Wednesday, 29 September 2021

MENYESAK KERANA TIDAK BERZIKIR

Penyesalan Ahli Syurga Tentang Zikir
=========
1. Zikir adalah satu amalan yang sangat mudah. Hanya dilafazkan beberapa bilah perkataan, Allah akan memberikan ganjaran yang lumayan buat mereka. Atas sebab itu Rasulullah menjelaskan bahawa bakal ahli syurga itu akan menyesal apabila amalan mereka dibentangkan, dan mereka mendapati ada saat yang mereka tidak berzikir mengingati Allah. Sabda Rasulullah:

لَيْسَ يتحسر أهل الْجنَّة إِلَّا على سَاعَة مرت بهم لم يذكرُوا الله تَعَالَى فِيهَا

Tiada yang menyebabkan (bakal) ahli syurga itu menyesal melainkan apabila dibentangkan kepadanya saat kehidupan mereka (di dunia dahulu), sedangkan mereka tidak mengingati Allah (berzikir kepadaNya). (HR al-Tabrani & al-Bayhaqi)

2. Al-Imam al-Munawi menjelaskan bahawa hadis ini mengingatkan kita bagaimana setiap saat yang kita lalui dunia ini, sekiranya tidak digunakan untuk perkara yang baik, , ia akan menjadi penyesalan buat kita di hari akhirat kelak.

3. Atas sebab itu beliau menegaskan bahawa orang yang paling beruntung di dunia ini adalah orang yang mengingati Allah dalam setiap keadaan sekalipun dalam urusan dunia. Kata al-Munawi:

وأن أدوم الناس على الذكر ، أوفرهم حظا ، وأرفعهم درجة ، وأشرفهم منزلة

“Dan orang yang paling konsisten mengingati Allah, adalah orang yang paling beruntung, malah orang yang paling tinggi darjatnya dan paling mulia kedudukannya.”

4. Lebih dahsyat lagi, . al-Imam Ibn al-Qayyim menempelak kumpulan manusia yang berat lidahnya untuk berzikir menyebut dan mengingati Allah. Malah beliau menyifatkan sifat sedemikian sebagai hukuman yang Allah tentukan ke atas mereka. Kata Ibn al-Qayyim:

أشد عقوبة في الدنيا أن يمسك الله لسانك عن ذكره

“Seberat-berat hukuman yang dikenakan di dunia adalah Allah menghentikan lisan kamu dari mengingatinya.”

Semoga Allah membimbing kita.

Kredit : Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Friday, 24 September 2021

PERKONGSIAN DOA MUSTAJAB

PERKONGSIAN DOA MUSTAJAB

Saya kongsikan rahsia cara untuk diamalkan bagi memohon doa mustajab apa sahaja drp Allah SWT (yg baik baik),  Bacalah surah Al. Fathihah ini dan apa bila sampai kepada ayat " Wa iyya kanas ta'in", (seperti didalam kurungan merah) ulanglah baca ayat tersebut sebanyak 7x, berhenti, lalu mohon lah (berdoa) apa sahaja hajat kpd Allah SWT, In Shaa Allah, akan dimakbulkan. Kemudian sambunglah ayat seterusnya hingga selesai, saya ijazahkan rahsia ini kpd semua sahabat dan terimalah dgn ucapan, 
"QABILTU, SAYA TERIMA IJAZAHNYA"

(ingatan - jangan dibaca ketika dlm solat)

InshaAllah. Semua dengan izin Allah

Monday, 6 September 2021

COVID-19 STATUS AS AT 06.09.2021

Monsay

Sunday, 5 September 2021

KELESUAN DAN HILANG SEMANGAT DALAM IBADAH

Kelesuan dan Hilang Semangat Dalam Ibadah
========= 
1. Dalam sebuah hadis, Rasulullah pernah mengingatkan kepada kita bahawa akan ada satu ketika, manusia berasa lemah dan lesu setelah lama mengabdikan diri kepada Allah. 

