jika di ingatan...terkadang lupa. jika di hati...terpendam lagi. -moga di blog ini ia kekal menjadi memori-
Thursday, 31 December 2020
334
yyu
Qqw
31.12.2020
Pecahan kes baharu (2,525)
Selangor
774 kluster sedia ada
12 kluster baharu (Jalan Gajah)
209 saringan kontak rapat
210 lain-lain saringan
Sabah
3 kluster sedia ada
202 saringan kontak rapat
94 lain-lain saringan
Melaka
233 kluster sedia ada
3 saringan kontak rapat
3 lain-lain saringan
KL
80 kluster sedia ada
14 kluster baharu (Jalan Datuk)
63 saringan kontak rapat
60 lain-lain saringan
5 import
Johor
92 kluster sedia ada
25 kluster baharu ( Kampung Baharu dan Pekeliling)
41 saringan kontak rapat
36 lain-lain saringan
P.Pinang
60 kluster sedia ada
9 saringan kontak rapat
23 lain-lain saringan
N.Sembilan
53 kluster sedia ada
1 kluster baharu (Jalan Rasah)
9 saringan kontak rapat
15 lain-lain saringan
Labuan
5 kluster sedia ada
35 saringan kontak rapat
15 lain-lain saringan
8 import
Kelantan
15 kluster sedia ada
10 saringan kontak rapat
12 lain-lain saringan
Perak
19 kluster sedia ada
10 saringan kontak rapat
4 lain-lain saringan
Kedah
11 kluster sedia ada
11 saringan kontak rapat
2 lain-lain saringan
Terengganu
5 kluster sedia ada
10 saringan kontak rapat
2 lain-lain saringan
Pahang
9 kluster sedia ada
3 saringan kontak rapat
3 lain-lain saringan
Putrajaya
1 saringan kontak rapat
4 lain-lain saringan
Sarawak
2 lain-lain saringan
Saturday, 26 December 2020
ASMA UL HUSNA
Assalamualaikum. Berikut ialah khasiat bagi setiap satu Asma Ul Husna yang mana jika kita amalkan, setiap satu darinya mempunyai khasiat yang berbeza-beza mengikut apakah hajat yang kita inginkan. Insya Allah...
1. YA RAHMAAN
Yang Maha Pengasih.
Apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan menjadi hilang dengan izin Allah.
2. YA RAHIIM
Yang Maha Penyayang.
Apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap hari, Insyaallah kita kan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.
3. YA MALIK
Raja Yang Maha Berkuasa.
Apabila dizikirkan sebanyak 121x setiap pagi atau setelah gelincirnya matahari, segala pekerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat dan kekayaan yang diredhai Allah.
4. YA QUDDUS
Yang Maha Suci
Apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hati, dengki & lain-lain.
5. YA SALAAM
Yang Maha Sejahtera.
Apabila dizikirkan sebanyak 136x, insyaallah jasmani & rohani kita akan terhindar daripada segala penyakit sehingga badan menjadi segar, sihat & sejahtera.
6. YA MU'MIN
Ya Maha Mengamankan.
Apabila dizikirkan sebanyak 236x, insyaallah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.
7. YA MUHAIMIN
Yang Maha Memelihara.
Apabila dizikirkan sebanyak 145x sesudah solat fardu Isyak, insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.
8. YA 'AZIZ
Yang Maha Perkasa.
Apabila dizikirkan sebanyak 40x sesudah solat Subuh, insyaallah kita akan menjadi orang yang mulia disegani orang kerana penuh kewibawaan.
9. YA JABBAR
Yang Kehendaknya Tidak Dapat Diingkari.
Apabila dizikirkan sebanyak 226x pagi & petang semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.
10. YA MUTAKABBIR
Yang Memiliki Kebesaran.
Apabila dizikirkan sebanyak 662x maka dengan kebijaksanaan bertindak kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yang setia.
11. YA KHALIQ
Yang Maha Pencipta.
Dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, insyaallah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran, amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat faham.
12. YA BARI'
Yang Maha Merancang.
Sekiranya kita berada di dalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100x selama 7 hari berturut-turut, insyaallah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh daripenyakit tersebut.
13. YA MUSAWWIR
Yang Maha Pembentuk.
Sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini selama 10x, insyaallah akan dikurniakan anak yang soleh.
14. YA GHAFFAR
Yang Maha Pengampun.
Sambil Beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, insyaallah akan diampun dosa-dosa kita.
15. YA QAHHAR
Yang Maha Perkasa.
Dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakan & kemewahan dunia dan insyaallah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.
16. YA WAHHAB
Yang Maha Memberi Kurnia.
Dizikir sebanyak 100x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu di dalam kesempian, insyaallah segala kesulitan atau kesempitan daam soal apa pun akan hilang.
17. YA RAZZAQ
Yang Maha Pemberi Rezeki.
Dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat Subuh, insyaallah akan dipermudahkan rezeki yan halal & membawa berkat.
18. YA FATTAH
Yang Maha Pembuka.
Dizikir sebanyak 71x sesudah selesai solat Subuh, insyaallah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.
19. YA 'ALIM
Yang Maha Mengetahui.
Dizikir sebanyak 100x setiap kali selesai solat Maktubah, insyaallah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.
20. YA QABID
Yang Maha Menyempitkan.
Dizikirkan 100x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.
21. YA BASIT
Yang Maha Melapangkan.
Perbanyakkan zikir ini setiap hari, insyaallah rezeki akan menjadi murah.
22. YA KHAFID
Yang Maha Merendahkan.
Dizikirkan sebanyak 500x setiap hari dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, insyaallah segala maksud yang baik akan ditunaikan Allah. Jika mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.
23. YA RAFI'
Yang Maha Mengangkat.
Dizikirkan setiap hari, siang dan malam sebanyak 70x, insyaallah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.
24. YA MU'IZ
Yang Maha Membeningkan.
Dizikirkan sebanyak 140x setiap hari, insyaallah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutamanya bagi ketua-ketua jabatan atau perniagaan.
25. YA MUZIL
Yang Maha Menyesatkan.
Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang yang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, insyaallah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.
26. YA SAMI'
Yang Maha Mendengar.
Sekiranya ingin doa kita makbul dan pendengaran kita tajam, amalkan zikir ini setiap hari mengikut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solat Dhuha, insyaallah doa akan mustajab.
27. YA BASIR
Yang Maha Melihat.
Dizikirkan sebanyak 100x sebelum solat Jumaat, insyaallah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.
28. YA HAKAM
Yang Maha Melapangkan.
Dizikirkan sebanyak 68x pada tengah malam dalam keadaan suci, insyaallah dapat membuka hati seseorang itu untuk mudah menerima ilmu-ilmu agama.
29. YA 'ADL
Yang Maha Adil
Dizikirkan sebanak 104x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, insyaallah diri kita selalu dapat berlaku adil.
30. YA LATIF
Yang Maha Lembut
Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, insyaallah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris dan maju.
31. YA KHABIR
Yang Maha Berwaspada
Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, insyaallah akan dapat bertemu dengan teman atau anak yang terpisah sekian lama.
32. YA HALIM
Yang Maha Penyantun.
Dizikirkan sebanyak 88x selepas solat 5 waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan, insyaallah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar.
33. YA 'AZIM
Yang Maha Agung.
Dizikirkan sebanyak 12x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderita sakit, insyaallah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin & sebagainya.
34. YA GHAFFUR
Yang Maha Pengampun
Bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengampuni dosa-dosanya dan beriktikad untuk tidak mengulanginya. Insyaallah akan diterima taubatnya oleh Allah.
35. YA SYAKUR
Yang Maha Mensyukuri.
Dizikirkan sebanyak 40x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, insyaalah semua hajat kitaakan dimakbulkan Allah.
36. YA 'ALI
Yang Maha Tinggi
Tulislah zikir ini sebanyak 110x di dalam bahasa Arab, lalu direndam pada air yang dingin dan diminum, insyaallah air tadi mujarab untuk kecerdasan minda seseorang.
37. YA KABIR
Yang Maha Besar
Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1000x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajjud atau hajat)
38. YA HAFIZ
Yang Maha Penjaga
Dizikir sebanyak 99x, insyaallah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.
39. YA MUQIT
Yang Maha Pemberi Kekuatan.
Sekiranya kita berada di dalam kelaparan dan sukar untuk mendapatkan makanan, maka perbanyakkanlah zikir ini. Insyaallah badan kita akan menjadi kuat dan segar kerana rasa lapar akan hilang.
40. YA HASIB
Yang Maha Pembuat Perhintungan
Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777x sebelum matahari terbit & selepassolat Maghrib, insyaallah kedudukan kita akan kukuh tanpa sebarang gangguan.
41. YA JALIL
Yang Maha Mempunyai Keagungan
Amalkan zikir ini pada 1/3 malam, insyaallah perniagaan akan bertambah maju, kedudukan akan lebih tinggi dan terhormat.
42. YA KARIM
Yang Maha Mulia.
Untuk Mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.
43. YA RAQIB
Yang Maha Mengawasi
Berzikirlah sebanyak 50x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatiri akan hilang kerana berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah.
44. YA MUJIB
Yang Maha Mengabulkan.
Amalkan zikir ini sebanyak 55x sesudah solat Subuh. Insyaallah doa kita akan dimakbulkan Nya.
45. YA WASI'
Yang Maha Luas
Apabila di dalam kesulitan maka amalkanlah zikir ini sebanyak 128x setiap pagi & petang. Insyaallah segala kesulitan akan hilang. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, insyaallah kita akan dijaga dari hasad dengki sesama makhluk.
46. YA HAKIM
Yang Maha Bijaksana.
Bagi sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, insyaallah akalnya akan manjadi cergas & lancar dalam menghafal dan mengikuti pelajaran. Amalkan sekurang-kurangnya 300x setiap hari.
47. YA WADUD
Yang Maha Penyiram Kesejukan.
Amalkan zikir ini sebayak 1000x pada setiap malam. Insyaallah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumah tangga kita akan berada dalam keadaan harmoni.
48. YA MAJID
Yang Maha Penyandang Kemegahan
Untuk ketenteraman keluarga, amalkan zikir ini sebanyak 99x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. Insyaallah semua anggota keluarga kita akan meyayangi& menghormati kita sebagao ketua keluarga.
49. YA BA'ITH
Yang Maha Membangkitkan
Zikirkan sebanyak 100x dengan meletakkan kedua tangan ke dada. Insyaallah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.
50. YA SYAHID
Yang Maha Menyaksikan
Apabila ada diantara kedua keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & mengubah sikapnya.
51. YA HAQ
Yang Maha Besar
Perbanyakkan zikir ini, insyaallah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.
52. YA WAKIL
Yang Maha Pemegang Amanah
Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, insyaallah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sedia kala.
53. YA QAWI
Yang Maha Kuat
Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berhadapan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.
54. YA MATIN
Yang Maha Kukuh
Amalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.
55. YA WALI
Yang Maha Melindungi
Amalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izin Nya, kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang yang bersifat dengki.
56. YA HAMID
Yang Maha Terpuji
Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.
57. YA MUHSI
Yang Maha Penghitung.
Sekiranya kita menginginkan diri kita digolongkan dalam pertolongn yang selalu dekat dengan Allah, maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.
58. YA MUBDI
Yang Maha Memulakan
Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470x setiap hari. Insyaallah.
59. YA MU'ID
Yang Maha Mengembalikan
Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri & sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124x setiap hari sesudah solat. Insyaallah akan dipertunjukkan hasilnya.
60. YA MUHYI
Yang Maha Menghidupkan
Amalkan zikir ini 58x setiap hari, insyaallah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.
61. YA MUMIT
Yang Maha Mematikan.
Barangsiapa yang memperbanyakkan zikir ini, insyaallah akan dipermudahkan dalam perniagaan,politik & sebagainya.
62. YA HAYYU
Yang Maha Hidup.
Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah dalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.
63. YA QAYYUM
Yang Maha Menegakkan.
Amalkan zikir ini sebanyak 1000x setiapmalam atau siang, insyaallah akan memperolehi harta yang banyak lagi berkat, dikasihi oleh setiap manusia, berwibawa, ditakuti musuh & menjadi insan yang terhormat.
64. YA WAJID
Yang Maha Menemukan
Andai keinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.
65. YA MAJID
Yang Maha Mulia.
Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.
66. YA WAHID
Yang Maha Tunggal
Bagi pasangan yang belum mempunyai cahaya mata, amalkanlah zikir ini sebanyak 190x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama sebulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis. Insyaallah.
67. YA AHAD
Yang Maha Esa
Zikir Asma Allah ini sebanyak-banyaknya, insyaallah kita akan melupakan sifat-sifat yang dinisbahkan kepada diri kita atau orang lain.
68. YA SAMAD
Yang Maha Diperlukan.
Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. Insyaallah diri ini akan berasa kembali segar.
69. YA QADIR
Yang Maha Menentukan
Apabila kita berhajatkan sesuatu namun selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305x setiap hari. Insyaallah segala hajat akan berhasil.
70. YA MUQTADIR
Yang Maha Berkuasa
Amalkan zikir ini sebanyak-banyaknya sehingga apa sahaja ikhtiar kita berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.
71. YA MUQADDIM
Yang Maha Mendahulukan
Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, "barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184x setiap hari, insyaallah segala usahanya akan berhasil.
72. YA MUAKHKHIR
Yang Maha Mengakhirkan
Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkan zikir ini.
73. YA AWWAL
Yang Maha Awal
Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37x setiap hari, insyaallah segala apa yang dihajati akan diperkenan Allah.
74. YA AKHIR
Yang Maha Akhir
Amalkan zikir ini sebanyak 200x sesudah solat 5 waktu selama 1 bulan insyaallah akan dibukakan pintu rezeki yang halal.
75. YA ZAHIR
Yang Maha Nyata
Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106x selesai solat ditempat yang sunyi, nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia serta diberi kefahaman ilmu.
76. YA BATIN
Yang Maha Ghaib
Amalkanlah zikir ini sebanyak 30x sesudah solat fardu, nescaya Allahakan membuka hijab padanya dari segala rahsia serta diberi kefahaman ilmu.
77. YA WALI
Yang Maha Memberikan
Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang, insyaallah kita akan dibukakan pintu ma'rifat.
78. YA MUTA'ALI
Yang Maha Meninggikan
Sekiranya kita hendak berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi, bacalah zikir ini sebanyak mungkin. Insyaallah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting akan berhasil.
79. YA BARR
Yang Maha Dermawan
Amalkan zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, insyaallah segala apa yang dihajati akan terlaksana dengan mudah.
80. YA TAWWAB
Yang Maha Penerima Taubat
Perbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.
81. YA MUNTAQIM
Yang Maha Penyiksa
Perbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendapat pertolongan Allah dalam berhadapan dengan orang yang zalim.
82. YA 'AFU
Yang Maha Pemaaf
Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.
83. YA RAUF
Yang Maha Pengasih
Bagi sesiapa sahaja yang inginkan dirinya disayangi oleh sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu pada waktu siang mahupun malam.
84. YA MALIKUL MULK
Yang Maha Menguasai Segala Kerajaan
Seseorang ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa gangguan, amalkan zikir ini sebanyak 212x sesudah solat waktu & 212x pada setiap malam.
85. YA ZUL JALALI WAL IKRAM
Yang Maha Memiliki Kebebasan & Kemuliaan
Amalkan zikir ini sebanyak 65x setiap hari, insyaallah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.
86. YA MUQSIT
Yang Maha Menyeimbangkan.
Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, insyaallah Allah akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.
87. YA JAMI'
Yang Maha Pengumpul
Sekiranya ada ahli keluarga kita yang lari daripada rumah amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.
88. YA GHANI
Yang Maha Kaya.
Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, insyaallah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.
89. YA MUGNI
Yang Maha Pemberi Kekayaan
Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, insyaallah segala hajat kita akan tercapai.
90. YA MANI'
Yang Maha Mencegah
Amalkan zikir ini sebanyak 161x pada waktu menjelang solat Subuh setiap hari, insyaallah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.
91. YA DARR
Yang Maha Pemberi Derita
Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001x pada setiap hari, insyaallah dengan ikhtiar ini penyakit yang telah lama dihidapi akan cepat sembuh.
92. YA NAFI'
Yang Maha Pemberi Manfaat
Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir inisetiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.
93. YA NUR
Yang Maha Bercahaya
Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barang siapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun akhirat, maka selalulah berzikir dengan Asma Allah ini setiap pagi & petang.
94. YA HADI
Yang Maha Pemberi Petunjuk
Bagi sesiapa yang tersesat dalam perjalanan, zikirlah Asma Allah, insyaallah akan diberia pertolongan dan cepat lepas dari kesesatan tersebut.
95. YA BADI'
Yang Maha Pencipta Keindahan
Andai kita mempunyai rancangan yang besar,maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500x selepas solat fardhu. Insyaallah rancangan kita akan berjaya & berjalan lancar.
96. YA BAQI
Yang Maha Kekal
Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada bila-bila masa, insyaallah dengan ikhtiar ini semua pekerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas dan perniagaan akan terus maju.
97. YA WARIS
Yang Maha Pewaris
Amalkan Asma Allah ini sebanyak yang mungkin, insyaallah kita akan dikurniakan umur yang panjang & hidup yang berhasil.
98. YA RASHID
Yang Maha Bijaksana
Berzikirlah dengan Asma Allah ini sebanyak 1000x di antara waktu Maghrib dan Isyak, insyaallah kita akan beroleh minda yang cerdas.
99. YA SABUR
Yang Maha Sabar
Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir Asma Allah ini. Dengan sifat sabar dan penuh pengharapan kepada Allah, insyaallah segala usaha kita akan mencapai kejayaan.
Sekianlah khasiat 99 Asma ul Husna. Amalkanlah. Semoga beroleh kebaikan.
Aamiin...
Wallahu'alam
Kredit: pesan bonda
Friday, 25 December 2020
AYAT KURSI
AYAT KURSI PAGAR DIRI DAN BUANG JIN, SAKA,SIHIR.
Caranya:
1) Baca ayat kursi hingga tamat, kemudian ulang wakaf 8 dan 9 sebanyak 11 kali.
2) Baca surah 4 Qul
3) Baca A’UDZU BIKALIMATILLAHIT TAMMATI MIN SYARRI MA KHOLAQ
(Maksud: Aku berlindung diri dengan firman-firman Allah yang sempurna dari kejahatan (makhluk halus) yang telah diciptakannya.)
Ayat Kursi jika diamalkan akan menguatkan roh sekali gus akan menjadi benteng diri kita dari perkara-perkara yang tak diingini.
Maksud ayat Kursi wakaf 9:
Wakaf
1) Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).
2) Yang tidak mengantuk usahkan tidur.
3) Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
4) Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
5) Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka,
6) sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
7) Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.
9) Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
### Bacalah ayat kursi dengan menghayati setiap maksud ayatnya didalam hati sewaktu membacanya
Sumber: socmed
Tuesday, 22 December 2020
SEDIKIT YANG BERSYUKUR
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ
"𝙎𝙀𝘿𝙄𝙆𝙄𝙏 𝙔𝘼𝙉𝙂 𝘽𝙀𝙍𝙎𝙔𝙐𝙆𝙐𝙍"
Allah menciptakan semua yang ada di muka bumi ini bahan untuk tafakkur dan manfaat bagi manusia. Lebih kurang manusia ini dimanjakan oleh Allah SWT dengan diberi segala-galanya.
Namun, (firman Allah maksudnya):
“… sedikit sekali daripada hamba Ku yang bersyukur.”
Apa sebab sedikit? Sebab tidak ingat kepada nikmat! Yang diingat ialah apa yang dia tak dapat. Yang dapat dia tak ingat. Yang depan mata dia tak ingat. Yang belum dapat, dia ingat!
Ini yang menyebabkan manusia tidak bersyukur atau lupa daripada bersyukur.
Moga-moga Allah menggolongkan kita dalam golongan hamba yang bersyukur kepada Nya.
Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
Monday, 21 December 2020
ANDAI ADA KEMATIAN DI RUMAH...
Andai ada kematian dirumah kita.
-------------------------------------------------------
Urusan untuk mendapat permit,
perkebumian..
---------------------------------------------------
1) Call Ambulans. Doktor akan sahkan kematian. Mereka akan bagi beberapa surat atau borang untuk dibawa buat laporan ke balai polis.
2) Call orang surau atau jiran yang terdekat
3) Bawa document yang diberi doktor tadi. IC simati, sijil lahir. Segala surat perubatan jika ada ke balai polis untuk buat laporan.
4) Ingat, bahagikan tugasan. Apabila disahkan oleh doktor tentang kematian. Sebelum hadirnya jiran².
Urusan dirumah..
----------------------------
1) letak jenazah atas tilam, kaki ke arah kiblat. Muka mengadap kiblat.
2) Chek seluar atau pampers jika ada terkeluar najis, terkencing. Jika ada cuci dulu.
3) Salin seluar baju yang bersih.
4) Cari perca kain bersih. Buat beberapa tali.
sedia kan minyak zaitun atau baby oil. mulakan dari muka. Urut pelan² muka, rapatkan mulut dan ikat dari dagu ke kepala.
5) Urut mata pelan², rapatkan. Jika tak rapat. letak duit syiling 50sen dikelopak. boleh dah rapat, keluarkan duit tu.
6) Tangan, siku urut pelan². Kiamkan elok², ikatkan kemas².
7) Punggung, peha rapat kan elok². Urut pelan².
😎 Lutut rapatkan elok2. ikat tali.
9) betis rapatkan. ikat tali.
10) Penggelangan kaki urut, dengan minyak rapatkan dan ikat kemas².
11) 2 ibu jari dirapatkan dan ikatkan.
12) Ambik kain tudung bawal putih jarang, tutup bahagian muka..
13) Ambik kain batik panjang, tutup keseluruhannya.
Untuk persiapan yang lain²
-------------------------------------------
1) Siapkan dalam beg. Kain batik panjang 4 helai. Towel satu.
2) Daun pandan sepokok, dibersihkan dan kerat². Simpan dalam plastik.
3) sebelum kedatangan jiran² . anak² yang lain mesti tutup aib. Dengan cepat² bersihkan rumah.
7) Bila jenazah dirumah dah ready semua. sementara tunggu urusan yang seterusnya. Cuba ambik kesempatan membaca surah.
