Sunday, 21 March 2021

KELEBIHAN MENCINTAI AL-QUR'AN

Kelebihan Mencintai Al Quran

1] Tidak nyanyuk walaupun sudah lanjut usianya. 

2] Orang tua yang mengamalkan Al Quran walau di umpama Al Quran buruk, lunyai, hancur tetap di sayangi, tetap di hargai. Orang masih menghormati dan mencintainya serta meletakkan dia di tempat yang baik².

3] Orang yang mencintai Al Quran tidak perlu susah hati dengan usia tua, kalau tidak ada anak yang dapat menjaga, tetap akan ada orang yang Allah datangkan untuk menjaganya kerana ini adalah janji Allah kepada hamba²nya yang menjunjung kemuliaan mukjizat. Golongan ini dalam pengawasan para malaikat.

4] Orang yang junjung Al Quran di dalam dirinya akan di jaga keselamatannya oleh Allah di dunia, di dalam kubur dan pada hari akhirat. Walaupun di dunia dia di benci oleh orang tapi Allah tetap menjanji keselamatan dalam dirinya, sepertimana Al Quran yang Allah sediakan para malaikat untuk menjaga setiap hurufnya.

5] Wajahnya bercahaya cahaya dan mesra untuk di dekati.

6] Orang yang membaca Al Quran tidak di hina. Dia tidak akan menjadi peminta sedekah atau makan sampah di jalanan, misalnya.

7] Pengamal Al Quran hidupnya tampak sederhana tetapi sebenarnya dia kaya dengan sumber rezeki yang tidak diduga. Inilah lambang keberkatan yang Allah hadiahkan padanya.

Sumber : Ustaz Abdullah Mahmood.

Kredit : #FbIlmuDuniaDanAkhirat

Saturday, 20 March 2021

COVID-19 STATUS AS AT 20.03.2021

20.03.2021 
06 Sya'ban 1442H 
DAY 16 MCO2.0 /PKP2.0 SINCE 05.03.2021. 
DAY 67 STATE OF EMERGENCY/PROKLAMASI DARURAT 2021 SINCE 13.01.2021. 
DAY 368 MCO /PKP SINCE 18.03.2020

Dah


Friday, 19 March 2021

COVID-19 STATUS AS AT 19.03.2021

Friday.
19.03.2021.
05 Sya'ban 1442H.
DAY

COVID-19 STATUS AS AT 18.03.2021

18.03.2021

Thursday, 18 March 2021

COVID-19 STATUS AS AT 17.03.2021

Sethn telah berlalu

Tuesday, 16 March 2021

COVID-19 STATUS AS AT 16.03.2021

Tuesday.
16.03.2021.
02 sya'ban 1442H. 
DAY 12 CMCO2.0 /PKPB2.0 SINCE 05.03.2021. 
DAY 63 STATE OF EMERGENCY 2021 /PROKLAMASI DARURAT 2021 SINCE 13.01.2021. 
DAY 364 MCO/PKP SINCE 18.03.2020.

ALHAMDULILLAH..
Menghampiri 3 digit.

1 km radius makin byk positive cases compared to yesterday...
Robbi Yassir.. 

Monday, 15 March 2021

COVID-19 STATUS AS AT 15.03.2021

Monday.
15.03.2021.
01 Sya'aban 1442H. 
DAY 11 CMCO2.0 /PKPB2.0 SINCE 05.03.2021. 
DAY 62 STATE OF EMERGENCY 2021 /PROKLAMASI DARURAT 2021 SINCE 13.01.2021. 
DAY 363 MCO /PKP SINCE 18.03.2020.

ALHAMDULILLAH..
TURUN LAGI..💪


Sunday, 14 March 2021

COVID-19 STATUS AS AT 14.03.2021

Sunday.
14.03.2021.
30 Rejab 1442H. 
DAY 10 CMCO2.0 /PKPB2.0 SINCE 05.03.2021. 
DAY 61 STATE OF EMERGENCY 2021 /PROKLAMASI DARURAT 2021 SINCE 13.01.2021. 
DAY 362 MCO /PKP SINCE 18.03.2020

ALHAMDULILLAH..
Turun lagi new positive cases hari ini.. 

Oh my Setiawangsa.. 
Apa kata MYSEJAHTERA??? 
Alhamdulillah.. 
Tinggai 10 active cases 1 km radius. 
Good sign. 




TERLUCUT PAKAIANNYA- REMINDER BUAT DIRI SENDIRI

TERLUCUT PAKAIANNYA

"I dah turun 10 kg. Dah boleh sarung balik my kebaya."

Beritahu wanita glamour itu. Usianya separuh abad seusia saya. 

"Bila dah kurus ni ... ramai orang ingat my daughter tu my sister."

Dia tertawa. Gayanya juga tampil berbeza. Yakin .. kembali menyarung seluar denim ketat sendat sambil berposing. Gaya anak remaja.

Walhal .. dulunya dia pernah menangis tersedu berhiba-hiba bila Allah ar-Rahman menjemput menjadi tetamuNya bagi menunaikan rukun Islam ke lima.

Berjanji mahu pertahankan agar Allah mengurniakan haji yang mabrur. 

"Bukankah Rasulullah SAW bersabda jihad bagi wanita adalah mempertahankan kemabruran hajinya?"

Hari ini ... pakaian longgarnya sudah tiada. 

Duhai kawan seusia umurku ..

Bertahanlah. Berjihadlah ...

Usah biarkan syaitan melucutkan pakaian mu satu persatu. Syaitan itu musuh utama manusia. 

Pertama .. dicabutnya rasa malu kamu di hadapan khalayak. 

Kedua ... ditiupkan perasaan mahu pamerkan kecantikan dirimu buat peragaan ditengah khalayak. 

Ketiga ... ditutup telinga agar kamu tidak perlu mendengar bisikan iman. 

Akhirnya ... dilucutnya pakaian iman agar kamu dibiarkan bertelanjang tanpa rasa segan.

Lihatlah sekeliling kita. Berapa ramai rakan-rakan berusia berpatah balik ke belakang.

Walhal rumahnya sudah kata pergi. Kuburnya melambai setiap hari.

Allah ya Allah ... lindungi kami serta zuriat keturunan kami dari mendengar bisikan syaitan yang di laknat Tuhan pencipta alam. 

Mudah-mudahan kami semua serta mereka yang terlalai sempat bertaubat sebelum mati. 

Terjemahan Surah Al-A'raaf. Ayat 027 bermaksud:

"Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: Aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). 

Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. 

Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman."

Kredit : Roza Roslan

Picture by norizahnoor.
Taken from my jendela 14.03.2021.
After subuh..

Saturday, 13 March 2021

COVID-19 STATUS AS AT 13.03.2021

Saturday.
13.03.2021.
29 Rejab 1442H. 
DAY 09 CMCO2.0 /PKPB2.0 SINCE 05.03.2021. 
DAY 60 STATE OF EMERGENCY 2021/PROKLAMASI DARURAT 2021 SINCE 13.01.2021. 
DAY 361 MCO/PKP SINCE 18.03.2020.

Setiawangsa masih merah... 

Friday, 12 March 2021

COVID-19 STATUS AS AT 12.03.2021

Friday.
12.03.2021.
28 Rejab 1442H.
DAY 08 CMCO2.0 SINCE 05.03.2021.
DAY 59 STATE OF EMERGENCY 2021 /PROKLAMASI DARURAT 2021 SINCE 13.01.2021. 
DAY 360 MCO/PKP SINCE 18.03.2020.

Setiawangsa masih red zon.
Robbi Yassir..

7 TIPS MERAWAT HATI DAN JIWA YANG KOSONG

7 Tips Merawat Hati & Jiwa Yang Kosong
.
Pernah tak terdetik, kenapa hati rasa kosong? Macam tidak ada apa-apa perasaan. Kadang-kadang rasa tak tenang dan resah gelisah. Walaupun diri dikelilingi dengan kesenangan dan kemewahan, ia seperti tidak mengisi jiwa yang sedang berkecamuk dan gersang. 
.
Bagaikan ada sesuatu yang tidak kena, tetapi kita tak tahu kenapa. Bagaikan ada sesuatu yang hilang" something is missing" tetapi kita tak tahu apa yang hilang itu.Bila bercakap dengan orang sekalipun, otak ke tempat lain. Rasa tidak ada semangat dan rasa seolah-olah hidup dalam  kegelapan.
.
Jadi,
Bagaimana cara untuk mengisi jiwa yang kosong? Ketahuilah setiap penyakit ada penawarnya, Jiwa yang kosong boleh diubati dengan pelbagai cara dan dibawah Ahyat sertakan beberapa tips untuk menjadikan jiwa dan hati kita dalam keadaan tenang dan tenteram.
.
#1. Niat Kerana Allah

