Sunday, 17 August 2014

15.08.2014

Jumaat
7.06am.
"Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?"
ArRahman:36

posted from Bloggeroid

Seruan Baitullah

17.08.2014 lewat waktu Asar.
Alhamdulillah...jemputan itu tiba.
Rabbi yassir...

posted from Bloggeroid

Tuesday, 12 August 2014

ArjunaBETA - 21.07.2014

21.07.2014
Pagi Isnin.
Adik call ummi. Seawal subuh.
Ummi, adik sakit...ummi terkedu.
Ummi, adik sakit...ulang adik. Perlahan.
Ummi, adik tak boleh gerak. Terhambur tangis adik di hujung talian.
Allahuakbar. Ummi rasa macam nak pengsan. Lemah longlai badan ummi dengar tangis sedu adik. Tapi ummi sedar, ummi kena kuat. Untuk adik.
Ummi pujuk adik. Ummi suruh adik istighfar banyak-banyak. Ummi pujuk adik untuk bersabar. Tapi sebenarnya ummi pujuk diri ummi untuk bersabar. Bukan untuk adik. Ummi tipu diri ummi sendiri.
Ummi suruh adik relaks.
Ummi bagitau adik, in shaa Allah takde apa-apa.
Mungkin adik penat sangat.
Ummi tetap suruh adik untuk relax the muscles. Untuk bangun pelan-pelan.
Take your time ya sayang. Nanti pukul 7.30 ummi cal adik. Pujuk ummi.
Sabarlah arjunaBeta.

Tepat 7.30 pagi ummi call adik.
Lama baru berjawab.
Ummi, adik sakit, perlahan suara adik...giliran ummi terdiam.
Ummi, adik tak boleh gerakkan badan...
Allah!
Adik...ummi panggil adik.
Ummi, adik tak boleh gerakkan badan adik...adik sakit!
Adik terus menangis dihujung talian.
Tangis adik makin menjadi-jadi. Adik meraung. Dan tiba-tiba...adik senyap. Sepi...
Ummi panggil adik.
Ummi jerit nama adik.
Adik! Answer me! Adik! Jasmin Asyiqin! Adik!
Senyap.
Detik berlalu...
Makcik, jasmin sakit...terdengar satu suara asing.
Kawan adik tolong jawap.
Jasmin tak boleh bangun, makcik. Jasmin tak boleh gerakkan badan dia. Jasmin tak boleh melentangkan badan dia. Jasmin mengereng dari semalam. Kitorang tak tau nak buat macam mana.
Subhanallah...anak ummi.
Ya Allah, tolong anak aku ya Allah.
Tolong adik ya Allah.
Tolong Jasmin ya Allah...
Tolong lindungi hambaMu ya Rabb...

Ummi tekad. Ummi drive ke Kuantan.
Dalam perjalanan hanya Allah yang tahu gelodak hati ummi.
Terasa jauh sungguh jarak KL-Kuantan.

Setiba ummi di sana...
Ya Allah...
Sungguh, anak ummi masih terbaring kaku.
Walau mata adik pejam seakan lena tapi riak wajah adik ada garis kerut menahan sakit.
Badan basah bermandi peluh.
Sayu hati ummi merenung anak ummi terlantar menanggung kesakitan keseorangan...
Perlahan ummi panggil adik...
Adik...ummi dah sampai sayang.
Buka mata, adik. Ummi dah ada dengan adik. Bangun sayang...
Perlahan adik buka mata...alhamdulillah.
Ayat pertama dari adik...
Ummi...sakit.
Adik nangis lagi...

Ummi ambil masa untuk melegakan sakit adik.
Dengan tangis dan juraian air mata adik gagahi untuk gerakkan badan adik.
Satu persatu. Dikit berdikit...
Bengkak mata anak ummi bertemankan airmata.
Bengkak jua hati ummi menahan gugurnya airmata...
Alhamdulillah, selepas makan ubat, jua dengan berkat sokongan moral teman-teman sebilik, adik boleh mula gerakkan badan adik...sedikit demi sedikit.

