Saturday, 17 May 2014

PETUA DARI DAPUR: Buang selulit

Selulit adalah masalah kulit. Kebanyakan yang menghadapi masalah ini terdiri dari mereka yg berusia atas 30an keatas. Akan tetapi atas faktor bentuk tubuh badan dan pemakanan, kini selulit boleh dikatakan telah menjadi masalah sejagat. Yang berbadan langsing juga tidak terkecuali begitu juga mereka yang masih muda belia.

Ia bukan masalah kegemukan semata-mata.

Ada byk petua yg dikatakan boleh mengurangkan masalah selulit ini. Pada yang agak rajin, boleh mencuba sendiri petua ni. Mudah dan murah...

Bahan:-
3 sudu serbuk kopi
3 sudu madu
3 sudu minyak zaitun
Minyak urut (massage oil) secukup rasa
Air suam secukup rasa

Kopi, madu dan minyak zaitun
Cara-cara:-
Campur semua bahan dalam mangkuk.
Gaul rata sehingga menjadi seperti scrub.

Hasil campuran bahan-bahan di atas. Massage oil diadun secukup 

Lulurkan pada bahagian yg terlibat. Lebih bagus dibuat sebagai scrub seluruh badan.
Biarkan selama 20 minit.
Bila hampir kering, scrubkan dengan tangan secara bulatan.
Bilas...

Dan rasakan perbezaannya.

Buatlah seminggu 2 kali atau setakat mana yang rajin....

No comments:

Post a Comment