Note,
Tujuan urut tadi. supaya segala sendi² tetap lembut sehingga memudahkan waktu nak mandi atau kapan. Buat pelan², sambil ti sedekah Al-Fatihah. Ni kerana jenazah yang tercabut nyawanya, didalam keadaan perit dan sakit.
Wallahua'lam
Memoga bermafaat untuk saya dan semua.
Maaf sekiranya ada kekilafan dan kelemahan didalam catitan..
DOA DILEPASKAN DARI BEBAN HUTANG, SEDIH, LEMAH FAN DARI DIZALIMI MANUSIA
DOA DILEPASKAN BEBAN HUTANG, SEDIH DUKACITA, LEMAH, MALAS, KEDEKUT, PENAKUT, DIZALIMI MANUSIA
Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya: “Rasulullah SAW telah masuk ke masjid, dan seorang sahabat bernama Abu Umamah RA sedang duduk di sana. Baginda bertanya:
“Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat kau sedang duduk di dalam masjid sedangkan bukan luar waktu solat?” Abu Umamah menjawab: “Dukacita dan hutang menyelubungiku wahai Rasulullah!”.
Rasulullah menjawab: “Mahukah kamu aku ajarkan satu doa jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu?.”
Abu Umamah menjawab: “Sudah tentu, wahai Rasulullah.” Maka Baginda bersabda: “Ucapkanlah pada tiba waktu pada pagi dan petang bacaan ini:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia.”
Abu Umamah RA berkata: “Setelah membaca doa tersebut, Allah menghilangkan kedukaanku dan melunaskan hutangku.”
Riwayat Abu Daud (4/353)
Inti doa di atas, bila kita selamat daripada penyakit² hati yang disebutkan, maka InsyaAllah kebahagiaan & kejayaan akan diperolehi. 🤲🙂
Antara tanda doa kita dimaqbulkan Allah pula, kita mula kuat berusaha, menempuhnya dengan rajin, kuat semangat, berani, positif, pemurah.. dan akhirnya kita tidak lagi sedih berlebihan dan bebas hutang. ✊
Mulakan dengan langkah pertama
Langkah demi langkah
InsyaAllah kita kan berjaya
Yang penting jangan mengalah
Allahu Akbar ✊
Asma' binti Harun
21.12.2020
#UAHSahabatDuniaAkhirat
Thursday, 17 December 2020
TASAWWUF
Anak lelaki bila mak suruh balik kampung..mak mertua pun suruh balik hari yang sama juga..nak balik mana?? Hukum feqah kata wajib dahulukan mak kandung.
Anak perempuan bila makan bersama mak ayah dan suaminya..nak senduk nasi untuk mak ayahnya dulu atau suaminya?? Hukum feqah kata wajib layan suaminya dahulu.
Anak bila ayahnya suruh buat sesuatu..dalam masa yang sama..mak pun suruh buat sesuatu yang lain..nak buat yang mana dulu?? Hukum feqah kata wajib dahulukan perintah mak.
Antara ibu ayah dan anak isteri mana dulu yang wajib diberi nafkah?? Hukum feqah kata wajib dahulukan ank isteri.
Kita ada adik-beradik yang hidup susah..kawan kita pun ada yang susah..nak tolong siapa dulu?? Hukum feqah kata dahulukan adik beradik.
Urusan rumah tangga bila bertembung dengan urusan jemaah berbaiah yang kita sertai..mana dulu nak diutamakan?? Hukum feqah kata anak isteri dulu.
Setuju atau tidak..hukum tetap hukum..wajib kita ikuti.
Kalaulah semua orang faham hukum hakam agama ini..bukankah itu dapat mengharmonikan kehidupan berkeluarga. Lebih harmoni jika kita dapat bertoleransi dan bertolak ansur..contoh, bila kita makan dengan mertua, isteri sendukkan dahulu nasi untuk kita (suami)..kita pula beri nasi itu pada mertua..kan cantik mcm tu. Bila ibu boleh berkata "takpa..buat dulu apa yang ayah kau suruh buat tu..pastu buat yang mak suruh". Inilah Tasawuf..Wallahu'alam.
Labels:
bobo,
norizah binti noor,
norizah noor,
norizahnoor,
norizahnoor blogspot,
sepanjang jalan kenangan,
tasawwuf
Monday, 14 December 2020
AL-MULK
KALAU TAK SEMPAT BACA MALAM, BACALAH PAGI. JANGAN TINGGAL. SEBAB IA 'PEGUAMBELA' KITA :
.
.
Tuan Puan Dihormati,
Surah Al-Mulk ni semua orang dah tahu fadhilatnya amat penting untuk kita pada 'next life' nanti. Rasul pun dah lama 'pecah rahsia' :
--> Jika mahu selamat di alam kubur & pada hari kiamat, bacalah Surah Al-Mulk. Ia boleh jadi 'peguambela', berhujah dengan Tuhan agar kita dilindungi dari azab kubur & azab neraka.
Besar manfaatnya ni tuan-puan. Jika kita la ni ada kes & perlu masuk mahkamah, nak cari peguamlah kita pening sebab kosnya tinggi. Kes belum tentu menang.
Tapi waktu masuk mahkamah Tuhan di alam kubur & hari kiamat & nak cari 'peguam' untuk defend kita, tak perlu bayar puluh ribu pun.
Just amalkan membaca Surah Al-Mulk setiap hari. Paling elok buat seperti Rasul amalkan, baca setiap malam sebelum tidur. Manfaatnya untuk kita juga.
