Tuesday, 17 November 2020

JUTAWAN

Seorang jutawan sedang berada di dalam kereta mewahnya menuju ke pejabat.

Beliau memasang telinga mendengarkan ceramah yang sedang ke udara di radio keretanya.

Penceramah berkata bahawa dunia ini sementara. Kekayaan yang kita miliki ini tiada makna apabila kita sudah mati nanti. Masa hidup ini, perbanyakkan memberi.

Jutawan tadi berasa ceramah itu entah apa-apa.

Katanya kepada pemandu keretanya,
"Orang macam ni nak mengambil kekayaan kita. Sebab tu dia suruh kita memberi ke sini sana." Jutawan tadi mencebik.

Di dalam kepala jutawan tadi, mula berfikir segala hartanya yang ada. Segala emas permata, segala duit simpanan, segala asetnya.

Lalu dia bertanya kepada pemandunya,
"Kamu tahu bagaimana kalau saya nak bawa semua harta saya semasa saya mati? Saya tak nak tinggal sikit pun untuk sesiapa"

Lancar soalannya. Mungkin kerisauan hartanya nanti diambil orang apabila sudah mati.

Pemandu jutawan ini mula bersuara: 
"Bos ingat tak masa bos pergi US dulu? Masa tu bos bawa matawang apa pergi sana?"

"Mestilah USD. Kau dah kenapa tanya aku macam tu?"
Jutawan tadi berasa pelik, tetapi kepalanya masih menerawang akan segala hartanya yang berkepuk-kepuk.

"Bos, kalau kita nak pergi ke Jepun, kita kena guna matawang Yen kan? Kalau kita nak ke Singapura kita gunakan SGD kan? Apa jadi kalau saya nak pergi sana bawa duit RM50 contohnya untuk pergi membeli-belah, pergi makan, pergi berjalan? Mereka terima tak?"

Jutawan itu ketawa besar.

"Kamu nak pergi negara orang, kena ikut matawang negara itu. Mana laku duit kamu tu kalau nak berbelanja di sana. Kamu kena tukar duit kamu siap-siap di sini. Dah tukar duit, baru kamu selamat nak ke luar negara dengan  mudah. Apalah soalan kamu ni"

Pemandu tadi tersenyum.

"Bos, begitu jugalah dengan alam kita selepas dunia. Dia ada 'matawang'nya sendiri. Tak laku dah segala harta kita, segala Dollar, Pound, Ringgit, Yen yang Kita ada ni. 'Matawang' di sana menggunakan amalan kita di dunia. Kalau bos bawa duit bos ke dalam kubur pun, tak laku bos. Takde 'money changer' di sana dah"

Jutawan tadi terdiam,
Rasa tersentak,
Air liur yang ditelan terasa pahit dan perit.

#gambarsekadarhiasan

Monday, 16 November 2020

KERIA BALL


Resepi keria ball. 

Bahan-bahan :
4 ketul Keledek 
1 biji  Ubi kentang 
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
Secubit baking powder
Sedikit garam
Setitik dua esen vanila
1 sudu besar margerin. 

Bahan-bahan Sira gula. 
3 sudu besar gula merah
3 sudu besar gula pasir
2 helai daun pandan disimpul. 
 

Kupas kulit. 
Rebus sampai empuk. 
Tapis air sampai kering. 
Lenyek or tumbuk sekadar hancur kasih kasih sayang je. Jgn hancur sangat. Dan proses ni kena buat masa ubi ni masih panas. 

Keledek dan ubi yang siap dilenyek/tumbuk. Mokcik pakai botol yang memang dikhaskan untuk tumbuk menumbuk lenyek melenyek. Pendek kata botol buat kuih. 


Hasil lepas dicampur semua bahan. 

Adunan dah siap diuli. 
Tak payah nak buat molek-molek bulatnya... Nak masuk mulut je pun. Sebab keria ball ni memang untuk hamba yang malas. Yang rajin pi buat kuih keria nan tradisional gelangnya ya.. 

