Hari ini 15.09.2015M
Hari ini juga 1 Zulhijjah 1436H.
Ramai di kalangan kita tidak mengetahui kelebihan dan keutamaan 10 hari pertama bulan Zulhijjah ini. Sebenarnya mengerjakan amalan soleh pada 1-10 ZH adalah satu amalan yang terlalu besar ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah swt.
Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas Radiallahuanhuma
Tidak ada amalan yg lebih utama daripada amalan di sepuluh hari ini (1-10 Zulhijjah)
Sahabat bertanya, tidak pula jihad?
Baginda menjawab, Tidak juga jihad, kecuali orang yang keluar mempertaruhkan jiwa dan hartanya, lalu dia kembali tanpa membawa sesuatu pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah)
Hadith riwayat Imam Bukhari
Menurut Ibnul Qayyim dalam membuat perbandingan diantara kelebihan 10 hari pertama Zulhijjah dgn 10 hari terakhir Ramadhan, dengan katanya:
Pendapat yang betul ialah: 10 malam terakhir bulan Ramadhan lebih afdhal dari malam-malam 10 hari pertama Zulhijjah, dan 10 hari pertama Zulhijjah lebih afdhal dari 10 hari terakhir Ramadhan.
Dengan pendapat ini hilanglah kemusykilan. Adapun dalil demikian ialah disebabkn 10 malam terakhir Ramadhan dimuliakan kerana Lailatul Qadar, iaitu ia diturunkan di antara malam-malam terakhir itu. Adapun 10 hari pertama Zulhijjah dimuliakan kerana siangnya, iaitu disebabkan didalamnya ada hari hari Arafah, hari korban dan hari Tarwiyah.
No comments:
Post a Comment