Tuesday, 28 July 2015

Biskut Kelapa 2015M/1436H

Ini resepi turun temurun. Tiap raya mak akan suruh aku buat. Dalam ramai adik beradik, resepi yang ini turun kat aku. Kalau tak buat, mak akan merajuk. Belilah kuih moden yang cantik-cantik, bubuh la segala makneka hiasan dan perasa...mak takkan sentuh. Mak akan tetap tanya...biskut kelapa tak de?

Rasanya orang zaman la ni dh tak buat biskut kelapa ni.

Resepi sukatan cawan.
Mudah sesangat.

Direct snap dari buku resepi klasik...


Tu dia...tulisan tangan...
Kertas pun dah turn warna kuning...dah makan hari.


Tengah masak dalam oven


Dah siap masuk balang kuih


Ready to eat


Closed up...kuih orang malas.
Tak payah terap-terap acuan bunga bagai...
Potong ikut suka hati je.

Selain mak, ada lagi peminat setia kuih ni...
Nizah.
Resepi dah bagi.
Tunggu dia punya versi....

posted from Bloggeroid

Tart Nenas 2015M/1436H

Resepi direct copied from mak ngah mamat

Butter 250gram
1 biji telur kuning
1 biji telur full
Garam secubit
Baking powder 1 sudu kecik
Tepung 2 cawan.. kalau lembik tambah lagi




Dalam oven


Siap untuk dimakan....

Alhamdulillah.
Hikmahnya bercookies selepas 1 Syawal...
Fresh from the oven
posted from Bloggeroid

Sunday, 19 July 2015

Langit pagi 27Ramadhan 1436H



Alhamdulillah...

posted from Bloggeroid

Saturday, 4 July 2015

Langit Senja di Karak Highway 28.06.2015


posted from Bloggeroid

Tuesday, 30 June 2015

Senja


posted from Bloggeroid

Wednesday, 13 May 2015

Langit Senja Merah @ DUKE 12.05.2015

Perjalanan dari Setiawangsa ke Sg Buluh via Duta -Ulu Kelang Hiway. Orang lain sibuk berborak dalam kereta, aku sibuk mencari dan mengejar awan..
Bak kata Adik...ummi dah start dah!


Dari jauh nampak langit merah. Ni peluang baik untuk mencari lain dari biasa.
Sungguh! Memang langit petang ni berbeza sungguh.
Teruja

Awan larat seakan memayungi perjalanan kami.
Kejap gelap
Kejap cerah

Awan & langit
Berbalam
3D

Cerah seketika tatkala menghampiri plaza tol Jalan Duta
Adik kata,,aaah, lega dapat tengok dunia nyata!
Menghala Damansara...langit kembali berbalam.
Sambil borak sambil klik klik sepanjang jalan.
Alhamdulillah!
Seronok sangat dapat snap gambar awan ni.
Nampak sangat cantik walaupun hanya dengan camera hp cap ayam):
Hari makin gelap.
Matahari lebih cepat berlari ke barat berbanding kami.
Tak terkejar dek meter kereta...
blur....tapi aku tepek jugak kat sini

Tambah kapsyen



Alhamdulillah...
Detik indah diabadi sudah
Langit nan merah
Awan kelam suram membelah cerah
Memberi laluan pada malam
Untuk berbakti pada alam....

Syukur padaMu Allah.
posted from Bloggeroid

Monday, 19 January 2015

Senja di Genting Highlands@18.01.2015












3 words...I LOVE IT!
posted from Bloggeroid

Tuesday, 2 December 2014

Langit Bumi Arafah


Usai waktu Wukuf di Arafah
9 Zulhijjah 1435H
03.10.2014M
6.03pm

Alhamdulillah ya Rabb...
posted from Bloggeroid

Monday, 1 December 2014

KT46 1435H/2014M


45Y
KT46
47D
1435H
2014M
Berangkat 16.09.2014
Kembali 02.11.2014

Subhanallah
Alhamdulillah
Laailahaillallah
Allahu Akbar!
posted from Bloggeroid

Saturday, 22 November 2014

Delima...


posted from Bloggeroid

Friday, 21 November 2014

Explorasi Mentarang Bakar ke Kuala Selangor 08.11.2014


 Explorasi????
a.k.a jalan jalan cari makan...jalan jalan santai-santai.
Percutian mengejut yang dirancang last minute. Asalnya dari menonton satu rancangan explore mengeksplore kat TV3. Ada cerita pasal proses orang  mencari mentarang kat sungai. Mentarang??? Apa ke bendenye mentarang tu...

Kami tak pernah makan mentarang. Tak kenal rupanya pun. Tapi kat tv tunjuk pengacara tu makan mentarang bakar, mentarang masak pedas, mentarang lemak cili api dan mentarang goreng tepung...kat Faridah Mentarang Bakar Kuala Selangor. Nampak macam interesting....

Saja-saja sebut banyak kali...mentarang bakar, mentarang bakar...best kot rasa mentarang ni...macammana yek rasa mentarang ni?
macam kepah kot...
macam kerang kot...
ntah-ntah macam pepahat...

Dengan harapan....
Dapat laa pergi Kuala Selangor...makan mentarang bakar.
Dalam kepala dah berangan macam-macam.
Bukan setakat mentarang je. Ada cendol bakar la, karipap giant la...kelip-kelip kg kuantan la....bukit malawati la...


~Sedikit info~
What is mentarang?
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Siput mentarang merupakan sejenis haiwan bercengkerang yang boleh dimakan. Siput mentarang mempunyai kulit yang nipis dan biasanya lebih menggemari air yang mempunyai suhu rendah. Nama saintifiknya adalah "Pholas orientalis"[1]
Siput Mentarang hanya boleh ditemui di pantai yang berselut sahaja seperti di Perlis atau Pantai Sabak, Selangor dan biasanya ia dikutip semasa air surut.

mentarang...close-up ):

memulakan perjalanan...LATAR HIWAY
dari Templer Park to Ijok

Langit dan awan...dua komponen yang memang sentiasa aku cari dan aku rindu...perghhh...

Taraaaaa....dalam perjalanan ke K.Selangor
Dah jumpa apa yang aku memang lama idamkan...Cendol Bakar

Singgah minum cendol dulu..
kaunter order

Yang ni memang sedap
Lempeng pisang orang dolu-dolu...dalam ada inti kelapa muda
Dorang masak guna wafel pan. Dah garing, lipat dua...
And ready to be served...panas-panas!

Kaunter jual sengkuang calit
Mahal jugak...RM2 sekeping
Nipis jer kot....tak order pun )::

Lagi menu untuk dipilih....

Pilihan di tangan anda...coconut shake ker...cendol bakar?

Langit kat atas bumbung nipah...

This is soooo traditional...
My lil princess terlompat-lompat seram nak masuk.
Tapi...kerna terpaksa...digagahi jua..

This is the hotel..ok la untuk this short trip.

Family Suite penuh
We have no choice but to take 2 rooms...
Single bed pulak tu...

Mentarang oh mentarang...
Banyak cerita disebalik pencarian mentarang ni...
Not bad. Sedap. Sweet and juicy...

Mentarang bakar
Sepinggan RM8. Siap tambah order lagi budak-budak ni...
Ummi tumpang sekaki...


-tobecontinued-








Thursday, 20 November 2014

Bila awan berbicara @ 12.11.2014


7.24am
"...dan awan yang tunduk terapung-apung di antara langit dengan bumi..."
Surah Al-Baqarah:164

posted from Bloggeroid

Sunday, 17 August 2014

15.08.2014

Jumaat
7.06am.
"Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?"
ArRahman:36

posted from Bloggeroid

Seruan Baitullah

17.08.2014 lewat waktu Asar.
Alhamdulillah...jemputan itu tiba.
Rabbi yassir...

posted from Bloggeroid

Tuesday, 12 August 2014

ArjunaBETA - 21.07.2014

21.07.2014
Pagi Isnin.
Adik call ummi. Seawal subuh.
Ummi, adik sakit...ummi terkedu.
Ummi, adik sakit...ulang adik. Perlahan.
Ummi, adik tak boleh gerak. Terhambur tangis adik di hujung talian.
Allahuakbar. Ummi rasa macam nak pengsan. Lemah longlai badan ummi dengar tangis sedu adik. Tapi ummi sedar, ummi kena kuat. Untuk adik.
Ummi pujuk adik. Ummi suruh adik istighfar banyak-banyak. Ummi pujuk adik untuk bersabar. Tapi sebenarnya ummi pujuk diri ummi untuk bersabar. Bukan untuk adik. Ummi tipu diri ummi sendiri.
Ummi suruh adik relaks.
Ummi bagitau adik, in shaa Allah takde apa-apa.
Mungkin adik penat sangat.
Ummi tetap suruh adik untuk relax the muscles. Untuk bangun pelan-pelan.
Take your time ya sayang. Nanti pukul 7.30 ummi cal adik. Pujuk ummi.
Sabarlah arjunaBeta.

Tepat 7.30 pagi ummi call adik.
Lama baru berjawab.
Ummi, adik sakit, perlahan suara adik...giliran ummi terdiam.
Ummi, adik tak boleh gerakkan badan...
Allah!
Adik...ummi panggil adik.
Ummi, adik tak boleh gerakkan badan adik...adik sakit!
Adik terus menangis dihujung talian.
Tangis adik makin menjadi-jadi. Adik meraung. Dan tiba-tiba...adik senyap. Sepi...
Ummi panggil adik.
Ummi jerit nama adik.
Adik! Answer me! Adik! Jasmin Asyiqin! Adik!
Senyap.
Detik berlalu...
Makcik, jasmin sakit...terdengar satu suara asing.
Kawan adik tolong jawap.
Jasmin tak boleh bangun, makcik. Jasmin tak boleh gerakkan badan dia. Jasmin tak boleh melentangkan badan dia. Jasmin mengereng dari semalam. Kitorang tak tau nak buat macam mana.
Subhanallah...anak ummi.
Ya Allah, tolong anak aku ya Allah.
Tolong adik ya Allah.
Tolong Jasmin ya Allah...
Tolong lindungi hambaMu ya Rabb...

Ummi tekad. Ummi drive ke Kuantan.
Dalam perjalanan hanya Allah yang tahu gelodak hati ummi.
Terasa jauh sungguh jarak KL-Kuantan.

Setiba ummi di sana...
Ya Allah...
Sungguh, anak ummi masih terbaring kaku.
Walau mata adik pejam seakan lena tapi riak wajah adik ada garis kerut menahan sakit.
Badan basah bermandi peluh.
Sayu hati ummi merenung anak ummi terlantar menanggung kesakitan keseorangan...
Perlahan ummi panggil adik...
Adik...ummi dah sampai sayang.
Buka mata, adik. Ummi dah ada dengan adik. Bangun sayang...
Perlahan adik buka mata...alhamdulillah.
Ayat pertama dari adik...
Ummi...sakit.
Adik nangis lagi...

Ummi ambil masa untuk melegakan sakit adik.
Dengan tangis dan juraian air mata adik gagahi untuk gerakkan badan adik.
Satu persatu. Dikit berdikit...
Bengkak mata anak ummi bertemankan airmata.
Bengkak jua hati ummi menahan gugurnya airmata...
Alhamdulillah, selepas makan ubat, jua dengan berkat sokongan moral teman-teman sebilik, adik boleh mula gerakkan badan adik...sedikit demi sedikit.

Dan sungguh. Allah maha mendengar rintihan hambaNya. Alhamdulillah, Allah permudahkan banyak urusan pentadbiran bersama ketua felo dan HEP adik.

Ummi call doktor adik di APSH.
Bring her back to KL.
Direct her to Emergency Dept.
Even if you reach KL at night.
The hospital is 24hours open.
Dont dare to take any risk.
Thats the order.

Tepat pukul 3.30 ummi dan adik bertolak balik ke KL. Destinasi yang ummi tuju...APSH.
Rabbi Yassir...

posted from Bloggeroid

Sunday, 20 July 2014

Berbudi pada tanah...

Pagi sabtu 12.07.2014.

Kalaulah ada tanah...boleh la menyangkul.
Kalaulah ada kebun...boleh la bercucuk tanam.
Kalaulah ada sawah...boleh la membajak.

Tapi kalau tak de tanah?
Kalau rumah hanya sekadar kotak-kotak sarang burung atas angin?
Tiada cangkul, tak kenal bajak...macam mana nak bercucuk tanam...

Akurlah dengan ketentuan ilahi bak bait kata-kata ini...
Harta bukan milikmu
Untukmu hanya rezki
Berkurang himpun lagi
Terlebih memberilah...

Tak la relevan mana pun lirik lagu Herman Tino tu dengan catatan aku ni.
Jujurnya, betul tak kalau aku katakan kita selalu berangan-angan untuk punya apa yang kita rasa boleh menyeronokkan diri kita. Membahagiakan hati kita. Kalau dapat rumah besar mesti best. Kalau dapat rumah yang ada tanah mesti seronok. Tapi realiti hidup tak semua impian akan tercapai. Tak semua mimpi akan jadi realiti.

Tapi walau tak punya waima sejengkal tanahpun, kita masih boleh bercucuk tanam.
Antara nak dengan tak nak je...
Dan...
Antara hidup atau tidak je....

Daun pandan wangi

Daun kari

Selasih

Poko Belalai Gajah...anti-cancer

Ulam Sambung Nyawa @ Akar Sebiak

Rosemary leave

Hajat hati nak jadikan balkoni depan rumah sebagai botani herba...
Wallaa....
posted from Bloggeroid