Wednesday, 30 April 2014

Teluk Cempedak, Kuantan -27.03.2014 to 28.03.2014

Teluk Cempedak. Also known as TC.
Pusat pelancongan di Kuantan. Pantai peranginan popular.
Selama dua tahun aku di Kuantan tak pernah teringin pun nak mandi-manda di sini. Walaupun tiap kali naik bas dari kampus untuk ke bandar bas memang akan reroute TC. Memang akan pusing roundabout betul-betul penghujung jalan. Mengadap laut lepas.

Tapi masa aku kerja kat Tanjung Malim kami buat trip ke Kuantan. Stay betul-betul kat Teluk Cempedak. Masa tu baru la first time aku mandi laut kat TC. Betul-betul mandi. Lawan ombak. Dan memang best sangat. Masa tu barulah rasa nyesal kenapa la dulu tak ambik peluang mandi puas-puas kat sini. Dah duduk jauh, travel 5 jam baru sampai. Masa tu lah baru nak sedar nikmatnya.

Kali ni macam tahun lepas kami stay kat Hyatt Regency lagi. Tahun lepas garden view. Tahun ni request sea view pulak. Alhamdulillah dapat. One thing yang aku suka kat sini...sea view yang sangat-sangat biru.

Lanskap depan lobby
Sementara tunggu check in process a click from an amateur photographer...

Sesudah subuh 6.44am 27.03.2014

Mentari di ufuk timur 7.18am 27.03.2014
While enjoying breakfast 

Petang yang cerah dan tenang 2.17pm 27.03.2014

Lewat petang. Redup. 6.51pm 27.03.2014

2.42pm 27.03.2014 

1.55pm 27.03.2014

Fresh orange di balkoni mengadap laut lepas

7.00pm 27.03.2014

7.15pm 27.03.2014

6.57am 28.03.2014

7.58am 28.03.2014

-norizahnoor-
carilah alasan untuk menikmati hidup

posted from Bloggeroid

Tuesday, 29 April 2014

Taman Gelora Kuantan

Nostalgia zaman belajar.
Taman tepi pantai yang kerap kami selusuri lepas habis kuliah. Sesekali duduk saje bersantai layan angin laut. Dan sesekali makan nasi ayam ataupun rojak ayam beserta lai chi kang yang sampai sekarang akan aku cari tiap kali ke Kuantan. Memang seronok duduk sambil layan perasaan kat sini.

Tak banyak yang berubah.
Kolam Syarifah Aini masih ada. Kolam gelaran student. Tak de pun signboard petanda nama. Ia adalah kolam tempat berendam bagi platun yang didenda sebab dapat nombor corot tiap penghujung semester. Biasanya hari terakhir berkawat komander akan arahkan semua platun terjun laut..dengan kiraan masa. Semua skuad diwajibkan basah. Kalau ada yang tak basah kena denda lagi. Maka berlarilah kami beramai-ramai dan terjun kedalam laut. Best! Dan dalam banyak-banyak platun tu akan ada satu platun yang diarahkan masuk kolam Syarifah Ain yang berlumut dan berselut. Muka platun yang kena terjun kolam ni mesti monyok. Berbaur marah.


Scenic panorama

Kat belakang pokok...laut

Pokok ru yang besar dan rendang

Kat perdu pokok ini aku ada bergambar bersama jelitawan-jelitawan DIB87/88
Centuries ago...

Pemandangan menghala ke jalan



Selepas puas menghabiskan masa berjalan-jalan dan duduk bersantai di wakaf, aku berjalan ke deretan gerai jualan yang terletak di hujung taman, Hajat hati nak beli karipap panas mak ngah yang sudah agak terkenal tu. Aku tumpang bangga sebab mak ngah telah berjaya menjenamakan karipap panasnya. Popular di kalangan blogger. Teringat dulu masa belajar kat sini aku rajin tolong makngah kelim karipap. Lepas kelas aku akan datang tolong makngah kelim, goreng dan bungkus karipap sementara tunggu bas balik asrama kat Bukit Sekilau. Dan biasanya makngah akan bagi aku makan free..bab tu yang best! Pak ngah pun baik dengan aku. Masa tu anak-anak makngah kecik lagi. Beberapa tahun lepas aku berkesempatan ke gerai makngah...dan alhamdulillah makngah dan pakngah masih kenal aku lagi..

