Sunday, 11 July 2021

ZULHIJJAH 1442H

Sunday.
11.07.2021.

01 Zulhijjah 1442H.

Dah masuk bulan Zulhijjah.
Tiap kali datangnya bulan ini, hati sangat-sangat sayu.
Rindu yang terungkap. 
Kata yang tak terucap.
Ya Rabb... 
Aku rindu. 


INILAH PENYAKIT KITA YANG SEBENARNYA

Salam editor Berita Harian,

Sudah sedia maklum kan, ramai masyarakat Malaysia hanya akan baca tajuk?

Bukan kah lebih elok jika penuh kan ayat tajuk itu-“COVID19: KKM mungkin pertimbang guna ivermectin……JIKA ada BUKTI KUKUH”. Habis kan lah ayat tajuk betul-betul. Tajuk lari dari apa yang diterangkan oleh Tan Sri semalam.

Ivermectin telah dan hanya boleh digunakan dalam 2 situasi iaitu “off-label”
💉 kajian klinikal (yang sedang berjalan sejak Mei 2021)
💉 kelulusan khas Ketua Pengarah Kesihatan

Yang beliau sebut kajian ivermectin dulu adalah untuk denggi-bukan COVID19 dan telah terbukti ada kesan sampingan seperti masalah sawan, keseimbangan (ataxia) dsb.

Ivermectin hanya boleh digunakan oleh pakar-pakar yang MERAWAT di hospital setakat ini dengan pemantauan rapi. 

BUKAN BELI dari Doktor luar, Doktor tidak merawat dan BUKAN on-line. 

Kita tunggu keputusan kajian.

Link artikel: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/837975/covid-19-kkm-mungkin-pertimbang-guna-ivermectin

Rafidah Abdullah
Yang dengar betul-betul apa Tan Sri kata semalam; dikejutkan dengan tajuk artikel yang tidak lengkap.

Saturday, 10 July 2021

COVID-19 STATUS AS AT 10.07.2021

Saturday.
10.07.2021

Another new record.

Sampai bila harus kita begini. 
Saban hari mencatat rekod baru.
Rekod yang jelek. 
Cuak. 
Pemerintah berebut kerusi sesama MP. 
Masyarakat maki memaki sesama sendiri.
Muak. 

Agree? 
Disagree? 


SEMINAR CEPAT PANDAI QUR'AN - APA PENGORBANAN ANDA DEMI QUR'AN

Saturday.
10.07.2021
Perjalanan mencari cinta Allah. 

Bagaimana utk kita ingat ilmu? 
Kita kena create moment. Baru boleh ingat😁
Mokcik first time belajar melalui seminar you tube.. 😀
Oh ya... Kenapa kita kena belajar? 
Sebab nak peksa. 
SPM
SIJIL PADANG MAHSYAR. 

TAJWID ITU TAHSIN
IAITU MENCANTIKKAN DAN MEMPERELOKKAN BACAAN.

Nota arahan dari ustaz Zul AlMukhlisin. 
Apa itu TAJWID?
TAJWID itu 6+2=100%

APA ITU 6?
1. DENGUNG / TAK DENGUNG (DXD) 
2. PANJANG / PENDEK (PP) 
3. MAKHRAJ / SIFAT (MS) 
4. WAKAF / IBTIDA' (WI) 
5. TEBAL / NIPIS (TN) 
6. BACAAN GHORIB (BG) 

APA ITU 2? (2TP)
1. TALAQQI (ertinya SEMAK bacaan AL-QUR'AN ) 
i.  MURID BACA - GURU DENGAR
ii. GURU BACA - MURID DENGAR

2. PRACTIKAL

Ustaz suruh printscreen..
Done.

FORMULA @ NAMA-NAMA HUKUM DLM DENGUNG / TAK DENGUNG(DXD) 7+3+1

i. Nun Mati dan Tanwin - 7
ii. Mim Mati - 3
iii. Nun dan Mim Sabdu - 1

note: no.3 should be idgham bi la ghunnah

i. NUN MATI DAN TANWIN (7)
1. IQLAB
2. IDGHAM MAAL GHUNNAH 
3. IDGHAM BI LA GHUNNAH 
4. IKHFA' HAQIQI
5. IZHAR HALQI
6. IZHAR RIWAYAH
7. IZHAR MUTLAK

ii. MIM MATI
1. IZHAR SYAFAWI
2. IKHFA' SYAFAWI
3. IDGHAM SYAFAWI

iii. NUN DAN MIM SABDU
1. WAJIBAL GHUNNAH

=============================



Tips baca AQ. 
Dlm baca AQ jgn focus sgt pd nama hukum dan jgn terlalu berhati2 dlm membaca. 

