Wednesday, 13 May 2015

Langit Senja Merah @ DUKE 12.05.2015

Perjalanan dari Setiawangsa ke Sg Buluh via Duta -Ulu Kelang Hiway. Orang lain sibuk berborak dalam kereta, aku sibuk mencari dan mengejar awan..
Bak kata Adik...ummi dah start dah!


Dari jauh nampak langit merah. Ni peluang baik untuk mencari lain dari biasa.
Sungguh! Memang langit petang ni berbeza sungguh.
Teruja

Awan larat seakan memayungi perjalanan kami.
Kejap gelap
Kejap cerah

Awan & langit
Berbalam
3D

Cerah seketika tatkala menghampiri plaza tol Jalan Duta
Adik kata,,aaah, lega dapat tengok dunia nyata!
Menghala Damansara...langit kembali berbalam.
Sambil borak sambil klik klik sepanjang jalan.
Alhamdulillah!
Seronok sangat dapat snap gambar awan ni.
Nampak sangat cantik walaupun hanya dengan camera hp cap ayam):
Hari makin gelap.
Matahari lebih cepat berlari ke barat berbanding kami.
Tak terkejar dek meter kereta...
blur....tapi aku tepek jugak kat sini

Tambah kapsyen



Alhamdulillah...
Detik indah diabadi sudah
Langit nan merah
Awan kelam suram membelah cerah
Memberi laluan pada malam
Untuk berbakti pada alam....

Syukur padaMu Allah.
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment