Wednesday, 27 May 2020

Nai Qidra Palestine by ROZA ROSLAN

Nasi Palestine.
Qidra.
Masak pakai Periuk Noxxa.

Bahan Tebusan Sup Qidra:
*1-2kg lamb or kambing or daging lembu+tulang
Or 1 ekor ayam potong 4
*1/4 cawan minyak zaiton
*1 biji bawang besar dihiris
*3 labu bawang putih dgn kulit2nya
*2 biji tomato besar dipotong
*1 batang carrot potong kasar
*2 biji ubi kentang belah 4
*Garam secukup rasa
*1 set bahan rebusan sup Arab yg disertakan
*1 bungkus rempah Qidra yg disertakan

Panaskan minyak zaiton. 
Tumiskan bawang besar, bawangbputih dan bahan rebusan sup Arab yg disertakan. 
Masukkan rempah Qidra dan tomato
Masukkan 1 liter air
Masukkan ayam dan garam
Set HP 15min

Pastikan tombol disetkan pada indicator Pressure. 
Once timer bip berbunyi, ubah indicator kepada steam untuk releasekan wap. 





Tuesday, 26 May 2020

Selamat Hari Raya

Ni je menu raya kita. 
Ketupat. 
Rendang daging. 
Kuah kacang. 
Lontong. 
Air kopi vietnam panas. 
Air sunquick sejuk. 
Tiada... 
Rendang ayam pencen nenek. 
Kari ayam nenek. 
Lodeh nenek. 
Agar-agar merah nenek. 
Air hijau nenek.

Juadah tak penuh meja. 
Ok la... 
Kita raya kita aje. 
Berempat cuma. 
Selamat Hari Raya. 



Solat Sunat Eidul Fitri 2020.

Tiada solat sunat Aidil fitri di masjid bagi orang awam seperti kami.
Solat sendiri sendiri di rumah masing-masing. 
Ketua keluarga membaca teks khutbah yang disediakan oleh JAKIM. 
Itu arahannya. 
Kena akur. 
Bagi yang inginkan pengisian. 
Erti 1 Syawal. 
Erti Hari Raya. 
Bagi yang rasa semua ini tak penting... 
Teruskanlah tidur. 
Teruskanlah berdengkur. 
Itu pilihan kamu. 
Tetap kami akur. 

Eh, dah nak raya!

Terkenang masa zaman membesar dulu. 
Malam raya malam yang sangat2 ditunggu. 
Main bunga api. 
Mercun. 
Bom buluh. 
Paling tak de pun mesti ada pelita minyak tanah. 
Keliling rumah. 
Lagi banyak lagi meriah. 
Lawan dengan rumah jiran, rumah kawan. 
It was decades ago. 
Malam ni malam 27 Ramadhan 1441H. 
Malam 7 likur. 
Ada terpalit rasa syukur, rasa gembira rasa sayu rasa hiba. 
Depan guard house ada pasang pelita. 
Walau tak pegang, tak rasa. 
Cukuplah kita tinjau kita renung dari atas. 
Tepi jendela. 
Sambil mengimbau memori melayan jiwa. 
Syukur alhamdulillah. 
Itu tandanya. 
Dah nak raya. 

RAYA 2020.

Raya 2020.
Yang serba mencabar. 
Yang tak pernah terduga begini takdirnya. 
Raya PKP katanya. 
Raya MCO juga. 
Raya COVeid sync diguna. 
Tak boleh balik kampung. 
Raya terkurung. 
Sendiri masak sendiri makan. 



Ketupat yang direbus dlm periuk Noxxa. 
15 biji untuk sekali rebus. 
Option Stir Fry sampai air mendidih. 
High Pressure 45 min.

Hok ni haru sikit kejadiannya. 
Rendang daging yg agak hancur. 
Pun guna Noxxa jugak. 
Stir fry untuk menumis bahan. 
45 min HP. 
Dan continued dgn SF utk keringkan rendang. 
Apa ada pada rupa...yang penting rasa😄. 

Kuah kacang Warisan Nenek. 
SF dlm Noxxa jugak. 
Lepas dh masak transfer atas dapur biasa, masak api pelan untuk naikkan minyak. 

Lontong Warisan Nenek. 
Ni masak atas dapur je. 
Masak pagi raya sebelum subuh. 
Resepi nanti kita tepek kendian. 

Kopi vietnam. 
Kita masak atas dapur untuk lebih enak. 
Brand OOZECAFE.
Katanya: 
"ca phe chat chong lao hoa co the, nang tam suc song moi" 
The coffee has the anti-age for body, bto raise the new vitality💃
The best coffee ever for me.


