Monday, 13 June 2022

UFUK TIMUR 12.06.2022

Monday, 30 May 2022

TIPS UNTUK UMMI DARI PROF MUHAYA

"Untuk yg bergelar ummi, ibu, mak, mama, mummy tersayang" Dari Prof Muhaya..

Jom amalkan 10 tip untuk yang nak jadi parent....dah jadi parent....yang baru jadi parent semula... Sama-sama kita amalkan.... Terutama tip yg no 6 tu....

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak, kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh. Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita. Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita, anak Dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

via : Prof. Dr. Muhaya

Rasulullah bersabda, 
"Barangsiapa yang menyampaikan satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalknnya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada(meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.. 

Amiiin ya rabbal alamin..

#Semoga bermanfaat..
#Perlis2018
#cikguLina

Saturday, 28 May 2022

MAAF TAK SEMESTI MELUPA

"Aku sudah memaafkanmu, tapi kalau aku lihat wajahmu aku terbayang wajah Hamzah bin Abdul Muthallib yang rusak di hancurkan olehmu, justeru jangan muncul di hadapanku lagi”

Itulah kalimat yang diucapkan oleh Rasulullah setelah memaafkan Wahsyi RA yang telah membunuh bapa saudaranya, penghulu para syuhada, Sayyidina Hamzah RA. 

Memaafkan perlu kekuatan jiwa. Melupakan perlu masa yang lama. Dan ada kesalahan yang perlu dihilangkan dari mata, untuk tidak melukakan di dalam jiwa. 

Menjarak bukan membenci. Cuma itu perlu pada hati yang sudah terlalu dilukai. Jika dekat bisa membakar, biarlah menjauh hanya membahang. Biar sekah, asalkan tidak patah.

Kredit : Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Picture by : norizahnoor
Kota Kinabalu
Sabah

Wednesday, 25 May 2022

AMALKAN DOA MEMOHON PETUNJUK

Amalkan Doa Memohon Petunjuk
=======
1. Salah satu perkara menarik yang diajarkan oleh Allah dalam al-Quran melalui kisah pemuda kahfi adalah Allah merekodkan doa mereka yang memohon petunjuk. Dalam doa ini, mereka menggabungkan dua elemen penting iaitu memohon rahmat dan (al-rusyd) iaitu petunjuk dari Allah. Firman Allah:

إِذْ أَوَى ٱلْفِتْيَةُ إِلَى ٱلْكَهْفِ فَقَالُواْ رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan pemuda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, Dan persiapkan (permudahkan) urusan kami dengan PETUNJUK.” (Surah al-Kahfi: 10)

2. Perhatikan perkataan “RASYADA” di sini yang membawa maksud hidayah atau petunjuk.  Pemuda Kahfi yang lari menyelamatkan diri mereka ini memohon agar Allah memberikan petunjuk dalam setiap urusan kehidupan mereka.

3. Menariknya dalam surah al-kahfi ini juga, lafaz yang sama (iaitu perkataan al-rusyd ini) turut diungkapkan oleh Nabi Musa yang memohon dari Nabi Khadir agar mendidiknya supaya dia boleh mendapat petunjuk. Kata Nabi Musa:

قَالَ لَهُ مُوسَىٰ هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَىٰ أَن تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا

“Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi PETUNJUK bagiku?" (Surah al-Kahfi: 66)

4. Bukan sahaja para Nabi, golongan Jin juga mengungkapkan perkataan ini apabila mereka menggambarkan bahawa al-Quran memberikan petunjuk kepada manusia. Kata golongan Jin:

قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِّنَ الْجِنِّ فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا يَهْدِي إِلَى الرُّشْدِ

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar Al-Quran yang menakjubkan! Kitab yang memberi panduan (PETUNJUK) ke jalan yang betul. (Surah al-Jin: 1-2)

5. Malah Allah turut menyifatkan Nabi Ibrahim sebagai seorang yang diberikan petunjuk dengan menggunakan perkataan yang sama iaitu perkataan al-Rusyd (rasyada - rusydahu). Firman Allah:

وَلَقَدْ آتَيْنَا إِبْرَاهِيمَ رُشْدَهُ مِن قَبْلُ وَكُنَّا بِهِ عَالِمِينَ

Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Nabi Ibrahim PETUNJUK (sebelum itu jalan yang benar dalam bertauhid) dan Kami adalah mengetahui akan halnya. (Surah al-Anbiya: 51)

6. Oleh itu, amalkanlah doa yang dilafazkan oleh Pemuda Kahfi ini. Allah telah menceritakan kepada kita bagaimana Nabi Musa turut menuntut perkara yang sama menggunakan perkataan yang sama, Nabi Ibrahim disifatkan sebagai lelaki yang mempunyai petunjuk (melalui perkataan ini juga). Bahkan golongan jin turut menyifatkan al-Quran sebagai Kitab yang memiliki petunjuk melalui perkataan ini juga.

Semoga Allah membimbing kita.

Kredit :Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Sunday, 8 May 2022

TUKAR CARA BERDOA

TUKAR CARA BERDOA 

INSYA ALLAH siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. Biiznillah.

FORMULA 1

Sebelum ini kita selalu berdoa, " Ya ALLAH berikanlah aku kekuatan." Jika kita berdoa begitu, maka ALLAH akan sentiasa uji untuk test kekuatan kita. Faham faham?

Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,

" Ya ALLAH lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya ALLAH keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya ALLAH bantulah aku)'.

FORMULA KE 2

Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, "Ya ALLAH berilah aku...". Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,

" Ya ALLAH kurniakanlah aku..."

Kerana apa? Jika kita sebut beri maka bila-bila masa ALLAH boleh ambil balik. Namun, jika sebut kurnia, maka ALLAH akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila INSYA ALLAH.

FORMULA KE 3

Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, "semoga DIMURAHKAN rezeki". Selepas ini, latihkan baca doa begini,

" semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat."

Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita ALLAH dengar dan yakin ALLAH makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.

FORMULA KE 4

Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contonya, “Ya ALLAH, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah.” Dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan ALLAH.

Kalau selama ni kita hanya minta pada ALLAH sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya,

' Ya ALLAH, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya ALLAH..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya ALLAH..

Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Rabb Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku. '

Amin Ya Mujib.

Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada ALLAH yang memberikan nikmat itu.

FORMULA KE 5

Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada ALLAH.. Hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yg telah ALLAH beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yg sudah ada di hadapan kita..

Jadinya, bersyukur dulu atas apa yg ALLAH dah beri, maka ALLAH akan tambahkan lagi, sebagai contoh.

' Ya ALLAH, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya ALLAH'

FORMULA KE 6

Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di arasy akan turut mengaminkan doa kita, satu contoh.

' Ya ALLAH, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya ALLAH.. bantu lah dia ya ALLAH, lapangkan kesulitannya dan permudahkan perjalanan hidupnya ya ALLAH..'

Moga Allah makbulkan setiap permintaan kita.

Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin 🤲

Kredit : Tabung korban. 

#𝐅𝐛𝐈𝐥𝐦𝐮𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚𝐃𝐚𝐧𝐀𝐤𝐡𝐢𝐫𝐚𝐭

Sunday, 1 May 2022

"SURAT PERPISAHAN"

"SURAT PERPISAHAN" 

Saudaraku,
Aku akan pulang... 

Sudah 28 hari aku bertamu namun ada diantara kalian yang seringkali tinggalkanku sendirian.

Ada yang buat-buat tak nampak kehadiranku. 

Walau sering dikatakan istimewa namun perlakuanmu tak luar biasa. 

Ole-oleku nyaris tak kau sentuh... 

Al-Quran hanya dibaca sekilas, kalah dengan update status smartphone dan tontonan. 

Solat tak lebih khusyuk, kalah bersaing dengan ingatan akan lebaran dan keduniaan. 

Tak banyak kau minta ampunan, kerna sibuk menghimpun harta demi bonus raya dan perbelanjaan. 

Malam dan siangmu tak banyak dipakai berbuat kebajikan, kalah dengan bisnes yang sedang untung di saat Ramadhan. 

Tak pula banyak kau bersedekah, kerna khuatir tak cukup buat raya dan cuti sakan. 

Saudaraku, aku seperti tetamu yang tak diharapkan. Hingga, sepertinya tak kan menyesal kau kutinggalkan. 

Padahal aku datang dengan kemuliaan, seharusnya tak pulang dengan kesiaan. 

Percayalah, aku pulang belum tentu kan kembali datang... 

Sehingga seharusnya kau menyesal kerna membiarkanku berlalu pergi begitu saja. 

Masih ada 3 hari kita bersama,
Semoga kau sedar sebelum aku benar-benar pulang... 

"Kerana TIADA JAMINAN umurmu akan bertemu lagi, di Ramadhan yang akan datang" 

Yang benar, 

Saudaramu yang berlalu pantas
RAMADHAN

Kredit : Ustaz Iqbal Zain

FORGIVE BUT NOT FORGET

FORGIVE BUT NOT FORGET

Ada satu ungkapan yang selalu kita dengar, ‘Forgive but not Forget’ yang bermakna bahawa kita dapat memaafkan seseorang  tetapi tidak mungkin untuk kita melupakan kesilapan dan kesalahan orang tersebut. 

Sebahagian pula  yang berpendapat sekiranya anda memaafkan tanpa melupakan apa yang orang tersebut lakukan kepada anda sebenarnya anda belum memaafkannya lagi atau paling tidaknya anda belum cukup ikhlas.

Sebenarnya kita perlu membezakan antara ungkapan memaafkan dan melupakan.
Persoalannya, secara realiti kita boleh melupakan segala kesalahan orang kepada kita selama ini?

Menurut perspektif psikologi kognitif, adalah mustahil kita boleh melupakan segala peristiwa yang terakam di minda kita sama ada sesuatu perkara itu baik atau buruk.

Kita selalu medengar kisah Wahsyi pembunuh Hamzah yang akhirnya masuk Islam dan bertaubat di atas dosa lampau. Adakah Rasulullah SAW memaafkan dan pada masa yang sama melupakan segala tindakannya sebelum ini ?

