#5
HAK MUSLIM, SESAMA MUSLIM: APABILA SEORANG MUSLIM BERSIN LALU UCAP "ALHAMDULILLAH", MAKA DOAKANLAH DIA DENGAN "YARHAMUKALLAH"
Apa itu bersin?
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Sollallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
الْعُطَاسُ مِنْ اللَّهِ وَالتَّثَاؤُبُ مِنْ الشَّيْطَانِ ......
“Bersin itu daripada Allah, manakala menguap itu dari Syaitan.....
(Hr. At Tirmizi)
Maka, apabila seorang muslim di sisi kita bersin, maka kita mempunyai tanggungjawab kepadanya, iaitu:
"Apabila seseorang bersin, lalu dia ucapkan Alhamdulillah, maka doakanlah dia dengan Yarhamukallah.
Hadith itu memberi isyarat, kita disuruh untuk mendoakan kepada muslim yang bersin itu dengan Yarhamukallah (semoga Allah merahmatimu), tetapi dengan syarat "apabila diucapkan alhamdulillah, baru diwajibkan kita mendoakannya"
Setelah itu, orang yang di doakan yarhamukallah itu, disunnahkan mendoakan kepada muslim yang mendoakan itu dengan lafaz Yahdikumullah wa Yuslihu baalahum atau yaghfirullahu lana wa lakum
Adab bersin:
1. Perlahankan suara bersin, dan tutup mulut. Kedua perkara ini adalah sunnah Nabi saw.
‼️Peringatan, ketika di dalam solat, tidak dianjurkan melakukan sunnah ini bila dengar muslim lain bersin, kerana ada beberapa permasalahan dan perbezaan.
Sekiranya nak menjawab juga, tetapi tiada ilmu tentangnya, boleh membatalkan solat.
Wallahu'alam.
Ayuh Senantiasa doakan saudara kita yang lain, yakinlah, nanti Allah akan kirimkan muslim yang lain doakan kita, in Shaa Allah.