Aku intai-intai kalau-kalau makngah dan pakngah ada. Tapi tak nampak bayang. Nak bertanya pada anaknya yang berniaga rasanya kurang sesuai sebab ramai sangat orang beratur menunggu giliran. takpe la, Next time. Kalau ada rezeki.

Aku teruskan menapak ke satu lagi tempat yang aku selalu lepak dulu.
Masjid Tanjung Api...
Tempat solat sebelum berkawat.
Tempat lelap kala aku penat...


Masjid Tanjung Api yang terletak bersebelahan dengan Taman Gelora.  Banyak kenangan di sini.

Rojak ayam Pak Lah Taman Gelora yang aku beli. Bungkus dan makan kat balkoni hotel.


posted from Bloggeroid

Friday, 25 April 2014

Cherry Blossoms kat Malaysia...

Kalau tak dapat apa yang kita suka, sukalah apa yang kita dapat.

Actually dah lama dengar ayat ni. Tapi tak lekat dalam hati. Ianya hanya melintas masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Faham tapi tak cuba untuk memahami. Tahu tapi tak pernah untuk mendalami.

Semalam aku baca entry Prof Naramas Aman. Once aku baca tajuk entry dia aje, aku gelak sendiri sebab apa yang dia post, memang aku dah lama nak buat..cuma kelebihan aku berbanding prof, aku lebih "kurang rajin" berbanding prof...(ayat positive naa...)

Aku tafsirkan istilah kalau tak dapat apa yang kita suka, sukalah apa yang kita dapat dalam bentuk yang paling sempoi...
Jom layan...



Malaysian Cherry Blossoms at my own compound. Yet we are hardly notice the beauty of it...
           
Pics were taken on 6 March 2014. Memang lepas  musim panas yang menyengat kat Malaysia dan pada waktu yang sama dah dekat musim bunga sakura kat Jepun


       
Yang ni pun banyak sesangat...berjuntaian menguning kat merata tempat. Pic dated 18 March 2014....tapi mungkin kita tak sedar...

Pokok Dulang yang merimbun bunganya.







 -norizahnoor-
belajar dari alam. bahasa tuhan.
alhamdulillah...   

Wednesday, 23 April 2014

Raub - part II

This is the best part of being in Raub. This time.
Panorama yang sangat-sangat cantik. At least for me.

Siapa sangka di celah-celah dedaunan, mengintai berani sang suria petang. Terik menggigit kulit.
Siapa sangka sang suria yang menyelak dedaunan, menyimbahkan sinaran yang amat menawan...
Sungguh.
Aku terkesima.

Bagai tak terasa masa yang berlalu...


cantik...
 
cantik...
  
cantik...
 
dan cantik...

Subhanallah....pada aku, cantik sangat-sangat. Adunan warna pokok yang hijau kekuningan berlatar belakangkan bangunan pra merdeka dan disimbahi sinar mentari di bawah langit bumi Raub...cukup memikat. Sapa kata bumi Malaysia tak cantik?

-norizahnoor-
cantik bukan pada pandangan mata
tapi cantik  pada nilaian hati...





Tuesday, 22 April 2014

Raub, Pahang - 26.03.2014

Sebelum subuh aku dan big boss dah bersiap-siap. Bertolak ke Raub, satu daerah yang agak jauh di tengah bumi semenanjung...hohoho...bunyi macam la jauh sangat ):
Kami keluar dari KL menyelusuri Karak Hiway seawal jam 5.30 pagi. Best sebenarnya berjalan waktu pagi, subuh sepeii kata orang dolu-dolu. Sejuk, udara nyaman...tapi tak la sampai nak buka cermin tingkap. Bukan apa, aku pantang kena angin, nanti mata kuyu, layu...dan akhirnya akan kaku. Itu trademark dari dulu-dulu lagi...pantang kena angin. Nanti tidur...atau frasa ayunya...tertidur.