CARA NAK KUASAI BACAAN AL-QUR'AN : TALAQQI. BYKKN BACA DPN GURU, BYKKN DGR BACAAN GURU 

FOKUS KITA PD 4 PERKARA. 
Biasanya kita terlps pandang pd 4  perkara ini. 
1. Idgham Bi la Ghunnah 
NUN MATI dan TANWIN jumpa LAM & RO
Buang NUN
Terus baca LAM or RO

2. Idgham Maal Ghunnah 
NUN MATI dan TANWIN jumpa YA, WAU, NUN, MIM (yuminum.. air😆) 
Buang NUN
Masukkan YUMINUM dalam mulut.. ( this this the moment) *bg yg faham. 

3. Iqlab & Ikhfa' Syafawi. 

IQLAB - Apabila NUN MATI jumpa BA. 
Ada mim kecik. 

Ikhfaq syafawi - Apabila MIM jumpa BA. 


ms 33 & 34
IQLAB

PANDUAN BACA HUKUM IQLAB DAN IKHFA' SYAFAWI
Alhamdulillah.. Gigih ustaz Zul AlMukhlisin selfie suruh peserta screenshot ambik nota. 
Syukran ustaz. 

Panduan dan pendapat cara baca hukum IQLAB DAN IKHFA' SYAFAWI.

4. Wajibal Ghunnah
NUN DAN MIM SABDU

5 RAHSIA UTK BERJAYA MENGUASAI CEPAT PANDAI QUR'AN 
Teori
Amali
Jadual
Writing homework
Exam & Experience - pengalaman (create memory for memorizing knowledge) 
E-ilmu trick
Dengar bacaan guru

Pandai itu bermaksud pandai baca, bertajwid, hafal dgn bersistem

PENGORBANAN demi AL-QUR'AN 
Masa
Tenaga
Wang Ringgit
Perasaan


Kredit : AlMukhlisin
Kredit : Rodziyah Mohammad Ardzi 






Friday, 9 July 2021

COVID-19 STATUS AS AT 09.07.2021

Friday.
09.07.2021.

New record again.
Today. 
SPEECHLESS.

Thursday, 8 July 2021

COVID-19 STATUS AS AT 08.07.2021

Thursday.
08.07.2021.
27 Zulka'edah 1442H

INNALILLAHI WA INNA ILAHI ROJIUN..

Dan zoom in...
Mawar Sari alone.. Nope. 
Block E alone 11 active cases..

Robbi Yassir 

DOA MEMOHON KESUCIAN JIWA

Doa Memohon Kesucian Jiwa
==========
1. Dalam al_Quran Allah memuji orang-orang yang berjaya mencapai kesuciaan jiwa. Firman Allah:

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا

“Sungguh berbahagia orang yang menyucikan jiwanya dan sungguh rugilah orang yang mengotorinya.” (Surah al-Syams: 9)

2. Atas dasar itu Rasulullah mendidik para sahabat agar berdoa supaya dikurniakan ketakwaan dan kesuciaan jiwa. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim, Rasulullah membacakan doa ini:

اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا. أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلَاهَا

Ya Allah, berikanlah sifat taqwa dalam jiwaku, sucikanlah jiwaku, Engkaulah yang terbaik dalam mensucikan jiwa manusia, kerana Engkaulah Penguasa jiwa kami. (Sahih Muslim)

3. Oleh yang demikian, amalkan doa ini setiap kali kita mengangkat tangan berdoa kepada Allah. Allah yang memegang hati dan jiwa manusia. Ada kalanya kita gagal mengawal hati dan jiwa kita sendiri sehingga tergelincir dari bimbingan ilahi. Mohonlah kepada Allah agar sentiasa mengurniakan kita ketakwaan dan kesucian jiwa.

Semoga Allah membimbing kita.

Kredit : Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Wednesday, 7 July 2021

COVID-19 STATUS AS AT 07.07.2021

Wednesday.
07.07.2021

Masih 7 ribu lebih
Apa lagi daya kita
Berkurung sudah
Bertopeng sudah
Berjarak sudah...

La hawla wala
Quwwata illa billah.. 

Ada saje yg mentelah angka angka hari ini. 
Tarikh 0707
Kes baru 7097
Kes kumulatif 799790
0
7
9
Ada signifikasi? 

Ada apa pada angka... 


KENAPA KENA BACA AL-QURAN WAKTU PAGI?

KENAPA KENA BACA AL-QURAN WAKTU PAGI?

Kita biasa tak baca al-Quran di waktu pagi? Khususnya sebelum @ selepas solat subuh.

Kalau belum biasa, kena biasakan. Kalau dah biasa, alhamdulillah! Sebab kita dah buat satu tindakan yang sangat tepat, iaitu makan "ubat" bernama al-Quran.

Al-Quran ini Allah umpamakan seperti 'ubat. Ia boleh menjadi penawar kepada hati (syifa' fis sudur) dan kesan penyembuhannya HANYA boleh dirasai oleh orang yang mengambil atau mengamalkannya sahaja.

Allah berfirman yang bermaksud,

'Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepadamu Al-Quran, peranannya sebagai pengajaran dari Tuhanmu, penawar bagi penyakit batin dalam hatimu, sebagai hidayah petunjuk serta rahmat bagi orang beriman'. 
(Surah Yunus, 57)

Secara luarannya, kita ini nampak je macam sihat. Boleh jogging, berdiri lama buat kerja tanpa rehat dan sebagainya. Tetapi kebanyakkan daripada kita, dalamnya sangat "sakit". Sakit macam mana?

Sakit dalaman ini seperti cepat sakit hati, cepat marah, dengki, keras hati, lupa bersyukur, cepat putus asa, banyak berprasangka,malas, buang masa, suka maksiat, pertahankan dosa, jauh daripada Allah dan sebagainya.

Tetapi....

Bila kita mulakan setiap pagi dengan membaca Al-Quran, kita umpama seperti makan 'ubat' hati. 

Kebanyakkan daripada kita, bila bangun tidur antara perkara yang difikirkan adalah risau banyak kerja, takut hari ni rezeki tak lancar dan sebagainya. Itu antara petanda hati kita mula diserang penyakit hati. 

Sebab itu, bacalah Al-Quran di awal pagi. Ia bakal beri kesembuhan dalam bentuk keyakinan hati. Dijauhkan dari segala sifat tercela.

Itulah 'medicine daripada Al-Quran. Kalau tak telan (baca al-Quran), macam mana ia nak sembuhkan penyakit hati kita kan?

Dan lagi satu, ubat ini bukan diambil sehari sekali je. Sebaiknya, cuba ambil 5 kali sehari. Antaranya selepas solat fardhu. 

Moga Allah kurniakan kita kekuatan untuk amalkan selalu dan berikan petunjuk buat hati kita setiap hari. Aamiin.

#alquranpenawar
#sahabatduniaakhirat
#syafaat

Tuesday, 6 July 2021

COVID-19 STATUS AS AT 06.07.2021

Tuesday.
06.07.2021

Tips Membaca yang Efektif

Tips Membaca yang Efektif

➔ Conteng buku. Jangan rasa sayang nak conteng. Kenali penulis.

➔ Baca dengan purpose. Keluarkan effect daripada buku, dalam percakapan, status WhatsApp, dll. Saya share/post selalunya almost immediately. Jangan tunggu setahun. Baca dengan purpose. Set idea so kita terpimpin dan sedar bila membaca. Kita akan lebih seronok baca buku.

➔ Ada orang baca buku tanpa awareness. Purpose saya, satu buku boleh menjana 1000 idea. Saya post status, itu idea-idea daripada buku sebenarnya. Setiap buku yang saya baca, ada nota khas dalam diari khas. Inilah khazanah ilmu saya yang bantu saya menulis. Satu perkataan ini bernilai beribu ringgit bagi saya. Bila saya tulis, tak hilang pembacaan saya.

➔ Diari ni membantu saya bila saya buka semula. Ianya memberi insight daripada apa yg saya baca. Ini idea Malcolm, Ar-Razi dll. Catatan ni saya tulis secara fizikal. Saya ingat di mana saya tulis. Saya catat sebab boleh buat percambahan ilmu, ubahsuai idea dan sebagainya. Saya boleh ingat dan share dalam sharing saya dan status saya.

➔ Bila kita baca buku, jangan fikir yang kita mampu untuk ingat sampai bila-bila. Bila tulis, kita akan ingat. Contohnya, idea Malcolm, katanya, sesuatu benda kecil yang kita overlook akan membawa kepada kegagalan atau kejayaan. Kemudian, saya akan tulis contoh-contoh dan kongsi dalam sharing saya dan lain-lain.

➔ Ilmu kita akan berkembang bila gabung banyak bacaan, idea berkembang. Lama-kelamaan, kita dapat jadi macam Malcolm juga. Tanpa berfikir, kita boleh berfikir. Sampai satu tahap kemuncaknya, kita capai tahap the power of thinking without thinking. Kita boleh menjadi pemikir tanpa berfikir. Itu puncaknya. Lintasan pemikiran, itu ilmu paling hebat. Allah kata لعلكم يسمعون، لعلكم يعقلون. Kita faham, kita fikir. “For you to think yourself without thinking”, Malcolm Gladwell cakap dalam buku Blink.

