Tuesday, 29 April 2014

Taman Gelora Kuantan

Nostalgia zaman belajar.
Taman tepi pantai yang kerap kami selusuri lepas habis kuliah. Sesekali duduk saje bersantai layan angin laut. Dan sesekali makan nasi ayam ataupun rojak ayam beserta lai chi kang yang sampai sekarang akan aku cari tiap kali ke Kuantan. Memang seronok duduk sambil layan perasaan kat sini.

Tak banyak yang berubah.
Kolam Syarifah Aini masih ada. Kolam gelaran student. Tak de pun signboard petanda nama. Ia adalah kolam tempat berendam bagi platun yang didenda sebab dapat nombor corot tiap penghujung semester. Biasanya hari terakhir berkawat komander akan arahkan semua platun terjun laut..dengan kiraan masa. Semua skuad diwajibkan basah. Kalau ada yang tak basah kena denda lagi. Maka berlarilah kami beramai-ramai dan terjun kedalam laut. Best! Dan dalam banyak-banyak platun tu akan ada satu platun yang diarahkan masuk kolam Syarifah Ain yang berlumut dan berselut. Muka platun yang kena terjun kolam ni mesti monyok. Berbaur marah.


Scenic panorama

Kat belakang pokok...laut

Pokok ru yang besar dan rendang

Kat perdu pokok ini aku ada bergambar bersama jelitawan-jelitawan DIB87/88
Centuries ago...

Pemandangan menghala ke jalan



Selepas puas menghabiskan masa berjalan-jalan dan duduk bersantai di wakaf, aku berjalan ke deretan gerai jualan yang terletak di hujung taman, Hajat hati nak beli karipap panas mak ngah yang sudah agak terkenal tu. Aku tumpang bangga sebab mak ngah telah berjaya menjenamakan karipap panasnya. Popular di kalangan blogger. Teringat dulu masa belajar kat sini aku rajin tolong makngah kelim karipap. Lepas kelas aku akan datang tolong makngah kelim, goreng dan bungkus karipap sementara tunggu bas balik asrama kat Bukit Sekilau. Dan biasanya makngah akan bagi aku makan free..bab tu yang best! Pak ngah pun baik dengan aku. Masa tu anak-anak makngah kecik lagi. Beberapa tahun lepas aku berkesempatan ke gerai makngah...dan alhamdulillah makngah dan pakngah masih kenal aku lagi..

Aku intai-intai kalau-kalau makngah dan pakngah ada. Tapi tak nampak bayang. Nak bertanya pada anaknya yang berniaga rasanya kurang sesuai sebab ramai sangat orang beratur menunggu giliran. takpe la, Next time. Kalau ada rezeki.

Aku teruskan menapak ke satu lagi tempat yang aku selalu lepak dulu.
Masjid Tanjung Api...
Tempat solat sebelum berkawat.
Tempat lelap kala aku penat...


Masjid Tanjung Api yang terletak bersebelahan dengan Taman Gelora.  Banyak kenangan di sini.

Rojak ayam Pak Lah Taman Gelora yang aku beli. Bungkus dan makan kat balkoni hotel.


posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment