Wednesday, 30 September 2020

KATAK VS SIPUT


Ada seekor siput selalu memandang sinis terhadap katak.

Suatu hari, katak yang kehilangan kesabaran akhirnya berkata kepada siput: 

"Tuan siput, apakah saya telah melakukan kesalahan, sehingga Anda begitu membenci saya?" 

Siput menjawab:
 
"Kalian kaum katak mempunyai empat kaki & dapat melompat ke sana ke mari,
Tapi saya mesti membawa cengkerang yang berat ini, merangkak di tanah, jadi saya merasa sangat sedih" 

Katak menjawab:
 
"Setiap kehidupan memiliki penderitaannya masing2, hanya saja kamu cuma melihat kegembiraan saya, tetapi kamu tidak melihat penderitaan kami (katak)" 

Dan seketika itu, ada seekor helang besar yang terbang ke arah mereka, siput dengan cepat memasukkan badannya ke dalam cengkerang, sedangkan katak dimangsa oleh helang. 

Siput terharu..
Akhirnya baru sedar.. 
ternyata cengkerang yang di milikinya bukan merupakan suatu beban... 
tetapi adalah kelebihannya.. 

Nikmatilah kehidupanmu.. 
Tidak perlu dibandingkan dengan orang lain.
IRI HATI kita terhadap orang lain akan membawa lebih banyak penderitaan.. 

Rezeki tidak selalu berupa emas, permata atau wang yang banyak, bukan pula saat kita di rumah mewah & pergi berkereta

rezeki sebenarnya adalah jiwa dan hati yang tenang... 
Kerana ketenangan dan kebahagiaan itu amat sangat mahal..

"Kerana bukan kebahagiaan yang menjadikan kita berSYUKUR...
Tetapi berSYUKURlah yang akan menjadikan hidup kita bahagia.


PURNAMA SENJA

Rabu.
30.09.2020.
12 Safar 1442H. 
7.09 pm. 

Tadi
Tika jendela senja ku labuhi
Mata terpaku pada purnama itu
Cantik dan padu
Satu jitu
Tanda kukuhnya cinta sidia
Mengiring perginya siang
Menyambut datangnya malam
Tanda abid sebagai hamba 
Makhluk Allah yang sangat setia
Tidak seperti kita
Yang sering dusta! 

Picture by norizahnoor. 
Facing Bukit Antarabangsa, KL
30.09.2020. 

Tuesday, 29 September 2020

REZEKI KE...

Ketika Allah membiarkan kita:

1. Sengaja meninggalkan solat.
2. Sengaja meninggalkan puasa.
3. Tidak ada perasaan berdosa ketika bermaksiat dan membuka aurat.
4. Berat untuk bersedekah.
5. Merasa bangga dengan apa yang dimiliki.
6. Mengabaikan semua atau mungkin sebahagian perintah Allah.
7. Menganggap ringan perintah-perintah Allah.
8. Merasakan umur akan panjang dan menunda nunda taubat.
9. Tidak mahu menuntut ilmu syar'e (agama) 
10. Lupa akan kematian.
11. Gemar mencemuh dari bersyukur.
12. Menghabiskan masa mencari aib cela orang lain dari memperbetulkan salah silap sendiri.

Namun Allah tetap memberikan:

1. Rezeki yang melimpah ruah.
2. Kesenangan terus menerus.
3. Dikagumi dan disanjung banyak orang.
4. Tak pernah diberi sakit dan penyakit.
5. Tak pernah terkena musibah.
6. Hidupnya merasa aman sentosa.

Hati-hati kerana semuanya itu adalah ISTIDRAJ...

Ini merupakan bentuk kesengajaan dan pembiaran yang dilakukan Allah pada hambaNya yang sengaja berpaling dari perintah perintah Allah. Allah menunda segala bentuk azabNya.

Dari Uqbah bin Amir radhiallahu ‘anhu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda

“Jika kamu melihat Allah memberikan kenikmatan dunia kepada seorang hamba...sementara dia masih bergelumang dengan maksiat...maka itu sebenarnya adalah istidraj dari Allah.”

Allahu...

