Thursday, 10 July 2014

Akhirnya waktu itu pun tiba..

Ya...akhirnya telah tiba waktu itu. Detik yang ummi takuti selama ini datang jua.

Today is the day.
1 Julai 2014.
Ummi tinggalkan anak ummi di KPMIM.
ArjunaBeta ummi merantau melepasi jarak sempadan demi mengejar sebuah cita-cita.

Tipu kalau ummi tak sedih. Tipu jua kalau ummi tak risau. Sedih sangat-sangat. Risau galau hati ummi. Terlalu banyak bayangan sangsi dalam hati ummi.

Boleh ke adik bersendirian tanpa kami di sana. Pandai ke anak ummi berdikari nanti. Macam mana dengan ubat-ubatan adik. Terjagakah nanti jadual nya. Makan minum adik nanti pandai ke adik nak atur...dan lagi dan lagi dan lagi...

Selama ini anak ummi tak pernah renggang dari ummi. Adik sentiasa ada di sisi ummi. Adik lah teman suka duka ummi. Ada tika kita bergaduh... Namun kebanyakannya kita saling berkongsi cerita. Terkadang ummi merajuk dengan adik. Acap kalinya adik yang merajuk dengan ummi. Bila angin berlaga, kita sama-sama merajuk. End up...tak tau siapa menang, siapa yang kalah...
Uniknya hubungan ini.

Walau seberat mana pun hati ummi untuk melepaskan adik di daerah asing ini...ummi redha. Atas nama sebuah pengorbanan.

Selamat meniti hari-hari mendatang ArjunaBeta.
Moga sentiasa dalam rahmat Ilahi.
Ummi tinggalkan anak ummi dalam jagaan dan lindungan Allah...









posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment