Monday, 19 May 2014

Pulau Aman -08.04.2014

Pulau Aman.
Dah lama berhajat untuk menjejakkan kaki ke sana. Last 2 years berkesempatan sampai ke jeti tapi tak sempat ke pulau Aman sebab dah petang. At last...Alhamdulillah...akhirnya dapat.

Pulau Aman sebuah pulau kecil di perairan kepulauan Pulau Pinang.
Ia sebuah kampung nelayan. They lead a very simple life. Ada kemudahan asas tapi agak terbatas.


Jeti Batu Musang berhampiran Stadium Batu Kawan, pintu masuk ke Pulau Aman.

Pangkin comel mengadap Pulau Aman

Adakah ini bot yang akan membawa aku ke pulau Aman???

Setelah menunggu beberapa ketika, bot sampai...
Jeti dan bot berlatarbelakangkan pulau...

Dah sampai kat Pulau Aman. Ni jeti disebelah pulau yang menyambut kedatangan aku...

Laluan ke pulau...not bad

Salah sebuah rumah di Pulau Aman. Yang menariknya, sepanjang jalan di kampung ni dihubungi oleh jalan kecil yang diperbuat dari simen. Door to door...

Sekolah Kebangsaan Pulau Aman

Satu perkara menarik kat sini...banyak pokok sukun. Rasanya banyak pokok sukun dari rumah orang...

Pokok sukun tertua di Malaysia juga rupanya tercatat di sini.
Sukun Pulut date of birth 1890

Anak-anak kampung sedang menjamu selera. Sporting sungguh mereka. Sempat posing dan sempat mintak tengok gambar dorang yang aku snap):

Berjalan sampai hujung kampung.
Beting pasir atau aku rasa lebih sesuai dinamakan beting kulit kerang...
Yang memutih atas pasir tu sebenarnya kulit kerang

Dah penat berjalan...makan mee udang kat restoran terapung.
posted from Bloggeroid

Sunday, 18 May 2014

Daun Selasih

Kutanam selasih
Kutanamkan di hujung halaman
Mengenangkan kasih aduh sayang
Yang aku tinggalkan

Kusiram selasih
Kusiramkan di hujung halaman
Mengenangkan kasih aduh sayang
Lambang percintaan...

Walla!!!

Antara bait-bait lagu Selasihku Sayang. Dendangan Ahmad Jais dan Rafeah Buang.
Dulu zaman kecik-kecik bila sebut selasih...yang aku tau lagu Selasihku Sayang dan air selasih. Almost tiap hari itulah minuman untuk berbuka puasa bulan ramadhan. Aku panggil air telur katak. Aku tukang rendam. Tukang bancuh. Dan kebiasaannya memang habis. Mungkin sedap sangat atau...sebab itu jer air yang ada....

After so many years of singing that song dan minum air selasih, baru je dalam beberapa bulan ini aku mengenali rupa pokoknya.
Dan sudahpun ada serumpun di depan rumah, halaman tak bertanah. Dalam pasu. Depan balkoni. Alhamdulillah. Sudah beberapa kali aku tuai buat ulam dan masak.

Banyak khasiatnya. Antara yang aku baca...untuk asma, batuk, paru-paru berair, demam, pelawasan perut dan penambah rasa dalam masakan of course.

Tapi frankly for me, yang aku noticed tiap kali aku makan daun selasih mentah buat ulam sendi-sendi aku jadi sakit. Sakit urat bagai. Lenguh badan. Rasa demam tak demam.  I dont know why...

Inilah selasihku sayang... dihujung halaman

Alternatively, aku masak daun selasih. Bubuh dalam masakan.
Resepi sendiri.
Antara resepi simple sesimple ada yang selalu aku masak ialah siakap goreng daun selasih.

Siakap Goreng Daun Selasih
Bahan:-
Siakap sederhana besar
6 ulas bawang putih -ketuk separa hancur
10 biji cili api -hiris
2 biji tomato -hiris
Daun selasih secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara:-
Goreng ikan sehingga garing. Angkat.
Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali.
Tumis bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan cili api. Gaul hingga naik bau.
Masukkan hirisan tomato.
Masukkan garam & serbuk perasa(kalau nak).
Masukkan daun selasih.
Angkat dan siram atas ikan tadi.

Hasilnya...


posted from Bloggeroid

Daun Ulam Sambung Nyawa

Daun sambung nyawa juga dikenali sebagai akar sebiak, daun dewa, mollucan spinach, kelemai merah.

Sebenarnya dah lama aku cari pokok ni. Memang nak tanam sebab aku pernah makan kat rumah boss aku. Ditanam oleh bibiknya. Memang sedap. Rasanya lemak dan crunchy. Makan sebagai ulam dengan sambal belacan. Nasi panas-panas. Ada ikan goreng dan kicap.Tak perlu lauk lain dah. Cukup menyelerakan.

Cara tanam senang. Dari batang yang tua je dah boleh hidup. Tanah yang gembur, perlu sentiasa agak lembap dan redup.