Wahsyi menceritakan 
”Aku pun keluar bersama mereka ( rombongan )sehingga sampai kepada Rasulullah SAW. Ketika melihatku Baginda bertanya: “Adakah engkau Wahsyi?” Aku menjawab: benar.” Baginda bertanya lagi: “Adakah engkau yang membunuh Hamzah?” Aku berkata: “Halnya adalah seperti apa yang telah sampai kepadamu.” Baginda bersabda: “Bolehkah engkau sembunyikan wajahmu daripadaku?”

Mesej ungkapan Nabi “bolehkah engkau sembunyikan wajahmu daripadaku “ adalah sangat Jelas, Nabi memaafkan Wahsyi tetapi tidak boleh memadamkan ingatan Nabi kepada peristiwa kejam tersebut.

Berikut prinsip Nabi kepada orang yang pernah melalukan kesalahan kepada baginda.

1. Tiada cakap buruk
Biarpun dengan hanya sepatah perkataan, Nabi tidak pernah bercakap buruk tentang individu-individu yang pernah memusuhinya.

2. Tidak mengungkit
Biarpun dengan hanya satu ayat, Nabi tidak pernah bercakap tentang sejarah dan peristiwa lama bagaimana musuhnya pernah menzalimi dirinya. Apabila musuh-musuhnya masuk Islam, sepatah pun Nabi tidak ungkit kesalahan lalu mereka.

3. Tidak mahukan permohonan maaf
Nabi tidak pernah mahukan permohonan maaf dari musuh-musuhnya atas kesalahan mereka kepadanya, baik sebelum mahupun selepas mereka masuk Islam.

4. Tidak ada syarat
Nabi tidak meletakkan biarpun hanya satu syarat kepada musuhnya yang mahu berubah menjadi pengikutnya. 

Justeru apa yang penting ialah kita berusaha memberi kemaafan tanpa memaksa diri untuk melupakan apa yang pernah dibuat oleh orang lain kerana ia adalah di luar kemampuan kita sebagai manusia.

Semoga kita termasuk dari sifat orang yang bertakwa yang disebut oleh Allah.

“Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”

(Surah A-li'Imraan ayat 134) 

Kredit : Ustaz Ahmad Shukri Yusoff
Hujung Ramadan 1443 H
Kuala Terengganu.




TIPS ISTIQAMAH SELEPAS RAMADAN

Tips Istiqamah Selepas Ramadan
========
1. Ramadan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Apakah kita akan meninggalkan semua amalan ibadah yang telah kita lakukan sepanjang Ramadan ini? Kekuatan berpuasa 30 hari, tarawih lapan rakaat dan bacaan Quran yang banyak seharusnya diteruskan.

2. Beberapa hadis yang dinukilkan daripada Rasulullah ﷺ seharusnya menjadi pemangkin buat kita untuk terus konsisten dalam melakukan amal ibadah seusai Ramadan. Antaranya ialah:

3. Bagi bacaan al-Quran, Rasulullah ﷺ mengingatkan kita bahawa kedudukan seseorang di akhirat kelak adalah bergantung kepada akhir ayat yang dibaca. Lagi banyak di baca, lagi tinggi kedudukan kita. Justeru, bacaan al-Quran mesti diteruskan setelah Ramadan. Sabda Rasulullahﷺ:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( يُقَالُ لِصَاحِبِ الْقُرْآنِ : اقْرَأْ وَارْتَقِ وَرَتِّلْ ، كَمَا كُنْتَ تُرَتِّلُ فِي الدُّنْيَا ، فَإِنَّ مَنْزِلَكَ عِنْدَ آخِرِ آيَةٍ تَقْرَؤُهَا ) . 

Sabda Rasulullah ﷺ: " Di akhirat kelak, ahli al-Quran akan dikatakan kepada mereka: “Bacalah (al-Quran) dan naiklah (ke syurga) serta tartilkanlah (bacaanmu) sebagai mana engkau membacanya secara tartil sewaktu di dunia. Sesungguhnya kedudukan dan tempat tinggalmu (di syurga) berdasarkan akhir ayat yang engkau baca”. (HR. Tirmizi dan Abu Daud)

4. Bagi amalan puasa pula, Rasulullah ﷺ dikatakan konsisten berpuasa tiga hari setiap bulan (selain Ramadan). Berpuasa tiga hari ini hanyalah 10% sahaja daripada jumlah puasa Ramadan kita sebanyak 30 hari. Perkara ini diceritakan oleh Aisyah dalam sebuah hadis:

عن مُعَاذَةُ الْعَدَوِيَّةُ، أَنَّهَا سَأَلَتْ عَائِشَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " أَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ؟ "، قَالَتْ: "نَعَمْ"، فَقُلْتُ لَهَا: "مِنْ أَيِّ أَيَّامِ الشَّهْرِ كَانَ يَصُومُ "، قَالَتْ: لَمْ يَكُنْ يُبَالِي مِنْ أَيِّ أَيَّامِ الشَّهْرِ يَصُومُ

Maksudnya: Muazah pernah bertanya kepada Aisyah: Apakah Rasulullah berpuasa tiga hari pada setiap bulan? Aisyah menjawab: “Ya.” Muazah kemudian bertanya: Rasulullah berpuasa pada hari apa (berkenaan 3 hari tadi)? Aisyah menjawab: Baginda tidak kisah dari hari apa pun.”

