Thursday, 10 August 2017

Maldives Day 2 - Hulhumale Island 08.05.2017

First night tido kat Maldives!
Yeay! or Neay?
Of couse la yeay, kan?
Walaupun badan letih, tapi keterujaan untuk melihat sun rise kat pantai depan hotel memadam segala kelesuan. Gitu ayatnya!
Untuk pengetahuan, subuh di Maldives awai. Mentari pun muncul awai jugak. So tak boleh la nak lenggang kangkung mak limah kalau betul-betul nak tengok sun rise.







Baru nak mula update entry Maldives ni dah start pening. Pening kepala nak pilih gambar yang makan ribuan banyaknya. Seriuos. Gambar tak dapat menandingi real life.


 Attention! Bikini is not allowed along the public beach area.
This is soo good.


Damainya...


Ada orang tunjuk kaki kat Lautan Hindi.
Kiranya nak kata...hello! I m here):


Hammock untuk rest & enjoy the view.


Speechless...ni baru kat public beach. Hulhumale Island yang mana merupakan pulau berkepadatan penduduk yang tinggi. Bukan pulau piknik2 & mandi-manda ya.


Mentari di balik awan.


Basikal depan hotel. Boleh buat ronda-ronda.


Restoran

Jalan Hirundhu.


Bebudak sekolah.


08.05.17. We were here.



Air yang sangat2 jernih.

Bercuti ke Maldives 07.05.2017 - 12.05.2017

Maldives 2017 Getaway. 
Itu tajuknya.
Alhamdulillah...angan-angan yang aku pasang sejak dari zaman remaja hampir tercapai. Memang selama hari ni kalau cerita pasal bulan madu...Maldives antara tempat yang popular. Tapi bagi yang dah masuk zaman 'tahun madu' (senior to bulan madu)..tak salah kiranya kita acah-acah bajet muda dengan bercuti kat Maldives ni. Tak payah la nak tunggu berbulan madu baru nak berpeleseran, kan?

Kami naik AA dari KLIA2 pada 07.05.2017 flight pukul 6.55pm. It takes 4hrs 15mins to reach the airport. Time zon Maldives lewat 3 jam dari kita. So kiranya masa kami sampai kat Maldives pkl 11.10pm tu kat sana baru pukul 8.10pm. 

Friday, 9 June 2017

Bercuti ke Maldives 2017.

Maldives kata aku.
Maladewa kata orang seberang.
Keduanya tempat bercuti santai. Wisata bilang mereka.
Maldives terdiri dari 1192 buah pulau kecil.
Dan hanya lebih kurang 200 pulau yang berpenghuni.
Dari pulau yang berbagai ini terbentuk 26 atol.
Pulau pulau di sini bersaiz kecil.
Keadatan penduduk kurang dari 400,000 orang.
Dan mereka adalah muslim.
100%.
No alcohol is allowed.
Public beach, bikini is a wrong doing.
Minah saleh yang nak berbikini kena mandi di pantai khas...bikini beach. Dan serius...ada tutup-tutup bagai dengan daun kelapa...
Funny tapi...yess, hamba suka.

Wednesday, 7 June 2017

Maldives 2017


Tuesday, 4 April 2017

Selasa 04.04.2017

Awan itu menjengah lagi
Lagi
Dan lagi.
Membawa berita keagungan Ilahi
Tiap hari tanpa henti
Tiap corak membawa erti
Bagi yang memerhati

-norizahnoor-
8.07am
04042017

Sunday, 12 March 2017

Akhirnya dia pergi jua...

Dingin
Subuh ahad
12.03.2017
Tepat 4.12 pagi
Dia pergi akhirnya
Mengadap Sang Pencipta

Dia pergi setelah bertarung
Kuat
Walau sehabis kudrat

Dia pergi akhirnya
Meninggalkan aku
Seorang adik
Aku di tinggal akhirnya
Seorang kakak
Yang tiada gantinya...
Innalillahi wainna ilaihi roji'un...

Norihan Noor
21.09.1964-12.03.2017

-norizahnoor-

Tuesday, 11 October 2016

Travelog Haji : Kembara Mencari Diri

16.09.2014
Selasa. Hari Malaysia. Cuti umum.
Hari berangkat ke Mekah Al-Mukarramah.



Suasana dalam dewan taklimat Tabung Haji Kelana Jaya.


Perjalanan dari Kelana Jaya ke KLIA menaiki bas ekspress yang diiringi polis trafik.


Setiba di KLIA. Bas yang kami naiki melintasi kapal terbang 


Pandangan dari tempat menunggu. Telah kelihatan pesawat kami.


This is our flight!


Alhamdulillah. Mak dapat seat di bahagian depan. Selesa sangat-sangat.


Tuesday, 27 September 2016

Awan @ Bukit Antarabangsa 27.06.2016

Selasa
27.06.2016
3.47pm
Bukit Antarabangsa KL
Sedang angin kencang
Detik tanpa henti berlari
Awan tanpa jemu bertemu
Bersatu
Dan berpisah lagi
Merubah formasi

-norizahnoor-

Wednesday, 21 September 2016

Malam bulan di pagar....

Acap kali di cuba
Selalu belum berjaya
Merakam bulan
Yang segar mengambang
Berpagarkan awan
Bukannya bintang

Irama lagu
Malam bulan di pagar bintang
Tetap segar seperti selalu....

-norizahnoor-
bintang memang beribu
bulan tetap satu

Monday, 19 September 2016

Mekah Al-Mukarramah

Tanpa kata
Tanpa bicara
Cukup sekadar
Rindu
Serindu rindunya...
Allahu

Awan 19.09.2016

Setiawangsa
19.09.2016
17 zulhijjah 1437H
5.00 pm

Mentari panas
Mencerit
Menggigit
Awan larat
Sarat
Berat
Moga mendung menjengah
Moga hujan mencurah
Aamiin ya Rabb...

Friday, 16 September 2016

Langit senja hari tasyriq 13 zulhijjah 1437H

Khamis
15.09.2016
13 Zulhijjah 1437H
Hari tasyriq terakhir tahun ini
7.15pm
Sejurus sebelum maghrib
Thank you Allah!

-norizahnoor-
Zulhijjah yang sering aku rindukan

Thursday, 15 September 2016

MRR2 14.09.2016

Balik dari Ampang Puteri.
MRR2
15.09.2016
14 Zulhijjah 1437H
4.56pm
Subhanallah.

Monday, 12 September 2016

Balik kampung!

Sabtu
10.09.2016M
08 Zulhijjah 1437H

Balik beraya
Dan jammed
Berpisah tiada...

-norizahnoor-
ini tarbiyah diri
untuk belajar menghargai