Sumber: CnP socmed

Picture by: norizahnoor.
Taken at Masjid Omar Ali Saifudin Brunei Darus Salam

Monday, 28 September 2020

ZIKIR BOOSTER

INI ZIKIR 'BOOSTER' YANG SAYA AMALKAN SETIAP HARI :
.
.
Saya ni dulu tuan-puan, jarang amalkan zikir harian. Sebab saya fikir dengan baca Quran setiap hari, dah cukup.

Tapi bila dah makin berusia ni, saya top-up zikir sikit-sikit setiap hari. Tak banyak pun tuan-puan. Malu saya nak kongsi. Tapi nak share juga sebab lepas amalkan zikir ni & mengaji, saya rasa kehidupan banyak sangat berubah.

- dapat rasa Allah Ta'ala penting dalam hidup,
- hati makin tenang. Tak kalut sangat bila ada problem sebab zikir2 ni bagi kekuatan, 
- urusan hidup semakin lancar, setiap hari rasa bahagia je walaupun petangnya penat,

Ini zikir yang saya amalkan. Tuan-puan boleh buat sama-sama. Mana yg dah buat boleh top-up lagi banyak :
.
---- 1. ISTIGHFAR 100x
.
Istighfar merupakan penghulu zikir. Allah janji, orang yg istighfar hidupnya dipermudahkan sebab kita dah serius minta maaf pada Allah.

Tok guru pesan : pastikan setiap istighfar berisi. Maknanya, waktu istigfar tu kita tahu ia diucapkan untuk dosa, lagha & maksiat apa. Contohnya 'Ya Allah, istighfar no. 1 ni aku lafazkan sebab semalam banyak tengok movie, istighfar 2 sebab pukul 4 semalam aku baca Fb kisah gossip sejam...' begitulah seterusnya. 
.
---- 2. SELAWAT 100X
.
Kita ni banyak sangat terhutang budi dengan orang paling berjasa dengan kita iaitu Rasulullah s.a.w. Maka setiap hari saya berselawat 100x dengan harapan, IMPIAN terbesar saya ditunaikan iaitu, diizinkan bertemu Rasul s.a.w pada hari kiamat.

Nak sangat cium tangan baginda. Nak peluk baginda kalau boleh. Sebab nikmat islam yg kita dapat sekarang atas usaha bagindalah yang bersusah payah sampaikannya. Sanggup berpenat, dihalau, berperang, diusir dll kerana saya, kerana anda, kerana kita.
.
---- 3. BISMILLAHILLAZI LA YADHURRU 3X
.
Saya baca bismillah khas ini atas niat pelindung diri, protection dari segala malapetaka. Rasul s.a.w kata, bismillah ini mujarab sangat. 

Bacalah 3x pagi, 3x petang. InsyaAllah terhindar dari mudharat sihir, malapetaka kemalangan, musibah Covid, mudharat makanan, gangguan makhluk halus & fitnah sesama manusia.
.
---- 4. AYAT KURSI
.
Kita setiap hari sibuk dengan urusan dunia, tapi dalam hati tetap teringatkan syurga. Maka tok guru saya nasihatkan, jangan tinggal baca ayat kursi sekurangnya sekali hari. Kalau nak lagi 'umph', ikuti saranan Rasul berikut : 

“Barangsiapa yang membaca ayat Kursi setiap selepas solat fardhu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati”. 
.
---- 5. SUBHANALLAHI WABIHAMDIH, SUBHANALLAHIL AZIM 100x
.
Zikir ni tuan-puan, penting sangat. Tok guru kata, yang ni jangan tinggal. Mesti buat. Sebab pada hari kiamat, inilah zikir paling bernilai. Ia boleh beratkan timbangan amal kita berkali-ganda. 

Saya baca 100x setiap hari ni pun masih rasa sikit. Sebab sedar amal soleh tak banyak mana, dosa & khilaf pula sentiasa ada. Harapnya amal soleh 'simple' yg mudah diamalkan ini akan bantu beratkan timbangan mizan. 
.
---- 6. LA ILAHA ILLALLAH 100X
.
Rasul s.a.w kata, siapa baca zikir ini, ia mudah dapat syafaat pada hari kiamat. Jika ia meninggal dengan ikhlas membacanya, maka syurgalah tempatnya.