Ikhlaskan hati kerana Allah dan lakukan segala perkerjaan adalah kerana Allah bukan kerana manusia. Dihina, dikutuk, dan diuji tidak merasa kecewa. Jiwa kosong menjelma kerana niat bukan kerana Allah. Di kala niat ingin dipuji, namun ditunggu tidak datang.Hasilnya diri terasa keseorangan. 
.
Sebenarnya kita diperhati Allah.Walau tidak dipandang manusia, Allah tetap bersama kita.Perasaan kita akan terasa tenteram dan tidak lemah dengan ujian kerana hati sudah tersemat dengan keikhlasan kerana Allah. Jadi, betulkan niat jangan dikotori. Hapuskan segala niat yang salah. Buat semata-mata kerana Tuhan.
.
#2- Perbanyakkan Beristighfar 

Beristighfar itu kita memohon keampunan daripada Allah S.W.T. Memohon segala kesilapan dan dosa dimaafkan oleh Allah S.W.T. Beristighfar perlu ada rasa dan bukan saja-saja dikata. Mulut berbicara, hati mengakuinya dan perbuatan perlu meninggalkan dosa lalu.Bila diulang dan diulang. 
.
Pada masa dan ketikanya hati merasa tenang. Terasa bagai beban dikurangkan sedikit demi sedikit. Jiwa penuh dosa akan terhakis sedikit demi sedikit dengan alunan istighfar yang sebenar-benar pengharapan. 
.
Banyakkanlah beristighfar itulah penyelesaian yang terbaik yang tidak harus ditinggalkan untuk merawat jiwa. Jiwa kosong kepada jiwa yang suci. Baca perlahan-lahan untuk menghayati makna yang dilafazkan.
• 
#3- Tinggalkan Maksiat

Maksiat adalah racun kepada kehidupan. Sifat maksiat memang manis (bagi jiwa yang dalam kekosongan) tetapi manisnya hanya seketika. Walau manis, ia tetap berbahaya. Janganlah menjadikan maksiat sebagai penyelesai masalah kerana ia menambahkan lagi masalah. 
.
Arak misalnya, disangka ubat hilangkan stres tetapi ia menjadikan akal tidak menentu. Pelbagai lagi masalah yang bertandang kerana maksiat tersebut. Tinggalkan maksiat itu adalah  jalan yang paling baik. Percayalah maksiat tidak akan membawa kita ke mana-mana. Nikmatnya singkat. Masalah pula meningkat.
.
#4. Nuntut Ilmu Agama

Orang berilmu dan orang tidak berilmu bezanya jauh sekali. Orang berilmu tahu mana yang salah dan mana yang betul. Orang tidak berilmu pula menyangka semua yang dilakukan betul dan menganggap salah adalah betul dan betul pula dikatakan sebaliknya. 
.
Jiwa yang kosong dapat dirawat dengan menuntut ilmu agama. Pelajarilah dari guru yang benar. Amalkan apa yang diketahui dan dipelajari. Insyaallah, Allah permudahkan segala urusan untuk memperbaiki jiwa kita.
.
#5. Amalkan Bacaan al-Quran

Dalam kehidupan kita tidak lari daripada al-Quran. Al-Quran adalah panduan kehidupan. Memberi panduan ke arah kebenaran dan menghalang daripada melakukan kejahatan. Dalam al-Quran pelbagai kisah para Nabi terdahulu, antaranya kisah umat yang diazab Allah, peringatan, nasihat dan pelbagai pengisian rohani yang baik untuk jiwa yang kosong.
.
Membaca sahaja tidak memadai, kita perlu fahami isi yang ingin disampaikan dan amalkan suruhan Allah yang tercatat di dalamnya. Insyaallah, jiwa tidak kosong malah jiwa terasa tenang sekiranya kita sentiasa membaca al-Quran. Jadikan al-Quran sebagai ubat motivasi.
.
#6. Beristiqamah Dalam Melakukan Kebaikan

Beristiqamahlah melakukan kebaikan walaupun sedikit. Apa itu istiqamah? Istiqamah itu maknanya dilakukan secara berterusan. Amalan baik walaupun kecil dilakukan berterusan lebih Allah sukai daripada amalan baik yang dilakukan banyak namun tidak konsisten.Allah tidak memandang kuantiti tetapi kualiti. 
.
Setiap kita boleh sahaja memilih amalan apa yang sesuai dan mampu kita lakukan. Contoh, berzikir 100 kali setiap hari. Ada yang membaca al-Quran setiap selepas solat Maghrib.Apa yang penting istiqamah. Insyaallah, amal kebaikan yang dilakukan akan memberi kesan pada jiwa. Dan jiwa tidak akan terasa kosong lagi.

