Wednesday, 13 May 2020

Resepi Tepung Pelita Sengkuang MCO 2020.

Selama hayat tak pernah suka kuih ni.
Tak pernah terliuq pun nak makan.
Baik bulan puasa ke...raya ke..kenduri mak kendara ke. Lalu la tepi mata, singgah la tepi pinggan... waima jeling pun ku tak heran.
Sombong. 
Jangan tanya kenapa. Jawapannya tiada. Noktah. 
Tapi itu aku sorang aje. 
Anak suka. Boss pun suka. 
Dan kerana mereka...kerana MCO juga. 
Aku godek apa yang ada. 
Pembuka selera. 
Untuk berbuka. 

Tepung Pelita Sengkuang MCO 2020.

Bahan-bahan lapis bawah@hijau:
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
1 cawan air pandan (daun dari pasu depan rumah je) 
2 cawan air
Pewarna hijau ikut suka.
*Sengkuang didadu kecik dan direndam air garam. 

Cara:
Campur semua bahan kecuali *. 
Kacau dan tapis. 
Masak dlm kuali (selesa sebab besaq, tak bekecah). 
Api sederhana dan kacau sampai masak. 
Petunjuk- ada gelembung plop plop dan tekstur agak berkilat. 
Lebih kurang 15 minit macam tu.

Bancuhan lapis bawah yang dah masak. 

Isi sengkuang dalam bekas acuan.

Tuang lapis hijau ikut tebal or nipis masing-masing. Suka-suka hati nak buat macam mana pun.
Siap separuh jalan. 

Sementara tunggu lapis hijau sejuk, kita buat lapis atas atas putih pulak.

Bahan-bahan lapis atas@putih:
1 cawan tepung beras
1 kotak santan Kara 200ml campur 2 cawan air (utk dapatkan 3 cawan santan) 
1 sudu gula. 
1 camca teh garam. 
1 helai daun pandan simpul buat wangi. 

Cara-caranya:
Campur semua bahan. 
Kacau. 
Tapis. 
Masak atas api sampai pekat. 

Kacau selalu supaya tak pecah minyak. 

Dah masak, tuang guna sudu atas lapis hijau tadi. 
Sejukkan dalam peti ais. 
Sebenarnya senang je nak buat kuih ni. Tapi kalau tangan tak rajin, tak jadi jugak.. 

Siap untuk di makan. 
Up close and personal) :






No comments:

Post a Comment