Suri rumah atau wanita bekerjaya keduanya bekerja. Usah buat perbandingan mana lagi penat dan stress. Mana lagi susah dan mencabar. Keduanya adalah Ujian.
Bukan semua wanita mampu jadi suri rumah sepenuh masa, ia karier yang mencabar keikhlasan, tiada gaji dan kadang rasa rendah diri, kerana itu pahalanya sangat BESAR.
Begitu juga bukan semua wanita mampu bekerja mencari rezeki dengan cara barakah, banyak mengundang fitnah, susah nak jaga niat, pergaulan, maruah dan aurat. Ramai yang kalah dengan ujian pujian dan kejian hingga sanggup berubah demi diterima orang. Pahalanya juga besar, kerana mencari rezeki adalah satu JIHAD.
Allahu Akbar, semuanya ujian. Tiba kematian baru sedar semua tu tiada beza, kecuali mereka yang jadikan kerjaya suri rumah atau bekerja di luar rumah itu sebagai IBADAH.
Cnp.
ASMA' BINTI HARUN
#UAHSahabatDuniaAkhirat
No comments:
Post a Comment