#7. Berdoa kepada Allah. 

Berdoa kepada Allah agar diberi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Kita perlu minta kepada Allah dengan bersabar dan penuh kekhusyukan.Kita sebagai hamba pasti ada masa jatuh dan masa bangunnya. Jadi berdoalah memohon pertolongan kepadaNya. 
.
Allah sentiasa menanti doa kita. Hanya kita yang melupakanNya. Pada jiwa yang kosong, rawatlah dengan memohon doa.Bermunajat dan berdoa dengan setulus hati. Kebahagiaan pasti akan menghampiri. Terasa nikmatnya doa pada Ilahi.
.
Kesimpulannya, jiwa yang bahagia adalah jiwa yang dekat dengan Allah s.w.t. Jiwa juga perlukan makanan dari kita. Makanannya sudah disebut di atas. Ahyat harap semoga tips di atas dapat memberikan penyelesaian dan merawat jiwa yang kosong. Beramallah sepanjang kehidupan, nescaya ia tidak akan rugi walau sedikit pun.
.
Sumber: 
1. tzkrh.com/7-tips-merawat-jiwa-yang-kosong/
2. therohani.com/kenapa-hati-rasa-kosong-sunyi/
3.http://www.addeen.my/item/1044-mengubat-jiwa-kosong
4.http://mpw2043syariahkias.blogspot.com/cara-mengubat...

REBUTLAH 'SA'AT AL-IJĀBAH' PADA HARI JUMAAT. AYUH MENADAH TANGAN BERDOA

Senjata terbesar yang dimiliki umat manusia adalah doa. Doa adalah keku-atan yang mampu menghasilkan keajaiban. Ia umpama keku-atan yang mampu mengubah sesuatu yang tidak mungkin menjadi mungkin. Keku-atan yang mampu memeluk jiwa-jiwa lemah agar lebih ku-at dan tegar dalam menjalani kehidupan.

Pada hari Jumaat ada satu waktu yang disebut Sā’at al-Ijābah iaitu waktu doa mustajab, cuma dirahsiakan waktunya dan tidak disebut dengan benar-benar jelas oleh Rasulullah sollallāhu’alayhiwasallam.

Dalam kitab tentang hadis-hadis kelebihan Hari Jumaat, Imam as-Suyūtī rahima-hullāh ada menyenaraikan sejumlah sekitar 30 pendapat ulama tentang bilakah waktu tersebut kerana Ulama berselisih pendapat dalam menentukan waktu tersebut. Antara pendapat paling ku-at ialah waktu selepas Asar hari Jumaat. Waktu ini digelar waktu Fatimiyyah kerana Sayyidatina Fatimah radiyaLlahu’anha berpegang waktu itulah doa dimakbulkan dan beliau mengkhususkan waktu tersebut untuk berdoa.

Daripada Abu Sa’id dan Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ فِي الْجُمُعَةِ سَاعَةً لَا يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ فِيهَا خَيْرًا إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ، وَهِيَ بَعْدَ الْعَصْرِ

Maksudnya: “Sesungguhnya terdapat satu waktu pada hari Jumaat apabila seorang ham-ba muslim meminta kepada Allah SWT akan perkara kebaikan pada waktu tersebut melainkan Allah SWT akan memberinya apa yang yang dimintanya itu, waktu tersebut adalah selepas asar”. [Riwayat Ahmad, (7688)] [Hadith ini adalah sahih dengan syawahidnya dan sanad hadith ini adalah dhaif menurut Syeikh Syuaib al-Arnaouth]

Daripada Jabir bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
يَوْمُ الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً، لَا يُوجَدُ فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللَّهَ شَيْئًا إِلَّا آتَاهُ إِيَّاهُ، فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ

Maksudnya: “Hari Jumaat mempunyai 12 jam, padanya terdapat satu waktu yang mana tidak ada seorang ham-ba yang meminta sesuatu kepada Allah SWT melainkan Allah SWT akan memberikan apa yang dimintanya itu kepadanya. Maka carilah waktu tersebut pada akhir waktu selepas asar ”. [Riwayat al-Nasa’ie, (1389)] [Hadith ini dinilai sahih oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani di dalam Nataij al-Afkar, 2/436]

Ayuh menadah tangan berdoa. Sebagaimana Kaabah ialah kiblat ketika solat, maka langit ialah kiblat ketika berdoa munajat.

