Sunday, 31 January 2021

COVID-19 STATUS AS AT 31.01.2021

Sunday. 
31.01.2021.
DAY 19 MCO2.0 /PKP2.0
DAY 19 STATE OF EMERGENCY /PROKLAMASI DARURAT 2021. 
DAY 319 MCO /PKP SINCE 18.03.2020. 

3rd day in a row cases above 5,000.
Allahu.. 
Innalillahi wa inna Ilahi rojiun.. 




𝐊𝐄𝐒-𝐊𝐄𝐒 𝐋𝐄𝐖𝐀𝐓 𝐃𝐈𝐋𝐀𝐏𝐎𝐑𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐂𝐏𝐑𝐂 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍
𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐊𝐊𝐌)

Jumlah kes baharu pada hari ini adalah sebanyak 5,298 kes,
yang merupakan kes harian ketiga tertinggi yang pernah
dilaporkan oleh CPRC Kebangsaan KKM. Selama tiga (3)
berturut-turut, negara kita telah digemparkan dengan kes harian
baharu melebihi lima ribu sehari. KKM ingin mengesahkan
bahawa, situasi ini disebabkan oleh pelaporan lewat kes-kes ke
CPRC Kebangsaan KKM termasuk kes-kes yang dikesan positif
pada tahun 2020.

Peningkatan kes yang mendadak ini adalah disebabkan oleh
saringan bersasar di tempat kerja, saringan kontak rapat, dan
saringan kumpulan berisiko tinggi yang dijalankan secara besarbesaran di beberapa buah negeri. 

Namun begitu, kes-kes yang lewat dilaporkan ini telah diambil tindakan sewajarnya di lapangan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berkenaan seperti pengasingan dan rawatan ke atas kes-kes positif, pengesanan kontak rapat serta pengesanan kes secara aktif.

Terdapat juga kelewatan pelaporan menggunakan Sistem
Makmal Kesihatan Awam (SIMKA) oleh fasiliti swasta berdaftar
misalnya klinik-klinik dan hospital-hospital swasta. 

Terima kasih kepada fasiliti swasta yang telah melaporkan kes segera menggunakan SIMKA, dan juga pengguna MySejahtera yang membuat laporan kendiri bagi memaklumkan status keputusan ujian COVID-19 mereka.

KKM akan bekerjasama dengan semua pihak berkaitan agar isu
isu kelewatan pelaporan kes-kes positif ini dapat ditangani
dengan segera bagi membendung penularan COVID-19 di
Malaysia.

TITIWANGSA 😭😭😭

Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia dari 18 hingga 31 Januari 2021. 

Sila duduk di rumah dan jika terpaksa keluar patuhilah segala SOP. Kes seharian semakin meningkat dan kita perlukan tahap disiplin dan tanggungjawab sosial yang tinggi untuk memutuskan jangkitan Covid-19 dalam negara kita.

#KitajagaKita

Saturday, 30 January 2021

COVID-19 STATUS AS AT 30.01.2021

Saturday. 
30.01.2021. 
DAY 18 MCO2.0 /PKP2.0 
DAYV18 STATE OF EMERGENCY /DARURAT 2021. 
DAY 318 MCO /PKP SINCE 18.03.2020. 

INNALILLAHI WA INNA ILAHI ROJIUN.. 
Another new spike. 
Allah.. Bantu kami ya Allah. 
Lindungi kami. 

BAHASA DAN SIGNAL BADAN

SAAT ORGAN TUBUH ANDA "BERKOMUNIKASI" ATAS MASALAHNYA 

dari berbagai sumber ilmiah 

''Semoga Bermanfaat.''

1.  Sakit di bahagian bahu. 
-Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

2. Kebas tangan : 
-Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

3. Kebas tangan kiri dan lengan :
-Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.
Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

4. Kebas kaki : 
-Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

5. Sakit tapak kaki : 
-Menandakan buah pinggang lemah. 
Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

6. Sakit tumit kaki :
-Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

7. Rasa panas di tapak kaki : 
- Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

8. Gatal di celah-celah jari kaki : 
- Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

✿✿TANDA-TANDA DALAMAN KEPALA ✿✿

- Secara umumnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

1. Pening / sakit di bahagian depan kepala : 
-Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

2. Pening /sakit di bahagian belakang kepala
-Bahagian atas : Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
-Bahagian bawah (tengkuk). :Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

3. Sakit kepala dan rasa gas keluar dari telinga :
-Menandakan penyakit migrain.

4. Bisul terjadi di kepala: 
-Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

5. Rasa pening yang memusing
- Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

6. Mulut / kerongkong / lidah loya / muntah.
-Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

7. Muntah darah
-Darah merah : 
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
- Darah hitam: 
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

8. Lidah rasa tegang dan pendek : 
-Tanda sakit jantung.

9. Keluar air liur yang pekat :
-Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

10. Kerap kencing :
-Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

11. Air kencing berkapur :
-Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

12  Air kencing berminyak : 
- Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

13. Air kencing pekat berwarna coklat : 
- Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

14. Air kencing berdarah : 
-Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

✿✿ BUANG AIR BESAR ✿✿

1. Cirit -birit / kerap buang air besar : 
-Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar
. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