MasyaAllah. Besar sungguh kelebihan zikir ini. Sebab tu saya masukkannya dlm amalan zikir harian. 

Cuma tok guru ada ingatkan, 'zikir ni nampak mudah, tapi kalau kita tak selalu baca, belum tentu waktu nak meninggal nanti mudah nak sebut. Maka lazimkan lidah menyebutnya sekarang agar terbiasa, insyaAllah waktu sakaratul maut nanti, Allah lancarkan lidah menyebutnya...'

---------

Itu sahaja yg saya amalkan setakat ni. Segan betul waktu tulis posting ni sebab zikir saya ciput sangat. Anda mesti lebih banyak berzikir dari ni. 

Cuma saya tulis juga sebab nak share 'positive vibes'. Mudah-mudahan kalau anda terinspirasi amalkan, dapat juga tempias amal jariahnya. Yang terbaik kalau nak berzikir, kita baca ma'thurat. Ia himpunan zikir dari Rasul s.a.w yang ulama kumpulkan.

Atau anda tambahkan lagi volume zikir. Nak lagi bagus, buat macam level tok guru saya : istighfar 10,000x, selawat 10,000 kali sehari.

Saya tak mampu lagi nak buat jumlah tu sebab iman baru 'entry level' huhu. Cuma saya ikuti saranan tok guru : amalan zikir walaupun tak banyak, ia perlu diISTIQOMAHkan. Mesti buat setiap hari. Kalau tertinggal, esok kena qada'.

Sebabnya tuan-puan semua, tok guru sedarkan saya,

- inilah HARTA sebenar kita, 
- inilah 'DUIT' yang kita patut kumpul,
- inilah PELINDUNG kita,

Wakaf Al - Quran
Tuan-puan semua, ini juga HARTA kita. Ketika dah meninggal nanti, waktu tu kita bersyukur sangat sebab ada buat sedekah amal jariah. Moga Al-Quran yang kita sedekahkan (samada niat untuk diri sendiri atau untuk arwah ibu-bapa), anak-anak yang sedang menghafal Quran gunakannya untuk mengaji setiap hari.

Kita pula bakal mendapat pahala amal jariahnya berpanjangan selagi anak-anak mulia ini mengaji sepanjang hidupnya.

Bagi yg ingin sertai program waqaf Al-Quran untuk pelajar tahfiz seluruh Malaysia (Fb : Program Infaq Ahlullah), anda boleh mewaqaf dengan melayari link ini ya : 

http://bit.ly/qurantahfiz
http://bit.ly/qurantahfiz

Moga semuanya ada berkah, amin.
.
.
Ust Asraff Ayobb
Sumber : CnP socmed.

Picture taken by norizahnoor. Kuala Kubu Bharu, Selangor. 

Sunday, 27 September 2020

CERITA ORANG TUA

*DERITA ORANG PENGHUJUNG USIA* *TERUTAMA YANG DAH PENCEN*

Ramai orang tua hidup derita sebab tak merancang! 
Kalau derita sekadar di dunia ok lagi, tapi yang ditakuti derita dunia akhirat. 
Di usia pencen ini tak payah lah sibuk bela kucing, cari Pokemon, ralit dengan game atau apa saja yang tak faedah. 
Badan dah tak berapa larat tu eloklah buat plan ibadah agar mati dalam iman/ibadah.
Sekarang banyak majlis ilmu. Mengajilah... Refresh balik ilmu yang telah kita tinggalkan sejak dulu.

Cadangan Manfaat:

1. Mantapkan ilmu aqidah/Tauhid 
Untuk memastikan aqidah kita betul sebab jika salah/syirik/kufur tanpa sedar pun kita akan masuk neraka. Akidah kunci syurga. 
Mantapkan juga ilmu feqah dan tasauf. 
Belajar tajwid dan banyak tadabbur quran. Bukan hanya baca saja tanpa faham isi alquran.

2. Banyakkan taubat
Taubat tak kira tempat. Di mana pun boleh taubat. Bukan di Mekah saja. Kita banyak dosa. Jangan abaikan taubat walau sehari.

3. Qodho segala solat
Yang pernah kita tertinggal. 
Perbaiki ilmu solat. Jangan pulak masa terluang yg banyak tu kita asyik tengok drama bersiri dan drama cinta. Ingat, awak tu dah kerepot. Takde siapa main cinta dah! 