Ini bermakna, Bagindaﷺ akan meneruskan amalan berpuasa ini sebanyak tiga hari setiap bulan, tidak kira hari apa pun. Yang penting konsisten meneruskan amalan berpuasa yang telah kita lakukan sepanjang bulan ini.

5. Manakala bagi amalan solat tarawih pula, kita boleh terus konsisten melakukannya dengan solat sunat witir setelah isyak. Saidina Abu Hurairah menceritakan bahawa Rasulullahﷺ berpesan kepada beliau tentang tiga amalan yang tidak pernah beliau tinggalkan sepanjang beliau hidup iaitu “(1) Solat witir, (2) Puasa tiga hari setiap bulan dan (3) Solat Duha (HR al-Bukhari). Kata Abu Hurairah:

فعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: " أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ: صِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَيِ الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ

Maksudnya: Kekasih aku (Rasulullahﷺ) berpesan kepada aku tiga perkara (yang tidak aku tinggalkan sehingga aku mati) iaitu: Puasa tiga hari sebulan, Solat Duha dan Solat Witir sebelum tidur.

6. Salin hadith di atas, dan tampal ditempat yang mudah dilihat. Mudah-mudahan ia sentiasa menjadi peringatan buat kita untuk konsisten dan istiqamah melakukan amalan yang telah kita lakukan di dalam bulan Ramadan.  

Moga Allah membimbing kita untuk istiqamah setelah Ramadan.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi


Thursday, 28 April 2022

AURA MALAM INI-MALAM JUMAAT MALAM 27 RAMADHAN 1443H. ADAKAH INI MALAMNYA?


BILAKAH LAILATUL QADAR?

Aku pernah bertanya kpd guruku:

"Guru, sebenarnya bilakah Lailatulqadar?"

Guruku pun bertanya kembali kpdku:

"Malam yg mana tu?"

Aku pun menjawab:

"Malam pengampunan"

Lalu Guruku berkata:

"Adakah ada malam yg tiada pengampunan dariNya?"

Aku pun menambah lagi:

"Malam yg turunnya para Malaikat"

Jawab Guruku lg:

"Adakah terdapat malam yg Malaikat tidak turun?"

Aku pun terdiam, memikirkan jawapan Guruku... lalu Guruku pun menjelaskan (setelah melihat aku terdiam) :

"Wahai Anakku... Beginilah... Bagi seseorang ahli ibadah, sebenarnya SETIAP MALAMNYA adalah Lailatulqadar." 

Guruku sambung lagi:

"Kiranya seseorang itu tidak bertemu dgn Lailatulqadar, adakah dia patut berputus harapan dgn Allah?! Malah berfikir tunggulah lagi Ramadhan akan dtg mungkin berpeluang jumpa Lailatulqadar...itu pun jika masih hidup..."

... dan lagi (malah lebih menusuk):

"Dan sekiranya seseorang itu telah bertemu Lailatulqadar sekalipun, adakah pasti amalannya SUDAH CUKUP SETAKAT ITU dan dia boleh rehat dan berasa dirinya SEMPURNA???!" 

... Guruku merendah suaranya:

"Wahai Anakku... Mengejar, memburu dan beribadah pada Lailatulqadar itu tidak salah, tetapi ibadah itu tidak cuma khusus utk bulan Ramadhan shj, malah lebih utama utk terus ISTIQAMAH setelah tamat bulan Ramadhan, kerana..."

"Kita BUKAN menyembah Ramadhan (Ramadhaniyun) tetapi kita MENYEMBAH ALLAH SWT (Rabbaniyun)."

Aku merespon:

"SubhanaLlah 😭, benar wahai Guruku..."

"Org zaman dulu betapa sulitnya mrk mencari ilmu tapi mrk mudah mengamalkannya, sedangkan zaman skrg betapa mudahnya mencari ilmu tapi amat sukar mengamalkannya."

"Mudah2an Allah SWT membimbing kita utk mengamalkan ilmu dan menjadikan ilmu kita bermanfaat utk di dunia & di akhirat."

*Dlm ingatan Guru2ku 😢❤️

Kredit :FB Ammar Mohd Zain


EH, DAH NAK RAYA DAH KER?

Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidil Fitri 1443H/2022M akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selaku pihak berkuasa yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja pada malam 1 Mei 2022 (Ahad). 

Penetapan adalah tertakluk kepada hasil aktiviti cerapan anak bulan di 29 lokasi seluruh negara.

NAK RAYA DAH KER???? 