Dan sungguh. Allah maha mendengar rintihan hambaNya. Alhamdulillah, Allah permudahkan banyak urusan pentadbiran bersama ketua felo dan HEP adik.

Ummi call doktor adik di APSH.
Bring her back to KL.
Direct her to Emergency Dept.
Even if you reach KL at night.
The hospital is 24hours open.
Dont dare to take any risk.
Thats the order.

Tepat pukul 3.30 ummi dan adik bertolak balik ke KL. Destinasi yang ummi tuju...APSH.
Rabbi Yassir...

posted from Bloggeroid

Sunday, 20 July 2014

Berbudi pada tanah...

Pagi sabtu 12.07.2014.

Kalaulah ada tanah...boleh la menyangkul.
Kalaulah ada kebun...boleh la bercucuk tanam.
Kalaulah ada sawah...boleh la membajak.

Tapi kalau tak de tanah?
Kalau rumah hanya sekadar kotak-kotak sarang burung atas angin?
Tiada cangkul, tak kenal bajak...macam mana nak bercucuk tanam...

Akurlah dengan ketentuan ilahi bak bait kata-kata ini...
Harta bukan milikmu
Untukmu hanya rezki
Berkurang himpun lagi
Terlebih memberilah...

Tak la relevan mana pun lirik lagu Herman Tino tu dengan catatan aku ni.
Jujurnya, betul tak kalau aku katakan kita selalu berangan-angan untuk punya apa yang kita rasa boleh menyeronokkan diri kita. Membahagiakan hati kita. Kalau dapat rumah besar mesti best. Kalau dapat rumah yang ada tanah mesti seronok. Tapi realiti hidup tak semua impian akan tercapai. Tak semua mimpi akan jadi realiti.

Tapi walau tak punya waima sejengkal tanahpun, kita masih boleh bercucuk tanam.
Antara nak dengan tak nak je...
Dan...
Antara hidup atau tidak je....

Daun pandan wangi

Daun kari

Selasih

Poko Belalai Gajah...anti-cancer

Ulam Sambung Nyawa @ Akar Sebiak

Rosemary leave

Hajat hati nak jadikan balkoni depan rumah sebagai botani herba...
Wallaa....
posted from Bloggeroid

Friday, 11 July 2014

Kuantan 01.07.2014

Aku bertandang lagi ke daerah ini. Daerah yang banyak menyimpan memori. Suka duka tika bergelar pelajar. Memori tika melakar zaman remaja.

Bukit Sekilau, Teluk Sisik, Taman Gelora, Tg Api, Taman Teruntum, Stesen Bas Pokok Buluh, Kompleks Teruntum, Teluk Cempedak masing-masing ada cerita tersendiri. Apatah lagi Restoran Pattani dengan mee hailam dan tonyamnya. Stadium Darul Makmur...

Kini giliran arjunaBeta aku pula meneruskan hidupnya di sini. Hari ini bermula langkahnya. Dengan cabaran orde baru.
Dunia baru...
Apa jua rintangannya..langkah perlu diteruskan.
Demi satu kelansungan hidup.

































Pada tiap kesempatan yang datang, pada tiap nikmat keindahan alam yang Maha pencipta kurniakan...
Subhanallah.
Alhamdulillah.
Allahu Akbar.

posted from Bloggeroid

13 Ramadhan 1435H

Hari ini 13 Ramadhan 1435H.
11 Julai 2014.
Hujan tengahari di bulan puasa.
Waktu khutbah jumaat.
Alhamdulillah...fasa ke 2 bulan penuh berkat.

posted from Bloggeroid

Thursday, 10 July 2014

Akhirnya waktu itu pun tiba..

Ya...akhirnya telah tiba waktu itu. Detik yang ummi takuti selama ini datang jua.

Today is the day.
1 Julai 2014.
Ummi tinggalkan anak ummi di KPMIM.
ArjunaBeta ummi merantau melepasi jarak sempadan demi mengejar sebuah cita-cita.

Tipu kalau ummi tak sedih. Tipu jua kalau ummi tak risau. Sedih sangat-sangat. Risau galau hati ummi. Terlalu banyak bayangan sangsi dalam hati ummi.