4. Dapat RM pencen jangan sibuk shopping bergaya macam orang kaya2. Itulah RM belanja penyambung nyawa kita 10-15 tahun lagi. Jangan pula asyik belikan cucu2 baju pula. Sesekali tak apalah! Yg penting, guna RM untuk settle fidyah puasa dan qodha. Itu semua hutang kita kepada Allah. Jangan lupa hutang pada manusia yang belum dibayar!

5. Kalau belum ke Mekah & dah ada RM pergilah Mekah. 
Jangan sibuk renovate rumah. Duduklah rumah yang ada tu seadanya. Kalau nak repair pun repair bumbung sebab takut kena hujan.

6. Banyakkan sedekah jariah dan wakaf. Bukan sedekah kepada orang buta yang ada sindikit tu tapi jariah bermaksud sedekah kepada orang buat masjid, pondok ngaji dsbnya. Sedekah jariah itu akan mengalir pahalanya bila kita dikambus tanah.

7. Senaman & check up hospital
Supaya kita tak sakit, menyusahkn anak2 jaga kita waktu tua. Mereka pun bergelut dengan kehidupan sendiri. Kesian anak2. Bila sihat mudahlah buat ibadat.

8. Jangan banyak tidur 
sebab kita pun tak lama lagi nak tidur lama!

9. Jangan jadi hamba anak-anak.
Waktu inilah anak2 yang tak fikir keperluan ibubapa, suka landingkan anak2 mereka pada kita untuk kemudahn mereka melaram pergi kenduri kahwin/shopping. Lainlah kalau sesak sesekali kerana kerja dsbnya. Tapi bukan selalu. Ingat tu!

10. Jangan sesekali terlibat dengan bisnes! 
Cukuplah pencen/simpanan yang ada tu untuk makan kita yang dah tak berapa selera ni sebab hidup kita pun tak lama. Andai kalau bangkrap, jawabnya jadi cleaner/pak guard lah kita sampai mati.

11. Berhati2 bagi anak pinjam RM untuk perkara yang tak penting bagi mereka. Kalau penting sangat bolehlah beri tapi pastikan mereka bayar balik! Itu RM hari tua kita. Jangan sampai kita mengemis sebab kerakusan anak2. Sayang anak biar bertempat. Jangan sesekali kita diperbodohkan. 
Mereka sepatutnya perlu bijak uruskan kewangan seperti mana kita dulu yang ikat perut besarkan mereka. Terkadang anak menantu hidup ikut nafsu. Pantang ada duit sikit, shoppinglah mereka tanpa fikir masa depan anak2 mereka. Baju penuh almari. Mekap yang mahal2. Sambil perhatikan, berilah nasihat.

12. Berziarahlah kawan2 dan sedara mara sebab usia kita pun tak panjang. 
Kita pun banyak dosa dengan mereka waktu muda dulu. Mengumpat, gosip, pinjam duit tak bayar. Waktu inilah kita tebus segala dosa agar kita clear dengan manusia bila mati.

13. Akhirnya, bersabarlah hidup di hari tua. 
Ujian macam kelkatu. 
Banyak ingat Allah & baca quran. Agar kita selalu tenang hinggalah bertemu Allah.

Jangan sesekali menyusahkan orang atau anak2 asbab kelemahan kita tak plan hidup atau berlagak sampai tua.
Ingatkan anak2 jangan ambil kesempatan rezeki hari tua kita. Inilah masa anak2 nak balas budi pada kita, sementara nyawa ada. Bila balik rumah kita jangan kata rindu masakan emak. Padahal ini lah masa anak masak untuk orang tuanya, bukan nak order je. Dulu kita dah susah payah besarkan mereka.
Biar sisa2 umur yang kita ada ni dihargai oleh anak2.

🌾 Semoga bermanfaat.
Untuk renungan sendiri.
Sumber: cnp socmed.

Picture by norizahnoor. KUL to HCM

PETUA ORANG LAMA

Petua Orang Tua

Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.

Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita berwuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke suatu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

Melicinkan dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

Menegangkan Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.

Menghilangkan Cagu
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.

Menyerikan Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu ke muka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.