Wednesday, 27 April 2022

MENCARI LAILATUL QADAR

𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀-𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐋𝐀𝐈𝐋𝐀𝐓𝐔𝐋𝐐𝐀𝐃𝐀𝐑
.
Terdapat beberapa tanda Lailatul Qadar. Tanda yang paling tepat ialah jika berlaku Lailatul Qadar pada malamnya, sinaran cahaya matahari pagi esoknya tidak kuat berdasarkan hadits:

إِنَّ الشَّمْسَ صَبِيحَتَهَا لَيْسَ لَهَا شُعَاعٌ.
“𝑺𝒆𝒔𝒖𝒏𝒈𝒈𝒖𝒉𝒏𝒚𝒂 𝒄𝒂𝒉𝒂𝒚𝒂 𝒎𝒂𝒕𝒂𝒉𝒂𝒓𝒊 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒑𝒂𝒈𝒊𝒏𝒚𝒂, 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒌𝒖𝒂𝒕 𝒄𝒂𝒉𝒂𝒚𝒂 𝒑𝒂𝒅𝒂𝒏𝒚𝒂 (𝒌𝒆𝒍𝒊𝒉𝒂𝒕𝒂𝒏 𝒑𝒖𝒕𝒊𝒉 𝒄𝒆𝒓𝒂𝒉, 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒃𝒂𝒏𝒚𝒂𝒌 𝒔𝒊𝒏𝒂𝒓𝒂𝒏).”
.
Imam Nawawi dalam Syarh Muslim menukilkan pandangan Imam Qadhi Iyadh yang menukilkan pandangan para ulama lain yang mengatakan kerana cahaya matahari pagi itu dihalang oleh sayap-sayap Malaikat naik semula ke langit setelah turun pada malam Lailatul Qadar. 
.
Tanda-tanda lain termasuklah rasa air laut menjadi tawar, sebahagian Salafus Soleh melihat para Malaikat tawaf di Masjidil Haram di atas kepala manusia, pelepah tamar sujud, lelaki lumpuh boleh berjalan selepas berdoa dan lelaki di Bashrah sembuh daripada bisu  malamnya tenang (tidak bunyi bising/ hiruk pikuk), tidak panas dan tidak sejuk. (𝐋𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚-𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐢𝐧𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐀𝐥-𝐌𝐚𝐣’𝐦𝐮’, 𝟔/𝟒𝟗𝟎, 𝐋𝐚𝐭𝐡𝐨’𝐢𝐟 𝐚𝐥-𝐌𝐚’𝐚𝐫𝐢𝐟, 𝐦𝐬. 𝟏𝟗𝟒-𝟏𝟗𝟓, 𝐉𝐚𝐦’ 𝐚𝐥-𝐅𝐚𝐰𝐚’𝐢𝐝, 𝐦𝐬. 𝟏𝟏𝟓 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐢𝐫 𝐚𝐬-𝐒𝐚𝐥𝐢𝐤𝐢𝐧, 𝟏/𝟏𝟑𝟒).
.
Dikatakan malam itu juga anjing tidak menyalak (𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐉𝐚𝐦’ 𝐚𝐥-𝐅𝐚𝐰𝐚’𝐢𝐝, 𝐦𝐬. 𝟏𝟏𝟓 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐢𝐫 𝐚𝐬-𝐒𝐚𝐥𝐢𝐤𝐢𝐧, 𝟏/𝟏𝟑𝟒).
.
Imam Syafi’i mengatakan ia berlaku pada malam ke 21 Ramadhan. Di ketika lain, beliau berkata ia berlaku pada malam ke 23. Walau bagaimanapun, pendapat jumhur mengatakan ia berlaku pada malam ke 27 Ramdhan.
.
Dikongsikan jadual kaedah mencari Lailatuqadar yang susun oleh alim ulama melalui pengalaman ibadah mereka memburu malam istimewa ini. 
.
Apapun, yang penting, tingkatkanlah amalan kebaikan (hasanat) dan mendekatkan diri kepada Allah (qurubat) pada semua 10 malam terakhir di bulan Ramadhan ini. Itulah yang ditunjukkan oleh Rasulullah seperti yang dinyatakan oleh Sayyidatuna Aisyah:
كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا دَخَلَ اَلْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ، وَأَحْيَا لَيْلَهُ، وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ.
“𝑨𝒅𝒂𝒍𝒂𝒉 𝑹𝒂𝒔𝒖𝒍𝒖𝒍𝒍𝒂𝒉   𝒔𝒆𝒍𝒂𝒍𝒖 𝒌𝒆𝒕𝒊𝒌𝒂 𝒎𝒆𝒎𝒂𝒔𝒖𝒌𝒊 𝟏𝟎 𝑹𝒂𝒎𝒂𝒅𝒉𝒂𝒏 𝒕𝒆𝒓𝒂𝒌𝒉𝒊𝒓, 𝑩𝒂𝒈𝒊𝒏𝒅𝒂 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒊𝒌𝒂𝒕 𝒌𝒂𝒊𝒏𝒏𝒚𝒂 (𝒃𝒆𝒓𝒔𝒖𝒏𝒈𝒈𝒖𝒉-𝒔𝒖𝒏𝒈𝒈𝒖𝒉 𝒅𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒊𝒃𝒂𝒅𝒂𝒉 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒊𝒏𝒈𝒈𝒂𝒍𝒌𝒂𝒏 𝒊𝒔𝒕𝒆𝒓𝒊-𝒊𝒔𝒕𝒆𝒓𝒊𝒏𝒚𝒂), 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒉𝒊𝒅𝒖𝒑𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒂𝒍𝒂𝒎𝒏𝒚𝒂 (𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒊𝒃𝒂𝒅𝒂𝒉) 𝒅𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒂𝒏𝒈𝒖𝒏𝒌𝒂𝒏 𝒊𝒔𝒕𝒆𝒓𝒊-𝒊𝒔𝒕𝒆𝒓𝒊𝒏𝒚𝒂 (𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒃𝒆𝒓𝒊𝒃𝒂𝒅𝒂𝒉).” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

