Monday, 28 September 2020

ZIKIR BOOSTER

INI ZIKIR 'BOOSTER' YANG SAYA AMALKAN SETIAP HARI :
.
.
Saya ni dulu tuan-puan, jarang amalkan zikir harian. Sebab saya fikir dengan baca Quran setiap hari, dah cukup.

Tapi bila dah makin berusia ni, saya top-up zikir sikit-sikit setiap hari. Tak banyak pun tuan-puan. Malu saya nak kongsi. Tapi nak share juga sebab lepas amalkan zikir ni & mengaji, saya rasa kehidupan banyak sangat berubah.

- dapat rasa Allah Ta'ala penting dalam hidup,
- hati makin tenang. Tak kalut sangat bila ada problem sebab zikir2 ni bagi kekuatan, 
- urusan hidup semakin lancar, setiap hari rasa bahagia je walaupun petangnya penat,

Ini zikir yang saya amalkan. Tuan-puan boleh buat sama-sama. Mana yg dah buat boleh top-up lagi banyak :
.
---- 1. ISTIGHFAR 100x
.
Istighfar merupakan penghulu zikir. Allah janji, orang yg istighfar hidupnya dipermudahkan sebab kita dah serius minta maaf pada Allah.

Tok guru pesan : pastikan setiap istighfar berisi. Maknanya, waktu istigfar tu kita tahu ia diucapkan untuk dosa, lagha & maksiat apa. Contohnya 'Ya Allah, istighfar no. 1 ni aku lafazkan sebab semalam banyak tengok movie, istighfar 2 sebab pukul 4 semalam aku baca Fb kisah gossip sejam...' begitulah seterusnya. 
.
---- 2. SELAWAT 100X
.
Kita ni banyak sangat terhutang budi dengan orang paling berjasa dengan kita iaitu Rasulullah s.a.w. Maka setiap hari saya berselawat 100x dengan harapan, IMPIAN terbesar saya ditunaikan iaitu, diizinkan bertemu Rasul s.a.w pada hari kiamat.

Nak sangat cium tangan baginda. Nak peluk baginda kalau boleh. Sebab nikmat islam yg kita dapat sekarang atas usaha bagindalah yang bersusah payah sampaikannya. Sanggup berpenat, dihalau, berperang, diusir dll kerana saya, kerana anda, kerana kita.
.
---- 3. BISMILLAHILLAZI LA YADHURRU 3X
.
Saya baca bismillah khas ini atas niat pelindung diri, protection dari segala malapetaka. Rasul s.a.w kata, bismillah ini mujarab sangat. 

Bacalah 3x pagi, 3x petang. InsyaAllah terhindar dari mudharat sihir, malapetaka kemalangan, musibah Covid, mudharat makanan, gangguan makhluk halus & fitnah sesama manusia.
.
---- 4. AYAT KURSI
.
Kita setiap hari sibuk dengan urusan dunia, tapi dalam hati tetap teringatkan syurga. Maka tok guru saya nasihatkan, jangan tinggal baca ayat kursi sekurangnya sekali hari. Kalau nak lagi 'umph', ikuti saranan Rasul berikut : 

“Barangsiapa yang membaca ayat Kursi setiap selepas solat fardhu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati”. 
.
---- 5. SUBHANALLAHI WABIHAMDIH, SUBHANALLAHIL AZIM 100x
.
Zikir ni tuan-puan, penting sangat. Tok guru kata, yang ni jangan tinggal. Mesti buat. Sebab pada hari kiamat, inilah zikir paling bernilai. Ia boleh beratkan timbangan amal kita berkali-ganda. 

Saya baca 100x setiap hari ni pun masih rasa sikit. Sebab sedar amal soleh tak banyak mana, dosa & khilaf pula sentiasa ada. Harapnya amal soleh 'simple' yg mudah diamalkan ini akan bantu beratkan timbangan mizan. 
.
---- 6. LA ILAHA ILLALLAH 100X
.
Rasul s.a.w kata, siapa baca zikir ini, ia mudah dapat syafaat pada hari kiamat. Jika ia meninggal dengan ikhlas membacanya, maka syurgalah tempatnya.

MasyaAllah. Besar sungguh kelebihan zikir ini. Sebab tu saya masukkannya dlm amalan zikir harian. 

Cuma tok guru ada ingatkan, 'zikir ni nampak mudah, tapi kalau kita tak selalu baca, belum tentu waktu nak meninggal nanti mudah nak sebut. Maka lazimkan lidah menyebutnya sekarang agar terbiasa, insyaAllah waktu sakaratul maut nanti, Allah lancarkan lidah menyebutnya...'

---------

Itu sahaja yg saya amalkan setakat ni. Segan betul waktu tulis posting ni sebab zikir saya ciput sangat. Anda mesti lebih banyak berzikir dari ni. 

Cuma saya tulis juga sebab nak share 'positive vibes'. Mudah-mudahan kalau anda terinspirasi amalkan, dapat juga tempias amal jariahnya. Yang terbaik kalau nak berzikir, kita baca ma'thurat. Ia himpunan zikir dari Rasul s.a.w yang ulama kumpulkan.

Atau anda tambahkan lagi volume zikir. Nak lagi bagus, buat macam level tok guru saya : istighfar 10,000x, selawat 10,000 kali sehari.

Saya tak mampu lagi nak buat jumlah tu sebab iman baru 'entry level' huhu. Cuma saya ikuti saranan tok guru : amalan zikir walaupun tak banyak, ia perlu diISTIQOMAHkan. Mesti buat setiap hari. Kalau tertinggal, esok kena qada'.

Sebabnya tuan-puan semua, tok guru sedarkan saya,

- inilah HARTA sebenar kita, 
- inilah 'DUIT' yang kita patut kumpul,
- inilah PELINDUNG kita,

Wakaf Al - Quran
Tuan-puan semua, ini juga HARTA kita. Ketika dah meninggal nanti, waktu tu kita bersyukur sangat sebab ada buat sedekah amal jariah. Moga Al-Quran yang kita sedekahkan (samada niat untuk diri sendiri atau untuk arwah ibu-bapa), anak-anak yang sedang menghafal Quran gunakannya untuk mengaji setiap hari.

Kita pula bakal mendapat pahala amal jariahnya berpanjangan selagi anak-anak mulia ini mengaji sepanjang hidupnya.

Bagi yg ingin sertai program waqaf Al-Quran untuk pelajar tahfiz seluruh Malaysia (Fb : Program Infaq Ahlullah), anda boleh mewaqaf dengan melayari link ini ya : 

http://bit.ly/qurantahfiz
http://bit.ly/qurantahfiz

Moga semuanya ada berkah, amin.
.
.
Ust Asraff Ayobb
Sumber : CnP socmed.

Picture taken by norizahnoor. Kuala Kubu Bharu, Selangor. 

No comments:

Post a Comment