Wednesday, 2 September 2020

SKYWALK FRIM

Rabu.
02.09.2020.

Kepong Botanical Garden
FRIM Skywalk jambatan gantung

Monday, 31 August 2020

KHASIAT ASMA UL HUSNA

Assalamualaikum. Berikut ialah khasiat bagi setiap satu asma ul husna yang mana jika kita amalkan, setiap satu darinya mempunyai khasiat yang berbeza-beza mengikut apakah hajat yang kita inginkan. Insya Allah...

1. YA RAHMAAN
Yang Maha Pengasih.

Apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan menjadi hilang dengan izin Allah.

2. YA RAHIIM
Yang Maha Penyayang.

Apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap hari, Insyaallah kita kan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.

3. YA MALIK
Raja Yang Maha Berkuasa.

Apabila dizikirkan sebanyak 121x setiap pagi atau setelah gelincirnya matahari, segala pekerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat dan kekayaan yang diredhai Allah.

4. YA QUDDUS
Yang Maha Suci

Apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hati, dengki & lain-lain.

5. YA SALAAM
Yang Maha Sejahtera.

Apabila dizikirkan sebanyak 136x, insyaallah jasmani & rohani kita akan terhindar daripada segala penyakit sehingga badan menjadi segar, sihat & sejahtera.

6. YA MU'MIN
Ya Maha Mengamankan.

Apabila dizikirkan sebanyak 236x, insyaallah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.

7. YA MUHAIMIN
Yang Maha Memelihara.

Apabila dizikirkan sebanyak 145x sesudah solat fardu Isyak, insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.

8. YA 'AZIZ
Yang Maha Perkasa.

Apabila dizikirkan sebanyak 40x sesudah solat Subuh, insyaallah kita akan menjadi orang yang mulia disegani orang kerana penuh kewibawaan.

9. YA JABBAR
Yang Kehendaknya Tidak Dapat Diingkari.

Apabila dizikirkan sebanyak  226x pagi & petang semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.

10. YA MUTAKABBIR
Yang Memiliki Kebesaran.

Apabila dizikirkan sebanyak 662x maka dengan kebijaksanaan bertindak kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yang setia.

11. YA KHALIQ
Yang Maha Pencipta.

Dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, insyaallah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran, amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat faham.

12. YA BARI'
Yang Maha Merancang.

Sekiranya kita berada di dalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100x selama 7 hari berturut-turut, insyaallah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh daripenyakit tersebut.

13. YA MUSAWWIR
Yang Maha Pembentuk.

Sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini selama 10x, insyaallah akan dikurniakan anak yang soleh.

14. YA GHAFFAR
Yang Maha Pengampun.

Sambil Beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, insyaallah akan diampun dosa-dosa kita.

15. YA QAHHAR
Yang Maha Perkasa.

Dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakan & kemewahan dunia dan insyaallah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.

16. YA WAHHAB
Yang Maha Memberi Kurnia.

Dizikir sebanyak 100x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu di dalam kesempian, insyaallah segala kesulitan atau kesempitan daam soal apa pun akan hilang.

17. YA RAZZAQ
Yang Maha Pemberi Rezeki.

Dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat Subuh, insyaallah akan dipermudahkan rezeki yan halal & membawa berkat.

18. YA FATTAH
Yang Maha Pembuka.

Dizikir sebanyak 71x sesudah selesai solat Subuh, insyaallah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.

19. YA 'ALIM
Yang Maha Mengetahui.

Dizikir sebanyak 100x setiap kali selesai solat Maktubah, insyaallah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.

20. YA QABID
Yang Maha Menyempitkan.

Dizikirkan 100x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.

21. YA BASIT
Yang Maha Melapangkan.

Perbanyakkan zikir ini setiap hari, insyaallah rezeki akan menjadi murah.

22. YA KHAFID
Yang Maha Merendahkan.

Dizikirkan sebanyak 500x setiap hari dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, insyaallah segala maksud yang baik akan ditunaikan Allah. Jika mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

23. YA RAFI'
Yang Maha Mengangkat.

Dizikirkan setiap hari, siang dan malam sebanyak 70x, insyaallah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.

24. YA MU'IZ
Yang Maha Membeningkan.

Dizikirkan sebanyak 140x setiap hari, insyaallah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutamanya bagi ketua-ketua jabatan atau perniagaan.

25. YA MUZIL
Yang Maha Menyesatkan.

Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang yang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, insyaallah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.

26. YA SAMI'
Yang Maha Mendengar.

Sekiranya ingin doa kita makbul dan pendengaran kita tajam, amalkan zikir ini setiap hari mengikut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solat Dhuha, insyaallah doa akan mustajab.