-----------------------
Petikan dari kitab 𝑴𝒊𝒔𝒃𝒂𝒉𝒖𝒅𝒖𝒋a 𝑺𝒚𝒂𝒓𝒂𝒉 𝑺𝒂𝒇𝒊𝒏𝒂𝒕𝒖𝒏𝒏𝒂𝒋𝒂 muka surat 585, nota kaki 536. Lihat kitab >> https://mylink.la/mediaumj

Friday, 22 April 2022

DOA SEBELUM TAKBIRATUL IHRAM


اَللَّهُمَّ آتِنِى أَفْضَلَ مَا تُؤْتِيْ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ.

Allohumma atini afdhola ma tu’ti ‘ibadakas sholihin.

“Ya Allah, berilah aku seutama apa yang Engkau berikan pada hambah-Mu yang shaleh.”

JALAN-JALAN BULAN PUASA

Alhamdullilah.
Selepas rutin awal Ramadhan 2 tahun tertangguh. 
Dek covid-19. 
2022 kita start balik. 
KL-KUANTAN.


DOA PELIHARA DIRI DARI ORANG ZALIM

Kuliah Ustaz Rizam.
Moga Allah lindung. 

DUNIA NGAJI MOKCIKS

Jumaat.
22.04.2022.
20 Ramadan 1443H. 

Kami orang lama 
Yang dah lanjut usia 
Namun kami masih bersemangat
Kuat bertenaga
Mengaji
Menghafal
Mengulang
Kalamullah...dengan cara kami yang berbeza😊


Thursday, 21 April 2022

PECUTAN 10 MALAM TERAKHIR

Bermula malam ini.
Khamis malam Jumaat. 
21.04.2022 malm 22.04.2022.
19 Ramadhan malam 20 Ramadhan.
Semoga Allah merahmati.. 

Sunday, 3 April 2022

1 RAMADHAN 1443H/2022M

Ahad.
03.04.2022.

Saturday, 2 April 2022

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

Thursday, 31 March 2022

ROAD TO RAMADHAN - DIAMPUNKAN DOSA YG TERDAHULU

Mudah-mudahan kita semua sentiasa mendapat rahmat dan keampunan Allah terutamanya menjelang bulan Ramadan yang mulia ini. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

#JAWI 
#SentiasaDicontohi 
#Doa 
#RoadToRamadan

Wednesday, 30 March 2022

ROAD TO RAMADHAN - BERLINDUNG DARI HATI TIDAK KHUSYUK

Mudah-mudahan kita semua dikurniakan hati yang khusyuk dalam melaksanakan amal ibadah terutama dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan, rahmat dan keampunan, Insya-Allah.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#RoadToRamadan

Tuesday, 29 March 2022

MALAM NAN SENJA

Selasa.
28.03.2022.

Perjalanan pulang ke sarang. 
Dari sebuah perjuangan. 
Pencarian nan tak pernah kesudahan. 
Sedari lahir ke liang lahat.
I
Q
R
A
'
Perjalanan berteman mentari. 
Perjalanan berteman lambaian malam. 
Perjalanan berteman lembayung senja. Perjalanan berteman kelam malam.. 
Hidup ini sebuah perjalanan.. 
I
Q
R
A


7.40 malam


APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DGN RAMADAN?

Apakah yang Dimaksudkan dgn Ramadan?
=========

1. Dari segi bahasa, perkataan Ramadan diambil dari kata akar (رمض) yang membawa maksud panas yang sedang semakin hangat. Kata al-Imam al-Qurtubi:

وَرَمَضَانُ مَأْخُوذٌ مِنْ رَمَضَ الصَّائِمُ يُرْمَضُ إِذَا حَرَّ جَوْفُهُ مِنْ شِدَّةِ الْعَطَشِ

"(Kalimah Ramadan itu) diambil dari perkataan (ramaḍa iaitu) yang membawa maksud kepanasan yang dilalui oleh orang yang berpuasa itu iaitu ketika hangatnya organ perutnya kerana terlalu haus." (Tafsir al-Qurṭubi, 2/290)