#TAMBAHAN – IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-126: WAKTU MUSTAJAB PADA HARI JUMAAT

Soalan: Bilakah waktu yang dimaksudkan dengan waktu yang mustajab pada hari Jumaat?

Jawapan:-

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Berdasarkan soalan di atas, terdapat sebuah hadith yang sahih berkaitan hal tersebut. Hadith tersebut diriwayatkan oleh imam al-Bukhari dan juga imam Muslim di dalam sahihnya dengan lafaz yang sedikit berbeza:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

فِي يَوْمِ الجُمُعَةِ سَاعَةٌ، لاَ يُوَافِقُهَا مُسْلِمٌ، وَهُوَ قَائِمٌ يُصَلِّي يَسْأَلُ اللَّهَ خَيْرًا إِلَّا أَعْطَاهُ

Maksudnya: “Pada hari Jumaat ini ada satu masa yang sekiranya ditepati oleh seorang muslim dalam keadaan dia bersolat meminta sesuatu daripada Allah SWT, pasti Allah SWT akan memperke-nankan permintaanya itu”. [Riwayat al-Bukhari (6400)]

Melihat kepada hadith di atas, kita memahami bahawa Allah SWT telah meletakkan satu tempoh masa yang sangat istimewa pada hari Jumaat iaitu setiap permintaan ham’ba-ham’banya akan dikabulkan pada waktu tersebut.

# – Pendapat ulama’ dalam memahami hadith tersebut. 

Dalam masalah ini, terdapat beberapa pendapat yang dinyatakan oleh para ulama’ sebagaimana yang disebut oleh Imam al-Nawawi berdasarkan pendapat al-Qadhi ketika mensyarahkan hadith ini di dalam sahih Muslim, antaranya: [Lihat: al-Minhaj Syarah Muslim, 140/6]

#1 – Pertama: Waktunya adalah ketika khatib duduk di atas mimbar sehingga selesai solat. Pendapat ini disokong dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy’ari.

#2 – Kedua: Waktunya adalah selepas asar sehingga terbenamnya matahari.

#3 – Ketiga: Waktunya adalah ketika solat didirikan sehingga ia selesai.

#4 – Keempat: Waktunya apabila imam keluar sehingga selesainya solat.

Di sana terdapat beberapa lagi pendapat yang lain sebagaimana yang dinyatakan Ibn al-Qayyim di dalam karyanya iaitu sebanyak 11 pendapat.


# – Pendapat Ulama’ Dalam Masalah Ini

Setelah melihat pendapat di atas, suka bagi kami untuk mendatangkan sedikit perbahasan yang dinyatakan oleh Ibn Qayyim al-Jauziyyah di dalam kitabnya Zad al-Ma’ad dalam menentukan waktu yang mustajab ini:

Dalam masalah ini, terdapat dua pendapat yang kuat dan keduanya bersandar pada hadith Nabi SAW.

#1 – Pendapat Pertama: 
Waktu yang dimaksudkan adalah ketika khatib duduk di atas mimbar sehingga selesainya solat, berdasarkan hadith sahih yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy’ari.

Daripada Abu Musa al-Asy’ari bahawa beliau mendengar Nabi SAW bersabda apabila beliau ditanya oleh Ibn Umar tentang waktu yang mustajab tersebut:

أَسَمِعْتَ أَبَاكَ يُحَدِّثُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي شَأْنِ سَاعَةِ الْجُمُعَةِ شَيْئًا؟ قَالَ: نَعَمْ سَمِعْتُهُ يَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: “هِيَ مَا بَيْنَ أَنْ يَجْلِسَ الْإِمَامُ إِلَى أَنْ تُقْضَى الصَّلَاةُ”.