Menghaluskan Kulit
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

Menghilangkan Bau Badan
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

Melembutkan Rambut
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.

Merawat Kulit Berkedut
Parut sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.

Melebatkan Rambut
Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.

Awet Muda
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raup ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf.. Amalkan setiap pagi. Merawat Senggugut Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.

Kulit Cerah dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

Rambut
Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali. Tangan yg masih basah itu segera disapukan ke seluruh rambut.

Mengurangkan Dengkur
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.

Menghilangkan Ketuat
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

Mengempiskan Perut
1) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam.

2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.

Mengekalkan Kecantikan
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.

Menghasilkan Kulit Cantik
Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan .

Mengatasi Senggugut
Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut . Petua ini saya amalkan dan kesannya memang menakjubkan berkat izin Allah

1) Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid .Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun. Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2biji sekali makan. Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik. Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut. Ini adalah pengalaman saya.

2) Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut , tapi saya amalkan minum air suam. Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut.

Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat
Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.

Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai daun sirih muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas daun sirih muda tersebut dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

Menyegarkan Mata
Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

Menaikkan Seri Muka
Basuh muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit. Merawat Panau Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.

Mengelak Rambut Gugur
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisar hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperoleh rambut lebat, hitam dan berkilat semula jadi.

Sihat Tubuh Badan
Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun.

Melangsingkan Tubuh
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal

Menghilangkan Parut di Kulit
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air.. Bancuh bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Mengelak Keguguran Rambut
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.

Menghilangkan Bau Ketiak
Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.

Menghilangkan Kelemumur
Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.

Rambut Gugur
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.

Menghilang Sakit Kepala
Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala.

Menghilang Ketumbit Mata
Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

Menurunkan Berat Badan
1) Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. 

2) Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengah hari atau selepas makan malam.

Mengatasi Tumit Pecah
Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

Awet Muda
1) Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

2) Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Mudah Bangun Pagi
Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s. a. w. Niat dalam hati utk bangun pagi Insya-Allah, esok terjaga dengan sendirinya.

Menghilangkan Jerawat
Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.

Meluruskan Rambut Kerinting
Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.

Menghaluskan Kulit Muka
Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepung ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas minit. Selepas itu barulah dibilas.

Memerahkan Bibir
Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

Memutih dan Mengilatkan Gigi
Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.

Tegangkan Payudara
Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.

Menghaluskan Kulit Muka
Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.

Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam. Menguatkan Gigi Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.

Menghilangkan Bau Mulut
Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.

Menghilangkan Lebam Mata
Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.

Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung
Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.

Mengelak Santau
Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melalui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.

Meminimumkan Gangguan Semasa Tidur
Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. 
Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri.
Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepada Nya setelah kita yakin dengan segala kerja disiang hari itu adalah ibadat.

Menghilangkan Sakit Kepala
Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.

Selamat mengamalkan yaaa..
Sumber: CnP socmed. 

Picture by norizahnoor: Sunset at Pantai Purnama, Port Dickson. NS
-------------------------------------------------------------

Thursday, 24 September 2020

MY YEARLY STAYCATION

Khamis.
24.09.2020.
06vSafar 1442H. 
Surgical Ward. KPJ Ampang Puteri. 

Bertamu lagi di sini. 
Rumah biasa. 
Bilik yang berbeza.
Doktor tak sama. 
Pakar bius juga entah yang mana. 
Bila adik misi tanya... 
Puan pernah operet? 
Jawapannya, Ya. 
Bahagian mana? 
Nak tau yang mana? 
Haaa? 
A aah... Ya. 
Kaki pernah puan? 
Pernah. 
Tangan? 
Pernah. 
ENT? 
Telinga, hidung, tonsil pernah. 
Perut? 
Pernah juga. 
Bila puan? 
2019 tgn. 
2018 perut. 
2017...2016... 2015..tak ingat dah dik oii.. 
2008 lutut, dik. Tu je yang akak ingat. 
Kalau tak payah ingat semua pun ok kot, dik...pening. 
Meh akak sign apa yang patut.. 
Sebelum akak tambah pening. 
Misi senyum. 
Mokcik pun senyum...tapi tawar hambar. 
Dan pen pun bertukar tangan. 
Done. 


Because of the covid-19 pandemic. 
Terpaksa underwent the process.
Its ok. 
All is well. 