Boleh ke adik bersendirian tanpa kami di sana. Pandai ke anak ummi berdikari nanti. Macam mana dengan ubat-ubatan adik. Terjagakah nanti jadual nya. Makan minum adik nanti pandai ke adik nak atur...dan lagi dan lagi dan lagi...

Selama ini anak ummi tak pernah renggang dari ummi. Adik sentiasa ada di sisi ummi. Adik lah teman suka duka ummi. Ada tika kita bergaduh... Namun kebanyakannya kita saling berkongsi cerita. Terkadang ummi merajuk dengan adik. Acap kalinya adik yang merajuk dengan ummi. Bila angin berlaga, kita sama-sama merajuk. End up...tak tau siapa menang, siapa yang kalah...
Uniknya hubungan ini.

Walau seberat mana pun hati ummi untuk melepaskan adik di daerah asing ini...ummi redha. Atas nama sebuah pengorbanan.

Selamat meniti hari-hari mendatang ArjunaBeta.
Moga sentiasa dalam rahmat Ilahi.
Ummi tinggalkan anak ummi dalam jagaan dan lindungan Allah...









posted from Bloggeroid

Saturday, 21 June 2014

Dari jendela wad ini...

This life is a test.
Alhamdulillah kita dipilih olehNya untuk diuji.
Pengalaman mengajar kita erti hidup. Satu yang aku pelajari dari kehidupan, dalam apa situasi sekalipun...carilah bahagia daripadanya. Kebahagiaan bukan dihujung destinasi tetapi kebahagiaan boleh dicari sepanjang perjalanan menuju ke destinasi. It is a journey...

Dalam meniti hari menemani my lil princess di wad, kami seronok mengintai di luar jendela. Saban hari mengintai awan. Saban petang melihat kesesakan jalan. Melakar bahagia dari sumber alam anugerah ilahi...


pagi yang damai

senja dari daun jendela

jalan sesak...atas dan bawah flyover sama jer

setelah berkampung beberapa hari disini...antara panorama senja yang terakam

sayup-sayup nampak teratak kami...rindu nak balik dah...
-norizahnoor-
sembuhlah arjuna beta
osted from Bloggeroid

Friday, 20 June 2014

Arjuna Beta...


takkan ku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar jengking dan ular
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata semua tak serupa

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul anakanda
tak jelas mata ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada takkan engkau tercela

ngeri...tak terbayang mata
bonda...takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa...bonda memujukmu anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada takkan engkau tercela


My dear little princess...

11.06.2014.
Buat X-Ray. Ada abnormality

12.06.2014.
Pagi buat MRI. Diagnosed. Few tests carried out. Confirmed.
Ummi speechless.
Dari seorang doktor pakar ke doktor pakar yang lain.
Satu persatu penerangan dan penjelasan doktor ummi dengar. Amati. Cuba untuk memahami.
Ummi bertanya itu dan ini untuk pasti. Rasa sangat sangsi sebab macam tak logik. Macam tak boleh nak percaya.
Ummi keliru.

Sayu hati ummi bila mendengar kata-kata doktor.
Lagi pedih bila doktor tepuk dahi.
Lagi senak perut ummi bila doktor call doktor-doktor lain berbincang tentang result MRI. Jargons term yang doktor gunakan buatkan ummi mual. Ummi tanya doktor maksud medical terms dalam bahasa paling mudah. Bahasa orang biasa macam ummi. Layman terms.

Ummi pandang wajah anak ummi. Anak ummi senyum. Tapi tawar. Ada riak resah di wajah. Ada garis sedih. Mata anak ummi berkaca. Allahuakbar. Allah, kuatkan aku. Untuk anakku.
Ummi pandang anak ummi. Ummi genggam tangan anak ummi. Ummi senyum. Tapi ummi tau senyum ummi kelat. Sukar sungguh untuk ummi mengukir senyum itu.
Tapi ummi kena terima kenyataan.
Ini takdir untuk kita.

Dan akhirnya anak ummi was admitted to APSH.
Innalillahi wainna ilaihi roji'un...

