This life is a test.
Alhamdulillah kita dipilih olehNya untuk diuji.
Pengalaman mengajar kita erti hidup. Satu yang aku pelajari dari kehidupan, dalam apa situasi sekalipun...carilah bahagia daripadanya. Kebahagiaan bukan dihujung destinasi tetapi kebahagiaan boleh dicari sepanjang perjalanan menuju ke destinasi. It is a journey...
Dalam meniti hari menemani my lil princess di wad, kami seronok mengintai di luar jendela. Saban hari mengintai awan. Saban petang melihat kesesakan jalan. Melakar bahagia dari sumber alam anugerah ilahi...
pagi yang damai
senja dari daun jendela
jalan sesak...atas dan bawah flyover sama jer
setelah berkampung beberapa hari disini...antara panorama senja yang terakam
sayup-sayup nampak teratak kami...rindu nak balik dah...
takkan ku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur datang petir menyambar jengking dan ular bonda takkan berundur nyamanlah arjuna beta mimpikan yang indah saja nanti bila kau buka mata semua tak serupa kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi jalan betul anakanda tak jelas mata ambil yang sarat duri hiduplah arjuna beta biarkan jasad yang luka selama tuhanmu ada takkan engkau tercela ngeri...tak terbayang mata bonda...takkan ada sentiasa nanti moga kau tak lupa...bonda memujukmu anakanda hiduplah arjuna beta biarkan jasad yang luka selama tuhanmu ada takkan engkau tercela
My dear little princess...
11.06.2014.
Buat X-Ray. Ada abnormality
12.06.2014.
Pagi buat MRI. Diagnosed. Few tests carried out. Confirmed.
Ummi speechless.
Dari seorang doktor pakar ke doktor pakar yang lain.
Satu persatu penerangan dan penjelasan doktor ummi dengar. Amati. Cuba untuk memahami.
Ummi bertanya itu dan ini untuk pasti. Rasa sangat sangsi sebab macam tak logik. Macam tak boleh nak percaya.
Ummi keliru.
Sayu hati ummi bila mendengar kata-kata doktor.
Lagi pedih bila doktor tepuk dahi.
Lagi senak perut ummi bila doktor call doktor-doktor lain berbincang tentang result MRI. Jargons term yang doktor gunakan buatkan ummi mual. Ummi tanya doktor maksud medical terms dalam bahasa paling mudah. Bahasa orang biasa macam ummi. Layman terms.
Ummi pandang wajah anak ummi. Anak ummi senyum. Tapi tawar. Ada riak resah di wajah. Ada garis sedih. Mata anak ummi berkaca. Allahuakbar. Allah, kuatkan aku. Untuk anakku.
Ummi pandang anak ummi. Ummi genggam tangan anak ummi. Ummi senyum. Tapi ummi tau senyum ummi kelat. Sukar sungguh untuk ummi mengukir senyum itu.
Tapi ummi kena terima kenyataan.
Ini takdir untuk kita.
Dan akhirnya anak ummi was admitted to APSH.
Innalillahi wainna ilaihi roji'un...
Apapun syukur Alhamdulillah sebab masih diberi peluang oleh Allah untuk kita berusaha.
Untuk sembuh.
Kita usaha sedaya mungkin.
Dengan bantuan doktor.
Dengan izin dan ketentuan Allah swt.
Buat anak ummi...
Ummi sayang adik...sayang sangat-sangat.
my ArjunaBeta
kasih seorang abang
abang dan adik...buah hati bonda
-norizahnoor- terima kasih Allah... kerana merezekikan hambaMu ini dengan mereka anak-anak yang aku kasihi
Dah lama tak menjengah dan mengupdate blog. Dah bersawang...
Kemalasan yang melanda. Malas dari mata bawak ke jari. Mata asyik berat je. Ikutkan hati nak je melayari mimpi. Walau di siang hari. Tapi nak bermalas-malasan layan mata pun, mata jaki juga. Puas pujuk tak nak jugak lelap. Rasa dunia berkuap. Stuffy. Semput semacam. Mungkin sebab cuaca agaknya...
Cuaca sekarang semakin hari makin panas. Nak kata El Nino...belum lagi kot. Biasanya dalam bulan-bulan begini memang agak panas. Monsun Barat Daya rasanya yang membawa kepada musim panas yang menyengat.
Tadi aku jengah kat luar tingkap. Dengan harapan nak ambik gambar awan. Tapi tak berapa cun awan yang ada...tak de rezeki. Aku belek koleksi gambar yang ada....dan terjumpa gambar awan ni. Sebahagiannya sirrus. Awan yang aku jejak masa dalam perjalanan balik dari Penang tempoh hari. Snap dari dalam kereta masa lalu atas jambatan ke2 Pulau Pinang.
Semakin banyak koleksi awan yang aku ada, semakin seronok aku mencintai awan. Bunyi macam kurang waras, tapi itulah hakikatnya. Ada sesuatu yang aku rasa. Yang tak terucap dengan kata-kata. Tak terungkap dengan bicara. Macam Kuch Kuch Ho Ta Hai...walla!!!
Kecintaanku pada Alam ciptaan tuhan.
Syukur sangat-sangat sebab melalui awan aku belajar untuk lebih menyintaiNya.
Subhanallah...