Mulakan Hari Dengan Menyebut Zikir Ringkas Pembuka Rezeki (Jasmani & Rohani) Ini.
Zikir ini juga mempunyai banyak kelebihan seperti menguatkan pergantungan kepada Allah, sebagai doa perlindungan , permintaan dipermudahkan, dimurahkan rezeki dan ditambahkan keberkatan serta banyak lagi faedahnya. Moga bermanfaat
SETIAP Muslim dan Muslimat memulakan hari baharu selepas menunaikan solat Subuh pastinya tidak terlepas daripada empat keadaan seperti disimpulkan Imam al-Ghazali dalam kitabnya Bidayah al-Hidayah.
Pertama, keadaan paling utama adalah mencari ilmu bermanfaat, iaitu pengetahuan dan pengenalan yang menambahkan takwa kepada Allah سبحانه و تعالى , sekali gus mengisi makrifat dalam beribadat kepada-Nya.
Kedua, keadaan beribadat dengan meneruskan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah سبحانه و تعالى seperti berzikir seperti bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir serta membaca al-Quran dan menunaikan solat sunat khususnya dhuha.
Ketiga, keadaan orang beriman berkhidmat kepada umat Islam seperti membantu masyarakat terutama golongan memerlukan seperti fa-kir miskin dan orang sa-kit.
Bagaimanapun, Imam al-Ghazali berkata, sekiranya ketiga-tiga perkara itu tidak dapat dilakukan, beliau menyarankan Muslim dan Muslimat berusaha menunaikan keperluan sendiri serta mencari nafkah sama ada untuk diri sendiri atau keluarga.
Jadi, sebelum kita melangkah keluar rumah untuk menunaikan keperluan serta mencari nafkah sama ada untuk keluarga mahupun diri sendiri, atau buat mereka yang bergelar surirumah yang menguruskan hal-hal rumahtangga misalnya, ulama menganjurkan kepada kita agar kita mulakan hari dengan menyebut :
بِسمِ اللهِ الفَتَّاح العَلِيم
Maksudnya: Dengan nama Mu Ya Allah, Yang Maha Membuka segala yang tertutup, lagi Maha Mengetahui setiap sesuatu.
Ia merupakan zikir pembuka rezeki ( rohani dan jasmani).
Setelah itu diiringi dengan dibaca :
• Surah Al-Fatihah (1 Kali)
• Ayat Kursi (1 Kali)
• Surah al-Ikhlas (3 Kali)
• Surah al-Falaq (1 Kali)
• Surah al-Nas (1 Kali)
Zikir ini sangat banyak kelebihannya termasuklah menguatkan pergantungan kepada Allah سبحانه و تعالى , sebagai doa perlindungan dari kebu’rukan zahir dan batin, permintaan dipermudahkan urusan dan pekerjaan, permohonan dimurahkan rezeki dan ditambahkan keberkatan serta banyak lagi faedahnya.
Selanjutnya, besarkan dalam hati kita keazaman untuk menjadikan hari baru itu lebih baik dari semalam, dengan menebus kekurangan dan membaiki kesalahan, menambahbaik segala tindakan serta menggandakan amalan ketaatan.
Sama-sama kita amalkan. Semoga Allah سبحانه و تعالى merahmati kita semua. Amin.
Amalkan juga zikir ini 40 kali selepas subuh.. InsyaAllah setiap ujian mahupun masalah akan terus dibukakan penyelesaian oleh Allah سبحانه و تعالى.
والله أعلمُ
Sumber : Ibn L-Abidin
No comments:
Post a Comment