Selasa
27.06.2016
3.47pm
Bukit Antarabangsa KL
Sedang angin kencang
Detik tanpa henti berlari
Awan tanpa jemu bertemu
Bersatu
Dan berpisah lagi
Merubah formasi
-norizahnoor-
jika di ingatan...terkadang lupa. jika di hati...terpendam lagi. -moga di blog ini ia kekal menjadi memori-
Selasa
27.06.2016
3.47pm
Bukit Antarabangsa KL
Sedang angin kencang
Detik tanpa henti berlari
Awan tanpa jemu bertemu
Bersatu
Dan berpisah lagi
Merubah formasi
-norizahnoor-
Acap kali di cuba
Selalu belum berjaya
Merakam bulan
Yang segar mengambang
Berpagarkan awan
Bukannya bintang
Irama lagu
Malam bulan di pagar bintang
Tetap segar seperti selalu....
-norizahnoor-
bintang memang beribu
bulan tetap satu
Setiawangsa
19.09.2016
17 zulhijjah 1437H
5.00 pm
Mentari panas
Mencerit
Menggigit
Awan larat
Sarat
Berat
Moga mendung menjengah
Moga hujan mencurah
Aamiin ya Rabb...
Khamis
15.09.2016
13 Zulhijjah 1437H
Hari tasyriq terakhir tahun ini
7.15pm
Sejurus sebelum maghrib
Thank you Allah!
-norizahnoor-
Zulhijjah yang sering aku rindukan
Sabtu
10.09.2016M
08 Zulhijjah 1437H
Balik beraya
Dan jammed
Berpisah tiada...
-norizahnoor-
ini tarbiyah diri
untuk belajar menghargai
Sabtu
10.09.2016M
08 Zulhijjah 1437H
6.49am
Subhanallah
Thank you Allah...
...dan belajarlah dari bahasa alam....
-norizahnoor-
03.09.2016.
01 Zulhijjah 1437H.
Dari Setiawangsa ke Bandar Saujana Putra.
Dulu terasa jauh sangat.
Alah bisa tegal biasa.
Dekat je.
Perjalanan penuh makna
Banyak nan tersurat dan tersirat
Tugas kita sebagai hambaNya
Belajarlah dari alam
Bacalah bahasa tuhan
Subhanallah!
03.09.2016
Saja nak tepek kat sini.
Asal buat je tak pernah jadi...
Asal jadi je tak pernah buat...
Hakikatnya memang belum pernah menjadi pun serdak sarangnya.
Sama ada memang tak pandai
Atau memang tak akan pandai!
Tak pe lah
Dalam hidup kita kena positif
Positif...rasanya sedap
Pada rupa...sedangkan kita manusia pun Allah ciptakan berbagai rupa
Apalah sangat dengan butter prawn ni
Jangan pandang pada rupa
Tapi makanlah sepenuh jiwa.
RESEPI BUTTER PRAWN@ UDANG MENTEGA
Bahan-bahan:
Udang
Mentega
2 biji telur
1/2 cawan susu cair
10 biji cili api
Daun kari
03.09.2016
Last week mak ngah call, tanya resepi puding jagung.
Teringin katanya.
Sebak terasa dada...larat ke mak ngah nak kacau adunan tu nanti?
Dengan bertongkatnya.
Dengan baru lepas chemoteraphy nya...
Allahu.
Dalam keterpaksaan aku larang mak ngah buat.
Susah nak kacau adunan tu nanti, mak ngah...gagah aku mewajarkan alasan.
Dalam diam
Aku semat niat dalam hati....
In shaa Allah nanti mak lang buat.
Walaupun pada hakikatnya...
Tukang yg nak buat ni pun
Empat kali lima😆
Hari ni nak pergi rumah mak ngah.
Surprise gathering santai
Makanmakanla ceritanya...
Subhanallah
Allah buka jalan untuk aku buat pahala rupanya
RESEPI PUDING JAGUNG
Bahan-bahan:
1 tin jagung
3/4 cawan gula
1 cawan tepung custard
2 cawan santan pekat
2 cawan air
1 sudu kecik mentega
Secubit garam
Cara buat:
Masukkan gula, tepung custard & air dlm periuk. Bancuh rata sebati.
Supaya tepung custard tidak berketul.
Masukkan jagung & santan.
Masak atas api yang sederhana.
Kacau sentiasa.
Guna senduk kayu untuk lebih mudah & lancar.
Bila dah pekat masukkan garam dan mentega.
Tujuan garam untuk naikkan rasa lemak.
Tujuan mentega untuk naikkan lemak dan puding nampak cantik berkilat.
Dah masak....tuang dalam belas.
Sejukkan.
Siap untuk dimakan.