27. YA BASIR
Yang Maha Melihat.

Dizikirkan sebanyak 100x sebelum solat Jumaat, insyaallah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.

28. YA HAKAM
Yang Maha Melapangkan.

Dizikirkan sebanyak 68x pada tengah malam dalam keadaan suci, insyaallah dapat membuka hati seseorang itu untuk mudah menerima ilmu-ilmu agama.

29. YA 'ADL
Yang Maha Adil

Dizikirkan sebanak 104x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, insyaallah diri kita selalu dapat berlaku adil.

30. YA LATIF
Yang Maha Lembut

Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, insyaallah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris dan maju.

31. YA KHABIR
Yang Maha Berwaspada

Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, insyaallah akan dapat bertemu dengan teman atau anak yang terpisah sekian lama.

32. YA HALIM
Yang Maha Penyantun.

Dizikirkan sebanyak 88x selepas solat 5 waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan, insyaallah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar.

33. YA 'AZIM
Yang Maha Agung.

Dizikirkan sebanyak 12x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderita sakit, insyaallah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin & sebagainya.

34. YA GHAFFUR
Yang Maha Pengampun

Bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengampuni dosa-dosanya dan beriktikad untuk tidak mengulanginya. Insyaallah akan diterima taubatnya oleh Allah.

35. YA SYAKUR
Yang Maha Mensyukuri.

Dizikirkan sebanyak 40x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, insyaalah semua hajat kitaakan dimakbulkan Allah.

36. YA 'ALI
Yang Maha Tinggi

Tulislah zikir ini sebanyak 110x di dalam bahasa Arab, lalu direndam pada air yang dingin dan diminum, insyaallah air tadi mujarab untuk kecerdasan minda seseorang.

37. YA KABIR
Yang Maha Besar

Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1000x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajjud atau hajat)

38. YA HAFIZ
Yang Maha Penjaga

Dizikir sebanyak 99x, insyaallah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.

39. YA MUQIT
Yang Maha Pemberi Kekuatan.

Sekiranya kita berada di dalam kelaparan dan sukar untuk mendapatkan makanan, maka perbanyakkanlah zikir ini. Insyaallah badan kita akan menjadi kuat dan segar kerana rasa lapar akan hilang.

40. YA HASIB
Yang Maha Pembuat Perhintungan

Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777x sebelum matahari terbit & selepassolat Maghrib, insyaallah kedudukan kita akan kukuh tanpa sebarang gangguan.

41. YA JALIL
Yang Maha Mempunyai Keagungan

Amalkan zikir ini pada 1/3 malam, insyaallah perniagaan akan bertambah maju, kedudukan akan lebih tinggi dan terhormat.

42. YA KARIM
Yang Maha Mulia.

Untuk Mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.

43. YA RAQIB
Yang Maha Mengawasi

Berzikirlah sebanyak 50x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatiri akan hilang kerana berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah.

44. YA MUJIB
Yang Maha Mengabulkan.

Amalkan zikir ini sebanyak 55x sesudah solat Subuh. Insyaallah doa kita akan dimakbulkan Nya.

45. YA WASI'
Yang Maha Luas

Apabila di dalam kesulitan maka amalkanlah zikir ini sebanyak 128x setiap pagi & petang. Insyaallah segala kesulitan akan hilang. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, insyaallah kita akan dijaga dari hasad dengki sesama makhluk.

46. YA HAKIM
Yang Maha Bijaksana.

Bagi sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, insyaallah akalnya akan manjadi cergas & lancar dalam menghafal dan mengikuti pelajaran. Amalkan sekurang-kurangnya 300x setiap hari.

47. YA WADUD
Yang Maha Penyiram Kesejukan.

Amalkan zikir ini sebayak 1000x pada setiap malam. Insyaallah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumah tangga kita akan berada dalam keadaan harmoni.

48. YA MAJID
Yang Maha Penyandang Kemegahan

Untuk ketenteraman keluarga, amalkan zikir ini sebanyak 99x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. Insyaallah semua anggota keluarga kita akan meyayangi& menghormati kita sebagao ketua keluarga.

49. YA BA'ITH
Yang Maha Membangkitkan 

Zikirkan sebanyak 100x dengan meletakkan kedua tangan ke dada. Insyaallah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.

50. YA SYAHID
Yang Maha Menyaksikan

Apabila ada diantara kedua keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & mengubah sikapnya.

51. YA HAQ
Yang Maha Besar

Perbanyakkan zikir ini, insyaallah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.

52. YA WAKIL
Yang Maha Pemegang Amanah

Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, insyaallah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sedia kala.

53. YA QAWI
Yang Maha Kuat

Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berhadapan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.

