Takdir yang tertulis.... Drama panas ketika ini.. Pandangan seorang Financial Planner..
Apa yang berlaku kepada Juweta adalah suatu penganiayaan kepada kaun wanita. Walaupun karektor orangnya agak menjengkelkan namun di sebalik perangai tersebut wujudnya hati yang suci dan penuh kasih sayang kepada Mika sedangkan dia bukan anak kandung Juweta.
Di sebalik cerita ini apakah pengajaran kewangan yang perlu kita ambil?
1) Dokumentasi
Jangan sewenang-wenangnya tandatangan apa-apa dokumen tanpa membacanya terlebih dahulu. Walaupun dokumen tersebut disediakan oleh orang yang kita sayang, apa-apa pun boleh terjadi.
Dengan hanya berhati-hati sedikit, banyak masalah boleh dielakkan. Bak kata pepatah moden... "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak 'sign' buruk padahnya" ๐
2) Rumah dan aset lain
Walaupun Mika hanyalah seorang anak angkat yang tiada pertalian darah, hati seorang Mama yang kasih sepenuhnya kepada anak angkat beliau haruslah dipuji. Bukan salah Mama Juweta terlalu sayangkan anak angkat beliau, tetapi perlulah persiapkan diri untuk sebarang keadaan.
Contohnya, rumah tersebut masih boleh dibeli atas nama Juweta tanpa melibatkan nama Mika atau Azlan. Juweta boleh buat dokumen seperti dokumen Hibah di mana rumah tersebut hanya akan bertukar nama ke Mika atau sesiapa sahaja jika Juweta meninggal dunia.
Selagi tak meninggal, rumah tu milik Juweta. Tukar nama hanya berlaku selepas kematian. Anak bawah 18 tahun tak boleh sign apa-apa dokumen, di sinilah puncanya nama Azlan dalam geran rumah.
Kalau buat sebagai dokumen Hibah, harta terkeluar dari pusaka apabila kita menguruskannya. Dalam senario ni pula, jika rumah tersebut masih nama Juweta takdalah peluang untuk Azlan, Ruhila atau Makcik Salmah (emo betul bila dengar nama ni) halau Juweta dari rumahnya sendiri. Silap haribulan Azlan yang kena angkat beg.. ๐
3) Duit dan saham syarikat
Bila Juweta dihalau dari rumah malah beg tangannya dicuri, dia hampir kehilangan segalanya. Ini adalah pengajaran kepada kaum wanita, pastikan anda ada akaun simpanan sendiri dan kalau terjadi sedemikian masih boleh ke bank untuk buat kad ATM baru, tiadalah tinggal sehelai sepinggang. Tidak perlu juga harapkan duit jajan dari Ean.
Saham syarikat berkait rapat dengan poin nombor satu tetapi jika berhajat berikan kepada anak bawah umur seperti Mika, maka boleh lantik Syarikat Amanah untuk uruskan. Kerana Syarikat Amanah bersifat berkecuali dan akan pastikan hak benefisiari terjaga sampailah anak tersebut cukup matang untuk ambil alih pentadbiran.
4) Harta Sepencarian
Ada adegan, Juweta persoalkan duit deposit rumah banglo tu dia yang keluarkan. Cakap atau marah pun tak guna, itulah kita kena peka undang-undang. Isteri atau suami boleh menuntut harta sepencarian semasa berlaku perceraian, poligami malah kematian.
Dalam kes ni, Juweta perlu kemukakan di mahkamah semua sumbangan beliau untuk beli rumah tu. Kalau ada bukti bagus, tapi kalau takda nak wat cemane? Haa.. Caranya adalah suami isteri tadi buat satu perjanjian hak bersama. Dalam perjanjian itu, pandai-pandai lah tulis sumbangan dan apa hajat di kemudian hari.
Walaupun nama dalam geran nama Mika atau Azlan, dengan adanya perjanjian ini, Juweta boleh menyelamatkan harta beliau. Malah ianya lebih kuat dari dokumen hibah kerana harta sepencarian ada dalam Akta dan undang-undang keluarga Islam.
Tolonglah jangan copy paste tapi share, penat wo tengok cerita dan buat sinopsis. Belum kira rasa geram kat Makcik Salmah tu masa dia tonyoh muka Mika dengan peanut butter tu, mau Abang Nur duku je makcik tu ๐๐
Credit: https://t.me/MuhdNiq
Ps: Mokcik pun terjebak๐คฃ
Still.. Ambil pengajaran tidak sekadar hiburan. Bukan melayan lagha tapi mencari ibrah dari pentas kehidupan.
No comments:
Post a Comment