Kami berhenti solat subuh kat Petronas Karak Hiway. Ramainya orang...dalam hati aku berkata-kata, mana la gamaknya dorang ni nak pergi? aku ingatkan aku je yang travel pagi-pagi ni...
Usai solat, ada kakak ni tegur aku....
Hari ni tak keje? Cuti ye? Aku sengih....tak kak. Saya memang cuti sepanjang tahun...dah pencen dah.
Dah pencen? Akak tu melongo tengok aku. Tapi muda je lagi...tokoknya...dengan wajah berkerut.
Aku sengih lagi...tua dah kak. Aku jawap..polos. Aku cepat-cepat sarung stokin...takut lambat.
Cikgu ye? Akak tu tanya lagi..nak gak borak dengan aku lagi...
Aku sengih lagi...tak la kak...ringkas aku jawap. Tapi tangan pantas capai kasut.
Cikgu ke? Akak tu tanya lagi...aku geleng.
Ingatkan cikgu tadi...cikgu kan tengah cuti, untung la jadi cikgu, kan? Murid cuti, dorang pun cuti. Sambung kakak tu lagi dengan cukup peramah mengelaborate perihal keberuntungan title cikgu pada aku...
Aku sengih lagi, bangun dan hulur tangan...jalan dulu kak ya...suami saya dah tunggu.
Assalamualaikum...
Waalaikumusalam...elok-elok ya puan...selamat jalan..
Baik sungguh budi bahasa kakak tu. Terasa bersalah la pulak sebab aku tak layan sangat dia, aku terkocoh-kacah...bergegas kejar masa.
Indirectly kakak tu bagi aku info...la ni tengah musim cuti sekolah. Aku lupa, almaklum takda anak yang bersekolah. Padan la ramai orang, banyak kereta kat petronas ni. No wonder la takde free parking, sampaikan kena parking kereta kat belakang station.
Cuti sekolah rupanya...

Kami sampai di Raub dalam pukul 7.45 pagi.  Ada masa lagi sebelum big boss masuk ofis, boleh breakfast. Pekena nasi kerabu kat kedai depan LHDN Raub. Not bad. Lepas makan hantar big boss kat ofis. Aku akan teruskan perjalanan aku ke Benta. Mencari rumah sepupu aku, nak borak-borak santai, sambil jalan-jalan tengok tempat orang.

Raub ke Benta tak berapa jauh. Tapi aku drive lenggang kangkung...joyride. Kejap-kejap aku berhenti tepi jalan, ambik gambar. Suka-suki je rasa nak stop, aku stop. Tunggu matahari naik kat celah awan, snap sekeping dua gambar. Nampak signboard yang agak-agak nostalgik, snap gambar. Ni la untung drive secara solo...suka hati nak buat apa. Dan sesungguhnya, indah sungguh alam ciptaanNya...subhanallah.

Dalam dok leka melangut tepi jalan, sepupu aku call...
Dah sampai mana?
Ntah, ringkas aku jawap. Betul la...mana aku tau kat mana, takde signboard.
Kau jangan buat kelakar, nanti sampai Gua Musang nanti. Kau dah la tak biasa jalan ni...Risau rupanya makcik Nani ni kat aku...heheh
Not to worry. I am on my way...aku promise, takkan menyesatkan diri aku. Paling-paling tak pun aku call back for rescue nanti.
Lepas dia bagi petunjuk jalan, aku teruskan journey. This time aku pecut. Sementelah jalanraya pun kosong dan jalannya cantik....
 
Matahari baru nak naik, Aku berhenti kejap tepi jalan snap gambar. Cahaya mentari membelah kepulan awan..subhanallah! Cantik masa live sightseeing...
Stop lagi...jalan yang lurus dan landai...
Stop lagi kat depan sign board. Bukti aku pernah sampai kat sini...kereta banyak parking tepi jalan. Ada pasar pagi kat simpang ke Hulu Dong


-tobecontinued....

