Sunday, 20 July 2014

Berbudi pada tanah...

Pagi sabtu 12.07.2014.

Kalaulah ada tanah...boleh la menyangkul.
Kalaulah ada kebun...boleh la bercucuk tanam.
Kalaulah ada sawah...boleh la membajak.

Tapi kalau tak de tanah?
Kalau rumah hanya sekadar kotak-kotak sarang burung atas angin?
Tiada cangkul, tak kenal bajak...macam mana nak bercucuk tanam...

Akurlah dengan ketentuan ilahi bak bait kata-kata ini...
Harta bukan milikmu
Untukmu hanya rezki
Berkurang himpun lagi
Terlebih memberilah...

Tak la relevan mana pun lirik lagu Herman Tino tu dengan catatan aku ni.
Jujurnya, betul tak kalau aku katakan kita selalu berangan-angan untuk punya apa yang kita rasa boleh menyeronokkan diri kita. Membahagiakan hati kita. Kalau dapat rumah besar mesti best. Kalau dapat rumah yang ada tanah mesti seronok. Tapi realiti hidup tak semua impian akan tercapai. Tak semua mimpi akan jadi realiti.

Tapi walau tak punya waima sejengkal tanahpun, kita masih boleh bercucuk tanam.
Antara nak dengan tak nak je...
Dan...
Antara hidup atau tidak je....

Daun pandan wangi

Daun kari

Selasih

Poko Belalai Gajah...anti-cancer

Ulam Sambung Nyawa @ Akar Sebiak

Rosemary leave

Hajat hati nak jadikan balkoni depan rumah sebagai botani herba...
Wallaa....
posted from Bloggeroid

Friday, 11 July 2014

Kuantan 01.07.2014

Aku bertandang lagi ke daerah ini. Daerah yang banyak menyimpan memori. Suka duka tika bergelar pelajar. Memori tika melakar zaman remaja.

Bukit Sekilau, Teluk Sisik, Taman Gelora, Tg Api, Taman Teruntum, Stesen Bas Pokok Buluh, Kompleks Teruntum, Teluk Cempedak masing-masing ada cerita tersendiri. Apatah lagi Restoran Pattani dengan mee hailam dan tonyamnya. Stadium Darul Makmur...

Kini giliran arjunaBeta aku pula meneruskan hidupnya di sini. Hari ini bermula langkahnya. Dengan cabaran orde baru.
Dunia baru...
Apa jua rintangannya..langkah perlu diteruskan.
Demi satu kelansungan hidup.

































Pada tiap kesempatan yang datang, pada tiap nikmat keindahan alam yang Maha pencipta kurniakan...
Subhanallah.
Alhamdulillah.
Allahu Akbar.

posted from Bloggeroid

13 Ramadhan 1435H

Hari ini 13 Ramadhan 1435H.
11 Julai 2014.
Hujan tengahari di bulan puasa.
Waktu khutbah jumaat.
Alhamdulillah...fasa ke 2 bulan penuh berkat.

posted from Bloggeroid

Thursday, 10 July 2014

Akhirnya waktu itu pun tiba..

Ya...akhirnya telah tiba waktu itu. Detik yang ummi takuti selama ini datang jua.

Today is the day.
1 Julai 2014.
Ummi tinggalkan anak ummi di KPMIM.
ArjunaBeta ummi merantau melepasi jarak sempadan demi mengejar sebuah cita-cita.

Tipu kalau ummi tak sedih. Tipu jua kalau ummi tak risau. Sedih sangat-sangat. Risau galau hati ummi. Terlalu banyak bayangan sangsi dalam hati ummi.

Boleh ke adik bersendirian tanpa kami di sana. Pandai ke anak ummi berdikari nanti. Macam mana dengan ubat-ubatan adik. Terjagakah nanti jadual nya. Makan minum adik nanti pandai ke adik nak atur...dan lagi dan lagi dan lagi...

Selama ini anak ummi tak pernah renggang dari ummi. Adik sentiasa ada di sisi ummi. Adik lah teman suka duka ummi. Ada tika kita bergaduh... Namun kebanyakannya kita saling berkongsi cerita. Terkadang ummi merajuk dengan adik. Acap kalinya adik yang merajuk dengan ummi. Bila angin berlaga, kita sama-sama merajuk. End up...tak tau siapa menang, siapa yang kalah...
Uniknya hubungan ini.

Walau seberat mana pun hati ummi untuk melepaskan adik di daerah asing ini...ummi redha. Atas nama sebuah pengorbanan.

Selamat meniti hari-hari mendatang ArjunaBeta.
Moga sentiasa dalam rahmat Ilahi.
Ummi tinggalkan anak ummi dalam jagaan dan lindungan Allah...









posted from Bloggeroid