Wednesday, 10 November 2021

DUNIA TIPU-TIPU

#TabungKaya

SELAMAT DATANG DUNIA TIPU TIPU?

Kadar sewa hanya RM8000 sehari sahaja. 

Golongan yang banyak sewa adalah pengusaha kosmetik, MLM, forex, skim cepat kaya.

Kawan kawan,

Lebihkan hati hati, jangan nak usnozonenenen sangat bila orang yang gila pamer harta dan gaya nie.

Orang gila, tak mengaku dia gila.
Orang pandai, tak mengaku dia pandai,
Orang jahat, tak mengaku dia jahat.
Orang kaya, tak mengaku dia kaya.

Jadi siapa pemilik supercar biasanya?

Saya pernah diundang kerumah seorang kenalan. Kami pernah kenal lama.

Undangan atas urusan hartanah, saya tahun sosial media dia. 

Saya tak pernah lihat ruang dalaman rumahnya. Apatah lagi rumahnya.

Saya tak pernah lihat koleksi keretanya.

Bila sampai rumahnya,

Baru saya tahu dia ada 3 supercar dari 7 keretanya.

Walau teruja melihat, tiada keinginan bergambar dan dia lansung tak cerita bab kereta.

Bila saya puji, "Cantik kereta Haji?"

"Saja nak cuba, tapi tak sedap mana. Susah nak keluar kereta sebab ergonomic rendah sangat". 

"Susah nak bela".

Habis disitu. 

Selesai urusan saya balik dan saya belajar, orang kaya bukan disosial media. 

Dia kaya atas masa, pilihan dan kebebasan yang dia ada.

Jika kaya sebab buat kelas beribu harga, yuran kebijaksanaan kita yang kayakan mereka.

Jadi bijak atau kita dipijak? 

Pilih yang mana woi!!!

Kredit : Azizul Azli Ahmad

No comments:

Post a Comment