Antara khasiat daun sambung nyawa ni termasuklah untuk demam, pening kepala, migrain, darah tinggi, kencing manis, kanser dan paling utama, awet muda katanya. Ada lagi...
Tak kira la apa pun khasiat yang tersembunyi atau yang tak kita ketahui, selagi ianya tidak memudaratkan pada aku, boleh je kita makan. Cuma jangan berlebihan.



Ni pokok yang aku punya. Anak benih beli kat pasar tani. Selepas 3 minggu dipindahkan ke dalam pasu, akhirnya dapat greenlight dari big boss. Dah boleh dipetik daunnya...hehe

Tak disangkal lagi...memang sedap!

Nota kaki: Tak boleh nak curi-curi petik daun buat ulam...big boss siap kira berapa helai tu....);

posted from Bloggeroid

Saturday, 17 May 2014

Awan...

Awan itu indah
Terungkap tidak
Berlalu terlepas jejak

Datangnya ia membawa khabar
Rahmat dari pencipta

Awan memerhati gelagat manusia
Yang kerap menokok dosa
Yang alpa menimbun pahala

Awan datang lagi hari ini
Awan berlalu lagi tadi
Ada titisan yang gugur manja...membasahi bumi
Ada gugusan yang menghempas diri...membanjiri
Ada lagi yang masih tertinggal di sini
Di awangan di kaki langit
Menanti
Apakah lagi takdir Ilahi untuk disaksi

Subhanallah...

-norizahnoor-











posted from Bloggeroid

PETUA DARI DAPUR: Buang selulit

Selulit adalah masalah kulit. Kebanyakan yang menghadapi masalah ini terdiri dari mereka yg berusia atas 30an keatas. Akan tetapi atas faktor bentuk tubuh badan dan pemakanan, kini selulit boleh dikatakan telah menjadi masalah sejagat. Yang berbadan langsing juga tidak terkecuali begitu juga mereka yang masih muda belia.

Ia bukan masalah kegemukan semata-mata.

Ada byk petua yg dikatakan boleh mengurangkan masalah selulit ini. Pada yang agak rajin, boleh mencuba sendiri petua ni. Mudah dan murah...

Bahan:-
3 sudu serbuk kopi
3 sudu madu
3 sudu minyak zaitun
Minyak urut (massage oil) secukup rasa
Air suam secukup rasa

Kopi, madu dan minyak zaitun
Cara-cara:-
Campur semua bahan dalam mangkuk.
Gaul rata sehingga menjadi seperti scrub.

Hasil campuran bahan-bahan di atas. Massage oil diadun secukup 

Lulurkan pada bahagian yg terlibat. Lebih bagus dibuat sebagai scrub seluruh badan.
Biarkan selama 20 minit.
Bila hampir kering, scrubkan dengan tangan secara bulatan.
Bilas...

Dan rasakan perbezaannya.

Buatlah seminggu 2 kali atau setakat mana yang rajin....

Awan pagi sabtu -17.05.2014

Pagi tadi cuaca terang.
Angin sepoi-sepoi bahasa gitu...
Hajat hati nak ke pasar tani...cari pokok ulam sambung nyawa.
Nak tambah  koleksi lanskap depan rumah. Lanskap? Kelakar bunyinya..
Namun apa kan daya...dalam dok bersiap, sekonyong-konyong mendung berarak datang tanpa diundang...

Aku pun dengan pantas, klik a snap.
Alhamdulillah. terakam satu gambar seribu bahasa sejuta bicara.


Awan yang amat unik.
Seolah-olah bumi menjadi sempit dek himpitan awan dari lapisan dunia langit.  
Penyudahnya...tak la ke pasar tani...

-norizahnoor-
makin  seronok aku mengejar awan
hobi yang jarang di buat orang
An evening enjoying kuch kuch ho ta hai
Dah berpuluh kali tengok.
Baik CD atau siaran kat TV.
Tapi nangis tetap nangis!!!
What a typical malay woman...

Monday, 12 May 2014

De Chiengmai Sg Buloh - 12.05.2014

12.05.2014...tarikh hari ini.
12.05.1943...tarikh hari itu.
It was 71 years ago...
Hari ini birthday nenek. 71st birthday. Alhamdulillah.
Allah masih bagi nenek kesempatan untuk melihat anak-anak menua (kata dasar bagi "tua"), cucu membesar dan sedar tak sedar nenek dah ada  cicit pun...

Dari pagi lagi dah berkira-kira, bercongak-congak nak bawak nenek makan kat mana.
Kriteria pilihan mesti yang nenek boleh makan, otherwise yang tukang bawak la yang makan. Nenek tengok.
Western food...reject.
Nasi Arab pun...reject.
Pizza lagi la...reject.
Nanti nenek tak makan. Kesian kat nenek. Anak cucu yang kenyang ):
Pilihan yang ada...1. Muara. Kat Port Klang   2. Chiengmai. Kat Sg Buloh
Memang ikut hati nak ke Muara tapi naluri aku sebagai seorang anak....rasanya nenek mesti nak gi Chiengmai sebab nenek nak makan desert yang nenek panggil bubur tu..
.Apa pun, tunggu apa putusan nenek nanti...