54. YA MATIN
Yang Maha Kukuh

Amalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.

55. YA WALI
Yang Maha Melindungi

Amalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izin Nya, kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang yang bersifat dengki.

56. YA HAMID
Yang Maha Terpuji

Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.

57. YA MUHSI
Yang Maha Penghitung.

Sekiranya kita menginginkan diri kita digolongkan dalam pertolongn yang selalu dekat dengan Allah, maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.

58. YA MUBDI
Yang Maha Memulakan

Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470x setiap hari. Insyaallah.

59. YA MU'ID
Yang Maha Mengembalikan

Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri & sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124x setiap hari sesudah solat. Insyaallah akan dipertunjukkan hasilnya.

60. YA MUHYI
Yang Maha Menghidupkan

Amalkan zikir ini 58x setiap hari, insyaallah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.

61. YA MUMIT
Yang Maha Mematikan.

Barangsiapa yang memperbanyakkan zikir ini, insyaallah akan dipermudahkan dalam perniagaan,politik & sebagainya.

62. YA HAYYU
Yang Maha Hidup.

Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah dalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.

63. YA QAYYUM
Yang Maha Menegakkan.

Amalkan zikir ini sebanyak 1000x setiapmalam atau siang, insyaallah akan memperolehi harta yang banyak lagi berkat, dikasihi oleh setiap manusia, berwibawa, ditakuti musuh & menjadi insan yang terhormat.

64. YA WAJID
Yang Maha Menemukan

Andai keinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.

65. YA MAJID
Yang Maha Mulia.

Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.

66. YA WAHID
Yang Maha Tunggal

Bagi pasangan yang belum mempunyai cahaya mata, amalkanlah zikir ini sebanyak 190x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama sebulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis. Insyaallah.

67. YA AHAD
Yang Maha Esa

Zikir Asma Allah ini sebanyak-banyaknya, insyaallah kita akan melupakan sifat-sifat yang dinisbahkan kepada diri kita atau orang lain.

68. YA SAMAD
Yang Maha Diperlukan.

Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. Insyaallah diri ini akan berasa kembali segar.

69. YA QADIR
Yang Maha Menentukan

Apabila kita berhajatkan sesuatu namun selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305x setiap hari. Insyaallah segala hajat akan berhasil.

70. YA MUQTADIR
Yang Maha Berkuasa

Amalkan zikir ini sebanyak-banyaknya sehingga apa sahaja ikhtiar kita berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.

71. YA MUQADDIM
Yang Maha Mendahulukan

Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, "barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184x setiap hari, insyaallah segala usahanya akan berhasil.

72. YA MUAKHKHIR
Yang Maha Mengakhirkan

Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkan zikir ini.

73. YA AWWAL
Yang Maha Awal

Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37x setiap hari, insyaallah segala apa yang dihajati akan diperkenan Allah.

74. YA AKHIR
Yang Maha Akhir

Amalkan zikir ini sebanyak 200x sesudah solat 5 waktu selama 1 bulan insyaallah akan dibukakan pintu rezeki yang halal.

75. YA ZAHIR
Yang Maha Nyata

Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106x selesai solat ditempat yang sunyi, nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia serta diberi kefahaman ilmu.

76. YA BATIN
Yang Maha Ghaib

Amalkanlah zikir ini sebanyak 30x sesudah solat fardu, nescaya Allahakan membuka hijab padanya dari segala rahsia serta diberi kefahaman ilmu.

77. YA WALI
Yang Maha Memberikan

Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang, insyaallah kita akan dibukakan pintu ma'rifat.

78. YA MUTA'ALI
Yang Maha Meninggikan

Sekiranya kita hendak berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi, bacalah zikir ini sebanyak mungkin. Insyaallah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting akan berhasil.

79. YA BARR
Yang Maha Dermawan

Amalkan zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, insyaallah segala apa yang dihajati akan terlaksana dengan mudah.

80. YA TAWWAB
Yang Maha Penerima Taubat

Perbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.

81. YA MUNTAQIM
Yang Maha Penyiksa

Perbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendapat pertolongan Allah dalam berhadapan dengan orang yang zalim.

82. YA 'AFU
Yang Maha Pemaaf

Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.

83. YA RAUF
Yang Maha Pengasih

Bagi sesiapa sahaja yang inginkan dirinya disayangi oleh sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu pada waktu siang mahupun malam.

84. YA MALIKUL MULK
Yang Maha Menguasai Segala Kerajaan

Seseorang ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa gangguan, amalkan zikir ini sebanyak 212x sesudah solat waktu & 212x pada setiap malam.

