Thursday, 24 June 2021

COVID-19 STATUS AS AT 24.06.2021

Thursday.
24.06.2021.
13 Zulka'edah 1442H.

Wednesday, 23 June 2021

COVID-19 STATUS AS AT 23.06.2021

Wednesday.
23.06.2021.
12 Zulka'edah 1442H.

ALLAHU..
Naik lagi kes.. 

COVID-19 STATUS AS AT 22.06.2021

Tuesday.
22.06.2021.
11 Zulka'edah 1442H.

Naik sikit hari ni..
Plus 132


Tuesday, 22 June 2021

JOM NGAJI

Selasa
22.06.2021.

Kelas mingguan seperti biasa lagi hari ini.

Sebelum bertalaqqi ustaz mengambil peluang utk menyampaikan tadabbur Al-Quran ayat 10-11 surah Luqman.
Sungguh kekuasaan dan kebesaran Allah tiada bandingan. 
Allah mencipta 7 petala langit serta bumi dan segala isinya tanpa tandingan dari kuasa yang lain selain Allah. 

Monday, 21 June 2021

COVID-19 STATUS AS AT 21.06.2021

Monday.
21.06.2021.
10 Zulka'edah 1442H.

Alhamdulillah..
Pangkal 4 hari ni.. 
Moga kekal begini
Malah moga turun lagi..

Seriously..
Sporadic. 


Sunday, 20 June 2021

COVID-19 STATUS AS AT 20.06.2021

Sunday.
20.06.2021.
09 Zulka'edah 1442H.

Alhamdulillah..
Turun sedikit hari ini. 
Moga terus turun dan turun dan turun...

PANGGILAN VAKSIN COVID-19

Sunday.
20.06.2021.
09 Zulka'edah 1442H. 

Alhamdulillah..
Syukur padaMu ya Allah. 

Inilah ikhtiar kami
Selaku HambaMu
Segala yang terbaik hanya dariMu
Dan yang kurang.. 
Milik kami

Alhamdulillah..
Dah confirm appointment. 
Just wait for the day..
Robbi Yassir.. 

ZIKIR YANG MEMBAWA KE SYURGA

Zikir Yang Membawa Ke Syurga
==========
1. Rasulullah ﷺ pernah mengajarkan kepada kita satu zikir yang boleh membawa kita ke syurga. Sabda Rasulullah ﷺ:

مَنْ قَالَ : رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا ، وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا ، وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولًا ، وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ

“Barangsiapa yang mengucapkan: Aku redha dengan Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku dan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulku, maka wajib ke atasnya syurga. (HR Abu Daud)

2. Hadis ini pada hakikatnya menggambarkan kepada kita tentang kesempurnaan iman seorang Muslim. Bilamana seorang muslim itu meletakkan Allah sebagai kemuncak segala tujuan hidupnya maka sempurnalah keimanan buat dirinya. 

3. Begitu juga apabila dia redha agar Islam itu menjadi panduan hidupnya dan Rasulullah itu petunjuk jalan bagi dirinya, maka dia telah meletakkan agama ini sebagai pengaruh utama yang membentuk halatuju dan kerangka hidupnya, maka dia telah mencapai kemanisan iman.

4. Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah yang menyebutkan:

ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ ، وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ ؛ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ ، أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا ،

(Terdapat) Tiga perkara yang andai sekiranya seseorang itu memiliki tiga perkara ini, dia akan merasa kemanisan iman. Iaitu yang pertamanya dia mencintai Allah (redha kepadaNya) dan mencintai RasulNya lebih dari segala-galanya (maka dia akan merasai kemanisan iman) . (HR al-Bukhari)

5. Redha di sini bukan sekadar menerima sahaja, tetapi mencintai dan menjiwai setiap perintah Allah dan RasulNya, lalu dia menjadikan Allah dan Rasul sebagai panduan hidupnya, maka pastilah dia akan dikurniakan syurga Allah.

Semoga Allah membimbing kita.

Kredit: Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Saturday, 19 June 2021

COVID-19 STATUS AS AT 19.06.2021

Saturday

Friday, 18 June 2021

COVID-19 STATUS AS AT 18.06.2021

Friday.
18.06.2021.
07 Zulka'edah 1442H.

Naik lagi kes hari ni..
Allahu.. 

Seriously..
Rasa mcm malas dah nak tepek kt sini all these data..makin senak, makin sesak dada.. 
Tapi nanti tak bukti pulak nak tunjuk kat next generation, kan.. 
Paling tak pun esok lusa tulat tunggeng ke..abad depan ke..kot2 mata buleh nampak lagi, jari buleh gagau search lagi buleh ler belek satu-satu..walaupun byknyg lompong sana sini. Ikut dan ('dan' ni gantinama lain bagi sempat..) .. Ikut rajin malas je ni.. 

Mungkin masa tu tgh duduk2 santai kat rumah kecil atas bukit ke..atau mungkin sambil menikmati sun rise kt rumah kecil mengadap Laut China Selatan ke..atau tgh minum kopi sambil makan lempeng kelapa cicah sambal bilis kt anjung rumah kecik mengadap sun set di ufuk barat Selat Melaka ke.. 
Kot-kot la.. 
Angan-angan kan percuma...... 