Maksudnya: Adakah kamu pernah mendengar ayahmu meriwayatkan hadith daripada Rasulullah SW berkenaan satu waktu (mustajab) pada hari Jumaat?”. “Ya, aku pernah mendengarnya”. Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Ia adalah di antara duduknya imam sehingga selesainya solat didirikan”. [Riwayat Muslim (853)]

Pendapat ini juga mempunyai beberapa lagi hadith yang menyokong pendapat bahawa waktu mustajab tersebut adalah ketika khatib duduk di atas mimbar sehingga selesainya solat.

#1 – Pendapat Kedua: 
Waktunya adalah selepas asar. Ini adalah pendapat yang lebih ku-at berbanding dua pendapat yang ku-at ini. Hujah bagi orang yang berpegang dengan pendapat ini adalah berdasarkan riwayat imam Ahmad:

Daripada Abu Sa’id dan Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ فِي الْجُمُعَةِ سَاعَةً لَا يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ فِيهَا خَيْرًا إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ، وَهِيَ بَعْدَ الْعَصْرِ

Maksudnya: “Sesungguhnya terdapat satu waktu pada hari Jumaat apabila seorang ham-ba muslim meminta kepada Allah SWT akan perkara kebaikan pada waktu tersebut melainkan Allah SWT akan memberinya apa yang yang dimintanya itu, waktu tersebut adalah selepas asar”. [Riwayat Ahmad, (7688)] [Hadith ini adalah sahih dengan syawahidnya dan sanad hadith ini adalah dhaif menurut Syeikh Syuaib al-Arnaouth]

Daripada Jabir bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

يَوْمُ الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً، لَا يُوجَدُ فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللَّهَ شَيْئًا إِلَّا آتَاهُ إِيَّاهُ، فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ

Maksudnya: “Hari Jumaat mempunyai 12 jam, padanya terdapat satu waktu yang mana tidak ada seorang ham-ba yang meminta sesuatu kepada Allah SWT melainkan Allah SWT akan memberikan apa yang dimintanya itu kepadanya. Maka carilah waktu tersebut pada akhir waktu selepas asar ”. [Riwayat al-Nasa’ie, (1389)] [Hadith ini dinilai sahih oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani di dalam Nataij al-Afkar, 2/436]

Terdapat beberapa lagi hadith yang menunjukkan bahawa waktu yang mustajab pada hari Jumaat tersebut adalah selepas daripada asar. Tambahan pula, diriwayatkan Said bin Jubair daripada Ibn Abbas RA telah berkata: Waktu yang dimaksudkan pada hari Jumaat adalah antara solat asar sehingga terbenam matahari. Adapun Said bin Jubair apabila beliau menunaikan solat asar, beliau tidak akan bercakap dengan sesiapa sehingga terbenamnya matahari. Ini adalah pendapat sebahagian besar salaf dan pada pendapat ini mempunyai hadith yang banyak berbanding pendapat-pendapat yang lain. [Lihat: Zad al-Ma’ad, 377/1]

# – Pendapat Yang Dipilih

Setelah melihat perbahasan dan dalil-dalil yang dikemukan maka kami cenderung untuk memilih pendapat yang kedua iaitu waktu yang mustajab pada hari Jumaat adalah selepas asar sehinggalah terbenamnya matahari. Ini kerana, dalil-dalil yang dikemukan oleh pihak ini lebih banyak dan ku-at. Selain itu juga, amalan para sahabat dan salaf juga menunjukkan bahawa mereka amat mementingkan waktu ini sepertimana yang dilakukan oleh Said bin Jubair RA.

#– Penutup
Kesimpulannya, hari Jumaat adalah hari yang mulia dan ia juga mempunyai banyak keistimewaan, kemuliaan dan kelebihan berbanding hari-hari yang lain. Untuk itu, kita sebagai seorang muslim samada lelaki atau wanita perlulah mengambil berat berkaitan perkara ini. Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kesempatan serta mengurniakan kita waktu-waktu yang istimewa seperti ini kepada kita. Amin.

Wallahua’lam

Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan



KEISTIMEWAAN HARI JUMAAT DAN 4 AMALAN YANG SANGAT ISTIMEWA DI HARI JUMAAT

Hari Jumaat merupakan hari yang mulia di sisi umat Islam. Ini kerana, terdapat banyak hadith yang menceritakan berkaitan kelebihan yang ada padanya.

