Tuesday, 22 September 2015

Panduan Ibadah Harian di Makkah & Madinah

Buku panduan ini dibekalkan oleh Hajjah Azimah & Haji Ibrahim. Dua insan yang banyak memberi dokongan dan bantuan fizikal & spiritual. Semoga Allah swt memberi ganjaran pahala yang melimpah ruah bagi mereka.
Buku ini disusun oleh Ustazah Hajjah Wan Ruhaini Wan Omar dari UTM International Campus, KL.
Alhamdulillah...banyak membantu dalam menyempurnakan pengisian perjalanan rohani tika di sana.
Thank you Allah.



































































posted from Bloggeroid

Thursday, 17 September 2015

Salam Baitullah @TV1

Labbaikallah humma labbaik...

Memetik ibrah
Membentuk sahsiah...










Lintas langsung dr Abraj Al Janadriyah.
Di sini tempat persinggahan tatkala berada di bumi Mekah Al-Mukarramah tahun lepas.
Maktab 83 yg banyak meninggalkan kenangan.
Alhamdulillah..syukur pdMu ya Rabb atas rezeki yg dipinjamkan.

posted from Bloggeroid

Tuesday, 15 September 2015

Keutamaan 10 hari pertama Zulhijjah (1-10 Zulhijjah)

Alhamdulillah.
Hari ini 15.09.2015M
Hari ini juga 1 Zulhijjah 1436H.

Ramai di kalangan kita tidak mengetahui kelebihan dan keutamaan 10 hari pertama bulan Zulhijjah ini. Sebenarnya mengerjakan amalan soleh pada 1-10 ZH adalah satu amalan yang terlalu besar ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah swt.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas Radiallahuanhuma

Tidak ada amalan yg lebih utama daripada amalan di sepuluh hari ini (1-10 Zulhijjah)
Sahabat bertanya, tidak pula jihad?
Baginda menjawab, Tidak juga jihad, kecuali orang yang keluar mempertaruhkan jiwa dan hartanya, lalu dia kembali tanpa membawa sesuatu pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah)
Hadith riwayat Imam Bukhari

Menurut Ibnul Qayyim dalam membuat perbandingan diantara kelebihan 10 hari pertama Zulhijjah dgn 10 hari terakhir Ramadhan, dengan katanya:

Pendapat yang betul ialah: 10 malam terakhir bulan Ramadhan lebih afdhal dari malam-malam 10 hari pertama Zulhijjah, dan 10 hari pertama Zulhijjah lebih afdhal dari 10 hari terakhir Ramadhan.
Dengan pendapat ini hilanglah kemusykilan. Adapun dalil demikian ialah disebabkn 10 malam terakhir Ramadhan dimuliakan kerana Lailatul Qadar, iaitu ia diturunkan di antara malam-malam terakhir itu. Adapun 10 hari pertama Zulhijjah dimuliakan kerana siangnya, iaitu disebabkan didalamnya ada hari hari Arafah, hari korban dan hari Tarwiyah.

✅Amalan yg dianjurkan
1.   Menunaikan ibadah Haji dan Umrah.
2.   Berpuasa pd hari2 tersebut atau sekadar kemampuannya, terutama pada hari Arafah (9 zulhijjah) bagi yg tidak menunaikan haji.
3.   Takbir (Allahu Akhbar) dan berzikir sprt Tahlil dan Tahmid.
4.   Bertaubat dan meninggalkan maksiat dan dosa.
5.   Memperbanyakkan amalan soleh seperti solat sunat, berjihad, membaca AlQur'an, menyeru kpd kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya.
6.   Disyariatkan bertakbir beberapa hari. Bagi yg tidak menunaikan haji mulai suboh hari Arafah dan berakhir sehingga waktu Asar.
7.   Disyariatkan amalan korban pd hari raya haji dan Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah).
8.   Menunaikan solat hari raya secara berjemaah dan mendengar khutbah.
9.   Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah Radiallahuanha bahawa Nabi SAW bersabda "Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban hendaklah dia menahan dirinya dari memotong rambut dan kukunya" dan dlm riwayat yg lain "Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban".
10.  Memenuhi hari2 berkenaan dgn ketaatan kpd Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintahNya dan menjauhi laranganNya semoga mendapat rahmat dan keampunanNya.
Semoga kita dapat mengambil manfaat daripadanya Wallahu 'Alam




Sunday, 13 September 2015

Tragedi kren runtuh di Masjidil Haram 11.09.2015 @ 27Zulkaedah 1436H

Kejadian berlaku tepat 4.30ptg waktu Mekah. Tatkala jemaah sedang bersiap untuk solat maghrib. Ianya berikutan ribut yang berlaku sejurus sebelum insiden.
107 jemaah terkorban.
238 jemaah tercedera.
10 orang jemaah Malaysia cedera.
8 masih belum dapat di kesan.

Allah hanya menguji hamba yang mampu menanggungnya.
Innalillahi wainna ilaihi roji'un...








posted from Bloggeroid