#norizahnoorwrites 

JANGAN TINGGAL SELAWAT PADA NABI

Jangan Tinggal Selawat Pada Nabi
========
1. Dalam sebuah hadis, Rasulullah ﷺ menjelaskan bahawa selawat yang kita bacakan buat Baginda Nabi akan disampaikan kepada Nabi sendiri. Dalam erti kata yang lain, Baginda tahu kita berselawat. Sabda Rasulullah ﷺ:

وَصَلُّوا عَلَيَّ فَإِنَّ صَلَاتكُمْ تبلغني حَيْثُ كُنْتُم

“Dan berselawatlah ke atasku. Sesungguhnya selawatmu itu akan sampai kepadaku di mana jua kamu berada.” (Sunan Abu Daud - dinilai sanad yang Sahih oleh Ibn Hajar)

2. Ketika menghuraikan hadis ini, al-Imam Mula Ali al-Qari menukilkan padandangan al-Imam al-Tiibi yang seakan menjelaskan bahawa para malaikat menyampaikan kepada Baginda tentang selawat yang dibacakan buat dirinya. (Fayd al-Qadir)

3. Begitulah hebatnya kedudukan selawat ke atas Nabi. Dalam al-Quran sendiri menjelaskan bagaimana Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi.

4. Malah mereka yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi ﷺ akan mendapat kedudukan yang dimuliakan di sisi Allah di akhirat kelak. Sabda Rasulullah ﷺ:

أولى النَّاس بي يوم القيامة أكثرُهم عليَّ صلاةً

“Manusia yang paling utama di sisiku di hari akhirat kelak adalah yang paling banyak berselawat ke atas ku.” (HR al-Tirmizi - dinilai Hasan) 

5. Dengan itu, perbanyakkanlah selawat ke atas Rasulullah. Amalkanlah sunnah Baginda Nabi sebagai tanda kasih kepada Rasulullah.
Semoga Allah membimbing kita.

Kredit: Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Thursday, 17 June 2021

COVID-19 STATUS AS AT 17.06.2021

Thursday.
17.06.2021


JOM NGAJI - KELAS MASJID NEGARA

Khamis.
17.06.2021.
06 Zulka'edah 1442H. 


Surah Luqman.
Ayat 1-9 ms 411.

Recap.
Sungguh, betapa sombongnya kita manusia.... 
Allah dah terang-terang kurniakan Al-Quran sebagai 
PETUNJUK
RAHMAT. 

Tapi kita masih 
S
O
M
B
O
N
G
........ 

#norizahnoornotes 

SEMUA KEBAIKAN UNTUK DIRI SENDIRI

Semua Kebaikan Untuk Diri Sendiri
=========
Berulang kali Allah ingatkan dalam al-Quran bahawa segala usaha kebaikan yang dilakukan oleh manusia adalah untuk dirinya sendiri. Allah tidak memerlukan kepada amalan manusia. Kebaikan dan hidayah yang diberikan buat manusia semuanya adalah bagi membimbing manusia menjalani kehidupan yang sejahtera di dunia dan akhirat.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
http://telegram.me/myhadithtime

Rumusannya.. Man jadda wa jadda.. Kita buat kita dapat.
Kan... 

Wednesday, 16 June 2021

COVID-19 STATUS AS AT 16.06.2021

Wednesday.
16.06.2021.
DAY 36 MCO3.0 /PKP3.0 SINCE 12.05.2021.
DAY 02 TOTAL LOCKDOWN 2021 FASA 2 WEF 15.06.2021

LANGIT MATAHARI AWAN PELANGI

Wednesday.
16.06.2021.
Seperti biasa
Buka mata
Mulakan hari
Bismillah..
Biiznillah 

Ibrah for the day:-
Dari pagi sampai senja langit & awan tak pernah hidangkan manusia dgn pemandangan dan lukisan yang sama.
Antara kita nak tengok atau tidak je.
Antara kita peduli atau tidak je. 

Pagi kita harapkan yang cantik-cantik je dalam hidup..Allah bagi dah. Ada pada langit... 

Langit. 
Matahari. 
Awan. 

Tengahari kita dok asyik mengeluh panaih berdengung..sampai penin la, migrane la.. 
Hari ni Allah bg teduh..ada kat langit jugak. 

Senja.. Uishhh, nak malam dah. Dok komplen lagi..gelap la sat lagi ni.. 
Copppp.. 
Allah still sayang lagi kat ampa.. 
Allah bagi lagi pelangi walau dah pukui 7.26mlm...dah nak azan maghrib dah kak oi.. 
Dalam pada nak tarik daun tingkap ampa..tu diaaaa.. 
Subhanallah! 
Alhamdulillah.. 
Allahu Akbar! 

Cantik, kan??? 

Makanya nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? 

#norizahnoorwrites 
#catatanuntukdirisendiri