KEISTIMEWAAN HARI JUMAAT & 4 AMALAN ISTIMEWA

Didalam satu petikan kuliah yang disampaikan oleh Syeikh Ali Jabir dimana Syeikh menyebut ada 4 amalan yang menjadi sangat istimewa di hari Jumaat.

Berkata Syeikh,” Saya mengingatkan bapa dan ibu 4 amalan, Ini hari Jumaat. 4 amalan yang sangat istimewa di hari Jumaat..”

Apakah 4 amalan yang istimewa itu? Mari kita ikuti perkongsian ilmu ini.

1. AMALAN PERTAMA. 
Amalan yang pertama adalah BERSELAWAT KEPADA RASULULLAH صلى الله عليه وسلم  kerana Rasulullah صلى الله عليه وسلم berpesan kepada kita,

Daripada Abu Umamah RA, bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:
أَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلَاةِ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ؛ فَإِنَّ صَلَاةَ أُمَّتِي تُعْرَضُ عَلَيَّ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً
Maksudnya: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).” [Riwayat al-Baihaqi (5995)]

Jadi ini hari Jumaat, jadi kita boleh tinggalkan seluruh zikir hanya fokus kepada Selawat kepada Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم . Tidak salah, kerana Rasulullah صلى الله عليه وسلم memang minta kita untuk kita berselawat di hari Jumaat.

Jadi pesan syeikh beliau memohon sepanjang hari, di dalam perjalanan, dimana pun kita berada.. berselawatlah kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم.


Nak baca ‘Sayyiduna’ boleh, Nak baca tanpa ‘Sayyiduna’ pun boleh.. Nak baca lafaz selawatnya panjang boleh, nak baca yang pen(dek) pun boleh. Intinya berselawat kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم

2. AMALAN KEDUA. 

Yang kedua pesan Syeikh, jangan lupa membaca Surah Al-Khafi.
Surah Al-Kahfi ada 110 ayat. Jika mereka yang sentiasa melazimi al-quran sudah terbiasa membaca sekali gus. Yang belum biasa mesti merasa kebera(tan)..
Tapi begini sahaja, boleh dibagi. Maksud baginya apa?

Misalnya dibaca 1 halaman dahulu, sebelum solat jumaat baca 2 halaman, selepas solat Jumaat baca 2 halaman, Begitu selepas solat Asar selesaikan baki surah al-Kahfi yang belum dibaca.

3. AMALAN KETIGA
Amalan ketiga adalah DOA. 

Para pembaca ketahuilah ada 1 jam dihari Jumaat, barang siapa yang berdoa di 1 jam itu doanya tidak akan ditolak. 

Waktu ini disebut Sā’at al-Ijābah iaitu waktu doa mustajab, cuma dirahsiakan waktunya dan tidak disebut dengan benar-benar jelas oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Dalam kitab tentang hadis-hadis kelebihan Hari Jumaat, Imam as-Suyūtī rahima-hullāh ada menyenaraikan sejumlah sekitar 30 pendapat ulama tentang bilakah waktu tersebut kerana Ulama berselisih pendapat dalam menentukan waktu tersebut. Antara pendapat paling ku-at ialah waktu selepas Asar hari Jumaat. Waktu ini digelar waktu Fatimiyyah kerana Sayyidatina Fatimah radiyaLlahu’anha berpegang waktu itulah doa dimakbulkan dan beliau mengkhususkan waktu tersebut untuk berdoa.

4. AMALAN KE EMPAT 

SEDEKAH SUBUH. 
Kenapa saya berkata sedekah subuh? Bukan bererti tidak boleh bersedekah diwaktu yang lain. Semua sedekah boleh (digalakkan) disetiap waktu dan setiap saat. Hari Jumaat mau pun selain hari Jumaat.

Namun, sedekah subuh itu termasuk sedekah yang terbaik. Kenapa? Bukan kata saya, akan tetapi kata Rasulullah صلى الله عليه وسلم

Setiap waktu subuh Allah سبحانه و تعالى turunkan malaikat, tugaskan mendoakan orang yang bersedekah disubuh hari.

“Tidak ada satu Subuh pun yang dilalui hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua Malaikat. Satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”. (Riwayat Bukhari)

Ibu-Ibu (wanita-wanita) yang berhalangan solat tidak boleh solat, sebelum melakukan aktiviti isilah sedekah subuh.