2. Semangat mereka semakin pudar sekalipun telah lama beribadah kepada Allah. Ia seakan kelesuan yang berlaku setelah Ramadan. Dalam sabdanya, Rasulullah mengingatkan kita:

إنَّ لِكُلِّ عملٍ شِرَّةً ، ولِكُلِّ شِرَّةٍ فترة ، فمنْ كان فترتُهُ إلى سنتي فقدِ اهتدى، ومَنْ كانَتْ إِلى غيرِ ذَلِكَ فقدْ هَلَكَ

“Sesungguhnya setiap amalan ada waktu shirrah (kuat keinginan dan bertenaga), dan setiap waktu shirrah ada waktu fatrah (lemah dan lesu). Maka, barangsiapa yang dalam tempoh lesu amalannya itu dia masih kekal dalam sunnahku, maka dia berada di atas petunjuk, dan sesiapa yang dalam tempoh lesunya itu mengikut (melakukan) selain (sunnah) itu, maka dia akan binasa.” (HR Ahmad, dinilai Sahih oleh al-Arna’ut) 

3. Renungkan kembali bagaimana adakalanya manusia mampu untuk menunaikan solat sunat berpuluh rakaat di dalam Ramadan, berpuasa sebulan lamanya, namun setelah perginya Ramadan, semangat kian lesu. 

4. Titik kelesuan inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah dalam hadis. Lalu Rasulullah berpesan agar kita kekal dalam sunnahnya dan jangan melakukan dosa atau maksiat yang bercanggah dengan Islam. 

5. Dalam menghadapi situasi ini, Saidina Ali pernah berpesan:

إن النفس لها إقبال وإدبار، فإذا أقبلت فخذها بالعزيمة والعبادة، وإذا أدبرت فأقصرها على الفرائض والواجبات

“Sesungguhnya jiwa manusia ini bersifat bolak-balik (sekejap menghadap ke hadapan, seketika menghadap ke belakang). Maka ketika jiwa menghadap ke hadapan (iaitu sedang bertenaga), maka ambillah peluang ini dengan penuh kesungguhan dan beribadah (azimah). Namun sekiranya jiwa mula lesu, maka kekal dan kukuhlah atas amalan yang fardu dan wajib (jangan sampai tinggal perkara yang wajib).

6. Begitu juga dari aspek dakwah. Adakalanya jiwa manusia bersemangat mengajak dan menyeru kepada kebaikan. Namun akan datang satu tempoh (futur) dimana mereka merasa penat dalam perjuangan ini. 

7. Maka tempoh kelesuan ini amalkanlah doa yang pernah dipatrikan oleh Allah dalam al-Quran:

رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

“"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri hidayah petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.”

Semoga Allah membimbing kita.

Kredit: Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Kelesuan dan Hilang Semangat Dalam Ibadah
========= 
1. Dalam sebuah hadis, Rasulullah pernah mengingatkan kepada kita bahawa akan ada satu ketika, manusia berasa lemah dan lesu setelah lama mengabdikan diri kepada Allah. 

2. Semangat mereka semakin pudar sekalipun telah lama beribadah kepada Allah. Ia seakan kelesuan yang berlaku setelah Ramadan. Dalam sabdanya, Rasulullah mengingatkan kita:

إنَّ لِكُلِّ عملٍ شِرَّةً ، ولِكُلِّ شِرَّةٍ فترة ، فمنْ كان فترتُهُ إلى سنتي فقدِ اهتدى، ومَنْ كانَتْ إِلى غيرِ ذَلِكَ فقدْ هَلَكَ

“Sesungguhnya setiap amalan ada waktu shirrah (kuat keinginan dan bertenaga), dan setiap waktu shirrah ada waktu fatrah (lemah dan lesu). Maka, barangsiapa yang dalam tempoh lesu amalannya itu dia masih kekal dalam sunnahku, maka dia berada di atas petunjuk, dan sesiapa yang dalam tempoh lesunya itu mengikut (melakukan) selain (sunnah) itu, maka dia akan binasa.” (HR Ahmad, dinilai Sahih oleh al-Arna’ut) 

3. Renungkan kembali bagaimana adakalanya manusia mampu untuk menunaikan solat sunat berpuluh rakaat di dalam Ramadan, berpuasa sebulan lamanya, namun setelah perginya Ramadan, semangat kian lesu. 

4. Titik kelesuan inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah dalam hadis. Lalu Rasulullah berpesan agar kita kekal dalam sunnahnya dan jangan melakukan dosa atau maksiat yang bercanggah dengan Islam. 

5. Dalam menghadapi situasi ini, Saidina Ali pernah berpesan:

إن النفس لها إقبال وإدبار، فإذا أقبلت فخذها بالعزيمة والعبادة، وإذا أدبرت فأقصرها على الفرائض والواجبات

“Sesungguhnya jiwa manusia ini bersifat bolak-balik (sekejap menghadap ke hadapan, seketika menghadap ke belakang). Maka ketika jiwa menghadap ke hadapan (iaitu sedang bertenaga), maka ambillah peluang ini dengan penuh kesungguhan dan beribadah (azimah). Namun sekiranya jiwa mula lesu, maka kekal dan kukuhlah atas amalan yang fardu dan wajib (jangan sampai tinggal perkara yang wajib).