2. Dalam hadis Nabi, Rasulullah turut menggunakan perkataan "ramaḍa" yang membawa maksud panas. Sabda Rasulullah ﷺ:

صَلَاةُ الأوَّابِينَ إذَا رَمِضَتِ الفِصَالُ

"Solat al-Awwabin (Solat Duha) itu ketika waktu anak-anak unta kepanasan (kerana pasir yang panas)" (Sahih Muslim, no: 144-748) 

3. Memberikan penjelasan lanjut mengenai maksud Ramadan ini, al-Imam al-Qurṭubi menyatakan bahawa seakan-akan kepanasan ini meleburkan dosa melalui amalan soleh manusia. Ini dapat difahami melalui kata-kata beliau yang menyebutkan:

إنّمَا سُمّيَ رَمَضَان لِأنّهُ يرمض الذّنُوْب أي يَحْرُقَهَا بِالأَعْمَال الصَّالِحَة

"Dinamakan Ramadan kerana ia seakan membakar dosa melalui amal-amal soleh." (Tafsir al-Qurṭubi, 2/290)

4. Artikel ini adalah petikan dari buku 40 Hadis Puasa & Ramadan. Dapatkannya di shopee melalui link di bawah ini:

https://shopee.com.my/BUKU-40-HADIS-TENTANG-PUASA-DAN-RAMADAN-OLEH-PROF-MADYA-DR-AHMAD-SANUSI-BIN-AZMI-i.510934549.13283431704?sp_atk=5be9640e-47e9-4b7d-ac31-6e53400182fa 

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Monday, 28 March 2022

SOLAT - AMALAN PERTAMA YANG DIHISAB

AMALAN PERTAMA YANG DIHISAB

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya amalan pertama seorang hamba yang akan dihisab oleh Allah SWT adalah solatnya. Jika elok solatnya maka dia akan berjaya (dalam proses hisab tersebut), jika rosak solatnya maka dia adalah orang yang rugi."
Riwayat al-Tirmizi (413)

#lensadakwah #dakwahmediabaharu #jawikl #jomsolat

Friday, 18 March 2022

MALAM NISFU SYA'BAN 1443H

Khamis malam jumaat.
17/03 malam 18/03/2022.
Malam Nisfu Sya'ban.
Bermula maghrib hingga subuh nanti.

Tuesday, 1 March 2022

COVID-19

Jumaat.
25.02.2022.

Jika ini ketentuanNya. 
Apa lagi daya kita sang hamba. 
C
O
V
I
D
-
1
9
Is real. 




Monday, 28 February 2022

COVID-19 STATUS AS AT 24.02.2022

Thursday.
24.02.2022.
Late update. 

3
2
0
7
0
..................................................................... 

Itu bukan sekadar nombor. 
Itu adalah angka yang membentuk data. 
Data yang mencorak statistik. 
Statistik yang akan melakar sejarah.
Yang akan dikenang oleh generasi  mendatang. 
Tentang wabak.
Tentang kematian.
Tentang vaksin. 
Dan tentang teori. 

#norizahnoorwrites 

LAST DAY PENGAJIAN AL QURAN MASJID NEGARA KELAS MENENGAH SESI 2020/2021

24.02.2022
Khamis.

Hari ini kelas terakhir Pengajian Al Quran Masjid Negara Sesi 2020/2021.
Our first class was Feb 2020. 
Sebelum negara malah dunia diserang oleh makhluk Allah yang tiada ketahuan dek kita akan kenampakkannya. 
Sebelum Malaysia mengisytiharkan PKP pertama pada tarikh keramat 18/03/2020.
Dan diikuti dengan beberapa lagi siri PKP, PKPB, PKPP waima apapun namanya.
Perjalanan kelas kita yang penuh liku. 
Kelas fizikal diganti dengan online class. 
Menggelupur makcik pakcik nenek dan tokwan ngaji online.
Dengan internet line yang tenggelam timbul. 
Kejap dengar kejap senyap. 
Kejap 'lag' kejap melantun je suara...
Hahaha.. 
Macam-macam ragam.
Tapi itulah... 
Dulunya rungutan.. yang kini menjadi kenangan.
Moga ianya kekal indah dalam lipatan ingatan.


Friday, 18 February 2022

LETS WALK AWAY

Thursday, 17 February 2022

COVID-19 STATUS AS AT 16.02.2022

Wednesday.
16.02.2022.
New record hits ever since the pandemic. 



Wednesday, 16 February 2022

DUNIA TIPU-TIPU

Kat media sosial ni, bila orang maki, sindir, membawang dan menghentam kau, kau akan melalui tiga fasa sebelum matang.

Fasa pertama, fasa melawan. Masa ni kau akan hentam balik, sindiran dia balas semula. Kau bergaduh kat ruangan komen macam budak-budak kalah main guli. Bila kau tenang, kau baca semula komen kau, kau akan rasa bodoh betul melayan orang macam tu.

Fasa kedua, fasa lantakkan. Masa ni kau tak peduli apa orang kata. Kau buat kering dan jalan terus saja. Paling kuat, kau akan block mereka. Kau dah mula sedar, tak perlu melayan orang bodoh kerana kebodohan mereka akan berjangkit kat kau pula.