Thursday, 14 May 2020

PKPB, CCMO

PKPB. 
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. 
CCMO. 
Conditional Controlled Movement Order.
1
2
3
4
5 dah. 
Sampai 09/06/2020.
Kalau ada umur la... 



Wednesday, 13 May 2020

COVID-19 STATUS AS AT 13.05.2020

Kenyataannya begini
Dunia
Yang dahulunya gah
Kini
Terduduk
Terciduk
Terperosok. 



Malaysia
Tanah tercinta
#Kitajagakita
#Stayhome
#Dudukrumah
#Kitamestimenang
Our new normal. 

Resepi Tepung Pelita Sengkuang MCO 2020.

Selama hayat tak pernah suka kuih ni.
Tak pernah terliuq pun nak makan.
Baik bulan puasa ke...raya ke..kenduri mak kendara ke. Lalu la tepi mata, singgah la tepi pinggan... waima jeling pun ku tak heran.
Sombong. 
Jangan tanya kenapa. Jawapannya tiada. Noktah. 
Tapi itu aku sorang aje. 
Anak suka. Boss pun suka. 
Dan kerana mereka...kerana MCO juga. 
Aku godek apa yang ada. 
Pembuka selera. 
Untuk berbuka. 

Tepung Pelita Sengkuang MCO 2020.

Bahan-bahan lapis bawah@hijau:
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
1 cawan air pandan (daun dari pasu depan rumah je) 
2 cawan air
Pewarna hijau ikut suka.
*Sengkuang didadu kecik dan direndam air garam. 

Cara:
Campur semua bahan kecuali *. 
Kacau dan tapis. 
Masak dlm kuali (selesa sebab besaq, tak bekecah). 
Api sederhana dan kacau sampai masak. 
Petunjuk- ada gelembung plop plop dan tekstur agak berkilat. 
Lebih kurang 15 minit macam tu.

Bancuhan lapis bawah yang dah masak. 

Isi sengkuang dalam bekas acuan.

Tuang lapis hijau ikut tebal or nipis masing-masing. Suka-suka hati nak buat macam mana pun.
Siap separuh jalan. 

Sementara tunggu lapis hijau sejuk, kita buat lapis atas atas putih pulak.

Bahan-bahan lapis atas@putih:
1 cawan tepung beras
1 kotak santan Kara 200ml campur 2 cawan air (utk dapatkan 3 cawan santan) 
1 sudu gula. 
1 camca teh garam. 
1 helai daun pandan simpul buat wangi. 

Cara-caranya:
Campur semua bahan. 
Kacau. 
Tapis. 
Masak atas api sampai pekat. 

Kacau selalu supaya tak pecah minyak. 

Dah masak, tuang guna sudu atas lapis hijau tadi. 
Sejukkan dalam peti ais. 
Sebenarnya senang je nak buat kuih ni. Tapi kalau tangan tak rajin, tak jadi jugak.. 

Siap untuk di makan. 
Up close and personal) :






Saturday, 9 May 2020

BINGKA LABU KUACI

09.05.2020.
Kita masih lagi dalam CMCO 2020.
CONDITIONAL MOVEMENT CONTROL ORDER 2020.
Semua keranamu. 
Covid-19. 

17 Ramadhan 1441H.
Serious dah tak tau nak masak apa untuk berbuka. Dah habis pusing menu dah bak kata orang. 

Boss request buat bingka labu. Kebetulan ada labu dalam peti ais. Ok, kira buat bingka labu la pulak ya. 

Bahan-bahan:
2 cawan labu yang telah direbus, dikeringkan airnya(lepas buang air rebusan, masak sekejap atas dapur dgn api kecik) dan dilecek. 
2 cawan tepung gandum. 
1 kotak santan 200ml (aku guna brand KARA) 
1 cawan gula pasir. 
1 suku cawan air. 
3 biji telur. 
Garam secukup rasa. 
Esen vanila beberapa titik. (saje nak bg wangi)
2 sudu Butter or planta. 
Sedikit kuaci yang telah disangai. 

Cara:
Masukkan semua dalam blender. 
Kecuali kuaci ya... 
Agar tepung tak melekat pada blender, jangan bubuh tepung dulu dlm blender. 
Blend. 
Siap. 

Panaskan oven. 
Oleskan loyang dengan planta. 
Tuang adunan dalam loyang. 
Pastu tabur la kuaci atas adunan tadi. 