Aku Dia dan Awan



















Tuesday, 15 April 2014

ETS to Ipoh - 13.04.2014

Ipoh.
Destinasi aku kali ini.
Biasanya drive ke Ipoh. Tambahan pula untuk urusan walimah...sepatutnya aku dah datang awal untuk membantu apa yang patut. Tapi kita merancang, Allah pun merancang. Dan ketahuilah sesungguhnya perancangan dan perlaksanaan Allah adalah sebaik-baik perlaksanaan. Sesuai dengan kita. Itu takdirNya.


Aku ke Ipoh menaiki ETS. Electric Train Service. For the second time. Tapi dah agak lama dah. Ke Ipoh jugak. Lupa kenapa aku naik tren ke Ipoh masa tu...


Kali ni aku naik tren pukul 9 pagi. So kena bertolak dari rumah selewat-lewatnya pukul 7.30 pagi.
Pagi tu. Belum pernah aku keluar rumah naik public transport seawal pagi macam ni. But its ok.
Dari rumah aku naik cab ke LRT station. Kena RM4. Mahal jugak. Walhal dekat je...
Pastu naik LRT ke KL Sentral. Another RM2.20 (agaknya kot..lupa dah. Ni mesti kes banyak sangat makan semut la ni...)
Sampai kat KL Sentral, aku ke kedai...cari snickers for my breakfast dalam tren nanti. Malas nak jalan dari makan. Selesai urusan kat kedai serbanika yang terletak satu floor dengan gate KTM Intercity, aku jalan lenggang mak limah. Takpe kot. Takkan la  tren nak tinggalkan aku kot...hohoho.
Sebaik sampai kat gate, announcement was made...ketibaan tren ke Ipoh.
Penumpang di minta turun ke platform sekarang. 
Aku beratur dan tunjuk kertas yang aku print. Online booking. Memang purposely aku print. Mudah.
Tapi sejajar dengan arus tingginya teknologi kini, kalau tak nak print pun boleh. Tunjukkan your smartfon ke, ipad ke, tab ke..kat officer tu sebagai bukti online booking anda...
Ada passanger tu...siap huluq sebesau-besau ada gadget dia kat inspector ticket...hahaha...



Koc yang aku  booked. Koc C. Seat No 12. Cantik dah, memang pilih tepi tingkap.
Cuma tetiba aku konfius..seat aku ni akan facing ke Ipoh ke, mengundur?
Doa dalam hati jangan la mengundur. Sah pening aku nanti...
Few seats belakang aku. Cer tengok. Seat yang mengadap sana lagi ramai orang,kan?
Adakah aku tersilap booked ticket?
                                         
Iklan movie Zombie kat pawagam
Tepat jam 9.00 am tren mula bergerak. Tak sedap hati. Dan...
Tren mengundur....
Bukan tren yang mengundur, aku yang silap booked ticket seat yang mengadap KL. Sebab tu aku jadi mengundur ke belakang. Adoi...aku mula cuak. Mual. Pening.
Pilihan yang aku ada...tukar seat.
Pramugari datang check ticket. Aku tanya, boleh tukar seat tak?
Boleh kak. Tapi nanti kalau tuan tiket tu naik kat mana-mana station, akak kena duduk balik kat tempat akak...
Hurmmm...malas la nak tukar-tukar seat.
Tak pe...aku pujuk hati.
Jangan layan sangat rasa mual dan pening tu...
In shaa Allah, boleh punya...the worst scenario pun...muntah je...


Mata aku asyik dok tengok kat screen TV...tengok speed of the train.
Speed sekarang adalah 124km/hr. 


Perut dah lapar...snickers time!


Memang hajat hati nak snap gambar pemandangan buat koleksi.
Tapi tak banyak catching view.
Mana dengan loyanya lagi...pening. Nak muntah pun ada.
Tahan.

Awan sirrus yang terakam.
Dah sampai kat Tapah

tobecontinued...
inthemoodoftakdemood........
                                         

Saturday, 12 April 2014

Sungai Kehidupan

Pagi tadi aku berkesempatan ke program bersama Prof Muhaya di masjid Ar-Ridhuan.
Ramai sungguh muslimat yang hadir. Berjujut-jujut.
Yang tua jalan bertongkat, duduk berkerusi.
Yang sedang-sedang, laju meluru nak cari port paling best. Duduk bersila.
Yang muda, berbondong-bondong dengan anak keciknya, dengan bekal susunya...dengan stroller pun ada.
Seronok. Teruja.
Penuh masjid.
Masing-masing berusaha untuk mencari ilmu, mencari rahmat Allah. Alhamdulillah...