Waktu di alam barzakh nanti kita sensorang je. Tak de sesiapa nak tolong. Tapi sebab kita rajin mengaji surah Mulk, ia akan jadi peneman & pelindung (dalam bentuk syafaat), berhujah bagi pihak kita di hadapan Tuhan.
Harapnya begitulah. Bila malaikat nak pukul kita kat kaki, Surah Mulk datang protect kaki kita. Bila malaikat nak pukul kepala, surah ni datang lindung kat kepala.
Lepas tu ia berhujah, 'Ya Allah, saya tahu si fulan bin si fulan ni dahulunya banyak buat dosa & kesilapan, tapi sepanjang dia hidup, dia baik sangat dengan aku.
Dia selalu baca aku tiap-tiap hari tak kira dia sibuk ke, demam ke, sakit ke, dia tetap tak tinggal aku. Dan sekarang aku nak bersahabat dengannya. Aku nak jalankan tugasku, defend dia.
'Ya Allah, dengan kasih-sayangMu, ampunilah dosa & khilafnya. Sudilah terima dia sebagai hamba yang Engkau rahmati di syurgaMu...'
Itulah manfaat yg saya bayangkan bakal diperolehi setiap kali baca surah Al-Mulk. Dan saya harap sangat tuan-puan juga jangan tinggal baca surah ni ya.
Hanya 2 mukasurat suku je. Kalau baca, ambil masa 10-15 minit. Sekejap je.
Kalau tak dapat lazimkan waktu malam mungkin sebab kita sibuk dengan anak, lipat baju, dah letih atau penat, kita bacalah waktu siang.
Boleh amalkan lepas subuh. Kalau tak berapa pandai sangat nak baca, dengarlah mp3 bacaan tok syeikh arab mana-mana yang bacaannya best & merdu. Ikut pelan-pelan.
Dengar je pun dah bagus. Buka je bacaan Surah ni via handphone. Atau dengar banyak kali ketika memandu.
InsyaAllah cukup sebulan, hafal lah surah ni sebab ingatan kita ni mudah ingati perkara yg ada irama. Sebab tu lagu hindustan pun kita boleh hafal walaupun tak faham apa pun. Sebab kita mudah menghafal melodi.
Satu lagi nak habaq mai, kalau anda dah lama berniat nak sangat tahu dalam surah al-mulk ni sebenarnya Tuhan 'sembang' (baca:cerita) tentang apa, saya nak jemput anda tonton video tadabburnya secara Percuma.
Saya ada kongsikan point mahal yang saya fahami daripada surah ini. I.Allah lepas ni anda lebih semangat & feel nak membacanya.
Boleh klik link ini untuk dapatkan videonya ya:
-- wasap.my/60193315606/tadabburfree4
-- wasap.my/60193315606/tadabburfree4
Monday, 7 December 2020
TAHAJJUD
MACAMMANA NAK BUAT SOLAT TAHAJUD
Waktu yg the best sekitar 4.30pagi hinggalah sebelom subuh.
Niat di dalam hati "aku melakukan solat sunat tahjud kerana ALLAH" , tak perlu lafadz niat.
Caranya, buat 2 rakaat salam, 2 rakaat salam...berterusan semampunya. Tidak ada limit rakaat , terpulang kpd kemampuan masing2 samada nak buat 2 atau 4, atau 6 atau 8 atau lebih ikut semampunya.
Tidak terkhusus dgn mana2 surah, ikut kemampuan hafalan masing2 dan tidak menjadi masalah jika solat tahjud itu sambil pegang quran kecil atau phone dan membacanya. Kalau tak mampu baca quran dan surah yg hanya mampu di hafal itu cuma surah Al-Ikhlas , "Qulhuallah hu ahad..." maka silakan baca surah yg sama pada setiap rakaat. Solat tetap sah dan terbaik.
Jadi lamakan sujud & mintak doa pada Allah apa saja yg kita hajatkan. Kata para ulamak kita boleh berdoa dgn bahasa apa yg kita faham. Sah tahajud walaupun kita baca doa dalam bahasa melayu. Berdoa dalam hati saja tau!.
Jangan solat laju2, slow and steady. Yang penting buat setenang2nya. Selangilah setiap 2 rakaat itu dgn istighfar dan mana2 zikir yg kita hafal.
Jika dah buat tahajud maka tutupilah tahajud itu dengan 1 rakaat witir sekiranya witir belom dibuat selepas isyak. Kalau dah witir selepas isyak maka tak perlu lagi buat witir selepas tahajud.
SENANGKAN?
Sumber : Ustaz Muhamad Rizal
Wednesday, 2 December 2020
BULAN 16 RABIUL AKHIR 1442H
Tuesday, 1 December 2020
AL-MULK
Kenapa kita kena baca surah al Mulk sebelum tidur? Apa kelebihan surah al Mulk ni ye?
1. Diampunkan Dosa Bagi Yang Membacanya.
Menurut JAKIM, daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sebahagian daripada al-Qur’an ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah “al-Mulk”.
(Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi dan status hadith ini adalah Hadith Hasan)
2. Surah Al Mulk Penyelamat Dari Azab Kubur.
Rasulullah SAW ada menyebutkan tentang kelebihan orang yang membaca Surah al-Mulk pada setiap malam.
3. Amalan Nabi SAW Setiap Malam.
Sebagaimana diriwayatkan oleh Jabir r.a bahawa sudah menjadi kebiasaan Rasulullah SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca Tabarakallazi biyadihil Mulk dan Alim Lam Miim Sajadah (surah As Sajdah dan surah Al Mulk).
4. Surah Al Mulk Menjadi Pembela Di Hari Akhirat.
Surah ini juga akan menjadi pembela kepada orang yang membacanya di Hari Akhirat sehingga pembacanya masuk ke Syurga Allah SWT.
5. Digelar Surah Al Mani’ah dan Al Munjiah.
Hebatnya kelebihan surah Al Mulk, ia juga digelar sebagai surah Al-Mani’ah (penghalang) dan Al-Munjiah (penyelamat) kerana surah tersebut menghalang dan menyelamatkan mereka yang selalu membaca atau menghafalnya daripada siksa kubur dan siksa api neraka.
(Hadith Riwayat An Nasai)
Sumber : cnp socmed
Tuesday, 17 November 2020
JUTAWAN
Seorang jutawan sedang berada di dalam kereta mewahnya menuju ke pejabat.
Beliau memasang telinga mendengarkan ceramah yang sedang ke udara di radio keretanya.
Penceramah berkata bahawa dunia ini sementara. Kekayaan yang kita miliki ini tiada makna apabila kita sudah mati nanti. Masa hidup ini, perbanyakkan memberi.
Jutawan tadi berasa ceramah itu entah apa-apa.
Katanya kepada pemandu keretanya,
"Orang macam ni nak mengambil kekayaan kita. Sebab tu dia suruh kita memberi ke sini sana." Jutawan tadi mencebik.
Di dalam kepala jutawan tadi, mula berfikir segala hartanya yang ada. Segala emas permata, segala duit simpanan, segala asetnya.
Lalu dia bertanya kepada pemandunya,
"Kamu tahu bagaimana kalau saya nak bawa semua harta saya semasa saya mati? Saya tak nak tinggal sikit pun untuk sesiapa"
Lancar soalannya. Mungkin kerisauan hartanya nanti diambil orang apabila sudah mati.
Pemandu jutawan ini mula bersuara:
"Bos ingat tak masa bos pergi US dulu? Masa tu bos bawa matawang apa pergi sana?"
"Mestilah USD. Kau dah kenapa tanya aku macam tu?"
Jutawan tadi berasa pelik, tetapi kepalanya masih menerawang akan segala hartanya yang berkepuk-kepuk.
"Bos, kalau kita nak pergi ke Jepun, kita kena guna matawang Yen kan? Kalau kita nak ke Singapura kita gunakan SGD kan? Apa jadi kalau saya nak pergi sana bawa duit RM50 contohnya untuk pergi membeli-belah, pergi makan, pergi berjalan? Mereka terima tak?"
Jutawan itu ketawa besar.
"Kamu nak pergi negara orang, kena ikut matawang negara itu. Mana laku duit kamu tu kalau nak berbelanja di sana. Kamu kena tukar duit kamu siap-siap di sini. Dah tukar duit, baru kamu selamat nak ke luar negara dengan mudah. Apalah soalan kamu ni"
Pemandu tadi tersenyum.
"Bos, begitu jugalah dengan alam kita selepas dunia. Dia ada 'matawang'nya sendiri. Tak laku dah segala harta kita, segala Dollar, Pound, Ringgit, Yen yang Kita ada ni. 'Matawang' di sana menggunakan amalan kita di dunia. Kalau bos bawa duit bos ke dalam kubur pun, tak laku bos. Takde 'money changer' di sana dah"
Jutawan tadi terdiam,
Rasa tersentak,
Air liur yang ditelan terasa pahit dan perit.
#gambarsekadarhiasan
Monday, 16 November 2020
KERIA BALL
Resepi keria ball.
Bahan-bahan :
4 ketul Keledek
1 biji Ubi kentang
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
Secubit baking powder
Sedikit garam
Setitik dua esen vanila
1 sudu besar margerin.
Bahan-bahan Sira gula.
3 sudu besar gula merah
3 sudu besar gula pasir
2 helai daun pandan disimpul.
Kupas kulit.
Rebus sampai empuk.
Tapis air sampai kering.
Lenyek or tumbuk sekadar hancur kasih kasih sayang je. Jgn hancur sangat. Dan proses ni kena buat masa ubi ni masih panas.
Keledek dan ubi yang siap dilenyek/tumbuk. Mokcik pakai botol yang memang dikhaskan untuk tumbuk menumbuk lenyek melenyek. Pendek kata botol buat kuih.
Tak payah nak buat molek-molek bulatnya... Nak masuk mulut je pun. Sebab keria ball ni memang untuk hamba yang malas. Yang rajin pi buat kuih keria nan tradisional gelangnya ya..
Dah garing, angkat dan toskan minyak.
Hasilnya...
Up.
Close.
Personal.
Ni hasil selepas disira dgn gula.
Petua untuk mendapatkan sira yang cantik berkilat dan melekat, semasa gula dah likat, masukkan sedikit tepung gandum. Mokcik buh lebih kurang 1sudu makan tepung gandum. Ni pun guna talian hayat...call bonda tercinta untuk mendapatkan rahsia bebola cinta nan hado mengerlip ni...
Alhamdulillah.. Kita ada mak💓
Conclusion : Ahli majlis kata sedap.
