Sahabat semua, saya nak berkongsi ilmu yang tidak ternilai melebihi dunia dan isinya, satu zikir yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Saya hanya menyampaikan, kita sama-sama beramal dengan istiqamah dan khusyuk, mudah-mudahan akan merasai kemanisannya. 🤲
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda :
مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ كَانَتْ لَهُ عَدْلَ عَشْرِ رِقَابٍ وَكُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ وَمُحِيَتْ عَنْهُ مِائَةُ سَيِّئَةٍ وَكَانَتْ لَهُ حِرْزًا مِنْ الشَّيْطَانِ يَوْمَهُ ذَلِكَ حَتَّى يُمْسِيَ وَلَمْ يَأْتِ أَحَدٌ بِأَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ بِهِ إِلَّا أَحَدٌ عَمِلَ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ
Maksudnya: "Barang siapa yang membaca
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ'
" laa ilaaha illallahu wahdahuu laa syariika lahuu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'alaa kulli syai'in qodir"
(Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa tidak ada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala puji dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu),
sebanyak 100 kali dalam sehari, maka baginya pahala seperti membebaskan 10 ORANG HAMBA, ditetapkan baginya 100 KEBAIKAN dan dijauhkan daripadanya 100 KEBURUKAN dan baginya perlindungan daripada (godaan) syaitan pada hari itu hingga petang dan tidak ada orang yang lebih baik amalnya daripada orang yang membaca doa ini kecuali seseorang yang dapat mengamalkan lebih banyak zikir ini".
(HR Bukhari, hadis sahih)
Bila nak dibaca?
1. Boleh sahaja bila-bila masa, kerana Nabi SAW tidak menetapkan waktu.
2. Maka, jika nak tetapkan untuk diri sendiri pun tidaklah menjadi masalah, contohnya 50x pagi lepas subuh, 50x petang lepas asar, atau setiap kali lepas solat 20x, atau mana-mana waktu dan cara asalkan cukup 100x.
3. Nabi Muhammad SAW menggalakkan membaca sebanyaknya, maksudnya melebihi 100x, sebagaimana penghujung Hadis.
4. Wanita yang sedang dalam keadaan tidak suci, seperti haidh dan nifas juga boleh beramal dengannya, Alhamdulillah.
Semoga yang sedang dalam kesusahan, kebimbangan, ketakutan, kesedihan, kesempitan dan apa sahaja, Allah angkat segala musibah dan ujian, diberikan jalan keluar yang terbaik dunia & akhirat 🤲.
Semoga Allah berikan kita kekuatan untuk beramal dan istiqamah hingga diberikan Husnul Khatimah 🤲.
Kredit : Ustazah Asma' binti Harun
#UAHSahabatDuniaAkhirat
No comments:
Post a Comment