Sunday, 15 August 2021

HURU HARA POLITIK

HURU HARA POLITIK

Sepertinya perubahan besar akan berlaku

Ramai yang gembira
Ramai juga yang berduka
Melepaskan marah juga ada
Tak rasa apa pun ramai juga
Anda yang mana ?

Sebagai rakyat jelata
Bersedia menerima dan bersabar seadanya
Kerana kebimbangan lain dijiwa
Ada yang saat ini sedang bertarung nyawa
Ada yang telah pergi selamanya
Ada yang belanja cuma ada sehari dua

AllahuAkbar

Sudah tentu takkan ada kerajaan yang sempurna
Takkan dapat memenuhi kehendak semua
Takkan dapat puaskan hati rakyat jelata
Walaupun dicuba sedaya upaya

Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyidin Yassin dan kerajaan hari ini,

Mereka lalui saat paling getir
Berterusan dalam tekanan
Yang tidak pernah terfikir
Kecaman atas bawah kiri dan kanan

Dalam sejarah Malaysia
Bahkan sejarah Dunia 
Para pemimpin hari ini diuji dengan huru hara
Wabak luar biasa telah mengubah segalanya

Kita perlu akui
Bahawa YAB Perdana Menteri
Serta sebahagian Menteri
Telah berusaha sedaya upaya memberi
Yang terbaik untuk hadapi musibah ini
Salah silap kekurangan tak boleh lari
Realitinya mereka yang hadapi

Walau apapun berlaku esok hari
Doa terus doa tanpa henti
Samada kekal atau diganti
Semuanya mendapat petunjuk Ilahi

Kami rakyat,

Mahukan pemimpin yang amanah
Jawatan dan kuasa bukan kebanggaan
Bukan menunjuk siap kuat siapa lemah
Ia bakal dihisab teliti di hadapan Tuhan

Jika kalian bersungguh tentang maksiat
Bawa rakyat untuk taat ibadat
Bawa sejahtera Dunia Akhirat
InsyaAllah Kami akan jadi rakyat yang taat

ALLAHU AKBAR

Duhai sahabatku semua,

Apa lagi yang mampu kita lakukan
Selain tumpukan perhatian
Kepada diri dan kehidupan
Sediakan bekalan bertemu Tuhan 

Tidak ada ketenangan dan kebahagiaan
Bila mencari dari luaran
Dunia dah akhir zaman
Memang tiada pilihan
Melainkan bertahan hidup bertuhan

Kebahagiaan jika disyaratkan
Maka makin jauh meninggalkan
Sedangkan ia ada dalam genggaman
Iaitu pada tasbih ditangan

Berzikir berdoa meminta pada-Nya
Bertaubat dan bersihkan jiwa
Ubah cara hidup semuanya
Hijrahkan hati dengan sepenuhnya

Siapa kita nak lawan taqdirnya
Semua ini tiada diminta dan disangka
Terlalu banyak duka dan derita
Namun tetaplah yakin pada-Nya
Allah itu Maha Cinta
kepada semua makhluknya
lagi-lagi pada kita manusia
yang menyembahNya

Jadi usah putus harapan
Dia tak pernah meninggalkan
Hanya kita yang melupakan
Banyaknya nikmat Tuhan

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahu Akbar

Nukilan Hati dengan hati-hati, 

ASMA’ BINTI HARUN
15 Ogos 2021

Note:
Hamba se hati dgn ustazah.
Bertimbang
Dan
Berasalah
Letak pada tempatnya
Timbang pada dacingnya
Jangan semua orang salah
Yang betul hanya kita
Tanpa sedar
Diri sendiri pun tak tahu apa-apa... 

No comments:

Post a Comment