6. Begitu juga dari aspek dakwah. Adakalanya jiwa manusia bersemangat mengajak dan menyeru kepada kebaikan. Namun akan datang satu tempoh (futur) dimana mereka merasa penat dalam perjuangan ini. 

7. Maka tempoh kelesuan ini amalkanlah doa yang pernah dipatrikan oleh Allah dalam al-Quran:

رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

“"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri hidayah petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.”

Semoga Allah membimbing kita.

Kredit : Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Tuesday, 31 August 2021

COVID-19 STATUS AS AT 31.08.2021

Tuesday.
31.08.2021.

Merdeka.


MERDEKA!!!

Tuesday.
31.08.2021.

MERDEKA!


Monday, 30 August 2021

PUJUK HATI DENGAN AL-QURAN

Pujuk Hati Dengan al-Quran
==========
1. Andai hati merasa sedih kerana diejek, dicerca atau dipandang rendah oleh manusia, kembalilah kepada al-Quran. Hayati Kalam Allah yang menenangkan jiwa. Ketahuilah saat manusia membenci dan menjauhi, Allah dekat dan menyayangi.

2. Menurut al-Imam Ibn Kathir, pernah suatu ketika, wahyu turun sedikit lewat sehingga kaum musyrikin mula mengejek Rasulullah dengan mengatakan bahawa Allah telah menjauhi dan meninggalkan Rasulullah. Lalu Allah menurunkan ayat:

مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ

“(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).” (Surah al-Duha: 3)

3.  Perhatikan ayat ini, saat Rasulullah dirundung kesedihan, Allah turunkan ayat-ayat al-Quran yang memujuk dan menyejukkan hati Baginda. 

4.Ingatkah kita insiden yang berlaku pada Tahun Kesedihan? Rasulullah kehilangan insan kesayangan Baginda iaitu Saidatina Khadijah dan Abu Talib yang banyak mempertahankan Islam. Rasulullah berasa sangat sedih sehingga tahun tersebut dikenali sebagai Tahun Kesedihan. Lalu Allah turunkan Surah Yusuf untuk menenteramkan hati Baginda.

5. Menurut Sheikh al-Tantawi, Surah Yusuf diturunkan pada saat Baginda sedang ditimpa tekanan yang maha dahsyat dalam ujian dakwah. Kata al-Tantawi:

كان نزولها في هذه الفترة، التي تعتبر من أشق الفترات في حياة النبي إذ تعرض خلالها للكثير من أذى المشركين، بعد أن فقد صلى الله عليه وسلم في هذه الفترة عمه أبا طالب، وزوجه السيدة خديجة- رضى الله عنها

“Sesungguhnya penurunannya (iaitu Surah Yusuf) ini adalah pada saat yang dianggap tempoh yang paling sukar yang dilalui oleh Rasulullah iaitu ketika Baginda berhadapan dengan tekanan dan seksaan dari musyrikin setelah meninggalnya Abu Talib dan isteri Baginda Saidatina Khadijah. (Tafsir al-Wasit)

6. Insiden-insiden ini menunjukkan bahawa saat Rasulullah ditimpa kesedihan, Allah akan menurunkan al-Quran bagi menenangkan jiwa Baginda. Oleh yang demikian, saat jiwa kita berasa sedih dan tertekan di musim pandemik ini, maka kembalilah kepada Allah dan bacalah al-Quran. 

7. Jadikan al-Quran sebagai penawar dan penyejuk hati orang yang beriman. Hayati setiap bilah perkataan serta mesej yang ingin disampaikan. Al-Quran adalah Kalamullah, mukjizat yang menjadi penawar buat jiwa yang terluka.

Semoga Allah membimbing kita.

Kredit: Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Saturday, 28 August 2021

COVID-19 STATUS AS AT 28.08.2021

Saturday.
28082021.


PAGI 28.08.2021

Pagi nan indah.. Malaysiaku

8.22 pagi nan cerah.. Malaysiaku

Ada orang kata di tanah sana segala ada
Ada orang kata cinta mereka sudah melata di sana
Bukan di sini
Tanah ini tiada apa
Kekayaan milik orang mendatang
Kebun dan ladang ditarah, halal dan haram
Kuasa jadi rebutan
Politik melintang pukang
Kalah taufan

Namun Allah masih sayang
Langit dan awan tetap tenang
Tiap pagi menjengah kami
Di tanah ini
Malaysiaku
Tanah airku... 


