Tuesday, 22 September 2015

Panduan Ibadah Harian di Makkah & Madinah

Buku panduan ini dibekalkan oleh Hajjah Azimah & Haji Ibrahim. Dua insan yang banyak memberi dokongan dan bantuan fizikal & spiritual. Semoga Allah swt memberi ganjaran pahala yang melimpah ruah bagi mereka.
Buku ini disusun oleh Ustazah Hajjah Wan Ruhaini Wan Omar dari UTM International Campus, KL.
Alhamdulillah...banyak membantu dalam menyempurnakan pengisian perjalanan rohani tika di sana.
Thank you Allah.



































































posted from Bloggeroid

Thursday, 17 September 2015

Salam Baitullah @TV1

Labbaikallah humma labbaik...

Memetik ibrah
Membentuk sahsiah...










Lintas langsung dr Abraj Al Janadriyah.
Di sini tempat persinggahan tatkala berada di bumi Mekah Al-Mukarramah tahun lepas.
Maktab 83 yg banyak meninggalkan kenangan.
Alhamdulillah..syukur pdMu ya Rabb atas rezeki yg dipinjamkan.

posted from Bloggeroid

Tuesday, 15 September 2015

Keutamaan 10 hari pertama Zulhijjah (1-10 Zulhijjah)

Alhamdulillah.
Hari ini 15.09.2015M
Hari ini juga 1 Zulhijjah 1436H.

Ramai di kalangan kita tidak mengetahui kelebihan dan keutamaan 10 hari pertama bulan Zulhijjah ini. Sebenarnya mengerjakan amalan soleh pada 1-10 ZH adalah satu amalan yang terlalu besar ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah swt.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas Radiallahuanhuma

Tidak ada amalan yg lebih utama daripada amalan di sepuluh hari ini (1-10 Zulhijjah)
Sahabat bertanya, tidak pula jihad?
Baginda menjawab, Tidak juga jihad, kecuali orang yang keluar mempertaruhkan jiwa dan hartanya, lalu dia kembali tanpa membawa sesuatu pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah)
Hadith riwayat Imam Bukhari

Menurut Ibnul Qayyim dalam membuat perbandingan diantara kelebihan 10 hari pertama Zulhijjah dgn 10 hari terakhir Ramadhan, dengan katanya:

Pendapat yang betul ialah: 10 malam terakhir bulan Ramadhan lebih afdhal dari malam-malam 10 hari pertama Zulhijjah, dan 10 hari pertama Zulhijjah lebih afdhal dari 10 hari terakhir Ramadhan.
Dengan pendapat ini hilanglah kemusykilan. Adapun dalil demikian ialah disebabkn 10 malam terakhir Ramadhan dimuliakan kerana Lailatul Qadar, iaitu ia diturunkan di antara malam-malam terakhir itu. Adapun 10 hari pertama Zulhijjah dimuliakan kerana siangnya, iaitu disebabkan didalamnya ada hari hari Arafah, hari korban dan hari Tarwiyah.

✅Amalan yg dianjurkan
1.   Menunaikan ibadah Haji dan Umrah.
2.   Berpuasa pd hari2 tersebut atau sekadar kemampuannya, terutama pada hari Arafah (9 zulhijjah) bagi yg tidak menunaikan haji.
3.   Takbir (Allahu Akhbar) dan berzikir sprt Tahlil dan Tahmid.
4.   Bertaubat dan meninggalkan maksiat dan dosa.
5.   Memperbanyakkan amalan soleh seperti solat sunat, berjihad, membaca AlQur'an, menyeru kpd kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya.
6.   Disyariatkan bertakbir beberapa hari. Bagi yg tidak menunaikan haji mulai suboh hari Arafah dan berakhir sehingga waktu Asar.
7.   Disyariatkan amalan korban pd hari raya haji dan Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah).
8.   Menunaikan solat hari raya secara berjemaah dan mendengar khutbah.
9.   Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah Radiallahuanha bahawa Nabi SAW bersabda "Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban hendaklah dia menahan dirinya dari memotong rambut dan kukunya" dan dlm riwayat yg lain "Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban".
10.  Memenuhi hari2 berkenaan dgn ketaatan kpd Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintahNya dan menjauhi laranganNya semoga mendapat rahmat dan keampunanNya.
Semoga kita dapat mengambil manfaat daripadanya Wallahu 'Alam




Sunday, 13 September 2015

Tragedi kren runtuh di Masjidil Haram 11.09.2015 @ 27Zulkaedah 1436H

Kejadian berlaku tepat 4.30ptg waktu Mekah. Tatkala jemaah sedang bersiap untuk solat maghrib. Ianya berikutan ribut yang berlaku sejurus sebelum insiden.
107 jemaah terkorban.
238 jemaah tercedera.
10 orang jemaah Malaysia cedera.
8 masih belum dapat di kesan.

Allah hanya menguji hamba yang mampu menanggungnya.
Innalillahi wainna ilaihi roji'un...








posted from Bloggeroid

Saturday, 22 August 2015

Satu petang di Setiawangsa


posted from Bloggeroid

Wednesday, 5 August 2015

Coconut Oil Miracle @ Taman Tasik Titiwangsa


Membaca sambil mencuci mata.
Sekaligus menikmati udara segar pagi.
Satu aktiviti riadah yang mendamaikan.
Kala orang lain sedang sibuk mengadap komputer, mesyuarat sana sini, date line itu ini, KPI dan segala brainstorming yang tak akan berbaki...aku duk lay & park di sini...
Rezeki seorang suri.
Alhamdulillah.

posted from Bloggeroid

Joging santai @ Taman Tasik Titiwangsa












Hari itu aku hantar big boss ke ofis. Dari rumah dah pasang niat nak gi joging...santai-santai je. Bukan nak beria-ia pun. Dapat pusing 2, 3 round jadi la...
Sambil tu bawak buku untuk pleasure reading. Mana la tau...mungkin langkah kaki tak setabah hati...boleh la cari kerusi batu tepi tasik.
Baca semuka dua...sambil cuci mata...

posted from Bloggeroid

Awan LPT 25.07.2015











Hari ini
Kaki masih melangkah
Jejak masih gagah

Esok belum pasti ada untuk diteroka
Ketentuan bukan di tangan kita
Takdir Dia yang punya

Selagi ada
Setiap kerdipan mata
Awan dan langit
Rimbun dan pohon
Laut dan darat
Itulah wasilah mencari diri...dalam kebesaran Ilahi
Subhanallah!

-norizahnoor-
504ampangputeri

posted from Bloggeroid

Tuesday, 28 July 2015

Biskut Kelapa 2015M/1436H

Ini resepi turun temurun. Tiap raya mak akan suruh aku buat. Dalam ramai adik beradik, resepi yang ini turun kat aku. Kalau tak buat, mak akan merajuk. Belilah kuih moden yang cantik-cantik, bubuh la segala makneka hiasan dan perasa...mak takkan sentuh. Mak akan tetap tanya...biskut kelapa tak de?

Rasanya orang zaman la ni dh tak buat biskut kelapa ni.

Resepi sukatan cawan.
Mudah sesangat.

Direct snap dari buku resepi klasik...


Tu dia...tulisan tangan...
Kertas pun dah turn warna kuning...dah makan hari.


Tengah masak dalam oven


Dah siap masuk balang kuih


Ready to eat


Closed up...kuih orang malas.
Tak payah terap-terap acuan bunga bagai...
Potong ikut suka hati je.

Selain mak, ada lagi peminat setia kuih ni...
Nizah.
Resepi dah bagi.
Tunggu dia punya versi....

posted from Bloggeroid

Tart Nenas 2015M/1436H

Resepi direct copied from mak ngah mamat

Butter 250gram
1 biji telur kuning
1 biji telur full
Garam secubit
Baking powder 1 sudu kecik
Tepung 2 cawan.. kalau lembik tambah lagi




Dalam oven


Siap untuk dimakan....

Alhamdulillah.
Hikmahnya bercookies selepas 1 Syawal...
Fresh from the oven
posted from Bloggeroid

Sunday, 19 July 2015

Langit pagi 27Ramadhan 1436H



Alhamdulillah...

posted from Bloggeroid

Saturday, 4 July 2015

Langit Senja di Karak Highway 28.06.2015


posted from Bloggeroid