Sunday, 25 July 2021

COVID-19 STATUS AS AT 25.07.2021

Sunday.
25072021.
Raya Haji ke 06.

Sejarah tercipta lagi.
Kes baru tertinggi. 
Allah..
Kami mohon sepenuh hati
Lindungi kami Ya Rabbi..

356.. 
1km keliling
Bukan angka kecik
Tak cukup atur jari kaki dan tangan nak kira
Tapi apa daya kita
Teruskan berkurung di rumah
Selagi daya
Teruskan berdoa
Pada Yang Esa

And this is very alarming..
1 out of 33 is covid-19 positive. 
Adakah hanya hamba sahaja yg tidak pernah terfikir?
Ini terjadi di tanah tumpah air kita..
Our beloved MALAYSIA
TANAH AIR ku... 

Saturday, 24 July 2021

COVID-19 STATUS AS AT 24.07.2021

Saturday.
24072021.
Raya Haji ke 05.

ALLAHU..
Rasa tak sanggup nak tengok figure. 
Nearly to 16...

Kabar kematian kariah
Kabar kematian sanak saudara
Kabar kematian sahabat
Semua itu
Hari ini dikabarkan.. 
Innalillahi wa inna Ilahi rojiun.. 


RAUB

MENGAPA RAUB SANGAT PENTING KEPADA PENGGANAS KOMUNIS MALAYA?

Isu pencerobohan tanah secara haram di Raub belum selesai. Kawasan ini sangat dekat dengan saya. Ini kerana kawasan ini ialah kawasan permainan saya ketika berpangkat Leftenan Muda, Leftenan dan Kapten. Selama lima tahun bertugas di Pahang dan ditempatkan di Kem Mentakab. Raub adalah KTJ utama pasukan saya iaitu Batalion Kedua Askar Melayu. Maka kami agak fasih dengan geografi kawasan ini, lebih-lebih lagi apabila saya dinaikkan pangkat ke Kapten dan menjawat jawatan Pegawai Risik. Celah atau cerok mana di Raub yang saya tak masuk. Semua di sini berbau dan bermuka komunis. 

Sejak seminggu lalu  isu Raub menjadi panas. Saya menyelonggar data2 lama dan menemui beberapa sebab mengapa kawasan Raub sangat penting kepada Parti Komunis Malaya dari Unit Penggempur Keenam yang diketuai oleh Chong Chor. Kawasan Raub terdapat banyak sungai, maka hampir semua nama-nama tempat diberi nama sempena sungai yang ada di kawasan itu. 

Pada zaman British, kawasan ini terkenal dengan bijih dan emas. Maka banyak pelombong bijih berbangsa cina di bawa ke situ. Sejak itu kebanjiran pelombong cina tidak terkawal sehinggalah darurat pertama.

Aspek penting Raub kepada komunis ialah Geografi. Kawasan paling popular di sini ialah Sg Ruan. Sg Ruan terletak di kaki dua banjaran gunung iaitu Gunung Benum dan Banjaran Lurah Bilut yang merupakan kawasan hutan tebal. Ia terkeluar atau jauh dari jalan utama yakni tersorok. Manakala jalan masuk ke Sg Ruan perlu melalui jalan hutan sama ada dari Bentong ataupun dari Raub. Setiap kenderaan tentera yang menuju ke Sg Ruan dengan mudah di ketahui oleh sentri pengganas yang sentiasa ada di Pekan Bentong atau Pekan Raub. Bahkan mereka tahu keluar masuk pasukan tentera. Kedua-dua pekan iaitu bentong dan raub adalah pekan china yang merupakan kumpulan bantuan logistik terbesar kepada pengganas komunis. 

Lagipun Raub sangat dekat  dengan kawasan-kawasan kegemaran PKM atau tempat yang mempunyai hubungan kuat dengan sejarah perjuangan pengganas komunis yang mana mula diduduki  oleh Chin Peng ketika melarikan diri dari British. Antara kawasan panas atau berselirat dengan pengganas komunis dan talibarutnya ialah  Kerling, Kuala Kubu Bharu, Rasa, Batang kali, Serendah, Karak, Lancang, Sempalit, Bilut, Batu Talam, Dong, Sg Koyan, Sg Chalit dan banyak lagi. Untuk lebih detail, sila baca Buku Platun Harimau Misi 1 dan 2 [boleh dapatkan di shopee.com.my/penaceloreng].

Bagi menghalang dari masyarakat cina di Raub membantu pengganas komunis, British telah memindahkan mereka ke penempatan baru yang dikenali dengan nama KAMPUNG BARU. maka di sini terdapat terlalu banyak kampung-kampung baru yang menempatkan mereka.

Antaranya ialah Kg Baru Sg Chalit adalah satu kampung yang tersorok dan paling dekat dengan Sg Ruan. Penduduk di Sg Ruan, Sg Chalit, dan Kuala Kubu Bharu  adalah dari kumpulan hard core penyokong pengganas komunis.

Faktor yang kedua ialah Bantuan Logistik yang mudah dan susah di kesan.

Di sekitar Sg Ruan terdapat 6 buah Kg baru yang merupakan kawasan penempatan bekas dan penyokong PKM di bawah Rancangan Brigs, Dan kampung baru yang terbesar di Malaysia adalah Kg baru Sg Ruan yang berada di kaki Gunung Benum.

Di kawasan ini juga terdapat sebuah kem utama pengganas komunis di Gunung Benum dan sebuah lagi di banjaran Lurah Bilut. Maka Sg Ruan berada di tengah-tengah. Manakala kem-kem kecil berselirat di belakang setiap kampung baru. Dalam masa yang sama terdapat banyak kem-kem sementara di kedua-dua banjaran.
 
Manakala Lurah Bilut seringkali dikunjungi oleh pemburu, pencari hasil hutan dll, manakala Gunung Benum sangat jarang dikunjungi. Maka jajaran ke Sg Ruan adalah paling selamat dijadikan lokasi simpanan barang makanan pengganas komunis sebelum diangkut ke dalam hutan. 

Pada tahun 1974, PKM dikatakan mula melebarkan sayapnya ke hutan pahang tetapi dakwaan ini hanyalah berupa kata-kata di atas kertas sahaja. Belum ada bukti yang nyata. Pertempuran yang pertama yang berjaya membunuh anggota komunis berlaku di Sg Ruan dan ia mengesahkan kehadiran komunis di pahang. Ia bermula dengan kejadian Pasukan Polis Hutan di serang hendap. Dek kerana terlalu ramai pengganas yang menyerang mereka, Pasukan Polis Hutan terpaksa memintaa bantuan dari pasukan tentera iaiotu dari Batalion 3 Renjer. Platun 4 dari 3 Renjer, telah digerakkan dalam masa satu jam bagi membantu membawa keluar pasukan polis hutan dari kepungan serang hendap. Serangan olah Platun 4 batalion 3 renjer berjaya membunuh seorang pengganas komunis. Dan pertempuran dan mayat komunis ini menjadi bukti sahih pertama akan wujudnya pengganas komunis di Raub (Untuk baca lebih lanjut pertempuran ini, sila baca buku karya saya bertajuk 17 Hero Bangsa Malaysia. Dapatkan di [shopee.com.my/penaceloreng].  

Semua kawasan yang di sebut termasuk Pekan Raub dikenakan curfew dan merupakan kawasan terakhir yang perintah curfew di buka. 

Bagi memutuskan laluan hubungan antara kawasan  hutan utara Raub dengan kawasan2 panas ini, kerajaan telah membuka tanah felda di Sg Koyan iaitu ke utara kawasan Batu Talam. Felda Sg Koyan ini agak istimewa dan mempunyai tujuan khas yang mana hampir 70% penempatan di felda ini samada Felda Sg Koyan 1 hingga ke Felda Sg Koyan 3, ialah terdiri dari pesara-pesara tentera. Mereka bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan dan kawasan felda ini sebagai blockage kepada pergerakan pengganas komunis. 