Apapun syukur Alhamdulillah sebab masih diberi peluang oleh Allah untuk kita berusaha.
Untuk sembuh.
Kita usaha sedaya mungkin.
Dengan bantuan doktor.
Dengan izin dan ketentuan Allah swt.

Buat anak ummi...
Ummi sayang adik...sayang sangat-sangat.


my ArjunaBeta


kasih seorang abang

abang dan adik...buah hati bonda
-norizahnoor-
terima kasih Allah...
kerana merezekikan hambaMu ini dengan mereka
anak-anak yang aku kasihi

Friday, 6 June 2014

Awan Bahasa Alam

View awan sirrus dari Jambatan ke2 Pulau Pinang

Dah lama tak menjengah dan mengupdate blog. Dah bersawang...

Kemalasan yang melanda. Malas dari mata bawak ke jari. Mata asyik berat je. Ikutkan hati nak je melayari mimpi. Walau di siang hari. Tapi nak bermalas-malasan layan mata pun, mata jaki juga. Puas pujuk tak nak jugak lelap. Rasa dunia berkuap. Stuffy. Semput semacam. Mungkin sebab cuaca agaknya...
Cuaca sekarang semakin hari makin panas. Nak kata El Nino...belum lagi kot. Biasanya dalam bulan-bulan begini memang agak panas. Monsun Barat Daya rasanya yang membawa kepada musim panas yang menyengat.

Tadi aku jengah kat luar tingkap. Dengan harapan nak ambik gambar awan. Tapi tak berapa cun awan yang ada...tak de rezeki. Aku belek koleksi gambar yang ada....dan terjumpa gambar awan ni. Sebahagiannya sirrus. Awan yang aku jejak masa dalam perjalanan balik dari Penang tempoh hari. Snap dari dalam kereta masa lalu atas jambatan ke2 Pulau Pinang.

Semakin banyak koleksi awan yang aku ada, semakin seronok aku mencintai awan. Bunyi macam kurang waras, tapi itulah hakikatnya. Ada sesuatu yang aku rasa. Yang tak terucap dengan kata-kata. Tak terungkap dengan bicara. Macam Kuch Kuch Ho Ta Hai...walla!!!

Kecintaanku pada Alam ciptaan tuhan.
Syukur sangat-sangat sebab melalui awan aku belajar untuk lebih menyintaiNya.
Subhanallah...

posted from Bloggeroid

Monday, 19 May 2014

Pulau Aman -08.04.2014

Pulau Aman.
Dah lama berhajat untuk menjejakkan kaki ke sana. Last 2 years berkesempatan sampai ke jeti tapi tak sempat ke pulau Aman sebab dah petang. At last...Alhamdulillah...akhirnya dapat.

Pulau Aman sebuah pulau kecil di perairan kepulauan Pulau Pinang.
Ia sebuah kampung nelayan. They lead a very simple life. Ada kemudahan asas tapi agak terbatas.


Jeti Batu Musang berhampiran Stadium Batu Kawan, pintu masuk ke Pulau Aman.

Pangkin comel mengadap Pulau Aman

Adakah ini bot yang akan membawa aku ke pulau Aman???

Setelah menunggu beberapa ketika, bot sampai...
Jeti dan bot berlatarbelakangkan pulau...

Dah sampai kat Pulau Aman. Ni jeti disebelah pulau yang menyambut kedatangan aku...

Laluan ke pulau...not bad

Salah sebuah rumah di Pulau Aman. Yang menariknya, sepanjang jalan di kampung ni dihubungi oleh jalan kecil yang diperbuat dari simen. Door to door...

Sekolah Kebangsaan Pulau Aman

Satu perkara menarik kat sini...banyak pokok sukun. Rasanya banyak pokok sukun dari rumah orang...