2. Sembelit: 
-Membersihkan toksin dari usus kecil.

3. Najis berdarah
- Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
- Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

4. Najis berwarna hitam : 
- Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

5. Badan:
-Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

6. Sakit menyucuk : 
- Proses menyeimbangkan urat saraf.

7. Sakit sengal: 
- Menandakan luka di dalam badan.

8. Sakit menyentap: 
- Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

9. Sakit menegang : 
- Proses melancarkan pengaliran darah.

10. Badan terasa berat/ malas/ lenguh . 
-Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

11. Badan terasa panas . 
-Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

12. Badan terasa ringan : 
- Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

13. Rasa takut mengejut.
- Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

14. Cepat naik darah / marah : 
- Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

15. Rasa bimbang dan takut : 
 -Sistem paru-paru yang lemah.

16. Rasa seronok atau bimbang tanpa sebab :
- Sistem jantung yang lemah.
- Sistem saraf otak yang lemah.
- Masalah pengaliran darah.

DEFINASI KONTAK RAPAT


Friday, 29 January 2021

COVID-19 STATUS AS AT 29.01.2021

Friday.
29.01.2021.
DAY 17 MCO2.0 /PKP2.0
DAY 17 STATE OF EMERGENCY /DARURAT 2021.
DAY 317 MCO/PKP SINCE 18.03.2020.

INNALILLAHI WA INNA ILAHI ROJIUN...
Ya Allah
Sesungguhnya COVID-19 ini adalah makhluk
Engkau adalah Pencipta makhluk
Hanya padaMu kami meminta
Hanya denganMu kami menyerah
Lindungi kami
Anak cucu keturunan kami
Negara kami
Saudara kami
Darinya


COVID-19 REMINDER... AGAIN


Thursday, 28 January 2021

COVID-19 STATUS AS AT 28.01.2021

Thursday.
28.01.2021
DAY 16 MCO2.0 /PKP2.0
DAY 16 STATE OF EMERGENCY /DARURAT 2021
DAY 316 MCO/PKP SINCE 18.03.2020



Wednesday, 27 January 2021

COVID-19 STATUS AS AT 27.01.2021

Wednesday.
27.01.2021.
DAY 15 MCO2.0 /PKP2.0
DAY 15 STATE OF EMERGENCY /DARURAT 2021.
DAY 315 MCO /PKP SINCE 18.03.2020.

Tuesday, 26 January 2021

PESANAN DARI KKM

PESANAN DARI PIHAK KKM

Seandainya ada rakan atau jiran tetangga dijangkiti COVID19 di kawasan tempat tinggal kita atau tempat kerja kita, diangkut ke tempat kuarantin/pusat isolasi di dalam ambulans, janganlah ambil sebarang video atau gambar dan jangan galakkan sesiapa untuk mengambil sebarang gambar atau video. Jangan malukan orang tersebut. 

Sebaliknya berdiri di tepi balkoni, kaki lima, tingkap atau pagar dengan jaga jarak 2 meter dan berilah isyarat seperti thumbs up, ucapkan semoga cepat sembuh dan jaga diri. 

Dengan kepantasan virus ini merebak kini, tidak lama lagi ambulans mungkin akan tiba di setiap pintu atau pagar semua orang.  Mohon fahami apa yang mereka ini terpaksa lalui. 

Mohon
1. Hormati mereka
2. Doakan mereka
3. Biar mereka rasa kebaikan hati anda
4. Elak sebar panik dan "rasa takut di malukan" di antara kita semua. 
5.Jangan sebar perkara yang tak pasti yang boleh jatuh FITNAH.

Mereka bukan penjenayah,  mereka hanya pesakit. Mereka akan sembuh tapi memori bagaimana orang lain layan mereka akan kekal selamanya!

Kita bersama dalam perjuangan yang sama. Jom sebarkan cinta, kasih sayang dan bina keyakinan. Stay safe, stay at home.

Bagi smngat pada mereka.

😷😷🙂🙂

COVID-19 STATUS AS AT 26.01.2021

Tuesday.
26.01.2021
DAY 14 MCO2.0 /PKP2.0
DAY 14 STATE OF EMERGENCY /DARURAT 2021
DAY 314 MCO/PKP SINCE 18.03.2020

Langit petang 26.01.2021
6.15 petang. 
Langit cerah dihias sang rembulan. 
Subhanallah. 

Monday, 25 January 2021

COVID-19 STATUS AS AT 25.01.2021

Monday
25.01.2021
DAY 13 MCO2.0 /PKP2.0
DAY 13 STATE OF EMERGENCY /DARURAT 2021
DAY 313 MCO /PKP SINCE 18.03.2020

COVID-19 NAN SETAHUN


Monday
25.01.2021
25.01.2020 our first ever covid-19 case reported. 


Kes harian makin mencanak
Kluster baru kian bercambah
Apa lagi bicara kita
Selain usaha
Ikhtiar
Tawakkal


In shaa Allah.. 
Together we make it happen.