Mungkin kita tidak tahu bahawa 63% anggota pengganas komunis dari Unit Penggempur ke-6 datangnya dari Raub khususnya dari Sg Ruan.

Berlandaskan kepada faktor-faktor di atas, saya mendapat jawapan mengapa kawasan sangat ini dipertahankan oleh penceroboh tanah secara haram. 

Kredit: Baju celoreng

Friday, 23 July 2021

COVID-19 STATUS AS AT 23.07.2021

Friday.
23072021.
13 Zulhijjah 1442H.
Raya Haji ke 04.

The highest ever!!!
326 cases keliling 1km badan.. Dan barang diingat rumah hamba tepi hiway..
Atas Hiway tak de rumah.
So kat situ dah lompong.. Bukan keliling la ceritanya... 
Tapi..
Dalam pada tak cukup keliling tu pun 326 cases.. Kalau cukup, berapa la agaknya...

Ya Allah.. Lindungi kami

Wednesday, 21 July 2021

COVID-19 STATUS AS AT 21.07.2021

Wednesday.
21.07.2021.
11 Zulhijjah 1442H.

Hadiah hari raya haji. 

Tuesday, 20 July 2021

COVID-19 STATUS AS AT 20.07.2021

Tuesday.
20.07.2021.
10 Zulhijjah 1442H.


RAYA HAJI

Raya

Monday, 19 July 2021

COVID-19 STATUS AS AT HARI ARAFAH

Monday.
19.07.2021.
09 Zulhijjah 1442H.
Hari Wukuf. 
Hari Arafah.

HARI ARAFAH 1442H

Isnin.
19.07.2021.
09 Zulhijjah 1442H.

Alhamdulillah..9 Zulhijjah. 
Hari wukuf di Arafah. 
Ia bukan ritual.
Ia matlamat soleh dan musleh
Hari memohon ampun
Hari merebah ego
Hari meruntun rasa
Kemuncak hari
Akulah hamba..

Allah Ya Rabb...
Aku rindu.

7.02am
09 Zulhijjah 1442H 
#norizahnoorwrites

.


Cnp dari page ustazah Norhafizah Musa:
Doa Arafah - 
Hari Arafah sudah hampir tiba. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah? 

Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi 

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27 Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

28 Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31 Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

32 Ya Allah HAPUSKAN COVID 19 DARI SELURUH DUNIA  DAN SEMBUHKANLAH MEREKA YANG DIJANGKITI AKANNYA..

Aamiin Ya Rabbal Aalamiin 🤲🤲🤲

*WAKTU AFDHAL BERDOA PADA HARI ARAFAH*
==================================
Waktu Wukuf di Padang Arafah bagi tahun 2021 ini adalah seperti berikut :

12.27 pm – 7.04 pm (Mekah)
5.27pm – 12.04 am (Malaysia)

*Timbul persoalan, perlu ke untuk kita samakan waktu kita berdoa dengan waktu wukuf di padang Arafah itu?*

Jika diteliti hadis Nabi s.a.w, *_Nabi s.a.w tidak menyatakan sebaik-baik doa itu ketika waktu wukuf, tetapi dinyatakan sebaik-baik doa pada HARI Arafah._*

Jadi, bagaimanakah mentafsirkan hari Arafah?

Syeikh Dr. Wahbah az-Zuhaili rahimahullah dan kebanyakan ulama yang lain menyatakan hari Arafah adalah pada 9 Zulhijjah.

Bermaksud, *_sepanjang hari 9 Zulhijjah ini keseluruhannya adalah waktu mustajab untuk berdoa._*

Tapi bagi orang-orang yang mengerjakan haji di Mekah, mereka perlu melaksanakan satu rukun haji yang dipanggil wukuf di Padang Arafah.

Waktu wukuf bermula dari tergelincir matahari (masuk waktu Zuhur/waktu di Arab Saudi) hari ke 9 Zulhijjah sehingga terbit fajar 10 Zulhijjah.

Maka, bagi orang yang mengerjakan haji, mereka digalakkan berdoa sepanjang waktu wukuf kerana ketika itu merupakan gabungan yang sangat cantik iaitu berada pada 9 Zulhijjah dan dalam keadaan berwukuf di padang Arafah.

