Tuesday, 25 May 2021

PERUT LEBAH DALAM AL-QUR'AN (SURAH AN-NAHL)

Perut Lebah Dalam Quran
=======
1. Dalam al-Quran, Allah membayangkan seakan-akan lebah itu mempunyai beberapa perut yang mengeluarkan madu daripadanya. Perkara ini disebutkan dalam Surah al-Nahlu yang menyebutkan:

يَخْرُجُ مِن بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِّلنَّاسِ

“keluarlah dari dalam perut-perutnya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia” (Surah al-Nahl: 69)

2. Menariknya disini, perkataan perut di datangkan secara plural (banyak) seakan-akan lebah itu mempunyai perut yang banyak. 

3. Kajian moden mendedahkan anatomy lebah yang dikatakan mempunyai lebih dari satu perut. Perut yang pertama (pre-digestive part) dinamakan sebagai “honey stomach” (perut madu) di mana abdomen ini dikatakan tempat lebah menyimpan nectar atau madunya di situ. Manakala perut kedua adalah tempat pemprosesan biasa (digestion).

4. Struktur lebah yang rumit ini disebutkan secara umum dalam Quran memberikan bayangan kepada kita tentang keunikan makhluk ciptaan Allah ini, mengajak kita berfikir tentang kebesaran Allah dan keagungan al-Quran yang tersimpan di dalamnya ribuan ilmu yang perlu diteroka.

Semoga Allah membimbing kita.

Kredit : Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Rujukan
1. https://askabiologist.asu.edu/honey-bee-anatomy
2. https://ucanr.edu/blogs/blogcore/postdetail.cfm?postnum=25974

COVID-19 STATUS AS AT 24.05.2021

Monday.
24.05.2021
12 Syawal 1442H.
Raya ke 12.
DAY 13 MCO3.0 /PKP3.0 SINCE 12.05.2021. 

Another new daily death record. 
Innalillahi wa inna Ilahi rojiun.. 
YA Allah, ampuni mereka. 
Ya Allah, lindungi kami.. 

My 1km radius yang makin menakutkan..melelahkan.


Monday, 24 May 2021

TADABBUR SURAH AT-TAKATSUR

Muhasabah.

Di ulang 2 kali ayat ini, 'jangan sekali2 (bersikap demikian) ".

Ayat ini sungguh memberi peringatan buat diri kita yang lalai agar kembali  kepada Allah.

Ya Allah, akhirkan hidup kami dengan husnul khotimah. Pelihara kami dari dilalaikan oleh tipu daya dunia. 

Amin.

#tadabbursyawal #tadabbur

Sunday, 23 May 2021

COVID-19 STATUS AS AT 23.05.2031

Sunday.
23.05.2021.
11 Syawal 1442H.
Raya ke 11.

Another new spike. 
New record. 
Unfortunately this not the record that we want to see.. 
Record to be proud of.. 
Please... 
Stop it here. 
Right here. 

Rintihan dari barisan KKM..
Kasihanilah mereka
Dengarilah mereka
Tak membantu 
Tak apa
Tapi jangan 
Menambah lesu... 


LOWER BACK PAIN EXERCISE

If you’re dealing with back pain, yoga may be just what the doctor ordered. Yoga is a mind-body therapy that’s often recommended to treat not only back pain but the stress that accompanies it. The appropriate poses can relax and strengthen your body.

Practicing yoga for even a few minutes a day can help you gain more awareness of your body. This will help you notice where you’re holding tension and where you have imbalances. You can use this awareness to bring yourself into balance and alignment.

Keep reading to learn more about how these poses may be useful in treating back pain.

AMALKAN DOA MEMOHON PETUNJUK

Amalkan Doa Memohon Petunjuk
=======
1. Salah satu perkara menarik yang diajarkan oleh Allah dalam al-Quran melalui kisah pemuda kahfi adalah Allah merekodkan doa mereka yang memohon petunjuk. Dalam doa ini, mereka menggabungkan dua elemen penting iaitu memohon rahmat dan (al-rusyd) iaitu petunjuk dari Allah. Firman Allah:

إِذْ أَوَى ٱلْفِتْيَةُ إِلَى ٱلْكَهْفِ فَقَالُواْ رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan pemuda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, Dan persiapkan (permudahkan) urusan kami dengan PETUNJUK.”

2. Perhatikan perkataan “RASYADA” di sini yang membawa maksud hidayah atau petunjuk.  Pemuda Kahfi yang lari menyelamatkan diri mereka ini memohon agar Allah memberikan petunjuk dalam setiap urusan kehidupan mereka.