➔ Beriman dengan buku. Kalau tidak, kita tidak boleh pergi jauh. Paling payah bukan baca buku, tapi kepercayaan pada buku. Tapi kepercayaan pada buku ini tidak ada dalam minda kita. Kepercayaan kepada guru, komputer, seminar, tinggi tapi kepercayaan kepada buku, agak miskin dalam masyarakat kita. Kalau boleh ada yang nak disuap. Dengar seminar memang bagus, tetapi pancaindera tidak bergerak semuanya. Perlu rajin baca buku jugak. Yang paling payah adalah kepercayaan pada buku. Kepercayaan pembacaan itu tindakan luar biasa. Bila dengar seminar, kita gunakan pancaindera, telinga dan sedikit akal. Kalau baca buku, akal kita bergelombang setiap masa. Sebab itu Iqra’ adalah ayat pertama al-Qur’an. Tiada yang lebih baik dpd Iqra’.

➔ Tip ini tip praktikal. Diari catatan buku saya, dulu saya tulis dan classify tapi bila terlalu sibuk, tulisan saya bercampur. Tak mengapa, tak kisah. Kita catat sahaja tentang fiksyen ke, humanities ke, dan sebagainya. Waktu sedang kebosanan, bukak diari ini dan baca semula. ‘Oh menarik. Fresh lagi.’ In fact, this is your book. Kadangkala, saya luangkan 2-3 jam untuk baca semula buku ini secara berfrekuensi tinggi, baca berulang-ulang kali. Sebab tu saya ingat di mana nak cari semula point bila mahu menulis. Baca berulang-ulang kali diari catatan ini.

➔ Anak muda kita hilang identiti dengan mudah sebab tak basahkan pembacaan dengan maklumat luar pemikiran kita. Orang yang tak membaca hidup umpama dalam penjara. Boleh hidup 10-20 tahun. Dalam penjara kita ada udara, selimut, makan sikit, bila sakit doktor masuk rawat, boleh hidup tapi itulah hidup orang yang tak baca buku.

➔ Kalau nak bebaskan minda agar lebih luas pandangan, bacalah buku. Ignorance adalah prison of human. Bangun pagi, aku nak melihat dunia yang luas. Ambillah setiap hari 2-10 muka surat. Jadi seorang yang merdeka, berdiri di atas kaki sendiri. Ingat, 1) Membaca. 2) Momentum membaca. 3) Menjadi seorang penulis kepada apa yg dibaca. Bila kita lakukan semua ini. Kita recycle putaran kehidupan. Membaca, momentum membaca, mencipta idea daripada membaca.

Sumber: Perkongsian Datuk Dr. Mohd Daud Bakar
Program: Buku-buku yang Paling Mempengaruhi Hidupku
Anjuran: 5pages1day
Ditulis oleh: Wan Zuhaira Abdullah

Monday, 5 July 2021

COVID-19 STATUS AS AT 05.07.2021

Monday.
05.07.2021

Sunday, 4 July 2021

COVID-19 STATUS AS AT 04.07.2021

Sunday.
04.07.2021.

Saturday, 3 July 2021

COVID-19 STATUS AS AT 03.07.2021

Saturday.
03.07.2021.

Masih 6 ribu lebih.
Tak kurang banyak dari semalam. 
Hari ni jugak start PKPD di kebanyakan mukim dan daerah di Selangor.
Begitu juga beberapa lokaliti di WPKL. 

Rabbi Yassir..

Eh....
Terrrr

Friday, 2 July 2021

COVID-19 STATUS AS AT 02.07.2021

Friday.
02.07.2021

DOA PERLINDUNGAN UNTUK ANAK-ANAK

DOA PERLINDUNGAN UNTUK ANAK-ANAK

أَعُوذُ بكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِن كُلِّ شيطَانٍ وهَامَّةٍ، ومِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ “

Maksudnya: "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari setiap gangguan syaitan, binatang berbisa dan setiap pandangan mata yang jahat.” 

Ibu ayah pastinya bimbang soal keselamatan anak dan inginkan anak dijauhkan sebarang ganggguan syaitan, anasir jahat dan sebagainya. Oleh itu, sudah pastinya kita sentiasa ingin melindungi dan mendoakan kebaikan anak-anak di dunia dan di akhirat.

Jom amalkan doa yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW ini dalam kehidupan seharian kita. Semoga anak kita sentiasa dilindungi Allah SWT daripada perkara-perkara buruk.

Kredit : JAKIM 

Thursday, 1 July 2021

COVID-19 STATUS AS AT 01.07.2021

Thursday.
01.07.2021

JOM NGAJI

Khamis.
01.07.2021
Hari ngaji Kelas Pengajian Al Quran Masjid Negara.