17 April 2020 :  *69 kes*
32.18 April 2020 :  *54 kes*
33.19 April 2020 :  *84 kes*
34.20 April 2020 :  *36 kes*
35.21 April 2020 :  *57 kes*
36.22 April 2020 :  *50 kes*
37.23 April 2020 :  *71 kes*
38.24 April 2020 :  *88 kes*
39.25 April 2020 :  *51 kes*
40.26 April 2020 :  *38 kes*
41.27 April 2020 :  *40 kes*
42.28 April 2020 :  *31 kes*
43.29 April 2020 :  *94 kes*
44.30 April 2020 :  *57 kes*
45. 01 Mei 2020  : *69 kes*
46. 02 Mei 2020 :  *105 kes*
47. 03 Mei 2020 :  *122 kes*
48. 04 Mei 2020 :  *55 kes*
49. 05 Mei 2020 :  *30 kes*
50. 06 Mei 2020 :  *45 kes*
51. 07 Mei 2020 :  *39 kes*
52. 08 Mei 2020 :  *68 kes*
53. 09 Mei 2020 :  *54 kes*
54. 10 Mei 2020 :  *67 kes*
55. 11 Mei 2020 :  *70 kes*
56. 12 Mei 2020 :  *16 kes*
57. 13 Mei 2020 :  *37 kes*
58. 14 Mei 2020 :  *40 kes*
59. 15 Mei 2020 :  *36 kes*
60. 16 Mei 2020 :  *17 kes*
61. 17 Mei 2020 :  *22 kes*
62. 18 Mei 2020 :  *47 kes*
63. 19 Mei 2020 :  *37 kes*
64. 20 Mei 2020 :  *31 kes*
65. 21 Mei 2020 :  *50 kes*
66. 22 Mei 2020 :  *78 kes*
67. 23 Mei 2020 :  *48 kes*
68. 24 Mei 2020 :  *60 kes*
69. 25 Mei 2020 :  *172 kes*
70. 26 Mei 2020 :  *187 kes*
71. 27 Mei 2020 :  *15 kes*
72. 28 Mei 2020 :  *10 kes*
73. 29 Mei 2020 :  *103 kes*
74. 30 Mei 2020 :  *30 kes*
75. 31 Mei 2020 :  *57 kes*
76. 01 Jun 2020 :  *38 kes*
77. 02 Jun 2020 :  *20 kes*
78. 03 Jun 2020 :  *93 kes*
79. 04 Jun 2020 :  *277 kes*
80. 05 Jun 2020 :  *19 kes*
81. 06 Jun 2020 :  *37 kes*
82. 07 Jun 2020 :  *19 kes*
83. 08 Jun 2020 :  *7 kes*
84. 09 Jun 2020 :  *7 kes*
85. 10 Jun 2020 :  *2 kes*
86. 11 Jun 2020 :  *31 kes*
87. 12 Jun 2020 :  *33 kes*
88. 13 Jun 2020 :  *43 kes*
89. 14 Jun 2020 :  *8 Kes*
90. 15 Jun 2020 :  *41 Kes*
91. 16 Jun 2020 :  *11 Kes*
92. 17 Jun 2020 :  *10 Kes*
93. 18 Jun 2020 :  *14 Kes*
94. 19 Jun 2020 :  *6 Kes*
95. 20 Jun 2020 :  *21 Kes*
96. 21 Jun 2020 :  *16 Kes*
97. 22 Jun 2020 :  *15 Kes*
98. 23 Jun 2020 :  *3 Kes*
99. 24 Jun 2020 :  *6 Kes*
100.25 Jun 2020:  *4 Kes*
101.26 Jun 2020:  *6 Kes*
102.27 Jun 2020:  *10 Kes*
103.28 Jun 2020:  *18 Kes*
104.29 Jun 2020:  *3 Kes*
105.30 Jun 2020:  *2 Kes*
106.01 Jul 2020 :  *1 Kes*
107.02 Jul 2020 :  *3 Kes*
108.03 Jul 2020 :  *5 Kes*
109.04 Jul 2020 :  *10 Kes*
110.05 Jul 2020 :  *5 Kes*
111.06 Jul 2020 :  *5 Kes*
112.07 Jul 2020 :  *6 Kes*
113.08 Jul 2020 :  *3 Kes*
114.09 Jul 2020 :  *6 Kes*
115.10 Jul 2020 :  *13 Kes*
116.11 Jul 2020 :  *8 Kes*
117.12 Jul 2020 :  *14 Kes*
118.13 Jul 2020 :  *7 Kes*
119.14 Jul 2020 :  *4 Kes*
120.15 Jul 2020 :  *5 Kes*
121.16 Jul 2020 :  *3 Kes*
122.17 Jul 2020 :  *18 Kes*
123.18 Jul 2020 :  *9 Kes*
124.19 Jul 2020 :  *15 Kes*
125.20 Jul 2020 :  *21 Kes*
126.21 Jul 2020 :  *15 Kes*
127.22 Jul 2020 :  *16 Kes*
128.23 Jul 2020 :  *9 Kes*
129.24 Jul 2020 :  *21 Kes*
130.25 Jul 2020 :  *23 Kes*
131.26 Jul 2020 :  *13 Kes*
132.27 Jul 2020 :  *7 Kes*
133.28 Jul 2020 :  *39 Kes*
134.29 Jul 2020 :  *13 Kes*
135.30 Jul 2020 :  *8 Kes*
136.31 Jul 2020 :  *12 Kes*
137.01Ogo2020 :  *9 Kes*
138.02Ogo2020 :  *14 Kes*
139.03Ogo2020 :  *2 Kes*
140.04Ogo2020 :  *1 Kes*
141.05Ogo2020 :  *21 Kes*
142.06Ogo2020 :  *15 Kes*
143.07Ogo2020 :  *25 Kes*
144.08Ogo2020 :  *7 Kes*
145.09Ogo2020 :  *13 Kes*
146.10Ogo2020 :  *11 Kes*
147.11Ogo2020 :  *9 Kes*
148.12Ogo2020 :  *11 Kes*
149.13Ogo2020 :  *15 Kes*
150.14Ogo2020 :  *20 Kes*
151.15Ogo2020 :  *26 Kes*
152.16Ogo2020 :  *25 Kes*
153.17Ogo2020 :  *12 Kes*
154.18Ogo2020 :  *7 Kes*
155.19Ogo2020 :  *16 Kes*
156.20Ogo2020 :  *5 Kes*
157.21Ogo2020 :  *9 Kes*
158.22Ogo2020 :  *8 Kes*
159.23Ogo2020 :  *10 Kes*
160.24Ogo2020 :  *7 Kes*
161.25Ogo2020 :  *11 Kes*
162.26Ogo2020 :  *6 Kes*
163.27Ogo2020 :  *5 Kes*
164.28Ogo2020 :  *10 Kes*
165.29Ogo2020 :  *11 Kes*
166.30Ogo2020 :  *17 Kes*
167.31Ogo2020 :  *6 Kes*
168.01Sep2020 :  *14 Kes*
169.02Sep2020 :  *6 Kes*
170.03Sep2020 :  *14 Kes*
171.04Sep2020 :  *11 Kes*
172.05Sep2020 :  *6 Kes*
173.06Sep2020 :  *6 Kes*
174.07Sep2020 :  *62 Kes*
175.08Sep2020 :  *100 Kes*
176.09Sep2020 :  *24 Kes*
177.10Sep2020 :  *45 Kes*
178.11Sep2020 :  *182 Kes*
179.12Sep2020 :  *58 Kes*
180.13Sep2020 :  *47 Kes*
181.14Sep2020 :  *31 Kes*
182.15Sep2020 :  *23 Kes*
183.16Sep2020 :  *62 Kes*
184.17Sep2020 :  *21 Kes*
185.18Sep2020 :  *95 Kes*
186.19Sep2020 :  *20 Kes*
187.20Sep2020 :  *52 Kes*
188.21Sep2020 :  *57 Kes*
189.22Sep2020 :  *82 Kes*
190.23Sep2020 :  *147 Kes*
191.24Sep2020 :  *71 Kes*
192.25Sep2020 :  *111 Kes*
193.26Sep2020 :  *83 Kes*
194.27Sep2020 :  *150 Kes*
195.28Sep2020 :  *115 Kes*
196.29Sep2020 :  *101 Kes*
197.30Sep2020 :  *89 Kes*
198.01Okt2020 :  *260 Kes*
199.02Okt2020 :  *287 Kes*

Sumber: CnP Socmed

Notakaki:

Hari ini
03.10.2020
Hari ke 200 PKP @ MCO
Diam tak diam lama sudah
Kita terbiasa norma baru
Muka berlitup
Jumpa berjarak
Salam di mulut
Suhu di rekod