Tuesday, 21 June 2016

Mentari pagi 16 Ramadhan 1437H

Alhamdulillah.
Mentari menjenguk gagah.
Garang menyerlah.
Langit tambah cerah.

Hari ini 16 Ramadhan sudah
Bekalan seharusnya makin sarat
Membawa kepada sepertengah lagi bulan yang berkat
Aku tanya diri
Tahun depan adakah rezeki sebegini menanti...
16 Ramadhan 1437H
21 Jun 2016 masehi
7.31 pagi...

Monday, 6 June 2016

1 Ramadhan 1437H

Hari ini.
Tahun masehi...06.06.2016.
Kiraan hijrah ...01 Ramadhan 1437.
Hari Isnin.
Alhamdulillah.
Lengkap kita satu keluarga.
Ada bersama.
Tiap kamar ada penghuni.
Semua di sisi.
Abang mula kuliah 12.09.2016.
Adik mula kuliah 14.07.2016.
Seorang di timur.
Seorang di barat.
Sementara ada waktu untuk bersama...kita hargai nikmat ini.
Nanti bila terpisah jauh...kita kenangi saat ini.
Lumrah hidup dari azali.
Syukur atas rezeki diberi.
Lagi...dan lagi.

Wednesday, 1 June 2016

Pelangi Petang 01.06.2016

Selepas hujan lebat selebat2nya.
Berselang guruh.
Bersilang kilat.
Maha hebat kuasa yang Esa.
Tersentap hati hamba yang engkar.
Tersedar dari khilafnya aku.
Rahmat yang disusuli
Sang pelangi indah
Melingkar bumi
Dari ufuk kanan ke ufuk kiri.
Subhanallah!

Some where....over the rainbow...

-dari jendela ini-
7.15pm
Mawarsari