Bakar ikut kesesuaian oven masing2 ya. 
For me, option CAKE. 
Untuk hasil yang garing dan lebih wangi untuk bahagian atas, ulang 2 kali. 
Adunan yang siap untuk dimasukkan dalam oven. 
Hak hitam tu sebenarnya kismis. Aku letak sikit... Saje suka-suka. Tapi most of them tenggelam dalam lautan labu... 

Kejadian bingka dalam oven. Ni baru lepas tukar dari tray bawah ke tray atas. Nak bagi lapisan atas plus kuaci tu garing naa.. 

Siap. Final look right after keluar dari oven.

Up Close & Personal ):

Monday, 15 April 2019

Percutian ke Pulau Redang Terengganu

15.04.2019
3.00 pagi called grab. 3.15 bergerak dari setiawangsa. Perjalanan dari kl ke klia tak terasa kerana melayan anak berborak. 4.15 pagi kami sampai ke KLIA2.
Print barcode utk checked in baggage di kaunter S. Usai lekatkan barcode, qayyum menguruskan checked baggage. Self cheched in dimana tiada lg kaunter staff. Sebaliknya AA menyediakan mobile staff utk assist pelanggan.
Selesai urusan checked in baggage kami terus ke balai berlepas J11.

Bf kat d'mas selera kg. Nasi minyak ayam telo mata 4 org plus air RM29

Thursday, 10 August 2017

Maldives Day 2 - Hulhumale Island 08.05.2017

First night tido kat Maldives!
Yeay! or Neay?
Of couse la yeay, kan?
Walaupun badan letih, tapi keterujaan untuk melihat sun rise kat pantai depan hotel memadam segala kelesuan. Gitu ayatnya!
Untuk pengetahuan, subuh di Maldives awai. Mentari pun muncul awai jugak. So tak boleh la nak lenggang kangkung mak limah kalau betul-betul nak tengok sun rise.







Baru nak mula update entry Maldives ni dah start pening. Pening kepala nak pilih gambar yang makan ribuan banyaknya. Seriuos. Gambar tak dapat menandingi real life.


 Attention! Bikini is not allowed along the public beach area.
This is soo good.


Damainya...


Ada orang tunjuk kaki kat Lautan Hindi.
Kiranya nak kata...hello! I m here):


Hammock untuk rest & enjoy the view.


Speechless...ni baru kat public beach. Hulhumale Island yang mana merupakan pulau berkepadatan penduduk yang tinggi. Bukan pulau piknik2 & mandi-manda ya.


Mentari di balik awan.


Basikal depan hotel. Boleh buat ronda-ronda.


Restoran

Jalan Hirundhu.


Bebudak sekolah.


08.05.17. We were here.



Air yang sangat2 jernih.

Bercuti ke Maldives 07.05.2017 - 12.05.2017

Maldives 2017 Getaway. 
Itu tajuknya.
Alhamdulillah...angan-angan yang aku pasang sejak dari zaman remaja hampir tercapai. Memang selama hari ni kalau cerita pasal bulan madu...Maldives antara tempat yang popular. Tapi bagi yang dah masuk zaman 'tahun madu' (senior to bulan madu)..tak salah kiranya kita acah-acah bajet muda dengan bercuti kat Maldives ni. Tak payah la nak tunggu berbulan madu baru nak berpeleseran, kan?

Kami naik AA dari KLIA2 pada 07.05.2017 flight pukul 6.55pm. It takes 4hrs 15mins to reach the airport. Time zon Maldives lewat 3 jam dari kita. So kiranya masa kami sampai kat Maldives pkl 11.10pm tu kat sana baru pukul 8.10pm. 

Friday, 9 June 2017

Bercuti ke Maldives 2017.

Maldives kata aku.
Maladewa kata orang seberang.
Keduanya tempat bercuti santai. Wisata bilang mereka.
Maldives terdiri dari 1192 buah pulau kecil.
Dan hanya lebih kurang 200 pulau yang berpenghuni.
Dari pulau yang berbagai ini terbentuk 26 atol.
Pulau pulau di sini bersaiz kecil.
Keadatan penduduk kurang dari 400,000 orang.
Dan mereka adalah muslim.
100%.
No alcohol is allowed.
Public beach, bikini is a wrong doing.
Minah saleh yang nak berbikini kena mandi di pantai khas...bikini beach. Dan serius...ada tutup-tutup bagai dengan daun kelapa...
Funny tapi...yess, hamba suka.

Wednesday, 7 June 2017

Maldives 2017