Pengisian tentang sungai kehidupan, cermin diri, reset minda.

Orang jernih orang keladak.
Dunia dalaman dunia luaran.
Bahagia membahagiakan.
Makanan fizikal, makanan emosi, makanan rohani.
Minda segar minda bawah sedar.

Walau apapun masalah yang kita hadapi sekarang...cermin diri.
Jadilah pemerhati diri sendiri.
The best part is...after so many problems yang kita gelumangi dalam hidup kita, dengan berjuta alasan untuk mewajarkan tindakan kita dan menyalahkan orang lain...jari yang hakiki tetap menuding pada diri sendiri!
Itu adalah refleksi diri kita!
Last sekali prof kata...padan muka kita!

Betul apa yang prof kata...betul, betul dan betul...

Hajat hati nak duduk kat baris depan, Nak ngadap muka prof supaya senang hadam ilmu. Tapi hajat tak kesampaian...

Semua orang berdiri buat exersice refleksi diri...suka, suka, suka, positif positif positif...

-norizahnoor-
kearah kejernihan sungai kehidupan....

Friday, 11 April 2014

Teluk Intan, Perak - 07.04.2014

Teluk Intan aka Teluk Anson.
Kenapa ya namanya di tukar dari Teluk Anson ke Teluk Intan?
Tahukah anda? Aku tak tahu dan rasanya kalau boleh aku nak cari jawapannya kat Teluk Intan nanti...kalau ada. Kalau jumpa..

Seingat aku, inilah kali pertama aku akan menjejakkan kaki ke Teluk Intan. Belum pernah lagi aku sampai ke bahagian selatan daerah hilir Perak ni. Selama ini hanya mendengar tentang Menara Condong ala-ala Menara Condong Pisa di Itali. Nak ke Itali semata-mata nak tengok Menara Pisa tu rasanya entah kurun bila, kan...so dapat pergi Menara Condong Teluk Intan pun alhamdulillah...

Perjalanan bermula seawal pukul 8.45 pagi ikut route PLUS hiway kearah utara. Actually aku prefer ikut Sabak Bernam dan Kuala Selangor sebab nak tengok sawah padi, nak tengok kampung kat sepanjang jalan ke sana tapi atas faktor masa...yuk ikut hiway!

 Bernam Jaya, Selangor, pekan yang bersempadan dengan Tg Malim, Perak melintangi PLUS Hiway

Traffic Light menghala pekan Bidor. Terkenang zaman bujangan dulu aku dan sepupu, kami berdua backpack naik bas lompat-lompat dari Bidor nak ke Cameron Highland...at last stranded kat air terjun Kuala Woh somewhere in Tapah sebab tak cukup duit...lepas beli petai dari orang asli kat situ, kami pun balik....what an owesome 1988! (dah out of topic...)

Lebih kurang tengahari waktu matahari rembang, kami pun sampai kat Teluk Intan. As usual, kami akan pusing-pusing dulu cari landmark. Dah nama pun first timer, kan...at least bila dah pusing-pusing, kita boleh dapat idea landskap sesuatu tempat...
Satu, satu landmark yang kami jumpa...


                                                        Menara Condong Teluk Intan

                                                             River Front Teluk Intan

                                           Masjid Daerah Teluk Intan - Masjid Sultan Idris II

                                                              Dataran Udang Galah

                                 Perahu yang sedia untuk di sewa untuk kaki pancing di jeti pengail

Jalan-jalan cari makan

Ini gambar picisan...disebabkan lapar sesangat, lupa nak snap gambar sebelum makan. Kami makan di MGR Restaurant. MGR stands for M. Ghulam Rasul.
Nasi campur.
Segala jenis kari aku campur sekali...sedap.
Ayam goreng berempah yang tersedia untuk dipilih banyak sangat-sangat, panas sangat-sangat dan sedap sangat-sangat...dan besar sangat-sangat. I like....
Tapi bila cendoi mai...aku bantai gelak...nape cendoi dia buh dalam mangkuk ayan...ala, cheq tak minat. Buh la dalam mangkuk yang cun sikit..barulah boleh minum dengan bersopan...
Cendoi pun, sedap...



Sunday, 6 April 2014

Online vs backdated

Dunia makin canggih.
Makin pantas.
Makin deras.
Semua online.
Real time.
Transfer duit di bank, kita nak real time update.
Buat payment bayar hutang, of course kita betul-betul perlukan real time update.
Tak nak que-que...beratur berbaris-baris.
Kalau boleh semua benda kita nak online, real time update supaya senang. On the spot.
Tapi kalau semua orang nak real time update, siapa pulak nak toleh kebelakang, updated yang tak ter-updated?
Back dated.
Takpe la...aku tetap dengan backdated entry updated...alahai anak omak...

-norizahnoor-
suka-suka bila nak update sebab blog ni aku yang punya, aku yang baca...


Saturday, 5 April 2014

Jalan-jalan cari buku

Hari ini sabtu.
Hari libur.
Hari jalan-jalan cari segala makneka yang patut.
Pagi tadi lepas hantar adik kat KLCC, kami ke farmasi buat blood and sugar test.
Result alhamdulillah, ok...yezzzz...masih boleh makan BigMc lagi! peminat tegar BIGMc

Friday, 4 April 2014

AWAN

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas

Awan ialah gumpalan wap air yang terapung di atmosfera. Ia kelihatan seperti asap berwarna putih atau kelabu di langit.

Pembentukan awan[sunting | sunting sumber]

Udara selalu mengandungi wap air. Apabila wap air ini melwap menjadi titik-titik air, terbentuklah awan. Pelwapan ini boleh berlaku dengan dua cara:
  1. Apabila udara panas, lebih banyak wap terkandung di dalam udara karena air lebih cepat menyejat. Udara panas yang sarat dengan air ini akan naik tinggi, hingga tiba di satu lapisan dengan suhu yang lebih rendah, wap itu akan mencair dan terbentuklah awan, molekul-molekul titik air yang tak terhingga banyaknya.
  2. Suhu udara tidak berubah, tetapi keadaan atmosfera adalah lembap. Udara makin lama akan menjadi semakin tepu dengan wap air.
Apabila awan telah terbentuk, titik-titik air dalam awan akan menjadi semakin besar dan awan itu akan menjadi semakin berat, dan perlahan-lahan daya tarikan bumi menariknya ke bawah. Hinggalah sampai satu peringkat titik-titik itu akan terus jatuh ke bawah dan turunlah hujan.

Namun jika titik-titik air tersebut bertemu udara panas, titik-titik itu akan mengewap dan lenyaplah awan itu. Inilah yang menyebabkan itu awan selalu berubah-ubah bentuknya. Air yang terkandung di dalam awan silih berganti mengewap dan mencair. Inilah juga yang menyebabkan kadang-kadang ada awan yang tidak membawa hujan.

Berat titik-titik air dalam awan boleh mencapai beberapa juta tan, namun biasanya saiz (isipadu) awan adalah amat besar, jadi ketumpatan awan sebenarnya adalah cukup rendah untuk membolehkan angin di bawah dan di dalam awan menyokongnya.

Klasifikasi awan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Jenis-jenis awan

Klasifikasi awan mengikut ketinggian
Awan dibahagikan kepada dua kategori umum: lapisan dan perolakan.
Awan-awan ini dinamakan 
awan stratus (awan berlapis) dan 
awan kumulus (awan berlonggok). 





Dua jenis awan ini seterusnya dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut ketinggian.

Keluarga A: Awan tinggi (6,000m ke atas)  [sunting | sunting sumber]

Keluarga B: Awan pertengahan (2,000 - 5,000 m)[sunting | sunting sumber]

Keluarga C: Awan rendah (2,000 m ke bawah)[sunting | sunting sumber]

Keluarga D: Awan menegak[sunting | sunting sumber]


-norizahnoor-
getting interesting & to be continued...):