Fasa ketiga, kau akan rasa kasihan. Kau merasa simpati dan kasihankan mereka yang melalak, mengutuk dan mencari salah silap kau. Kau tak lagi marah atau berdendam.

Masa ni kau baru sedar, mereka tu sebenarnya cemburu dengan kau. Mereka seolah tiada life. Mereka inginkan perhatian akibat kurang kasih sayang. 

Kesian kan?

Masa ini kau telah matang. Walau kau mendiam, sebenarnya kau telah menang. Saat ini, sewaktu orang galak mengutuk membawang, kau hanya mengiyakan dan membalas dengan senyuman.

Different level gituh. Selamat pagi dunia tipu-tipu! 

#MFS

Kredit: Mohd Fadli Saleh. 

Testimoni diri sendiri:
Betul, mereka kurang kasih sayang. 
LDO. Love Deficiency Order. 
Orang lain tak boleh lebih, dia tak boleh kurang. 
Macam Prof Muhaya pesan, jangan lawan. Tapi kita bagikan rasa kesian kat dia. 
Kita jangan jadi span, serap emosi orang macam dia...tak untung merosakkan jiwa untuk mereka. 
Jom kita hidup tenang. 
Orang tenang menang. 
Orang meroyan...kesian.....




.

Sunday, 13 February 2022

PEPERIKSAAN PENGAJIAN MASJID NEGARA SESI 2020/2021

The time has come.
The moment of truth.
And this is the day. 
Minggu peperiksaan. 
07/02/2022 hingga 11/02/2022.
First paper..bertulis 08/02/2022.
Second paper.. Syafawi 10/02/2022.

Rabbi Yassir 

Sunday, 23 January 2022

DOA SEBELUM TAKBIRATUL IHRAM

اَللَّهُمَّ آتِنِى أَفْضَلَ مَا تُؤْتِيْ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ.
Allohumma atini afdhola ma tu’ti ‘ibadakas sholihin.

“Ya Allah, berilah aku seutama apa yang Engkau berikan pada hambah-Mu yang shaleh.”


Sunday, 9 January 2022

BERFIKIRAN POSITIF KETIKA DITIMPA UJIAN

Berfikiran Positif Ketika Ditimpa Ujian
=========
1. Menurut al-Imam Ibn Kathir, Nabi Ayyub bukan sekadar diuji dengan penyakit. Allah memberikan cubaan ke atas beliau yang menggugat kesihatan, meragut nyawa anak dan mengalami kehilangan harta. Kata Ibn Kathir:

يذكر الله - تعالى - عن أيوب ما كان قد أصابه من البلاء فى ماله وولده وجسده ، وذلك أنه كان له من الدواب والأنعام والحرث شىء كثير ، وأولاد كثيرون ، ومنازل مرضية . فابتلى فى ذلك كله

“Allah menyebutkan dalam al-Quran tentang Nabi Ayyub yang ditimpa ujian terhadap harta, anak-anak serta tubuh badannya sendiri. Ini kerana beliau (sebelum itu) memiliki ternakan yang banyak, tanaman yang luas, anak yang ramai serta kediaman yang disukai, lalu Allah uji keseluruhan perkara tersebut.” 

2. Menariknya di sini, sekalipun diuji dengan kehilangan harta dan anak-anak, Nabi Ayyub kekal tenang, bersikap positif dan bersangka baik dengan Allah. Biar diuji selama belasan tahun, Nabi Ayyub tetap memuji Allah. Firman Allah:

وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ

“Dan Nabi Ayub, ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani.” (Surah al-Anbiya: 83)

3. Al-Imam Ibn Asyur pula menjelaskan aspek adab berdoa. Dalam ayat ini Nabi Ayyub tidak menyandarkan kesusahan tersebut kepada Allah. Bahkan Baginda hanya menggunakan perkataan “massani” (aku telah disentuh) penyakit seakan-akan penyakit yang ringan sahaja. Kata Ibn Asyur:

والمسّ : الإصابة الخفيفة . والتعبير به حكاية لما سلكه أيوب في دعائه من الأدب مع الله

“Dan perkataan “mass” membawa maksud ditimpa ujian yang ringan. Dan penggunaan kalimah (massani) ini adalah gambaran tentang penceritaan bagaimana kesusahan yang dialami oleh Nabi Ayyub yang disebutkan di dalam doanya dengan penuh adab terhadap Allah.”

4. Dalam riwayat Ibn Kathir, ada juga direkodkan kisah syaitan datang menawarkan arak yang dikatakan mampu menyembuhkan penyakit tersebut. Namun, Nabi Ayyub bertegas menolak. Ini menunjukkan saat kita diuji dengan Allah, jangan pula kita mencari jalan alternatif yang menjauhkan kita dari Allah, bahkan melakukan perkara-perkara yang membawa kemurkaan Allah.

5. Oleh yang demikian, saat kita diuji dengan pelbagai ujian terhadap diri, harta mahupun anak-anak, maka kita hendaklah kekal bersikap positif. Berusaha ke arah lebih baik dengan pergantungan yang tinggi kepada Allah serta menjauhkan diri dari perkara yang dilarang.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi