Jangan Binasakan Kami Disebabkan Tindakan Orang-Orang Bodoh Di Kalangan Kami
==============
1. Nabi Musa pernah merayu kepada Allah agar jangan diturunkan kebinasaan kepada seluruh kaumnya hanya kerana disebabkan oleh tindakan yang dilakukan oleh sebahagian daripada orang-orang bodoh di kalangan mereka.
2. Perkara ini direkodkan oleh Allah di dalam al-Quran. Firman Allah:
فَلَمَّا أَخَذَتْهُمُ الرَّجْفَةُ قَالَ رَبِّ لَوْ شِئْتَ أَهْلَكْتَهُم مِّن قَبْلُ وَإِيَّايَ ۖ أَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ السُّفَهَاءُ مِنَّا ۖ
“Maka ketika mereka digegar oleh gempa, Nabi Musa merayu dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jika Engkau kehendaki, Engkau boleh binasakan mereka bersama-sama denganku sebelum ini. Adakah Engkau hendak membinasakan kami disebabkan apa yang telah dilakukan oleh orang-orang yang bodoh di antara kami?
3. Menarik untuk direnungi ayat ini. Ada sebahagian dari kita yang kadang-kadang melakukan tindakan yang berupaya memberikan kesan negatif kepada orang yang berada disekelilingnya, malah mungkin boleh memudaratkan nyawa orang lain.
4. Perhatikan tindakan Nabi Musa. Baginda merayu kepada Allah agar memberikan pengampunan kepada kaumnya. Memohon agar Allah menjauhkan mereka dari segala bencana dan sebarang mudarat yang boleh membinasakan kita semua.
Semoga Allah membimbing kita.
Kredit : Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
Catatan norizahnoor...
Aku bukan seorang poltikus.
Aku bukan anti politics.
Tapi pengalaman bersama mereka yang kengkonon 'berjuang demi bangsa dan negara' itu ada..
Dan dengan segala macam momokan perjuangan, suapan wacana dan ideologi yang memabukkan dari setiap parti politik membuatkan aku loya.
Mabuk.
Terasa diperbodohkan.
Oleh mereka yang memang sangat-sangat bodoh.
Aku kongsi sama nukilan Dr Ahmad Sanusi Azmi yang meluah rasa bagi pihak aku dan ramai lagi di luar sana...
Sungguh.. Kami bosan dengan kebodohan mereka.
Disclaimer :
Sekadar gambar hiasan..
Tiada kaitan dgn yg hidup ataupun yg telah mati.
Tapi pelik jugak bila dalam ramai-ramai ada pulak yang buat laporan polis...
Salah laku polis.
Siap mintak badan bebas buat siasatan...
Apoooooo???
No comments:
Post a Comment