LUKISAN KAMPUNG

Malaysia oh tanah airku...
Nota: terima kasih kpd artis yg telah menterjemahkan keindahan bumi ciptaan Allah ini pada kepingan kanvas.
Berkongsi sama hasil seni...satu lagi augerah Ilahi. 

Sumber: Socmed cnp

Tuesday, 22 September 2020

SOMETHING TO PONDER

No Matter How Painful Your Experience Was, Never Treat People the Way They Treated You. If People Choose to Be Rude, Just Smile. Don't Retaliate. It Reflects Badly on Them, Not You. Keep Your Peace. Let Them Be or Just Walk Away. Choose to Be Better.

Teluk Cempedak, Kuantan

Sunday, 20 September 2020

DALAM KENANGAN

Han... 
Dulu kita pernah meniti usia bersama
Namun kini berpisah dunia
Aku di sini di alam Fana'
Kau nun di Barzakh sana 
Dunia yang tersembunyi dari nyata
Han... 
Maafi aku kerana tak mampu untuk melupaimu
Walau sedetik
Maafi aku kerana tidak selalu menjengah pusaramu
Bukan aku lupa
Bukan jua aku menidakkan rasa
Jujur aku sangat tak mampu
Untuk membendung kolam duka ini
Dari melimpah
Aku sangat tak kuat
Untuk berlakon gagah
Dari rebah

Han... 
Moga kau tenang di sana
Al-Fatihah
Sayang selamanya... 
Aku...adikmu.
***************************************
CnP dari fb Nabila... my eldest niece.. 

To the most loving person in my life, I miss you Ma. The pain of losing the person that we loved most is very unbearable. May you always be blessed by Him, we love you so much Ma. Al-Fatihah buat mama sayang Norihan Noor 
.
.
.
20.09.20
Your eldest daughter
♥️

21092016: One day earlier

You may look frail and weak but they never know that you are the strongest person we our family know especially when it comes to protecting and raise your children and even your family. We hope you have a grand time during your birthday. May Allah protect you and bless you till jannah. Eversince, you were diagnosed with 4th stage of cancer, you fight the best as you can, I know sometimes you may feel weak and hopeless. But our best prayers always with you. May Allah heal you, keep you stronger Mama!!!

Thank you for being strong enough to say no when you know it won’t be good for me at all. Thanks for being soft enough to always say yes whenever you realize it is for my own good. 

We love you Mama to moon and beyond! 😘😘😘

Happy 52nd birthday to our beautiful and wonderful Mama!!!

Major love ❤️,
Your witty children.


#mamasbirthdaydinner #happybirthdaymom


Saturday, 19 September 2020

KHASIAT BUAH LETUP.

Buah letup kelambu, cabut sepokok, basuh cuci dgn akar, batang, daun dan buah. Rebus dgn tiga gelas air sampai tgl satu gelas. Amalkan minum pagi dan ptg selama tiga hari...insha allah, stroke (lumpuh) akn pulih. Ikhtiar kita,  allah jua yg menyembuhkan

MEMANG AJAIB … !!! Inilah Ubat STROKE Paling Berkesan,, Kongsikan Jangan Sampai Terhenti Di Tangan Anda Mungkin Teman Yg Lain Sangat Memerlukannya …



Sumber: Cnp socmed. 

Sepanjang jalan kenangan mokcik:
Buah yang selalu kami kutip dan petik zaman kanak-kanak. Banyak kat semak tepi rumah. Yang paling lagend, kami namakan juga ia dengan nama buah durian letup sebab ada rasa durian... Hahaha...
Motif???? 
Sebab mak pak tak de duit nak beli buah durian kot😣 😣 😣 

SEANDAINYA KITA MENDENGAR....

Seandainya manusia mendengar suara angin bertasbih, dedaun berzikir, cakerawala bertahmid, sekalian langit dan alam memujiNya.

Pasti mereka akan lebih mengerti akan sebuah kehidupan, selaut kesyukuran dan segunung ketaatan.

Di saat itu ..
Pasti yang angkuh akan jatuh tersimpuh, 
Yang alpa akan segera ingat Yang Esa, 
Yang berdosa kembali mengingatiNya, 
Istighfar dan taubat kepada Maha Berkuasa.