Pokok sukun tertua di Malaysia juga rupanya tercatat di sini.
Sukun Pulut date of birth 1890

Anak-anak kampung sedang menjamu selera. Sporting sungguh mereka. Sempat posing dan sempat mintak tengok gambar dorang yang aku snap):

Berjalan sampai hujung kampung.
Beting pasir atau aku rasa lebih sesuai dinamakan beting kulit kerang...
Yang memutih atas pasir tu sebenarnya kulit kerang

Dah penat berjalan...makan mee udang kat restoran terapung.
posted from Bloggeroid

Sunday, 18 May 2014

Daun Selasih

Kutanam selasih
Kutanamkan di hujung halaman
Mengenangkan kasih aduh sayang
Yang aku tinggalkan

Kusiram selasih
Kusiramkan di hujung halaman
Mengenangkan kasih aduh sayang
Lambang percintaan...

Walla!!!

Antara bait-bait lagu Selasihku Sayang. Dendangan Ahmad Jais dan Rafeah Buang.
Dulu zaman kecik-kecik bila sebut selasih...yang aku tau lagu Selasihku Sayang dan air selasih. Almost tiap hari itulah minuman untuk berbuka puasa bulan ramadhan. Aku panggil air telur katak. Aku tukang rendam. Tukang bancuh. Dan kebiasaannya memang habis. Mungkin sedap sangat atau...sebab itu jer air yang ada....

After so many years of singing that song dan minum air selasih, baru je dalam beberapa bulan ini aku mengenali rupa pokoknya.
Dan sudahpun ada serumpun di depan rumah, halaman tak bertanah. Dalam pasu. Depan balkoni. Alhamdulillah. Sudah beberapa kali aku tuai buat ulam dan masak.

Banyak khasiatnya. Antara yang aku baca...untuk asma, batuk, paru-paru berair, demam, pelawasan perut dan penambah rasa dalam masakan of course.

Tapi frankly for me, yang aku noticed tiap kali aku makan daun selasih mentah buat ulam sendi-sendi aku jadi sakit. Sakit urat bagai. Lenguh badan. Rasa demam tak demam.  I dont know why...

Inilah selasihku sayang... dihujung halaman

Alternatively, aku masak daun selasih. Bubuh dalam masakan.
Resepi sendiri.
Antara resepi simple sesimple ada yang selalu aku masak ialah siakap goreng daun selasih.

Siakap Goreng Daun Selasih
Bahan:-
Siakap sederhana besar
6 ulas bawang putih -ketuk separa hancur
10 biji cili api -hiris
2 biji tomato -hiris
Daun selasih secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara:-
Goreng ikan sehingga garing. Angkat.
Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali.
Tumis bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan cili api. Gaul hingga naik bau.
Masukkan hirisan tomato.
Masukkan garam & serbuk perasa(kalau nak).
Masukkan daun selasih.
Angkat dan siram atas ikan tadi.

Hasilnya...


posted from Bloggeroid

Daun Ulam Sambung Nyawa

Daun sambung nyawa juga dikenali sebagai akar sebiak, daun dewa, mollucan spinach, kelemai merah.

Sebenarnya dah lama aku cari pokok ni. Memang nak tanam sebab aku pernah makan kat rumah boss aku. Ditanam oleh bibiknya. Memang sedap. Rasanya lemak dan crunchy. Makan sebagai ulam dengan sambal belacan. Nasi panas-panas. Ada ikan goreng dan kicap.Tak perlu lauk lain dah. Cukup menyelerakan.

Cara tanam senang. Dari batang yang tua je dah boleh hidup. Tanah yang gembur, perlu sentiasa agak lembap dan redup.

Antara khasiat daun sambung nyawa ni termasuklah untuk demam, pening kepala, migrain, darah tinggi, kencing manis, kanser dan paling utama, awet muda katanya. Ada lagi...
Tak kira la apa pun khasiat yang tersembunyi atau yang tak kita ketahui, selagi ianya tidak memudaratkan pada aku, boleh je kita makan. Cuma jangan berlebihan.



Ni pokok yang aku punya. Anak benih beli kat pasar tani. Selepas 3 minggu dipindahkan ke dalam pasu, akhirnya dapat greenlight dari big boss. Dah boleh dipetik daunnya...hehe

Tak disangkal lagi...memang sedap!

Nota kaki: Tak boleh nak curi-curi petik daun buat ulam...big boss siap kira berapa helai tu....);

posted from Bloggeroid