3. Menariknya dalam surah al-kahfi ini juga, lafaz yang sama (iaitu perkataan al-rusyd ini) turut diungkapkan oleh Nabi Musa yang memohon dari Nabi Khadir agar mendidiknya supaya dia boleh mendapat petunjuk. Kata Nabi Musa:

قَالَ لَهُ مُوسَىٰ هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَىٰ أَن تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا

“Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi PETUNJUK bagiku?" (Surah al-Kahfi: 66)

4. Bukan sahaja para Nabi, golongan Jin juga mengungkapkan perkataan ini apabila mereka menggambarkan bahawa al-Quran memberikan petunjuk kepada manusia. Kata golongan Jin:

قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِّنَ الْجِنِّ فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا يَهْدِي إِلَى الرُّشْدِ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar Al-Quran yang menakjubkan! Kitab yang memberi panduan (PETUNJUK) ke jalan yang betul. (Surah al-Jin)

5. Malah Allah turut menyifatkan Nabi Ibrahim sebagai seorang yang diberikan petunjuk dengan menggunakan perkataan yang sama iaitu perkataan al-Rusyd (rasyada - rusydahu). Firman Allah:

وَلَقَدْ آتَيْنَا إِبْرَاهِيمَ رُشْدَهُ مِن قَبْلُ وَكُنَّا بِهِ عَالِمِينَ

Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Nabi Ibrahim PETUNJUK (sebelum itu jalan yang benar dalam bertauhid) dan Kami adalah mengetahui akan halnya. (Surah al-Anbiya: 51)

6. Oleh itu, amalkanlah doa yang dilafazkan oleh Pemuda Kahfi ini. Allah telah menceritakan kepada kita bagaimana Nabi Musa turut menuntut perkara yang sama menggunakan perkataan yang sama, Nabi Ibrahim disifatkan sebagai lelaki yang mempunyai petunjuk (melalui perkataan ini juga). Bahkan golongan jin turut menyifatkan al-Quran sebagai Kitab yang memiliki petunjuk melalui perkataan ini juga.

Semoga Allah membimbing kita dengan petunjukNya.

Kredit: Prof Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Saturday, 22 May 2021

COVID-19 STATUS AS AT 22.05.2021

Saturday.
22.05.2021.
10 Syawal 1442H.
Raya ke 10.




DOA PEMBUKA 12 PINTU

Wahai Allah Al Fattah, 
Allah Yang Maha Membuka. 
Bukakanlah untuk kami:

1. pintu-pintu kebaikan Mu Ya Barr
2. pintu-pintu keselamatan Mu Ya Hafiz
3. pintu-pintu kesihatan Mu Ya Salam
4. pintu-pintu nikmat Mu Ya Razzaq
5. pintu-pintu keberkatan Mu Ya Wahhab
6. pintu-pintu kekuatan Mu Ya Aziz
7. pintu-pintu cinta sejati Mu Ya Wadud
8. pintu kasih sayang Mu Ya Jaami'
9. pintu-pintu rezeki Mu Ya Mughni Ya Ghoniy 
10. pintu-pintu ilmu Mu Ya Alim
11. pintu-pintu keampunan Mu Ya Affuw 
12. Pintu-pintu syurga Mu Ya Karim Ya Rouf

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Bantu dan bimbing kami Allah

#dhuha #fatehteam #syukurselalu #doa

TANGAN COVID-19

TANGAN 

Tangan yang menggegar dunia juga mungkin tangan yang bakal memudaratkan orang yang anda sayangi.

Ya, anda boleh menipu PDRM.
Guna macam-macam cara dan alasan untuk balik kampung. Dah lama tak jumpa; raya pulak tu. Rindu ibubapa ayam itik di kampung lah kan. 

Ya, anda boleh menipu KKM.
Mohon duduk dirumah tapi tak mengikut arahan; terutamanya yang positif covid dan kontak rapat. Yang bergelang pink pun boleh tutup-tutup. Keluar ke sana ke mari dengan jayanya. 

Tapi saya pasti anda tidak boleh menipu diri sendiri.
Sebelum anda mendapat gejala COVID19, anda sudah berhari-hari menjadi PEMBAWA. Bawa COVID19 ke sana sini. Anda tidak sedar. Ianya bak membawa senjata dan terus menembak bertubi-tubi didalam senyap. Dan merayap-rayaplah covid tersebut. Bila hinggap ke orang yang anda sayang, orang tua yang berpenyakit kronik - HABIS. Jangan pula buat-buat hairan ya apa yang bakal berlaku. 

Ramai yang bermegah-megah mereka sihat walaupun mengalami jangkitan COVID19. Memang lah anda sihat, TAPI COVID19 yang anda “pass” kepada orang lain - nasib mereka belum tentu lagi. 

Mahukah anda menjadi punca kemudaratan mereka? Lagi-lagi orang yang anda sayangi?

Di dalam wad covid nanti, mereka ini keseorangan. Jika mereka tua, mereka berisiko tenat dan maut dengan kadar tinggi. 

Kami pun tidak mampu mengusap mereka; sebab tangan kami juga berbungkus. Kami hanya buat apa yang terdaya sahaja.

Pilihan ditangan anda.

Lindungi orang-orang tua dan berpenyakit kronik.
Jauhi mereka.

Kredit : Rafidah Abdullah
Pakar oncall yang berhadapan dengan pesakit COVID19 tenat yang meningkat.


BETUL KE KITA NI TAK FAHAM S. O. P?

Saya nampak ramai benar rakyat Malaysia keliru apa sebenarnya jaga SOP.  Senarai kelakuan dibawah adalah TIDAK mengikut SOP:

1. Bersalaman. Mana boleh bersalam-salam. Peluk cium lagilah. Ini TIDAK memenuhi SOP kekalkan penjarakan fizikal > 1m.

2. Makan bersama bukan dengan keluarga yang duduk serumah TIDAK memenuhi SOP penjarakan fizikal; lagi-lagi kena buka pelitup muka. Jadi, JANGAN MAKAN beramai-ramai. Apa salahnya makan seorang-seorang terutama semasa kerja. Melepak lagilah. Keluar makan ramai-ramai lagilah. Elakkan lah membuang masa macam ini. Silap haribulan dapat COVID19, lepas itu balik rumah diberikan kepada keluarga sendiri.

3. Pergi ke mall; keluar beramai-ramai. Tang mana ini ikut SOP? Bawak anak-anak kecil lagi. Kan dah bagitahu keluar bila perlu sahaja🤦‍♀️. Seorang keluar untuk beli barangan untuk makan / kehidupan asas cukup lah. Tolonglah jangan salahkan kerajaan buka mall. Mall dibuka BUKAN untuk anda engkar SOP. 

4. TIDAK memakai pelitup muka dengan betul sepenuh masa bila keluar rumah termasuk semasa bekerja. Jangan sekali-kali bercakap dengan sesiapa yang tidak memakai pelitup muka. Menapak satu langkah keluar rumah pun kena pakai pelitup muka. 

5. Jangan bersama-sama dengan orang lain di kawasan tertutup lebih daripada 15 minit walaupun kesemuanya pakai pelitup muka. Jika perlu sangat nak berada di situasi ini, pakai FACESHIELD.

6. Ziarah menziarah SALAH. Yang ini saya tengok merata-rata punca kes sekarang. Kan dah kata DUDUK DIRUMAH SENDIRI. Tang mana yang tidak faham. Sikap tidak apa inilah yang bermasalah. “Sekejap saja; lagi pun apa salahnya”. Kalau tidak rasa salah pada diri sendiri, rasalah bersalah kepada masyarakat Malaysia. Anda seorang TIDAK BERTANGGUNGJAWAB. 

7. Sebagai TUAN RUMAH, JANGAN buka pintu kepada orang lain. Kalau buka, anda salah. Membawang lebih 15 min dengan jiran tepi pagar pun JANGAN; walaupun semua pakai pelitup muka.

8. Kalau anda tahu anda KONTAK RAPAT atau anda tidak menjaga SOP semasa keluar rumah, tinggal seorang diri. Lawat bilik ke bilik didalam satu rumah pun tidak boleh. Serupa juga jika anda PUS, iaitu anda ada kontak dengan seorang yang kontak rapat pesakit positif. Kalau tidak ada bilik sendiri, pastikan jangan rapat-rapat dengan keluarga. Makan pun berasingan. 

“Kami buat ABC sebab tak nak kecilkan hati mereka”. Eh, dah kenapa nak ikut hati orang lain? Beri mereka kesedaran, terangkan apa maksud norma baru dan JANGAN BUAT. Anda selamat, keluarga anda selamat dan anda mungkin menyelamatkan mereka dan keluarga mereka juga. 

Jadi, jangan tuding menuding jari. Cermin diri sendiri dahulu.

COVID19 sekarang ganas. Yang muda pun sakit tenat, masuk ICU. 

Lets all change and MOVE ON. Together. 
Cukup-cukuplah.

Kredit: Rafidah Abdullah.
Pening dengan masyarakat Malaysia.

Friday, 21 May 2021

COVID-19 STATUS AS AT 21.05.2021

Friday Sayyidul Ayyam.
21.05.2021.
09 Syawal 1442H.
Raya ke 9.
DAY 10 MCO3.0 /PKP3.0 SINCE 12.05.2021.
DAY XXX STATE OF EMERGENCY 2021 /PROKLAMASI DARURAT 2021 SINCE 13.01.2021.
DAY XXX MCO/PKP SINCE 18.03.2020.
DAH TAK TERMONITOR HARI-HARI MCO...

YET... kes masih mencanak tinggi.
Dan masih lagi ramai yg selfish, yang penting kan diri sendiri. Makin lama makin pelik perangai manusia...org Malaysia. 


Thursday, 20 May 2021

COVID-19 STATUS AS AT 20.05.2021

Thursday.
20.05.2021.
08 Syawal 1442H.
Raya ke 8.
DAY 09 MCO3.0 /PKP3.0 SINCE 12. 05.2021.

NEW RECORD FOR NEW CASES TODAY.
NEW RECORD FOR DEATH TODAY. 
MALAYSIAN...
APA LAGI MAHU MU????


WALKING IS THE BEST EXERCISE

*"Walking"*
is the best exercise!!!                   
                                          🚶🏽
                                     🚶🏽
                                 
                            🚶🏽
                       🚶🏽
                   🚶🏽
              🚶🏽
         
 
*Walk Away* 🚶🏽 from
arguments that lead you to nowhere but anger. 

*Walk Away* 🚶🏽 from
people who deliberately put you down. 

*Walk Away* 🚶🏽 from 
any thought that reduces your worth. 

*Walk Away* 🚶🏽 from
failures and fears that stiffle your dreams.

*Walk Away* 🚶🏽 from
people who do not care for you and who are opportunistic.

The more you
*Walk Away* 🚶🏽 from
things that poison your soul, the  happier your life will be.
 
*Give Yourself A Walk*🚶🏽
Towards love, peace, kindness and goodness

*Give Yourself A Walk*🚶🚶 to God's house and worship Him in Truth and in Spirit. 
May God help us daily to walk in the right direction, to walk towards Him and with Him.

Let's do more walking..... 

Kredit: WhatsApp Group SMPKL 82-86


DOA KUSYUK SOLAT

Saya nak sangat kusyuk solat... Tapi otak ni kekadang tak berhenti berfikir hal dunia.. Susah nak stop... 

Siapa pernah mengalami situasi begini? 

Ustazah Norhafizah pesan untuk amalkan dua doa ayat dia atas.

Jom kita hafal dan amalkan. Moga Allah Ya Wahhab kurniakan kita solat yang khusyuk. 

Amin..

#khusyuksolat

Kredit: Ustazah Norhafizah Musa Koleksi Kuliah

AL-QUR'AN INI APA PADA KAMU?

Bagi yang menyanyikan, Al-Quran itu menenangkan.

Bagi yang membaca, Al-Quran itu adalah cerita sejarah.

Bagi yang mempelajari, Al-Quran itu adalah petunjuk.

Bagi yang memahami, Al-Quran itu adalah penjelasan mengenai petunjuk tersebut.

Bagi yang menggenapi, Al-Quran itu adalah pembeda antara yang Haq dan yang Bathil.

"Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al Qur'an ini suatu yang tidak diacuhkan" - Al-Furqan: 30

Al-Quran ini apa kepada kamu?


Wednesday, 19 May 2021

COVID-19 STATUS AS AT 19.05.2021

Wednesday.
19.05.2021.
07 Syawal 1442H.
Raya ke 7.

New record hits today.
Malaysia... Apa lagi mahumu?

Tuesday, 18 May 2021

COVID-19 STATUS AS AT 18.05.2021

Tuesday.
18.05.2021.
06 Syawal 1442H.
Raya ke 6.

Kes mencecah 5K.
New daily death recorded today.
Allahu.. Innalillahi wainna ilaihi rojiun.. 

Monday, 17 May 2021

COVID-19 STATUS AS AT 17.05.2021

Monday.
17.05.2021.
05 Syawal 1442H.
Raya ke 5.
DAY 06 MCO3.0 /PKP3.0 SINCE 12.05.2021.
DAY STATE OF EMERGENCY 2021 /PROKLAMASI DARURAT 2021 SINCE 13.01.2021.
DAY MCO/PKP SINCE 18.03.2020.

MASIH 4RIBU LEBIH.
MANA SILAPNYA KITA MALAYSIAN?

Dari amatanku
Kita tak nak kalah sorak
Nak menang menyalak
Kata itu salah
Ini bias
Itu tak adil
Ini berat sebelah
Tanpa lelah tuding satu jari keluar
Tapi
Kita lupa
Empat jari tuding kt diri sendiri.
Contoh.. 
Dah kata tak boleh rentas daerah
Tak boleh rentas negeri
Tapi berapa ramai yang ikut? 
Berapa ramai yang acah2 mcm ikut.. 
Konon... 
Tapi engkar? 
Depan berdentum-dentam laungkan keadilan
Betul ke? 
Habis yang kl ke kajang
KL ke Shah alam
KL ke rawang
KL ke klang tu rentas apa? 
Bangga ke kita dgn jawapan
Polis tak de, road block clear 
Waze la.. Google la.. Boleh je.. Polis takde
Habis??? 
Ini ke KITA JAGA KITA? 
Ke... POLIS JAGA KITA? 
Sembang kari je orang Malaysia ni! 
Kes naik marah KKM
PKP.. MARAH kerajaan
Tak dpt BPN ke apa bantuan ntah..marah
Semuanya nak settle dgn amarah. 
Mokcik bosan! 
Done bebel. 

New death.. New record. 
45 hari ni... 
Innalillahi wa inna Ilahi rojiun.. 

Ini la yang ada golongan dok kata COVID-19 ni propaganda.
Siap ada hamba 






TINGKAH LAKU ORANG FAKE

TINGKAH LAKU ORANG FAKE

Menurut Dr. Stephanie Azri, salah satu tingkah laku individu-individu yang fake mereka itu menunjuk-nunjuk: 

1. Personaliti

Dia tunjukkan dirinya sebagai orang yang baik, yang merendah diri, yang sopan-santun, yang ringan tulang, yang jujur, yang alim. Tetapi itu semua lakonan sahaja.

2. Imej

Sebenarnya mereka itu amat biasa-biasa, namun mereka tampil dengan menunjukkan dirinya dengan gaya macam seseorang yang mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan. 

Dia tunjuk dia pandai itu dan ini. Jika dia pandai memanjat bukit, dia bercerita macam dia pandai memanjat gunung.

3. Status

Dia bercerita dia kenal banyak orang penting, orang besar, orang terkenal. Apabila bercakap, dia sebut nama-nama orang besar itu. Dia suka ambil gambar dengan orang-orang besar itu dan kemudian tunjukkan gambar-gambar itu.

4. Kejayaan

Dia tunjukkan simbol-simbol kejayaan seperti dia menang pertandingan, surat-surat pelantikan, hadiah, anugerah, ataupun gelaran yang pernah diterimanya.

5. Kekayaan

Dari sudut kebendaan dia menunjuk-nunjuk harta bendanya, supaya dia dipandang orang berduit, orang kaya. Padahal dia hidup di luar kemampuannya. Dia membeli simbol-simbol duit itu dengan berhutang.

.
Tuan dan Puan yang mahu membaca post ekslusif Puan Ainon Mohd boleh muat turun APPS beliau 
di sini : https://ainonmohd.com/apps

DOA KEGEMARAN RASULULLAH

Doa Kegemaran Rasulullah
========
Menurut Saidina Anas RA, antara doa yang paling banyak dibaca oleh Rasulullah SAW ialah:

رَبَّنَاۤ ءَاتِنَا فِی ٱلدُّنۡیَا حَسَنَةࣰ وَفِی ٱلۡأخِرَةِ حَسَنَةࣰ وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ
 "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka."

Ini kerana doa ini menghimpunkan segala permohonan kebaikan di dunia dan segala kebaikan di akhirat.

Didik diri dan anak-anak untuk berdoa menggunakan lafaz yang diungkapkan sendiri oleh para Nabi seperti yang direkodkan dalam al-Quran. Ungkapan doa daripada al-Quran ini ialah sebaik-baik lafaz yang diwahyukan oleh Allah kepada Rasulullah. 

Semoga Allah membimbing kita.

IG: https://www.instagram.com/myhadithtime/

Kredit: My #HadithTime
#RasulullahSuriTeladan