85. YA ZUL JALALI WAL IKRAM
Yang Maha Memiliki Kebebasan & Kemuliaan

Amalkan zikir ini sebanyak 65x setiap hari, insyaallah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.

86. YA MUQSIT
Yang Maha Menyeimbangkan.

Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, insyaallah Allah akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.

87. YA JAMI'
Yang Maha Pengumpul

Sekiranya ada ahli keluarga kita yang lari daripada rumah amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.

88. YA GHANI
Yang Maha Kaya.

Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, insyaallah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.

89. YA MUGNI
Yang Maha Pemberi Kekayaan

Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, insyaallah segala hajat kita akan tercapai.

90. YA MANI'
Yang Maha Mencegah

Amalkan zikir ini sebanyak 161x pada waktu menjelang solat Subuh setiap hari, insyaallah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.

91. YA DARR
Yang Maha Pemberi Derita

Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001x pada setiap hari, insyaallah dengan ikhtiar ini penyakit yang telah lama dihidapi akan cepat sembuh.

92. YA NAFI'
Yang Maha Pemberi Manfaat

Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir inisetiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.

93. YA NUR
Yang Maha Bercahaya

Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barang siapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun akhirat, maka selalulah berzikir dengan Asma Allah ini setiap pagi & petang.

94. YA HADI
Yang Maha Pemberi Petunjuk

Bagi sesiapa yang tersesat dalam perjalanan, zikirlah Asma Allah, insyaallah akan diberia pertolongan dan cepat lepas dari kesesatan tersebut.

95. YA BADI'
Yang Maha Pencipta Keindahan

Andai kita mempunyai rancangan yang besar,maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500x selepas solat fardhu. Insyaallah rancangan kita akan berjaya & berjalan lancar.

96. YA BAQI
Yang Maha Kekal

Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada bila-bila masa, insyaallah dengan ikhtiar ini semua pekerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas dan perniagaan akan terus maju.

97. YA WARIS
Yang Maha Pewaris

Amalkan Asma Allah ini sebanyak yang mungkin, insyaallah kita akan dikurniakan umur yang panjang & hidup yang berhasil.

98. YA RASHID
Yang Maha Bijaksana

Berzikirlah dengan Asma Allah ini sebanyak 1000x di antara waktu Maghrib dan Isyak, insyaallah kita akan beroleh minda yang cerdas.

99. YA SABUR
Yang Maha Sabar

Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir Asma Allah ini. Dengan sifat sabar dan penuh pengharapan kepada Allah, insyaallah segala usaha kita akan mencapai kejayaan.

Sekianlah khasiat 99 Asma ul Husna. Amalkanlah. Semoga beroleh kebaikan. 

Aamiin...

Kredit: pesan bonda

Thursday, 27 August 2020

COVID-19 Sana sini

Kluster Tawar: Kluster aktif terbesar dan strain D614G

Setakat 26 Ogos 2020, Kluster Tawar adalah kes aktif yang paling tinggi dan diberi tumpuan oleh KKM. Sebanyak 73 kes positif COVID-19  telah direkodkan sejak kluster ini dikesan pada 12 Ogos lalu. Kes indeks bagi kluster ini adalah seorang lelaki warganegara yang merupakan pembekal makanan ringan dan penjual besi buruk. Dia dikesan positif ketika menjalani saringan selepas bergejala di sebuah hospital swasta di Sungai Petani. Sehingga kini, punca jangkitan masih dalam siasatan.

Daripada 73 kes, enam dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan setakat ini, kluster tersebut tidak melaporkan kematian. 
Kluster ini merebak di empat daerah di Kedah  dengan Kuala Muda paling tinggi 26 kes, Baling (20), Kulim (15) dan Sik (1 kes). Kluster ini juga dikesan di Pulau Pinang melibatkan Timur Laut (6), Barat Daya (4) dan Seberang Prai Utara (1 kes).

Baru-baru ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato’ Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM mengesyaki kluster ini melibatkan strain mutasi D614G tetapi pengesahan hanya boleh dibuat selepas ujian makmal. Ujian ini memakan masa kerana virus itu perlu diasingkan dan dikultur (dibiak) sebelum ujian dilakukan.

Sebelum ini, KKM telah mengesan strain mutasi D614G dalam tiga kes dari Kluster PUI Sivagangga yang merupakan kontak rapat kepada kes indeks serta satu kes dari Kluster Bukit Tiram yang merupakan warga Filipina. Kluster Bukit Tiram telah diisytiharkan tamat 26 Ogos.

Media antarabangsa, South China Morning Post (SCMP) pernah melaporkan hanya dua negara di Asia yang mengesan strain mutasi D614G iaitu Malaysia dan Filipina.

