Sunday.
31.01.2021.
DAY 19 MCO2.0 /PKP2.0
DAY 19 STATE OF EMERGENCY /PROKLAMASI DARURAT 2021.
DAY 319 MCO /PKP SINCE 18.03.2020.
3rd day in a row cases above 5,000.
Allahu..
Innalillahi wa inna Ilahi rojiun..
𝐊𝐄𝐒-𝐊𝐄𝐒 𝐋𝐄𝐖𝐀𝐓 𝐃𝐈𝐋𝐀𝐏𝐎𝐑𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐂𝐏𝐑𝐂 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍
𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐊𝐊𝐌)
Jumlah kes baharu pada hari ini adalah sebanyak 5,298 kes,
yang merupakan kes harian ketiga tertinggi yang pernah
dilaporkan oleh CPRC Kebangsaan KKM. Selama tiga (3)
berturut-turut, negara kita telah digemparkan dengan kes harian
baharu melebihi lima ribu sehari. KKM ingin mengesahkan
bahawa, situasi ini disebabkan oleh pelaporan lewat kes-kes ke
CPRC Kebangsaan KKM termasuk kes-kes yang dikesan positif
pada tahun 2020.
Peningkatan kes yang mendadak ini adalah disebabkan oleh
saringan bersasar di tempat kerja, saringan kontak rapat, dan
saringan kumpulan berisiko tinggi yang dijalankan secara besarbesaran di beberapa buah negeri.
Namun begitu, kes-kes yang lewat dilaporkan ini telah diambil tindakan sewajarnya di lapangan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berkenaan seperti pengasingan dan rawatan ke atas kes-kes positif, pengesanan kontak rapat serta pengesanan kes secara aktif.
Terdapat juga kelewatan pelaporan menggunakan Sistem
Makmal Kesihatan Awam (SIMKA) oleh fasiliti swasta berdaftar
misalnya klinik-klinik dan hospital-hospital swasta.
Terima kasih kepada fasiliti swasta yang telah melaporkan kes segera menggunakan SIMKA, dan juga pengguna MySejahtera yang membuat laporan kendiri bagi memaklumkan status keputusan ujian COVID-19 mereka.
KKM akan bekerjasama dengan semua pihak berkaitan agar isu
isu kelewatan pelaporan kes-kes positif ini dapat ditangani
dengan segera bagi membendung penularan COVID-19 di
Malaysia.
Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia dari 18 hingga 31 Januari 2021.
Sila duduk di rumah dan jika terpaksa keluar patuhilah segala SOP. Kes seharian semakin meningkat dan kita perlukan tahap disiplin dan tanggungjawab sosial yang tinggi untuk memutuskan jangkitan Covid-19 dalam negara kita.
#KitajagaKita
No comments:
Post a Comment