"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, Lagi Maha Pengampun."
- QS. Al-Isra, Ayat 44: 15 -

Renungan buat diri ..
Mencintai Allah, bermakrifat kepadaNya, selalu berzikir kepadaNya, mencari ketenangan denganNya, menenangkan hati di sisiNya, takut, berharap dan tawakkal hanya kepadaNya, dengan keyakinan bahawa Dialah Yang menguasai segala keinginan dan kemahuan hamba, itu semua adalah syurga dunia dan kenikmatan yang tidak dapat disamakan dengan kenikmatan lain. Dan itu adalah kesenangan dan kehidupan bagi mereka yang mencintai Allah.

Subhanallah
Alhamdulillah
Lailahaillallah 
Allahuakbar    ♥️

CnP
https://t.me/ceramahustazdanustazah


Al-MULK ku sayang...

KALAU TAK SEMPAT BACA MALAM, BACALAH PAGI. JANGAN TINGGAL. SEBAB IA 'PEGUAMBELA' KITA :
.
.
Surah Al-Mulk ni semua orang dah tahu fadhilatnya amat penting untuk kita pada 'next life'. Rasul dah lama 'pecah rahsia' :

--> Jika mahu selamat di alam kubur & pada hari kiamat, bacalah Surah Al-Mulk. Ia boleh jadi 'peguambela', berhujah dengan Tuhan agar kita dilindungi dari azab kubur & azab neraka.

Besar manfaatnya ni tuan-puan. Jika kita la ni ada kes & perlu masuk mahkamah, nak cari peguamlah kita pening sebab kosnya tinggi. Kes belum tentu menang.

Tapi waktu masuk mahkamah Tuhan di alam kubur & hari kiamat & nak cari 'peguam' untuk defend kita, tak perlu bayar puluh ribu pun.  

Amalkan membaca Surah Al-Mulk setiap hari. Paling elok buat seperti Rasul amalkan, baca setiap malam sebelum tidur. Manfaatnya untuk kita juga. Waktu di alam barzakh nanti kita sensorang je. Tak de sesiapa nak tolong. Tapi sebab kita rajin mengaji surah Mulk, ia akan jadi peneman & pelindung (dalam bentuk syafaat), berhujah bagi pihak kita di hadapan Tuhan.

Harapnya begitulah. Bila malaikat nak pukul kita kat kaki, Surah Mulk datang protect kaki kita. Bila malaikat nak pukul kepala, surah ni datang lindung kat kepala.

Lepas tu ia berhujah, 'Ya Allah, saya tahu si fulan bin si fulan ni dahulunya banyak buat dosa & kesilapan, tapi sepanjang dia hidup, dia baik sangat dengan aku. Dia selalu baca aku tiap-tiap hari tak kira dia sibuk ke, demam ke, sakit ke, dia tetap tak tinggal aku. Dan sekarang aku nak bersahabat dengannya. Aku nak jalankan tugasku, defend dia.

Ya Allah, dengan kasih-sayangMu, ampunilah dosa & khilafnya. Sudilah terima dia sebagai hamba yang Engkau rahmati di syurgaMu...'

Itulah manfaat yg saya bayangkan bakal diperolehi setiap kali baca surah Al-Mulk. Dan saya harap sangat tuan-puan juga jangan tinggal baca surah ni ya. Hanya 2 mukasurat suku je. Kalau baca, ambil masa 5-10 minit. Sekejap je. 

Kalau tak dapat lazimkan waktu malam mungkin sebab kita sibuk dengan anak, lipat baju, dah letih atau penat, kita bacalah waktu siang. Elok amalkan lepas subuh. Kalau tak berapa pandai sangat nak baca, dengarlah mp3 bacaan tok syeikh arab mana-mana yang bacaannya best & merdu. Ikut pelan-pelan.

Dengar je pun dah bagus. Buka je bacaan Surah ni via handphone. Atau dengar banyak kali ketika memandu.

InsyaAllah cukup sebulan, hafal lah surah ni sebab ingatan kita ni mudah ingati perkara yg ada irama. Sebab tu lagu hindustan pun kita boleh hafal walaupun tak faham apa pun.

Sebab kita mudah menghafal melodi.