Labels:
norizah binti noor,
norizah noor,
norizahnoor,
norizahnoor blogspot,
norizahnoorcooks,
resepi keria ball norizahnoor,
sepanjang jalan kenangan
MEH NGAJI DENGAN AL-BAGHDADI
Sambungan daripada posting yang lepas, masih lagi mengenai Tajuk SIFAT HURUF, yang sebelum ni kita dah belajar secara TEORI dalam Bab SIFAT BERLAWANAN, posting kali ni jom kita belajar bersama SIFAT TUNGGAL pula ya 😁❤️💪🏼
SIFAT TUNGGAL
📌 Ada 7 jenis Sifat Tunggal iaitu 👇🏼
1️⃣ QOLQOLAH ( قلقلة )
Maksud ➡️ Lantunan
Huruf ➡️ Ada 5 Huruf iaitu ب ج د ق ط
2️⃣ LIN ( لين )
Maksud ➡️ Lembut
Huruf ➡️ Ada 2 Huruf iaitu ي و
3️⃣ INHIROF ( إنحراف )
Maksud ➡️ Sebutannya Melencong Ke Makhraj Yang Lain
Huruf ➡️ Ada 2 Huruf iaitu ل ر
4️⃣ ISTITOLAH ( إستطالة )
Maksud ➡️ Sebutannya Menggunakan Sepanjang Bahagian Tepi Lidah
Huruf ➡️ Ada 1 Huruf iaitu ض
5️⃣ TAKRIR ( تكرير )
Maksud ➡️ Getaran Lidah
Huruf ➡️ Ada 1 Huruf iaitu ر
6️⃣ TAFASHSHI ( تفشّي )
Maksud ➡️ Hemburan Suara
Huruf ➡️ Ada 1 Huruf iaitu ش
7️⃣ SOFIR ( صفير )
Maksud ➡️ Desiran
Huruf ➡️ Ada 3 Huruf iaitu ز س ص
PERINGATAN❗️
✅ Perlu HAFAL setiap Huruf bagi kesemua jenis SIFAT TUNGGAL diatas 👆🏼, kerana Hurufnya yang sedikit berbanding Huruf-Huruf dalam SIFAT yang BERLAWANAN 🤗❤️
CnP MAGNET MENGAJI AL-BAGHDADI
AWAN 15.11.2020
Tuesday, 10 November 2020
DONUT SEDAP... KOTTTT...
Nak makan lagi tekak ni
Tak pernah nak berhenti
Lapar semedang
Nak mengunyah memanjang
Dalam keterpaksaan
Langkah ku orak
Satu dua tiga
Dengan penuh kemalasan
Diri memaksa rajin
Hanya kerana
Mulut mesti terisi
Lagi...
Dan lagi...
Hahaha...
Nak buat donut jer pungggg...
Bunyi macam nak buat kek kukus lapis Sarawak.
Lagaknya.
Yang nak kena kukus berjam-jam...
Yang mana mok cik rasa sampai mati pun memang tak terbuat la..
Selagi yang bernama Norizah Noor..
Close
Personal
Conclusion:
Sedap katanya....
MAGHRIB 09.11.2020
COVID-19 UPDATE
Saturday, 7 November 2020
covid
Friday, 30 October 2020
RESEPI KEK TANPA TELUR
Jumaat.
30.10.2020.
13 Rabiul Awal 1442H.
PKPB alias CMCO
Fasa ke 2.0
Walaupun diri terkurung
Yang bekerja pak menteri arah
Work from home
Tapi selera tetap mengetuk jiwa
Nafsu tak jemu menggeletek rasa
Nak makan itu dan ini
Ke sana ke mari gendang perut menari
Aduhai kaki
Jom la masuk dapur
Cari la apa yang ada
Kita buat apa yang jadi...
Kita buat kek tanpa telur...sebab memang tak ada stock telur kat dapur.
Kita pakai minyak je, nak cepat. Sebabnya butter dalam peti ais keras kejung. Nak buat yang express je. Kalau jadi, alhamdulillah...tak jadi, pun alhamdulillah..
Bahan-bahan :
*1 3/4 cawan tepung gandum
*1 sudu teh baking powder
*1/2 sudu teh soda bikarbonat
*1/2 sudu teh garam
1 cawan susu segar
1/2 cawan minyak
1 sudu besar cuka/epal cider
1 sudu teh vanilla essence
Serbuk koko ikut citarasa
Ni jer koko yang ada. Koko free, dapat masa mokcik bercuti kat hospital hujung bulan lepas.. Tapi koko 3in1 ni manis sikit
Masuk blender je... Super express.
Once gula dah hancur, masukkan campuran tepung yg dah siap diayak tadi sikit sikit dalam blender.
Masuk sikit, blender sekejap.
Masuk lagi sikit, blender. Buat sampai habis.
Jangan blender lama...
Lepas tu bahagi 2 ikut suka.
1 bahagian kosong.
1 bahagian campur koko.
Ini rupa hasil ketas tangan mokcik warga perak
Close
Personal
#norizahnoorcooks
Labels:
norizah binti noor,
norizah noor,
norizahnoor,
norizahnoor blogspot,
norizahnoorcooks,
RESEPI KEK TANPA TELUR,
sepanjang jalan kenangan
SCONE CASHEW NUT N KISMIS
29.10.2020.
12 Rabiul Awal 1442H.
Khamis.
Public Holiday CMCO 2.0
Pagi tadi dah breakfast nasi lemak sambal sotong kt Restaurant Diva Setiawangsa.
Bukan takat nasi lemak semata.
Plus ubi kayu rebus.
Cicah kelapa.
Sambal ikan bilis.
Dah petang tiba-tiba big boss suruh buat scone.
Scone???
Like really... SCONE?
Ke mokcik salah dengar ni...
Tanya to reconfirm...is it scone?
A aah....
Ala la la...
Mokcik pun dah lupa camane rasa scone.
First time makan kat Cameron Highland
It was years back.
Itulah sekali kot.
Tapi demi nak mewajarkan title isteri mithali..
Mokcik gagahi jua menyescone.
Dengan kekangan tiadanya stok telur di dapur.
Kita hentam saja la labu...
Meh kita tengok resepi dan cara2nya...
Bahan-bahan :
Close
Personal.
#norizahnoorcooks
Labels:
norizah binti noor,
norizah noor,
norizahnoor,
norizahnoor blogspot,
norizahnoorcooks,
RESEPI SCONE CASHEW NUT,
sepanjang jalan kenangan
Subscribe to:
Posts (Atom)