Petang lepas zohor kami keluar. Hujan maha lebat. Lapar...
Isi perut kat Big Apple dulu. Makan donut kuaci. Dan beli kek sekali gus.
Lepas tu pergi ambik nenek.
Nenek nak gi makan kat mana? Muara ke Chiengmai?
Kat Chiengmai la...muara jauh. Itu putusan nenek.
Ok...set!
Jom gi De Chiengmai...


Hujan dah teduh. Mentari mula nak jengukkan diri semula...di penghujung siang.
Sempat jugak snap gambar awan...cheers!!!

Rimbunan daun pandan mewangi menyambut tibanya kami. Banyak keping dah gambar camni aku ambik, tapi lupa save kat mana...
That is one of the reason kenapa aku tempek kat blog ni...  

Taraaa...ada sarang burung celah pokok pandan. Gamaknya burung ni pun wangi macam bau pandan...

Desir air pancut buatan manusia...(abis tu buatan sapa lagi ekk?) di adun wangi daun pandan mendamaikan.
Nyaman. Segar. Asyik

Welcome to De Chiengmai
Di laluan kaki. Kiri dan kanan dewan makan

Pintu masuk

Di penghujung laluan bertemu tangga kiri dan kanan bangunan menuju ke tingkat atas.
Mungkin rumah owner kot...

Kat sini pun dah banyak kali aku ambik gambar. Tiap kali datang makan kat sini, mesti ambik gambar...
Toilet jer pun...
Toilet!

Ni pun another angle of the toilet. Rasa-rasa tak nak duduk kat dewan makan, duduk la kat sini...
Cumanya...jangan la tunggu orang serve!
Kadang-kadang banyak kuntuman bunga ros yang digubah dari daun pandan dorang letak kat dalam toilet ni..
So pandan baunya. Semerbak pandan. Pandan wangi.


Round-round sudah.
Refreshkan diri pun sudah.
Order pun sudah.
Tunggu la dulu dishesnya ya. Kena tunggu dengan sabar sebab memang agak lambat walaupun tak ramai orang. Sebab tu kami datang waktu petang camni. Boleh tunggu santai-santai.
Tapi ada sorang ni dah tak tahan lapar.
Lapar sangat-sangat katanya.
Lima minit....sepuluh minit...dah tak boleh tahan katanya.
Ummi, adik ambik desert dulu, boleh?
Hentam la labu...
Jom layan desert dulu...oppsss. Kena tukar nama. Appetiser...


Dan....seterusnya dishes yang kami order pun datang satu per satu...
Bismillah...


Ni la desert yang nenek panggil bubur tu...antara tarikan kat sini.
Antara yang aku campur dalam bowl ni termasuk la  pengat pisang, pengat ubi kayu, sagu,  red dates, buah mata kucing. isi kelapa muda, jagung, biji teratai, cincau dan yang hijau macam cendol tu...memang cendol tapi lebih  kenyal
Buh ais ketul...sedap! Tapi tak sesedap dulu...
                                                     
Empat orang. Empat jenis air.
Kelapa pandan, air soya, fresh orange dan air mineral ...air mineral aku punya...
Boleh minum dengan ketul ais dalam kole ayan yang  aku sorok kat belakang buah kelapa

Tomyam campur. Sedap. Udang dan sotong besar-besar. Masam pedas terasa. Serai halia cukup.
Cuma agak sejuk. Bara api dorang tak bubuh.
Berbaik sangka, mungkin lupa kot..cendawan tu pun tak sempat layu...

Ketam Chiengmai. Sedap. Last sekali tinggal bunga jer...
Bunga ros ukiran dari buah sengkuang di celup pewarna merah

Siakap steam. Sedap hingga menjilat jari. Masam masin pedas cukup rasa.

Sayur campur. Not bad

Somtam sedap mengancam. Teringat-ingat lagi. Kecur air liur

Makan-makan sampai waktu maghrib.
Masing-masing kekenyangan. Alhamdulillah.
Lepas solat maghrib kat surau yang disediakan (amat selesa...moga murah rezeki owner De Chiengmai ni), its time for a cake cutting....


Ice cream cake idea  cucu untuk nenek. Walaupun sebenarnya cucu yang beria-ia nak makan cake tu...
Birthday nenek sebagai sebab musabab jer...
Betul tak, adik???

Kemuncak acara...kek yang dikeluarkan dari kotak
Memang saja tak letak lilin...membazir je, kata adik.
Adik nyanyi sorang-sorang lagu birthday nenek...yang tepuk tangan...dua orang.
Kira ok la tu..
Yang penting, kek memang marvelous!!!

Sebelum kaki melangkah keluar...view dalam dewan makan. Sebelah kanan kaunter desert@appetiser@bubur yang nenek
suka sangat tu...


Sedikit info yang aku dapat kat kaunter tadi.
Business hours : 12.00pm to 10.30pm
Daily. 7 days week.
Tel No: 03-61401870

-norizahnoor-
terkadang terlintas difikiran
duhai apakah gerangan, budi balasan
bagi insan melahirkan...membesarkan...

Thursday, 8 May 2014

Pulau Pangkor - 08.04.2014

Ke Pangkor ke kite?

























                                       




tobecontinued