Sunday, 5 July 2020

110 Hari PKP

Hari ini adalah hari ke 110 sejak bermula #perintahkawalanpergerakan dan kini dalam fasa #PKPP banyak perkara yang terlarang tiga bulan lalu ketika bermula #PKP telah dapat dilakukan.

Orang akan tertanya-tanya apa SOP untuk itu atau ini? SOP sudah menjadi istilah yang biasa digunakan masyarakat secara umumnya. Khutbah pun sebut pasal SOP.

Saya memang sejak mula bekerja pada tahun 1991 banyak melihat kepada sistem kawalan dalaman atau internal controls yang dibina dalam SOP. Saya kerap berkata bahawa saya adalah "operations man" kerana itu tugas saya. Walaupun SOP akan memberi kita langkah-langkah dan tatacara untuk melakukan sesuatu, penting juga kita tahu apakah prinsip-prinsip penting, jika tidak pasti atau tidak tahu tentang SOP-SOP tertentu. 

Kita amalkan SOP bukan sebab kita takut kepada undang-undang. Amalkan SOP kerana kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah yang tidak mahu memberi jangkitan kepada orang lain dan juga dalam kewajipan kita menjaga kesihatan dan keselamatan diri kita. Dunia masih belum selamat dari #covid-19. COVID-19 tidak berjalan dengan sendiri sebagai jangkitan. Kita manusia yang menggerakkan virus tersebut. 

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia akan biasa memberi nasihat yang sama dalam kenyataan-kenyataan beliau. Sama sahaja sepanjang tahun ini. Dah boleh ingat 3C dan 3W, dan social distancing. 

1. Elakkan 3S/3C iaitu elakkan kawasan SESAK atau CROWDED place, elakkan kawasan SEMPIT atau CONFINED spaces dan elak SEMBANG atau bertutur dengan jarak yang dekat atau CLOSE CONVERSATION.

2. Amalkan 3W atau kerap cuci tangan dengan air dan sabun (WASH). Boleh juga guna sanitiser. Juga WEAR atau pakai pelitup muka atau facemask. Dan WARN iaitu amaran KKM untuk #StaySafe #StayAtHome.

Sentiasa amalkan penjarakan sosial atau social distancing.

Semua nasihat di atas ada prinsip-primsip yang perlu kita sendiri mengamalkannya tanpa perlu diberitahu SOP atau disuruh.

Sama-sama #KitaJagaKita.
CnP

No comments:

Post a Comment