Strain mutasi ini dikatakan berasal dari Eropah dan merebak sehingga menjadi ‘super spreader’ di Pakistan dan India. Namun, kekuatan strain (virulence) dikatakan sama seperti strain biasa tetapi ia cepat merebak dan tinggi ‘viral load’.

Wednesday, 12 August 2020

GUNUNG YANG MENJADI SAKSI PERJUANGAN NABI SAW

🔰﷽

🍂 SAKSI SEJARAH PERJUANGAN NABI ﷺ

📍JABAL UHUD
Terletak di kota Madinah, Jabal Uhud sudah menjadi tujuan wajib bagi  yang ingin melaksanakan ibadah Umrah atau Haji. Jabal Uhud juga dikenal sebagai bukit terpanjang yang membentang sepanjang 6 kilometer

Jabal Uhud sendiri memiliki arti sebagai bukit yang menyendiri. Mayoritas gunung di Madinah memang menyambung, berbeda dengan Jabal Uhud. Di Gunung ini juga dapat merasakan kenangan Perang Uhud serta perjuangan Nabi Muhammad shollallahu alaihi wasallam.

Saat perang Uhud tahun 625 silam, sebanyak 70 orang syuhada gugur dalam peperangan. Ini menjadikan Jabal Uhud tempat pemakaman para pejuang perang tersebut.

📍JABAL NUR
Berjarak 7 kilometer dari Masjidil Haram, Jabal Nur merupakan salah satu destinasi Gunung yang wajib dikunjungi saat pergi beribadah Umroh atau Haji. Di kawasan inilah terdapat pula Gua Hira, saksi bisu turunnya wahyu ke pada Nabi Muhammad shollallahu alaihi wasallam.

Jabal Nur memiliki ketinggian 642 mdpl, di mana juga menjadi titik awal Nabi Muhammad shollallahu alaihi wasallam diangkat menjadi nabi dan rasul yang terakhir.
Sedangkan Gua Hira merupakan gua yang digunakan Nabi Muhammad untuk menyendiri dan menenangkan pikirannya, disusul dengan kehadiran malaikat Jibril yang memberikan wahyu.

Yang harus dicoba saat berkunjung ke kawasan Jabal Nur adalah mendaki hingga puncak gunung. Dengan waktu tempuh kurang lebih satu jam, kita akan mendapatkan pemandangan yang indah dari kota Makkah secara keseluruhan. Pemandangan paling bagusnya saat menjelang Maghrib....MasyaaAllah

📍JABAL RAHMAH
Di sinilah bukit di mana menjadi tempat pertama Adam dan Hawa bertemu dan diturunkan oleh Tuhan ke muka bumi.

Bukit yang terletak di tepi Padang Arafah, sebelah timur dari kota Makkah ini memiliki tinggi hanya sekitar 70 meter, Jabal Rahmah merupakan salah satu bukit atau gunung yang mudah untuk dicapai yg hanya memerlukan waktu 15 menit saja untuk mencapai puncaknya.

📍JABAL TSUR
Adalah gunung setinggi 458 meter yang berada di sebelah selatan Kota Makkah.
Gua Tsur terletak di puncak Gunung Tsur. Di gua itulah Rasulullah shollallahu alaihi wasallam bersama Abu Bakar Shiddieq bersembunyi selama tiga hari dari kejaran kaum kafir Quraisy ketika hijrah ke Madinah Al-Munawwarah.

CnP

COLMAR TROPICALE BUKIT TINGGI

Sabtu.
01.08.2020.
11 Zulhijjah 1441H. 
Raya ke2 Jengka. 
Saudara tiada. 
Tak tahu ke mana. 
Bersiap la kita walau tanpa arah.
Bincang la dalam kereta sebab bincang di rumah seakan tak kan sudah. 
Janji minyak kereta ada. 
Janji kalau jalan jem kena redha. 
Sepakat jom cari durian. 
Sepakat jom jalan-jalan tanpa tujuan. 


MALAM RAYA IED ADHA MUBARAK 1441H/2020M

Khamis malam Jumaat.
30.07.2020
09 ZH 1441H.
Perjalanan perantau tumpang yang seronok. 
Teruja. 
Walau kampung sabit cuma. 
Walau hanya Setiawangsa ke Jengka. 
Umpama flight Kuala Lumpur ke Amerika.
Persiapannya. 

Bingka labu bijan meriah untuk bekal balik Jengka. Sempat la mokcik bakar sementara tunggu buka puasa petangnya. 

Plan awal nak makan kat MCD Genting Sempah. Tapi since jalan dah start jem seawal tayar kereta memasuki MRR2, kami tukar plan. Makan la dulu sebab tak sanggup nak duduk dalam kereta dalam keadaan lapar. 