Maka in shaa Allah mustajab doa berganda-ganda.

Kesimpulannya, *_jelas di sini sepanjang hari Arafah merupakan hari doa mustajab._*

Cuma bagi orang yang mengerjakan haji ada keistimewaan tersendiri dalam mencari doa mustajab yang lebih mustajab.

Manakala *_bagi mereka yang tidak mengerjakan haji juga ada cara tersendiri untuk mencari doa mustajab yang lebih mustajab pada hari Arafah iaitu dengan berpuasa pada hari berkenaan._*

Islam tidak akan sesekali menyempitkan ruang ibadah kepada umatNya. Berdoalah pada mana-mana waktu sepanjang kita berpuasa di hari Arafah kerana ianya mustajab dan mujarab in shaa Allah.

#almukhlisin
#zulhijjah
#wukufarafah
Kredit: Almukhlisin

==================================

Antara doa-doa yang dianjurkan untuk dibaca pada Hari Arafah.

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi 

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Kredit : PU Rahmat Ikhsan



Sunday, 18 July 2021

COVID-19 STATUS AS AT 18.07.2021

Sunday
18.07.2021

Saturday, 17 July 2021

COVID-19 STATUS AS AT 17.07.2021

Saturday.
17.07.2021.
07 Zulhijjah 1442H.

Friday, 16 July 2021

COVID-19 STATUS AS AT 16.07.2021.

Friday.
16.07.2021
06 Zulhijjah 1442H.

Thursday, 15 July 2021

JOM NGAJI

Khamis.
15.07.2021.
05 Zulhijjah 1442H.

Kelas Pengajian Al Quran Masjid Negara berjalan seperti biasa.
Online. 
Jauh dekat bertemu.
Dalam lap top.
Kita bersatu. 

Surah al Munafiqun. 
Perihal sebilangan dari penduduk Madinah yang munafik. 

VAKSIN

Thursday.
15.07.2021.
05 Zulhijjah 1442H.

Alhamdulillah.
Complete sudah my 2nd dose.



COVID-19 STATUS AS AT 15.07.2021

Thursday.
15.07.2021.

1
3
2
1
5

Apa lagi daya kita...


Wednesday, 14 July 2021

COVID-19 STATUS AS AT 14.07.2021

Wednesday.
14.07.2021.
04 Zulhijjah 1442H.

Sejarah lagi.
Naik lagi. 
Sesak dada kami lagi.
Tolonglah... 
Cukup 11618.
Berhenti di sini. 


Tuesday, 13 July 2021

COVID-19 STATUS AS AT 13.07.2021

Tuesday.
13.07.2021.
03 Zulhijjah 1442H.

Sejarah terlakar lagi.
Nan pedih. 
Sakit.
Perit. 
Jerih.

Tapi masih ramai di luar sana
Jadikan ia bahan lelucon.
Bahan tawa. 
Bahan senda.
Bahan content untuk meraih popular. 

Letih. 

Sunday, 11 July 2021

COVID-19 STATUS AS AT 11.07.2021

Sunday.
11.07.2021.
01 Zulhijjah 1442H.

Masih di takuk itu
Lebih 9 ribu
Di group whatsapp makin rancak
Serang menyerang
Libas melibas 
Perli memerli
Geng pemerintah
Geng netizen
Geng tahu sejengkal hujah sejela
Bendera putih
Bendera hitam
Sampai aku dah buta warna bendera
Mati butir kata... 
Dah caca merba hidup
Gamaknya



SEPANJANG JALAN KENANGAN

No words ever can describe.

Ceritanya begini
Handphone dah kembung
Bateri nazak sudah
Tandanya...
Yang mana perlu di ganti?
Tapi semuanya terhenti mati
Dek kerana PKP, PKPD
HP essential ke?
Is it a need...
Or
Just another WANT?

Dalam menggodek hp
Jemari kejung ini gatal untuk menyelusuri
Sepanjang 
Jalan
Kenangan