Salam editor Berita Harian,
Sudah sedia maklum kan, ramai masyarakat Malaysia hanya akan baca tajuk?
Bukan kah lebih elok jika penuh kan ayat tajuk itu-“COVID19: KKM mungkin pertimbang guna ivermectin……JIKA ada BUKTI KUKUH”. Habis kan lah ayat tajuk betul-betul. Tajuk lari dari apa yang diterangkan oleh Tan Sri semalam.
Ivermectin telah dan hanya boleh digunakan dalam 2 situasi iaitu “off-label”
💉 kajian klinikal (yang sedang berjalan sejak Mei 2021)
💉 kelulusan khas Ketua Pengarah Kesihatan
Yang beliau sebut kajian ivermectin dulu adalah untuk denggi-bukan COVID19 dan telah terbukti ada kesan sampingan seperti masalah sawan, keseimbangan (ataxia) dsb.
Ivermectin hanya boleh digunakan oleh pakar-pakar yang MERAWAT di hospital setakat ini dengan pemantauan rapi.
BUKAN BELI dari Doktor luar, Doktor tidak merawat dan BUKAN on-line.
Kita tunggu keputusan kajian.
Link artikel: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/837975/covid-19-kkm-mungkin-pertimbang-guna-ivermectin
Rafidah Abdullah
Yang dengar betul-betul apa Tan Sri kata semalam; dikejutkan dengan tajuk artikel yang tidak lengkap.
No comments:
Post a Comment