Wednesday, 29 September 2021

MENYESAK KERANA TIDAK BERZIKIR

Penyesalan Ahli Syurga Tentang Zikir
=========
1. Zikir adalah satu amalan yang sangat mudah. Hanya dilafazkan beberapa bilah perkataan, Allah akan memberikan ganjaran yang lumayan buat mereka. Atas sebab itu Rasulullah menjelaskan bahawa bakal ahli syurga itu akan menyesal apabila amalan mereka dibentangkan, dan mereka mendapati ada saat yang mereka tidak berzikir mengingati Allah. Sabda Rasulullah:

لَيْسَ يتحسر أهل الْجنَّة إِلَّا على سَاعَة مرت بهم لم يذكرُوا الله تَعَالَى فِيهَا

Tiada yang menyebabkan (bakal) ahli syurga itu menyesal melainkan apabila dibentangkan kepadanya saat kehidupan mereka (di dunia dahulu), sedangkan mereka tidak mengingati Allah (berzikir kepadaNya). (HR al-Tabrani & al-Bayhaqi)

2. Al-Imam al-Munawi menjelaskan bahawa hadis ini mengingatkan kita bagaimana setiap saat yang kita lalui dunia ini, sekiranya tidak digunakan untuk perkara yang baik, , ia akan menjadi penyesalan buat kita di hari akhirat kelak.

3. Atas sebab itu beliau menegaskan bahawa orang yang paling beruntung di dunia ini adalah orang yang mengingati Allah dalam setiap keadaan sekalipun dalam urusan dunia. Kata al-Munawi:

وأن أدوم الناس على الذكر ، أوفرهم حظا ، وأرفعهم درجة ، وأشرفهم منزلة

“Dan orang yang paling konsisten mengingati Allah, adalah orang yang paling beruntung, malah orang yang paling tinggi darjatnya dan paling mulia kedudukannya.”

4. Lebih dahsyat lagi, . al-Imam Ibn al-Qayyim menempelak kumpulan manusia yang berat lidahnya untuk berzikir menyebut dan mengingati Allah. Malah beliau menyifatkan sifat sedemikian sebagai hukuman yang Allah tentukan ke atas mereka. Kata Ibn al-Qayyim:

أشد عقوبة في الدنيا أن يمسك الله لسانك عن ذكره

“Seberat-berat hukuman yang dikenakan di dunia adalah Allah menghentikan lisan kamu dari mengingatinya.”

Semoga Allah membimbing kita.

Kredit : Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Friday, 24 September 2021

PERKONGSIAN DOA MUSTAJAB

PERKONGSIAN DOA MUSTAJAB

Saya kongsikan rahsia cara untuk diamalkan bagi memohon doa mustajab apa sahaja drp Allah SWT (yg baik baik),  Bacalah surah Al. Fathihah ini dan apa bila sampai kepada ayat " Wa iyya kanas ta'in", (seperti didalam kurungan merah) ulanglah baca ayat tersebut sebanyak 7x, berhenti, lalu mohon lah (berdoa) apa sahaja hajat kpd Allah SWT, In Shaa Allah, akan dimakbulkan. Kemudian sambunglah ayat seterusnya hingga selesai, saya ijazahkan rahsia ini kpd semua sahabat dan terimalah dgn ucapan, 
"QABILTU, SAYA TERIMA IJAZAHNYA"

(ingatan - jangan dibaca ketika dlm solat)

InshaAllah. Semua dengan izin Allah

Monday, 6 September 2021

COVID-19 STATUS AS AT 06.09.2021

Monsay

Sunday, 5 September 2021

KELESUAN DAN HILANG SEMANGAT DALAM IBADAH

Kelesuan dan Hilang Semangat Dalam Ibadah
========= 
1. Dalam sebuah hadis, Rasulullah pernah mengingatkan kepada kita bahawa akan ada satu ketika, manusia berasa lemah dan lesu setelah lama mengabdikan diri kepada Allah. 

2. Semangat mereka semakin pudar sekalipun telah lama beribadah kepada Allah. Ia seakan kelesuan yang berlaku setelah Ramadan. Dalam sabdanya, Rasulullah mengingatkan kita:

إنَّ لِكُلِّ عملٍ شِرَّةً ، ولِكُلِّ شِرَّةٍ فترة ، فمنْ كان فترتُهُ إلى سنتي فقدِ اهتدى، ومَنْ كانَتْ إِلى غيرِ ذَلِكَ فقدْ هَلَكَ

“Sesungguhnya setiap amalan ada waktu shirrah (kuat keinginan dan bertenaga), dan setiap waktu shirrah ada waktu fatrah (lemah dan lesu). Maka, barangsiapa yang dalam tempoh lesu amalannya itu dia masih kekal dalam sunnahku, maka dia berada di atas petunjuk, dan sesiapa yang dalam tempoh lesunya itu mengikut (melakukan) selain (sunnah) itu, maka dia akan binasa.” (HR Ahmad, dinilai Sahih oleh al-Arna’ut) 

3. Renungkan kembali bagaimana adakalanya manusia mampu untuk menunaikan solat sunat berpuluh rakaat di dalam Ramadan, berpuasa sebulan lamanya, namun setelah perginya Ramadan, semangat kian lesu. 

4. Titik kelesuan inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah dalam hadis. Lalu Rasulullah berpesan agar kita kekal dalam sunnahnya dan jangan melakukan dosa atau maksiat yang bercanggah dengan Islam. 

5. Dalam menghadapi situasi ini, Saidina Ali pernah berpesan:

إن النفس لها إقبال وإدبار، فإذا أقبلت فخذها بالعزيمة والعبادة، وإذا أدبرت فأقصرها على الفرائض والواجبات

“Sesungguhnya jiwa manusia ini bersifat bolak-balik (sekejap menghadap ke hadapan, seketika menghadap ke belakang). Maka ketika jiwa menghadap ke hadapan (iaitu sedang bertenaga), maka ambillah peluang ini dengan penuh kesungguhan dan beribadah (azimah). Namun sekiranya jiwa mula lesu, maka kekal dan kukuhlah atas amalan yang fardu dan wajib (jangan sampai tinggal perkara yang wajib).

6. Begitu juga dari aspek dakwah. Adakalanya jiwa manusia bersemangat mengajak dan menyeru kepada kebaikan. Namun akan datang satu tempoh (futur) dimana mereka merasa penat dalam perjuangan ini. 

7. Maka tempoh kelesuan ini amalkanlah doa yang pernah dipatrikan oleh Allah dalam al-Quran:

رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

“"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri hidayah petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.”

Semoga Allah membimbing kita.

Kredit: Dr. Ahmad Sanusi Azmi