MUSLIM BUKAN HAMBA DUIT

Muslim Bukan Hamba Duit
=========
1. Dalam sebuah hadis yang sahih, Rasulullah dilihat sering membaca Surah al-Kafirun dalam Solat Sunat sebelum Subuh dan Solat Sunat selepas Maghrib. Amalkan bacaan surah ini. Ia seakan-akan satu ikrar dalam diri kita agar tidak menghambakan diri kepada dunia dan kekufuran. Satu ikrar yang kita ungkapkan setiap pagi dan petang. Saidatina Aisyah menceritakan:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الرَّكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ وَالرَّكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ: قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ وَقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ 

“Sesungguhnya Rasulullah membaca Surah al-Kafirun dan Surah al-Ikhlas ketika menunaikan (solat sunat) dua rakaat sebelum Subuh dan (solat sunat) dua rakaat selepas Maghrib.” (HR al-Tabrani, Ahmad dan al-Nasa’i)

2. Perhatikan isi kandung Surah al-Kafirun ini. Ia bukan sekadar ikrar untuk menjauhi sembahan orang kafir, malah lafaz surah ini adalah satu ikrar agar kita menafikan diri kita dari sebarang pengabdian kepada dunia. 

3. Perkataan ‘Abid (hamba) di dalam surah ini bukan sekadar bermaksud menyembah tetapi mengabdikan diri. Muslim tidak mengabdikan diri terhadap apa-apa yang disembah oleh orang-orang yang kufur kepada Allah. Muslim tidak menjadi hamba kepada dunia mahupun duit.

4. Ingatkah kita pesanan Hasan al-Basri yang melihat duit dan dunia telah menjadi berhala baharu yang disembah oleh Muslim. Kata Hasan al-Basri:

لِكُلّ أُمّة وَثَن يَعْبُدُوْنَهُ، وَصَنَم هَذِهِ الأُمّة الدِيْنَار وَالدِرْهَم

"Setiap umat itu mempunyai berhala yang disembah dan berhala buat umat ini adalah Dinar dan Dirham (iaitu duit, manusia mula menyembah duit, tergila-gilakannya)" (Ibn Abd al-Barr, Bahjah al-Majalis)

5. Malah dalam hadis yang lain Rasulullah berpesan kepada sahabat agar membaca Surah al-Kafirun sebelum tidur. Seorang sahabat Rasulullah bernama Naufal al-Ashja’i bertanya kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah, ajarkan kepadaku apa yang perlu aku baca ketika aku hendak tidur? Rasulullah lalu bersabda:

«اقْرَأْ {قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ}، فَإِنَّهَا بَرَاءَةٌ مِنْ الشِّرْكِ»

“Bacalah Surah al-Kafirun, sesungguhnya ia adalah pengecualian Muslim dari sebarang kekufuran.” (HR al-Tirmizi)

6. Pengulangan Surah al-Kafirun sebelum tidur seakan-akan satu proses muhasabah diri, agar Muslim sentiasa menginsafi pada setiap malam dan menghayati tujuan hidupnya bahawa dia hanya mengabdikan jiwa dan raganya hanya untuk Allah semata. 

Semoga Allah membimbing kita.

Kredit : Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Thursday, 26 August 2021

COVID-19 STATUS AS AT 26.08.2021

Thursday.
26.08.2021.

Allah.. Allah..
Rekod lagi hari ini... 
Tak sanggup dah kami Ya Allah..
Takut melihat figure
Sebak mengintai angka...

Hanyabl padaMu kami berlindung...

Tak tau nak kata apa
Tak terucap bicara
Tak tersusun baik kata
Hanya..
Innalillahi wa inna Ilahi rojiun.. 
Robbi Yassir
Wa la tu'assir... 

JOM NGAJI


Wednesday, 25 August 2021

TIPS REZEKI MELIMPAH

TIPS REZEKI MELIMPAH

1. DHUHA
Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat. Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT.

2. TAHAJJUD.
Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.

3. AL-QURAN.
Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa2 dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat.

4. ZIKIR
Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.

5. SOLAT BERJEMAAH terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih.

6. SILATURRAHIM.
Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang.

7. BERSEDEKAH.
Sedekah punyai satu power yang luar biasa. Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.

8. SOLAT AWAL WAKTU. Solatlah di awal waktu. Jika tgh susun 40 batu, tiba ke batu yang ke 39 azan berkemandang, sambunglah batu terakhir selepas solat.

9. BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH.
Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

10. TAWAKAL DAN USAHA. Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.

4 amalan surah setiap hari.