Kenyang perut perjalanan diteruskan. 
Bergerak perlahan. 
Pejam. 
Celik. 
Pejam lagi. 
Lama dan makin lama mata terpejam. 
Masih belum sampai.
Akhirnya di sepertiga akhir malam.
Pintu rumah blok A
Jengka 15 kami ketuk. 
Sebelum berdetak. 
Beduk. 

Thursday, 30 July 2020

HAJJ 1441H

Rindunya hati.
Tak terperi. 
Setelah engkau ku tinggal pergi. 
Bertahun lalu. 
Ya Rabb. 
Ku pinta izin dariMu. 
Jemput aku lagi... 

2020
Pandemic Covid-19 
Tahun dugaan
Jemaah dari jutaan terkekang 
Seribu cuma
Terpilih
Teristimewa
Labbaikkallah Humma Labbaik
Labbaikalaa Syariikala kalabbaik... 


PUASA ARAFAH

Khamis.
30.07.2020M.
9 Zulhijjah 1441H. 

Tuesday, 28 July 2020

KEK MENTEGA SIMPLE

Hari tu buat kek oren tak jadi. 
Rasa macam arab cookies kata anak-anak. Sedap tapi bertapi... 
Sebab hati memang nak sangat makan kek bukan arab cookies tidur malam rasa macam mimpi makan kek...mengalahkan orang mengidam. 

Jadinya hari ni sambil masak sambil tengok apa yang ada kat dapur untuk bikin kek apa yang jadi nanti. 

Kek simple yang rasa kek. Bukan rasa bingka😂

Bahan :-
1 cawan mentega
1 cawan gula halus (kurangkan kalau kita sejenis yang kurang makan manis)
1 cawan tepung gandum  
1 sudu kecik baking powder (ayak dgn tepung) 
1 sudu kecik esen vanilla 
3 biji telur

Cara:-
1. Pukul mentega dengan gula sampai putih gebu kembang. 
2. Masukkan telur sikit-sikit. Buang ari2 telur (yang bertali tu) untuk hilangkan hanyir. Pukul sebati. 
3. Campur esen vanilla. 
4. Masukkan tepung sikit demi sikit. Kaup balik untuk sebati. 
5. Oles bekas dengan mentega. 
6. Panaskan oven. 
7. Bakar. 
Done. 



Kek dah sejuk. Keluarkan. Potong. 

Testing testing... Nampak macam ok... 
Tekstur kek. 
Rasa kek. 

Up, close and personal... 


Sunday, 12 July 2020

KEK OREN

Sabtu.
11.07.2020.

Sejak dua menjak ni tekak asyik sangat teringin nak makan kek oren. Sangat2... Nak kek oren zaman dolu2.. Masa zaman budak2 dulu..zaman makan apa pun sedap, makan apa pun berebut adik-beradik. Zaman pukul adunan gula telur dengan sudip kayu, zaman bakar kek dalam oven kotak hitam...zaman kalau dapat makan kek tu kira macam dah kaya sangat😆. Dan zaman yang tak akan kembali lagi...itu kenyataannya! 

So petang2 ni sambil layan hujan renyai2 kat luar...meh buat kek oren. 

Bahan- bahan:
1 biji oren sunkist (dlm esbox ada oren navel je...boleh la kot) 
2 biji telur
1 cawan minyak
1 cawan gula (mokcik kurangkan sikit sbb oren navel tu dah manis) 
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecik baking powder
1 sudu kecik esen vanila
Sedikit garam

Ni bahan-bahannya. 

Cara buat:
1. Potong oren kecik2.. 
Mokcik buang urat tengah. Kalau ada bijik, buang. Takut pahit nanti. 

Ni rupa dia. 
Mula2 gagah jugak nak buang lapisan putih kulit oren ni sebab takut pahit. Tapi bila try makan sikit... Tak pahit pun. So kita skip je la.

2. Masukkan minyak, telur, gula dan oren dalam blender. 

3. Blend sampai kembang dan berbuih. 

Bukak je penutup blender tu.. Wah, bestnya bau oren. Dah terbayang kek oren.. Kononnya. 

4. Dah siap blend, tuang hasil blender tu dalam mangkuk. 

Halus mulus. Harap2 keknya gebuss. 

5. Masukkan esen vanila. Kacau sebati. Kemudian masukkan tepung yg siap diayak sedikit demi sedikit. Kaup bagi sebati. 

Nota: Actually masa ni hati mokcik berdetik... Awat rasa lain macam je adunan ni. Tak sedap hati...

6. Lengserkan loyang dgn planta. Kemudian masukkan adunan td dalam loyang. 

Siap untuk dibakar. Bakar ikut oven masing2. Mokcik pakai oven yg sekali dgn microwave  tu. So tekan2 ke function cake. Then press On. 

Masa tgh bakar tu debor jugak hati. Jadi ke idok. Jadi ke idok.. Kalau ikut resepi patut jadi. Kalau ikut naluri dan gerak hati macam ke laut je nnti.. 

7. Finally the result is... 

Keluar je dari oven...bau kek oren nan semerbak. 

8. After few minutes kek sejuk. 
Potong. 
Dan hasilnya... 
Kek oren bantat... Hahaha. 

Ini bukan kek. 
Bukan juga bingka. 
Ini KEKKA. 

In the nutshell. 
Kita buat apa yg patut sehabis baik mungkin. 
Our best. 
Kita pun hope for the best. 
Yet Allah do the rest. 
Jangan dipersoal kenapa. 
Yang penting redha. 
Dan terus usaha. 
Nanti kita try lagi naaa... 
Hashtag HIDUP TIDAK SELALU INDAH. KUIH TIDAK SELALU JADI. 
Cheers 😜😜😜😜

#norizahnoorwrites 



Sunday, 5 July 2020

110 Hari PKP

Hari ini adalah hari ke 110 sejak bermula #perintahkawalanpergerakan dan kini dalam fasa #PKPP banyak perkara yang terlarang tiga bulan lalu ketika bermula #PKP telah dapat dilakukan.

Orang akan tertanya-tanya apa SOP untuk itu atau ini? SOP sudah menjadi istilah yang biasa digunakan masyarakat secara umumnya. Khutbah pun sebut pasal SOP.

Saya memang sejak mula bekerja pada tahun 1991 banyak melihat kepada sistem kawalan dalaman atau internal controls yang dibina dalam SOP. Saya kerap berkata bahawa saya adalah "operations man" kerana itu tugas saya. Walaupun SOP akan memberi kita langkah-langkah dan tatacara untuk melakukan sesuatu, penting juga kita tahu apakah prinsip-prinsip penting, jika tidak pasti atau tidak tahu tentang SOP-SOP tertentu. 

Kita amalkan SOP bukan sebab kita takut kepada undang-undang. Amalkan SOP kerana kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah yang tidak mahu memberi jangkitan kepada orang lain dan juga dalam kewajipan kita menjaga kesihatan dan keselamatan diri kita. Dunia masih belum selamat dari #covid-19. COVID-19 tidak berjalan dengan sendiri sebagai jangkitan. Kita manusia yang menggerakkan virus tersebut. 

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia akan biasa memberi nasihat yang sama dalam kenyataan-kenyataan beliau. Sama sahaja sepanjang tahun ini. Dah boleh ingat 3C dan 3W, dan social distancing. 

1. Elakkan 3S/3C iaitu elakkan kawasan SESAK atau CROWDED place, elakkan kawasan SEMPIT atau CONFINED spaces dan elak SEMBANG atau bertutur dengan jarak yang dekat atau CLOSE CONVERSATION.

2. Amalkan 3W atau kerap cuci tangan dengan air dan sabun (WASH). Boleh juga guna sanitiser. Juga WEAR atau pakai pelitup muka atau facemask. Dan WARN iaitu amaran KKM untuk #StaySafe #StayAtHome.

Sentiasa amalkan penjarakan sosial atau social distancing.

Semua nasihat di atas ada prinsip-primsip yang perlu kita sendiri mengamalkannya tanpa perlu diberitahu SOP atau disuruh.

Sama-sama #KitaJagaKita.
CnP

Saturday, 4 July 2020

Jalan-jalan cari durian.

04.07.2020.
Sabtu.

Ikut rasa binasa katanya
Ikut hati mati bidalannya
Ikut tekak yang mengidam durian Segamat
Apa pula? 
Bangun pagi
Packing
Isi minyak
Reload smart tag
Jalan-jalan santai cari durian



Our road map for today. 

Exit tol Alor Gajah.. Menyelusuri jalan kampung. Saje je ikut jalan ni sebab last year pergi ikut K. Pilah. Kali ni kita ikut jalan ni. Boleh singgah Gemas... Nak nengok stesen ketapi. 


Gomoncheh

Sampai sudah... Gomeh





Saturday, 27 June 2020

HAK SESAMA MUSLIM - BERSIN

#5
HAK MUSLIM, SESAMA MUSLIM: APABILA SEORANG MUSLIM BERSIN LALU UCAP "ALHAMDULILLAH", MAKA DOAKANLAH DIA DENGAN "YARHAMUKALLAH"

Apa itu bersin?

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Sollallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

الْعُطَاسُ مِنْ اللَّهِ وَالتَّثَاؤُبُ مِنْ الشَّيْطَانِ ......

“Bersin itu daripada Allah, manakala menguap itu dari Syaitan.....
(Hr. At Tirmizi)

Maka, apabila seorang muslim di sisi kita bersin, maka kita mempunyai tanggungjawab kepadanya, iaitu:

"Apabila seseorang bersin, lalu dia ucapkan Alhamdulillah, maka doakanlah dia dengan Yarhamukallah.

Hadith itu memberi isyarat, kita disuruh untuk mendoakan kepada muslim yang bersin itu dengan Yarhamukallah (semoga Allah merahmatimu), tetapi dengan syarat "apabila diucapkan alhamdulillah, baru diwajibkan kita mendoakannya"

Setelah itu, orang yang di doakan yarhamukallah itu, disunnahkan mendoakan kepada muslim yang mendoakan itu dengan lafaz Yahdikumullah wa Yuslihu baalahum atau yaghfirullahu lana wa lakum

Adab bersin:
1. Perlahankan suara bersin, dan tutup mulut. Kedua perkara ini adalah sunnah Nabi saw.

‼️Peringatan, ketika di dalam solat, tidak dianjurkan melakukan sunnah ini bila dengar muslim lain bersin, kerana ada beberapa permasalahan dan perbezaan. 

Sekiranya nak menjawab juga, tetapi tiada ilmu tentangnya, boleh membatalkan solat.

Wallahu'alam.
Ayuh Senantiasa doakan saudara kita yang lain, yakinlah, nanti Allah akan kirimkan muslim yang lain doakan kita, in Shaa Allah.

Thursday, 25 June 2020

#UAH SAHABAT DUNIA AKHIRAT 24.06.2020

MUSTAHIL seseorang yang menjaga solatnya, puasanya, sedeqahnya dan mungkin lidahnya juga suka berzikir, tetapi lidah yang sama berkata KEJI dan HINA. Samada melalui LISAN atau TULISAN yang tidak berbunyi, ia gambaran hati. Ibadah yang diterima Allah buahnya ialah akhlak yang mulia, firmanNya :

“Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” Al Ankabut : 45

Nabi SAW bersabda:
إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاق

“Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan AKHLAK."
[Riwayat Ahmad (8952)]

Asma Harun #UAHSahabatDuniaAkhirat

Friday, 5 June 2020

MALAYSIA OH TANAH AIRKU

Amalkan 3 W
Wash
Wear
Warn by KKM

Elakkan 3 S
Sesak
Sempit
Sembang

Amalkan
SOP
S
O
Penjarakkan sosial

SAMBAL KEDONDONG



Asal kedondong dari Ulu Yam
Dijadikan sambal bersulam ulam
Buah tangan dari sahabat
Ukhwah berdekad
Masih utuh
Masih kuat
Walau badan tersisa kudrat
Tangan urat berselirat
Tanda usia meningkat 
Rumah abadi kita makin dekat
Namun sahabat tetap sahabat
Walau jumlah yang dahulu banyak 
Makin mendekat
Rapat
Biarlah yang ada
Yang tinggal
Kekal berkat. 
In shaa Allah... Aamiin Ya Rabb. 

04.06.2020
norizahnoorwrites 

Malam 13 Syawal 1441H


Bulan purnama
Mengambang
Penuh
Dipagar awan
Berombak
Beralun
Mata asyik menatap
Kusyuk
Hati rendah meratap
Tawaddhu'
Kerna
Yang di atas berkuasa penuh
Mutlak
Yang di bawah hamba cuma
Pintalah
Menadahlah
Untuk sebuah pengharapan kehidupan
Penuh redha

13 Syawal 1441 H
Jumaat
03.06.2020
8.44mlm


Monday, 1 June 2020

SUP TULANG ALA THAI

9 Syawal 1441H.
01.06.2020.
1st day puasa enam for this year. 
Tapi bukan permintaan orang yang berpuasa pun nak makan sup tulang. Orang yang tak puasa teringin, mak cik yang puasa ni yang kena masaknya pun. Walhal few days before raya aritu baru je masak sup tulang thai ni.. 
Tai itu la, kan...road to jannah kata orang. Berkorban jiwa dan raga. Walau ketaq lutut keras tumit, kugagahkan jua...
Itu kisahnya. 

Resepi SUP TULANG THAI. 
Bahan-bahan:
Tulang
Bawang merah 
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Sup bunjut
Daun saderi
Daun ketumbar
Tomato
Cili api
Rempah sup tulang adabi
Jus limau

Bahan cili kicap:
Cili api
Bawang putih

Up, close and personal) :