CnP
-Ust Asraff Ayobb-


Friday, 11 September 2020

QUOTE n UNQUOTED

*self reminder*

Shared by Prof.Muhaya.. 💖

Quote

When TV came to my house. 
I forgot how to read books.
When the car came to my doorstep, I forgot how to walk.
When I got the mobile in my hand, I forgot how to write letters.
When computer came to my house, I forgot spellings.
When the A C came to my house, I stopped going under the tree for cool breeze
When I stayed in the city, I forgot the smell of mud.
By dealing with banks, I forgot the value of money.
With the smell of perfume, I forgot the fragrance of fresh flowers.
With the coming of fast food, I forgot to cook dal and rice.
Always running around, I forgot how to stop.
And lastly when I got watsapp, I forgot how to sleep...💖
When I complain about the taste of my food🍜
 I remember Him
Muhammad ﷺ
who used to fasten some stones on his stomach to hold on his hunger

When I complain about how less clothes I have👕
I remember Him Muhammad ﷺ
who had only two pieces of clothes for the rest of His life

When I complain of how uncomfortable my bed is🏠
I remember Him Muhammad ﷺ
who slept on the palm frond and coarse cloth in his entire life

When I become so miser to give and share with others..
I remember Him Muhammad ﷺ
who used to give his everything that he almost left nothing for himself

When I think of how poor I am💰
I remember Him Muhammad ﷺ
who loved the poor so much and said to be with them in jannah, it cheers me up

When I'm upset of those who hurt me😢
I remember Him Muhammad ﷺ
who had mercy on those who did evil to Him

When I think of those who hate me😒
I remember Him Muhammad ﷺ
who always prayed for those who had insulted Him

When people don't thank me for what I do
I remember Him Muhammad ﷺ
who reminded me that the best reward is from Allah's side

When none loves me..
I remember that I have Him Muhammad ﷺ
who loves me for thousand years

When I think of how miserable my life is..
I remember Him Muhammad ﷺ
who had more struggle life than mine, and it strengthens me

May peace be upon Him, my beloved
May peace be upon Him, my role model
May peace be upon Him,
 My Rasool Allah Muhammad ﷺ
May peace be upon Him  He's the best example for our lives!.... 🍀🌷

unquote

Thursday, 10 September 2020

Nasihat untuk orang tua.

Nasihat Emas dari Ustaz Ahmad Dusuki bagi yg sudah mencapai umur*
*40-an', 50-an, 60-an*

1. Cubalah berurut urat saraf 7 kali setahun supaya lancar perjalanan darah. walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan saraf.

2. Banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.

3. Cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga.

4. Kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.

5. Jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh-temeh.

6. Biarkan harta pula berbakti kepada kesenangan kita, sudah lama kita cari harta kini tiba masanya harta bersusah untuk kita.

7. Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.

8. Banyakkan gurau-senda dengan keluarga dan kenalan,  kurangkan tekanan dan nikmatilah hidup dengan pergaulan.*

9. Banyakkan masa untuk duduk dengan Allah kerana kita mula menuju kepada-Nya.

10. Bersedekah, berzakat dan berinfaqlah sebahagian harta kita ke fisabillilah. Semoga saham2 ini membantu kita di akhirat kelak. 
ان شاء الله.

11. Makanlah makanan Sunnah. Dengan usia dalam lingkungan ini macam2 penyakit mengejut boleh datang. Ingatlah orang yang tersayang.. Duit boleh dicari tapi tanpa kesihatan yang baik duit yang banyak tiada makna jua.

Kredit : Rosnah Mohd Juraimi

Album: Miri, Sarawak February 2020

Monday, 7 September 2020

ALLAHUMMA YA BARIQ

Amalkan zikir 
Allahumma Ya Bariq
40 kali
Setiap pagi... 

Percaya, yakin dengan hati yang tenang dan ikhlas. Allah tunjukkan hasilnya, sesungguhnya Allah berkuasa diatas setiap sesuatu. 
Allah yang maha mengurus, 
Allah yang maha mentakbir dan 
Allah yang maha mengatur..

Wednesday, 2 September 2020

SKYWALK FRIM

Rabu.
02.09.2020.

Kepong Botanical Garden
FRIM Skywalk jambatan gantung