Goreng dengan api sederhana. 
Dah garing, angkat dan toskan minyak. 

Hasilnya... 
Up. 
Close. 
Personal. 
Ni hasil selepas disira dgn gula. 


Ini versi lain. 
Petua untuk mendapatkan sira yang cantik berkilat dan melekat, semasa gula dah likat, masukkan sedikit tepung gandum. Mokcik buh lebih kurang 1sudu makan tepung gandum. Ni pun guna talian hayat...call bonda tercinta untuk mendapatkan rahsia bebola cinta nan hado mengerlip ni... 
Alhamdulillah.. Kita ada mak💓


Conclusion : Ahli majlis kata sedap. 

MEH NGAJI DENGAN AL-BAGHDADI

Sambungan daripada posting yang lepas, masih lagi mengenai Tajuk SIFAT HURUF, yang sebelum ni kita dah belajar secara TEORI dalam Bab SIFAT BERLAWANAN, posting kali ni jom kita belajar bersama SIFAT TUNGGAL pula ya 😁❤️💪🏼

SIFAT TUNGGAL 
📌 Ada 7 jenis Sifat Tunggal iaitu 👇🏼

1️⃣ QOLQOLAH ( قلقلة )
Maksud ➡️ Lantunan
Huruf ➡️ Ada 5 Huruf iaitu ب ج د ق ط

2️⃣ LIN ( لين )
Maksud ➡️ Lembut
Huruf ➡️ Ada 2 Huruf iaitu ي و

3️⃣ INHIROF ( إنحراف )
Maksud ➡️ Sebutannya Melencong Ke Makhraj Yang Lain 
Huruf ➡️ Ada 2 Huruf iaitu ل ر

4️⃣ ISTITOLAH ( إستطالة )
Maksud ➡️ Sebutannya Menggunakan Sepanjang Bahagian Tepi Lidah 
Huruf ➡️ Ada 1 Huruf iaitu ض

5️⃣ TAKRIR ( تكرير )
Maksud ➡️ Getaran Lidah
Huruf ➡️ Ada 1 Huruf iaitu ر 

6️⃣ TAFASHSHI ( تفشّي )
Maksud ➡️ Hemburan Suara
Huruf ➡️ Ada 1 Huruf iaitu ش

7️⃣ SOFIR ( صفير )
Maksud ➡️ Desiran 
Huruf ➡️ Ada 3 Huruf iaitu ز س ص 

PERINGATAN❗️
✅ Perlu HAFAL setiap Huruf bagi kesemua jenis SIFAT TUNGGAL diatas 👆🏼, kerana Hurufnya yang sedikit berbanding Huruf-Huruf dalam SIFAT yang BERLAWANAN 🤗❤️

CnP MAGNET MENGAJI AL-BAGHDADI

AWAN 15.11.2020

Ahad. 
15.11.2020
6.57pm

Tuesday, 10 November 2020

DONUT SEDAP... KOTTTT...

Nak makan lagi tekak ni
Tak pernah nak berhenti
Lapar semedang
Nak mengunyah memanjang

Dalam keterpaksaan
Langkah ku orak
Satu dua tiga
Dengan penuh kemalasan
Diri memaksa rajin
Hanya kerana
Mulut mesti terisi
Lagi... 
Dan lagi... 

Hahaha... 
Nak buat donut jer pungggg... 
Bunyi macam nak buat kek kukus lapis Sarawak. 
Lagaknya. 
Yang nak kena kukus berjam-jam... 
Yang mana mok cik rasa sampai mati pun memang tak terbuat la.. 
Selagi yang bernama Norizah Noor.. 











Up
Close
Personal 

Conclusion: 
Sedap katanya.... 

MAGHRIB 09.11.2020

Dah maghrib.
Tapi langit cerah. 
Masih. 
Terang. 

Picture by norizahnoor.
7.09 pm. 

COVID-19 UPDATE



Saturday, 7 November 2020

covid