● Surah Yaasin - Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah - Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman - Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur

Lain-lain:

1. Minumlah air masak 3 liter sehari.
2. Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki.

BILA SEMUA AMALAN TELAH DIBUAT, SEGALANYA AKAN BERUBAH. INSYAA-ALLAH

Kredit : Socmed

Thursday, 19 August 2021

COVID-19 STATUS AS AT 19.08.2021

Thursday.
19.08.2021.



Wednesday, 18 August 2021

COVID-19 STATUS AS AT 18.08.2021

Wednesday 

Sunday, 15 August 2021

COVID-19 STATUS AS AT 15.08.2021

Sunday
15.08.2021



HURU HARA POLITIK

HURU HARA POLITIK

Sepertinya perubahan besar akan berlaku

Ramai yang gembira
Ramai juga yang berduka
Melepaskan marah juga ada
Tak rasa apa pun ramai juga
Anda yang mana ?

Sebagai rakyat jelata
Bersedia menerima dan bersabar seadanya
Kerana kebimbangan lain dijiwa
Ada yang saat ini sedang bertarung nyawa
Ada yang telah pergi selamanya
Ada yang belanja cuma ada sehari dua

AllahuAkbar

Sudah tentu takkan ada kerajaan yang sempurna
Takkan dapat memenuhi kehendak semua
Takkan dapat puaskan hati rakyat jelata
Walaupun dicuba sedaya upaya

Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyidin Yassin dan kerajaan hari ini,

Mereka lalui saat paling getir
Berterusan dalam tekanan
Yang tidak pernah terfikir
Kecaman atas bawah kiri dan kanan

Dalam sejarah Malaysia
Bahkan sejarah Dunia 
Para pemimpin hari ini diuji dengan huru hara
Wabak luar biasa telah mengubah segalanya

Kita perlu akui
Bahawa YAB Perdana Menteri
Serta sebahagian Menteri
Telah berusaha sedaya upaya memberi
Yang terbaik untuk hadapi musibah ini
Salah silap kekurangan tak boleh lari
Realitinya mereka yang hadapi

Walau apapun berlaku esok hari
Doa terus doa tanpa henti
Samada kekal atau diganti
Semuanya mendapat petunjuk Ilahi

Kami rakyat,

Mahukan pemimpin yang amanah
Jawatan dan kuasa bukan kebanggaan
Bukan menunjuk siap kuat siapa lemah
Ia bakal dihisab teliti di hadapan Tuhan

Jika kalian bersungguh tentang maksiat
Bawa rakyat untuk taat ibadat
Bawa sejahtera Dunia Akhirat
InsyaAllah Kami akan jadi rakyat yang taat

ALLAHU AKBAR

Duhai sahabatku semua,

Apa lagi yang mampu kita lakukan
Selain tumpukan perhatian
Kepada diri dan kehidupan
Sediakan bekalan bertemu Tuhan 

Tidak ada ketenangan dan kebahagiaan
Bila mencari dari luaran
Dunia dah akhir zaman
Memang tiada pilihan
Melainkan bertahan hidup bertuhan

Kebahagiaan jika disyaratkan
Maka makin jauh meninggalkan
Sedangkan ia ada dalam genggaman
Iaitu pada tasbih ditangan

Berzikir berdoa meminta pada-Nya
Bertaubat dan bersihkan jiwa
Ubah cara hidup semuanya
Hijrahkan hati dengan sepenuhnya

Siapa kita nak lawan taqdirnya
Semua ini tiada diminta dan disangka
Terlalu banyak duka dan derita
Namun tetaplah yakin pada-Nya
Allah itu Maha Cinta
kepada semua makhluknya
lagi-lagi pada kita manusia
yang menyembahNya

Jadi usah putus harapan
Dia tak pernah meninggalkan
Hanya kita yang melupakan
Banyaknya nikmat Tuhan

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahu Akbar

Nukilan Hati dengan hati-hati, 

ASMA’ BINTI HARUN
15 Ogos 2021

Note:
Hamba se hati dgn ustazah.
Bertimbang
Dan
Berasalah
Letak pada tempatnya
Timbang pada dacingnya
Jangan semua orang salah
Yang betul hanya kita
Tanpa sedar
Diri sendiri pun tak tahu apa-apa... 

Sunday, 8 August 2021

COVID-19 STATUS AS AT 08.08.2021

Subday.
08082021

Saturday, 7 August 2021

COVID-19 STATUS AS AT 07.08. 2021

Saturday.
07.08.2021.




COVID-19 STATUS AS AT 06.08.2021

Friday.
06.08.2021.

2
0
8
8
9
📍