Mulai hari ini masing-masing sediakan kotak amal atau botol, atau tabung.. simpan dirumah. Setiap selesai solat subuh sebelum memulakan aktiviti . Isi sedekah ini. Apa lagi sedekah itu disertai dengan doa. 

Begitu (setelah) anda bersedahkah sebutkan hajatmu..

والله أعلمُ

Kredit : Ustazah Asma Fans. 

Picture by: norizahnoor 
Taken 12.03.2021.
Lewat subuh. 




Thursday, 11 March 2021

COVID-19 STATUS AS AT 11.03.2021

Thursday. 
11.03.2021.
27 Rejab 1442H /Isra Mi'raj 1442H. 
DAY 07 CMCO2.0 2021 SINCE 05.03.2021. 
DAY 58 STATE OF EMERGENCY 2021 /PROKLAMASI DARURAT 2021 SINCE 13.01.2021. 
DAY 359 MCO/PKP SINCE 18.03.2020. 

ALHAMDULILLAH..
KL dah turun jadi double digit.
Yezza... #kolomposihat

Wednesday, 10 March 2021

COVID-19 STATUS AS AT 10.03.2021

Wednesday.
10.03.2021.
26 Rejab 1442H.
DAY 06 CMCO2.0 SINCE 05.03.2021. 
DAY 57 STATE OF EMERGENCY 2021/PROKLAMASI DARURAT 2021 SINCE 13.01.2021. 
DAY 358 MCO/PKP SINCE 18.03.2020. 

KLCC picture taken from inside the car. While waiting for the traffic light turns green.
On the way back home after dinner at Seoul Garden Sunway Putra Mall.

Tuesday, 9 March 2021

COVID-19 STATUS AS AT 09.03.2021

Tuesday.
09.03.2021.
25 REJAB 1442H.
DAY 05 CMCO2.0 /PKPB2.0 SINCE 05.03.2021.
DAY 56 STATE OF EMERGENCY 2021 /PROKLAMASI DARURAT 2021 SINCE 13.01.2021.
DAY 357 MCO/PKP SINCE 18.03.2020.

ALHAMDULILLAH..
Kes makin turun.

Turunlah lagi
COVID-19.. pergilah kau pergi
Jangan kau toleh pada kami lagi
Terbanglah kau tinggi-tinggi
Tinggalkanlah bumi
Ini tempat kami
Rumah kami
Hidup kami di sini...

Setiawangsa masih merah.
Jiran masih silih berganti positif.
Allahumma..
Robbi Yassir..


Monday, 8 March 2021

COVID-19 STATUS AS AT 08.03.2021

Monday.
08.03.2021.
24 Rejab 1442H. 
DAY 04 CMCO2.0/PKPB2.0 SINCE 05.03.2021.
DAY 55 STATE OF EMERGENCY 2021 /PROKLAMASI DARURAT 2021 SINCE 13.01.2021.
DAY 356 MCO/PKP SINCE 18.03.2020.

Alhamdulillah.. 
Turun lagi. 
Tq Allah. 



Sunday, 7 March 2021

COVID-19 STATUS AS AT 07.03.2021

Sunday.
07.03.2021.
23 Rejab 1442H. 
DAY 03 CMCO2. 0/PKPB2.0 SINCE 05.03.2021.
DAY 54 STATE OF EMERGENCY 2021 /PROKLAMASI DARURAT 2021 SINCE 13.01.2021.
DAY 355 MCO /PKP SINCE 18.03.2020.

Alhamdulillah.. 
Kekallah 1 di depan
Jangan kau tarik 2 mendahului
3 apatah lagi... 
Benamlah mereka ke perut bumi
Ke dasar laut mati. 

Alhamdulillah.. Makin kurang aky dikelilingi covid-19 

Saturday, 6 March 2021

COVID-19 STATUS AS AT 06.03.2021

Saturday.
06.03.2021. 
22 Rejab 1442H. 
DAY 02 CMCO2. 0/PKPB2.0 SINCE 05.03.2021.
DAY 53 STATE OF EMERGENCY 2021 /PROKLAMASI DARURAT 2021 SINCE 13.01.2021.
DAY 354 MCO /PKP SINCE 18.03.2020.


Alhamdulillah. 
Kes turun pada pangkal 1.
Walaupun bunyinya masih ribu. 
Tak apalah. 
Pelan tapi pasti. 
Nikmat yang patut kita syukuri. 
Tq Allah... 

Setiawangsa masih tinggi lagi active cases.
136.